Monday, June 17, 2013

Apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu?

Satu fenomena menarik yang saya amati sejak kebelakangan ini ialah suara suara `lantang’ yang berkumandang dari lubuk Pembangkang. Boleh dikatakan saban hari, ada saja yang tidak kena. Apa lagi yang Pakatan Rakyat mahu agaknya? Pilihanraya sudah lama berakhir. Kerajaan sudah ditubuhkan, dan Parlimen sudah hampir bersidang.

Tidak sampai seminggu selepas pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan `kecoh’ nya. Bermula dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, dia kemudiannya merantau ke setiap pelusuk negara di bawah sepanduk `Black 505’, menyuarakan ketidakpuasan hatinya atas keputusan pilihan raya umum yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Anwar menganggap kekalahan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional, walaupun Pembangkang secara keseluruhannya menerima undi popular yang lebih besar, adalah tidak mencerminkan demokrasi sebenar. Dia mendakwa keputusan pilihanraya telah di `curi’ oleh Barisan Nasional menerusi penipuan dan manipulasi.

Yang terbaru, desakan keras supaya anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, walaupun mereka memikul tugas besar untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihanraya yang berdasarkan jadual yang ditetapkan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, saya kira semua ini hanyalah `smokescreen’ Anwar untuk menarik perhatian umum daripada hakikat sebenar, bahawa kekalaha Pakatan Rakyat itu adalah disebabkan oleh kelemahan strategi beliau di Sabah. Anwar Ibrahim sebenarnya gagal memahami suasana politik di Sabah, dan ini menyumbang kepada kegagalan Pakatan memenangi kerusikerusi Parlimen penting yang boleh membantu mewujudkan kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, pemimpin PKR Sabah tidak memahami apakah keuntungan strategi Anwar dalam membawa masuk Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, dan membenarkan kedua-duanya mempengaruhi senarai calon pilihanraya di negeri itu. Ini kerana PKR Sabah sudah pun mempunyai senarai calon tersendiri yang sudah lama membanting tulang untuk parti sejak ditubuhkan 15 tahun lalu. Mereka ini diketepikan begitu saja.

Jelas sekali, Anwar terlalu yakin bahawa Sabah boleh membantu `menghadiahkan’ kerusi-kerusi Parlimen yang diperlukan, sehingga beliau mengabaikan negeri itu apabila pilihan raya menjelang tiba dan memberi tumpuan hebat kepada kerusi-kerusi panas di Semenanjung.

Kerana kegagalan percaturan itu, Pakatan kehilangan Sabah, dan sekaligus tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Masanya sudah tiba bagi Pakatan Rakyat untuk meletakkan pilihan raya sebagai sejarah silam, dan merintis jalan untuk membina negara. Dalam konteks ini, biarlah saya menjadi orang pertama yang membuka jalan kerjasama. Sebagai Menteri, saya sendiri sudah menjemput Anwar untuk menamakan pemimpin Pakatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai isu semasa berhubung kementerian saya. Sehingga kini, pelawaan saya masih tidak berjawab. Saya kira rakyat berhak bertanya, kenapa?

Anwar juga mengembar-gemburkan isu undi popular dalam ucapannya. Jika dikaji, kelebihan undi popular Pakatan Rakyat adalah kira-kira 380,000 undi. Bagaimanapun, undi popular itu sebenarnya adalah ihsan DAP kepada Anwar, yang boleh dilihat menerusi kawasan bandar seperti Seputeh yang mencatatkan majoriti 51,000 undi, PJ Utara (45,000), Cheras (37,000),Serdang (42,000), Puchong (32,000) dan Bukit Gelugor (41,000). Jelas sekali, majority itu datang dari kawasan DAP.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, ialah mungkin Anwar lupa walaupun secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular, tetapi Barisan Nasional menerima sokongan `takdir’ yang membantu gagasan itu memenangi PRU13 baru-baru ini. Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya.

Oleh Abdul Rahman Dahlan
* Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Parlimen Kota Belud.
xxx2

Komen Anda

81 Responses to " Apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu? "
teo said...
June 17, 2013 at 8:29 AM

Anwar still can't accept the fact that he will never be the PM.


teo said...
June 17, 2013 at 8:30 AM

Anwar was over confident about winning the election and now that he lose it, he refuse to accept it.


teo said...
June 17, 2013 at 8:31 AM

Correct me if im wrong but didn't Anwar said he will retire if he lose the election?


teo said...
June 17, 2013 at 8:32 AM

BN won because the people still trust in the leadership and capability of BN.


teo said...
June 17, 2013 at 8:33 AM

The people vote based on the candidate performance. Fair and square.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 9:56 AM This comment has been removed by the author.

gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:00 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia. Perdana Menteri berkata fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu misalnya telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar juga turut mempercayainya. Sampai hari ini belum ada buktipun bahawa kononnya kita bawa 40,000 warga Bangladesh (untuk mengundi), ini satu fitnah dan pembohongan yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir, saya dapat tahu peguampun tak boleh fikir.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:00 AM

Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa yang terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal ini, katanya. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:00 AM

Najib berada di sini dalam rangka lawatan peribadi untuk bertemu beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengannya, selain berehat selepas PRU13. Perdana Menteri meminta para pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana Barisan Nasional (BN) kononnya boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi kerana ia memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal dan memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi pada hari mengundi.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:00 AM

Secara logik, katanya, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia. Saya sebagai Pengerusi BN menafikan dengan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan, katanya.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:00 AM

Najib berkata BN yang telah banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah menang secara sah pada PRU13, namun ia kalah dalam perang persepsi kerana fitnah dan pembohongan yang dilakukan pembangkang melalui media alternatif yang lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana. Kita perlu untuk PRU akan datang, BN melengkapkan dari segi kemampuan untuk memerangi perang persepsi, realitinya kita sudah sampaikan, Malaysia semakin hari semakin makmur dan menjadi contoh kepada negara lain tetapi persepsinya dikatakan sebaliknya.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

Inilah yang kita hadapi sebagai cabaran yang paling besar kepada BN untuk memerangi perang persepsi, katanya. Perdana Menteri berkata sunggupun lawatannya ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

Saya telah menegaskan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan rasmi dan peribadi,” katanya. Najib berkata dalam lawatannya kali ini beliau turut ditemu bual stesen TV swasta MetroTV dan ditemu ramah majalah Tempo di sini di mana beliau antara lain menyampaikan mesej bahawa Malaysia ingin melihat integrasi ekonomi antara Malaysia dan Indonesia menjadi lebih mendalam walaupun kedua-dua negara mempunyai jumlah dagangan yang sentiasa baik iaitu kira-kira AS$18 bilion.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

Sasaran yang dituju dari segi jumlah dagangan untuk kedua-dua negara itu ialah AS$30 bilion menjelang tahun 2015. Saya sampaikan mesej ini dengan harapan berdasarkan hubungan kerajaan dengan kerajaan dan rakyat dengan rakyat yang sangat serasi, maka ia perlu diterjemahkan dalam bentuk hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan, yang boleh menjadikan hubungan Malaysia-Indonesia lebih kukuh.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

Selain itu juga, pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waythamoorthy mempertahan keputusannya menandatangani perjanjian dengan Barisan Nasional (BN) berikutan kegagalan parti pakatan pembangkang mengotakan janjinya kepada masyarakat India.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

Katanya sejak November tahun lalu, Hindraf berbincang sebanyak 24 kali dengan para pemimpin pakatan pembangkang untuk mendapatkan persetujuan mereka mengenai pelaksanaan rangka tindakan komprehensif lima perkara pergerakan itu berkaitan masyarakat India.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

Sambil menyuarakan kekecewaannya, Waythamoorthy berkata selama lima tahun, Hindraf “dipermain-mainkan” pakatan rakyat, yang hanya pandai menabur janji kepada masyarakat itu, tetapi tidak pernah menunaikannya.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

Katanya lagi, pakatan pembangkang memperkuda kami dan secara terang-terangan menolak tuntutan Hindraf, BN tampil untuk meluluskan rangka tindakan lima perkaranya.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

BN membuka peluang kepada kami (Hindraf) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India dan ia merupakan sesuatu yang tidak boleh kami lepaskan begitu saja, katanya.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:04 AM

Lagipun berdasarkan track record, sememangnya hanya BN yang boleh mengatakan telah membawa kemajuan yang besar dan ketara kepada negara.


gazi hardy said...
June 17, 2013 at 10:04 AM

Anwar pula kemajuan yang dibawa adalah kemajuan perhimpunan dengan pelbagai nama seperti bersih, 505 dan macam2 lagi. Ini bukannya membawa kemajuan sebaliknyakekacauan.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:37 AM

kurangnya 56 petisyen difailkan BN dan pembangkang selepas tempoh berbuat demikian tamat pada Rabu. Sebanyak 21 petisyen dikemukakan BN manakala bakinya 35 lagi babitkan parti-parti pembangkang sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:37 AM

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tiada pemilihan ahli parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh dipertikaikan kecuali dengan petisyen ke Mahkamah Tinggi.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:37 AM

Pada pilihanraya umum 1999, sebanyak 40 petisyen difailkan manakala pada 2004 (3) dan 2008 sebanyak 29 petisyen. Dengan jumlah 56 petisyen selepas PRU 13, angka itu paling tinggi pernah difailkan.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:37 AM

Pembangkang diwakili DAP, PKR dan PAS tentu amat berharap sekurang-kurangnya 27 petisyen di peringkat Parlimen dapat menaikkan semangat mereka untuk menguasai Putrajaya.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:37 AM

Jika mereka menang 23 petisyen bermakna bilangan kerusi pembangkang bertambah daripada 89 kepada 112 cukup untuk majoriti mudah mengambil alih kerajaan daripada BN.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:38 AM

Pembangkang juga memfailkan jumlah petisyen bagi DUN Perak dan Kedah dengan harapan menang dan merampas semula dua negeri itu yang dimenangi BN. Namun, impian pembangkang bukan semudah disangka kerana tidak semua petisyen yang difailkan akan dibicarakan di mahkamah.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:38 AM

Menurut Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, setiap petisyen hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh dikemukakan. Apapun, jika kes di bicarakan dan ada pihak tidak puashati dengan keputusan, rayuan boleh dikemukakan di mahkamah Persekutuan yang akan memuktamadkan keputusan.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:38 AM

Bagi pembangkang yang berharap petisyen ini boleh membuka jalan ke Putrajaya, eloklah mereka lupakan sahaja. Pada 2008, daripada 29 petisyen hanya satu dibawa ke mahkamah manakala yang lain ditolak mahkamah selain diselesaikan di luar mahkamah.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:38 AM

Daripada 35 petisyen difailkan pembangkang, tidak mustahil semua akan ditolak atau hanya beberapa sahaja akan diterima mahkamah. Justeru itu, peluang pembangkang mahu menggunakan petisyen sebagai cara mudah menuju Putrajaya selepas gagal pada PRU 13, tentu tidak kesampaian.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:39 AM

Bagaimanapun, pembangkang ada alternatif lain jika mereka masih mahu menjayakan impian menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Hanya tiga cara membolehkan pilihanraya kecil diadakan iaitu perintah mahkamah, kematian dan wakil rakyat melepaskan jawatan.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:39 AM

Apa kata semua wakil rakyat pembangkang melepaskan jawatan supaya boleh diadakan pilihanraya semula. Lagipun, itu lebih elok berbanding gesaan supaya Pengerusi dan timbalan pengerusi SPR melepaskan jawatan.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:39 AM

Kebiasaannya, jika di pejabat, kalau sesaorang itu tidak suka pada majikan atau boss, mereka yang letak jawatan sebagai tanda protes atau tidak puashati. Dalam situasi membangkang sekarang, mereka memang tidak puashati dengan SPR, maka eloklah mereka letak jawatan.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:39 AM

Cadangan bodoh ini tentunya ditolak pembangkang kerana mana-mana wakil rakyat yang sengaja meletak jawatan akan hilang kelayakan bertanding untuk tempoh lima tahun.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:40 AM

Satu lagi pilihan lain, ambil kira cadangan Anwar supaya wakil rakyat PKR boikot majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 24 Jun, eloklah mereka teruskan niat itu.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:40 AM

Mereka tidak perlu angkat sumpah hingga tamat tempoh enam bulan dan selepas itu Speaker boleh maklumkan kepada SPR mengenai ketidakhadiran wakil-wakil rakyat terbabit bagi membolehkan pilihanraya semula.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:40 AM

Jika semua cadangan di atas pembangkang tidak berani buat, elok-eloklah mereka hentikan sandiwara politik dengan jadikan SPR sebagai ‘kambing hitam’. Cukup-cukuplah berpolitik kerana 89 kawasan parlimen perlukan wakil rakyat untuk memberikan khidmat kepada rakyat yang mengundi mereka pada 5 Mei lalu.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:40 AM

Meminjam kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini digelar ‘Gabenor Parlimen’,: “ Mereka ini (wakil rakyat) sudah diberikan amanah apabila rakyat mengundi dan memilih mereka dan antara sifat orang munafik adalah tidak menunaikan amanah.


Jujai said...
June 17, 2013 at 11:40 AM

Sudah tiba masanya wakil rakyat pembangkang tunaikan tugas masing-masing bukannya terus berkokok salahkan SPR dan riuh rendah di himpunan 505.


Guhodon said...
June 17, 2013 at 12:05 PM

ANWAR, BAPA SANDIWARA

Semalam 16 Jun 2013 merupakan Hari Bapa yang khabarnya disambut di seluruh dunia bagi mengenang jasa pengorbanan si ayah dalam membangunkan keluarga dan membahagiakan anak-anak dan isteri.

Terima kasih kepada semua kaum bapa atas jasa bakti mereka dan sewajarnya bukan pada Hari Bapa sahaja kita mengenang pengorbanan bapa kita sebaliknya berpanjangan meski pun ada antaranya yang sudah lama kembali ke rahmatullah.

Dalam konteks kenegaraan, kita ada Bapa Malaysia misalnya Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman yang besar erti pengorbanannya dalam menjayakan usaha tuntutan kemerdekaan negara.

Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Kedua pula diabadikan dengan gelaran Bapa Pembangunan kerana melalui inisiatif beliau maka proses kemajuan negara khususnya melibatkan penduduk di kawasan luar bandar agak ketara kejayaannya.

Manakala Perdana Menteri Ketiga, iaitu Tun Hussin Onn dikenali ramai sebagai Bapa Perpaduan berikutan usahanya dalam memupuk perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum mahu pun agama.

Tun Dr Mahathir pula adalah Perdana Menteri Keempat dan yang paling lama memegang jawatan tersebut, cukup dikenali umum sebagai pemimpin hebat dengan gelaran Bapa Pemodenan lantaran kesungguhannya memodenkan negara selain kehebatan mengemudi kemajuan ekonomi Malaysia.

Sementara Tun Abdullah yang mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Kelima juga tidak kurang hebatnya sehingga dinobatkan dengan gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan sesuai dengan keyakinannya bahawa modal insan adalah aset penting untuk memacu pembangunan negara.

Kelima-lima Bapa Malaysia itu sudah terbukti jasa bakti pengorbanan mereka untuk negara ini dan diteruskan kesinambungannya kini oleh Perdana Menteri Keenam iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai usaha transformasi mengikut peredaran semasa.


Gurhodon said...
June 17, 2013 at 12:06 PM

ANWAR, BAPA SANDIWARA

Tidak syak lagi gelaran Bapa Transformasi agak cocok dengan Dato’ Seri Najib setelah diambil kira pelbagai kejayaannya mengurus tadbir negara semenjak mengambil alih jawatan pada April 2009 sewaktu berlakunya kegawatan politik dan ekonomi.

Semua Bapa Malaysia di atas masing-masing merupakan ikon rasmi yang bermanfaat di zaman mereka dan selepasnya, akan sentiasa di kenang kerana jasa pengorbanan untuk rakyat dan negara, itu realiti yang sudah terbukti.

Namun demikian, janganlah kita lupa seorang lagi manusia walau pun tak layak di beri gelaran Bapa Malaysia namun masih juga boleh diberi satu gelaran unik tidak rasmi bagi menggambarkan keperibadian dan kecenderungannya dalam berpolitik.

Siapa lagi kalau bukan Brader Anwar Bin Ibrahim yang merupakan papa hebat bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan adalah satu-satunya ikon politik yang sentiasa diselubungi sandiwara dan kontroversi yang menjelikkan tapi masih lagi berupaya memperdaya pengikutnya.

Anwar sejak dikenali umum sekitar tahun 1970-an dulu diakui hebat dalam sandiwara sama seperti ceritera garapannya mengenai kebuluran yang kononnya menyebabkan kematian petani di Baling, Kedah.

Ketua Umum PKR itu juga kekal diingat ramai berikutan pelbagai lagi kisah nostalgik mengenai suntikan racun arsenik, darah HIV, patah tengkuk dan tulang belakang, keretanya disabotaj, ugutan bunuh dan lari ke kedutaan Turki serta banyak lagi karya hebatnya sewaktu zaman kegelapan reformasi terlepas kerusi di era akhir 1990-an hingga kini.

Karyanya yang paling tersohor yakni projek PM 16 September 2008 pula hingga saat ini terus menjadi bualan ramai, sejak tarikh itu sampai sekarang belum pernah ada yang mampu menandingi daya fantasi yang dibayanginya.

Terbaru insan kreatif yang sama jugalah yang sibuk merencana supaya Ahli Parlimen pakatan pembangkang memboikot sesi pembukaan Parlimen dan majlis angkat sumpah tapi disahkan pula oleh rakan sepakatannya akan hadir untuk angkat sumpah pada 24 Jun 2013 nanti selepas saranannya tidak mendapat sambutan.

Selepas mengambil kira segala plot karya kreatifnya yang melampaui kewarasan akal manusia itu tetap terus mendapat sambutan di kalangan penyokongnya, maka sukalah kiranya dicadangkan supaya sebaik sahaja Anwar selesai angkat sumpah pada 24 Jun 2013 nanti, maka sama-sama kita nobatkan Brader Anwar Bin Ibrahim sebagai Bapa Sandiwara.

Tapi, hakikatnya sama ada Anwar sedia hadir dan turut sama angkat sumpah atau pun sebaliknya mencipta pula sandiwaranya yang terbaru, ia tidak dapat menolak satu kenyataan benar bahawa gelaran Bapa Sandiwara akan tetap menjadi miliknya.

Bayangkan jika watak politik yang kuat imaginasinya seperti Anwar tidak wujud dalam arena politik negara, nescaya suramlah suasana politik Malaysia. Justeru itu ‘hargailah’ Anwar sebagai seorang Bapa Sandiwara yang membantu memeriahkan politik negara ini dengan daya kreativitinya.


Andy T said...
June 17, 2013 at 1:53 PM

Aku sokong jika ada pihak yang cakap ini semua hanyalah lakonan Anwar. Kerana kita sendiri tahu Anwar sememangnya seorang yang suka berlakon dalam politik. Apa yang pasti keputusan sudah diperolehi dan menyebelahi BN. Jika benar tidak puas hati boleh kemukaan bantahan dengan cara yang betul.


Anonymous said...
June 17, 2013 at 1:53 PM

Siap Anwar mengarahkan ahli SPR berhenti? Tidak ada kuasa Anwar dalam perlembagaan.


Damdiah said...
June 17, 2013 at 1:55 PM

Anwar perlu sedar yang mana undi popular bukannya penentu kerajaan di Malaysia ini.


Damdiah said...
June 17, 2013 at 1:55 PM

Penentu untuk kerajaan adalah kememangan jumlah kerusi yang ada di Negera kita ini.


Anonymous said...
June 17, 2013 at 2:04 PM

Jika kita lihat sendiri sekarang ini. Anwar sememangnya tidak dapat menerima kekalah pada PRU13 ini. Apa sudah jadi dengan perjanjian Anwar sebelum PRU13 itu.


Anonymous said...
June 17, 2013 at 2:05 PM

Ada juga pihak berkata yang mana Anwar seolah-olah telah merancang semua ini dari mula lagi. Bila mereka kalah pasti akan berlaku perhimpunan untuk membantah keputusan PRU.


Alias Dulah said...
June 17, 2013 at 2:05 PM

Semua itu sudah awal didedahkan sebelum PRU13 berlangsung lagi. Nampak bukan benar apa yang disampaikan oleh pihak yang membocorkan rahsia Anwar selepas PRU13.


Anonymous said...
June 17, 2013 at 2:06 PM

Jika kita dapat lihat sekarang ini kerajaan BN telah pun berjaya membawa Malaysia lebih jauh sehingga dikenali oleh dunia.


Hidup Di Sabah said...
June 17, 2013 at 2:06 PM

Tahniah kepada kerajaan BN atas kemenangan pada PRU13.


Karulnaim said...
June 17, 2013 at 2:07 PM

Bukan mudah untuk mengecapi semua itu jika tidak bersatu hati. Kerana bersatu hatilah BN mampu mengekalkan sebagai kerajaan pilihan rakyat.


Anonymous said...
June 17, 2013 at 2:08 PM

Anwar... Jadi pensyarahlah seperti apa yang dijanjikan. Tidak perlu lagi aktif dalam politik.


Selasiah said...
June 17, 2013 at 2:08 PM

Selagi Anwar tidak mendapat apa yang dia inginkan sampai bila-bila pun akan cuba untuk memberontak.


Selasiah said...
June 17, 2013 at 2:09 PM

Kita dapat lihat dari apa yang dia lakukan sekarang ini. Anwar semakin keluar taring dengan membuat perhimpunan haram demi kepentingannya.


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:09 PM

Anwar Ibrahim GAGAL dan malu besar setelah gagal menumbangkan BN.

Bukan main beliau sudah membayangkan untuk bergelar Perdana Menteri pada 5 Mei lalu. Habis dicanang sudah bersiap sedia mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

Ditambah lagi katanya Yang DiPertuan Agong sudah tidur, maka hari lain sahaja beliau akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

GAGALnya pembangkang menyebabkan Anwar Ibrahim cukup panas hati. Ditutup kelemahan dengan mengaburi mata rakyat dengan pelbagai alasan dan karenah.

Daripada 40,000 pengundi hantu Bangladesh, mengundi dua kali, penipuan SPR dan bermacam-macam alasan. Alasan-alasan ini masih lagai GAGAL dibuktikan oleh Anwar Ibrahim sehingga kini ... sekadar membuat 'road tour' dengan 'Jelajah Syok Sendiri Black Out 505'.

Anwar tidak mahu dilihat sebagai KALAH. KALAH bererti maut baginya untuk meneruskan sisa-sisa nyawa politiknya.

Sekarang ... Apakah Anwar Ibrahim masih HEBAT @ BANGSAT?


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:10 PM


Ketua Pembangkang ini memang mahu dirinya dianggap HEBAT. Sememangnya tidak dinafikan Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang HEBAT. HEBAT dalam serba serbi. HEBATnya beliau naik secara mendadak sewaktu dalam UMNO dahulu namun sukar untuk dijatuhkan.

Pemimpin lain jika dikaitkan dengan isu MORAL memang pasti ditolak rakyat. Confirm kalah pilihan raya. HEBATnya Anwar Ibrahim walaupun dipaparkan segala bukti perlakuan sumbang sekalipun, masih ada rakyat yang mempertahankannya.


Zamri Ahmah said...
June 17, 2013 at 2:10 PM

Anwar juga telah merancang yang mana mengunakan rakyat sebagai senjata untuk menjatuhkan kerajaan. Anwar menghasut rakyat untuk menentang kerajaan BN dan menukar kerajaan.


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:10 PM


HEBATnya Ketua Umum PKR ini, sepatah sahaja Anwar Ibrahim berkata semua itu fitnah, maka sebilangan rakyat percaya bulat-bulat Anwar Ibrahim telah difitnah.

Rakyat lebih percaya cakap Anwar Ibrahim melebihi daripada tutur kata daripada mufti mahupun golongan ilmuwan Islam. Betullah kata-kata bekas pemimpin PKR dan kawan-kawan rapatnya. Anwar Ibrahim seorang manusia yang cukup HEBAT ... HEBAT yang tidak bertempat.


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:10 PM

Kerana keHEBATan Anwar, para ulama berpecah belah ...
Kerana keHEBATan Anwar, cerdik pandai berbalah ...
Kerana keHEBATan Anwar, Melayu semakin teruk berpecah belah ...


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:10 PM

Memang benar, Anwar Ibrahim tidak pernah gagal dalam keHEBATan. Manusia ini tidak pernah kalah dalam apa jua pertandingan.

HEBATnya Anwar Ibrahim naik terlalu cepat sewaktu dalam UMNO dan kerajaan, naik tak ikut tangga. Dari ahli biasa terus jadi Ketua Pemuda, melompat naik menjadi Naib Presiden UMNO ... tanpa perlu melalui menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. Sekelip mata menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dengan menyingkirkan Allahyarham Tun Ghafar Baba.


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:11 PM

HEBATnya suami Wan Azizah ini sehingga menyebabkan Rahim Nor hilang jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana mempertahankan nama baik Polis DiRaja Malaysia. Namun ... apakah semua anggota polis masih ingat pengorbanan Rahim Nor ?

HEBATnya papa Nurul Izzah ini boleh melompat dan memilih Kementerian yang boleh melonjakkan beliau menjadi Perdana Menteri dengan cepat. Pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, tapi sekejap. Jadi Menteri Pertanian pun sekejap.


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:11 PM

HEBATnya Anwar Ibrahim kerana momokan beliau adalah seorang yang berjiwa rakyat. Kalau berjiwa rakyat beliau sepatutnya lama berada di Kementerian Pertanian.

Bukankah Kementerian Pertanian adalah nadi kehidupan petani dan nelayan ... golongan marhaen yang Anwar Ibrahim perjuangkan ? Apa pembaharuan dan kemajuan yang dibawa Anwar Ibrahim sewaktu memegang jawatan dalam dua kementerian ini ? Rupanya rakyat marhaen terlupa ... Tak ada, kosong !


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:11 PM

Tak perlulah berbicara mengenai beliau sewaktu menerajui Kementerian Kewangan ... Yang ini memang kena tabik, Anwar Ibrahim memang cukup HEBAT. HEBAT dalam gagasan meramaikan KRONI-KRONI yang kaya raya.

Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Adik beradiknya, Farizon Ibrahim dan Marzukhi Ibrahim, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr. Rahim Ghouse, Rustam Sani, Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob, Datuk Ghazi Ramli, Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd, Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil, Datuk Ahmad Saad.


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:12 PM

Rupanya rakyat marhaen juga terlupa ... Anwar Ibrahim adalah pelopor BAPA KRONISME NEGARA sewaktu menjadi Menteri Kewangan.

HEBATnya Anwar Ibrahim kerana sebilangan rakyat menganggap beliau adalah hero rakyat. Anwar Ibrahim bukan hero rakyat, sekadar hero memperalatkan rakyat.

Selagi ada rakyat, selagi itu Anwar Ibrahim akan terus hidup. Rakyat adalah nyawa politik Anwar Ibrahim. Rakyat adalah alat bantuan pernafasan Anwar Ibrahim.

Namun dalam keHEBATan, rupanya Anwar Ibrahim adalah manusia yang GAGAL ...


Anonymous said...
June 17, 2013 at 2:12 PM

Anwar sememangnya sudah hilang idea dan mula bertindak mengikutk kehendaknya yang salah. Anwar hanya dapat memegang jawatan PM selepas PRU13 kerana selepas PRU14 umur Anwar sudah dalam senarai orang TUA.


brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:12 PM

Anwar Ibrahim sedar Pakatan Rakyat kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Sekadar mahu menutup kelemahan dan kemaluannya, Anwar Ibrahim cukup cepat melakukan 'road tour' dengan 'Jelajah Black Out 505'. Apa yang 'black out' pun entah ...

Kegagalan pembangkang menyebabkan Anwar Ibrahim perlu mengubah persepsi dan mengalih perhatian rakyat dengan isu undi popular. Pelik ... Anwar Ibrahim bukannya tidak pernah menjawat dan menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan. Bukannya beliau tidak tahu sistem dan amalan demokrasi yang dipakai dalam negara-negara Komanwel.



Anwar Ibrahim GAGAL dan malu besar setelah gagal menumbangkan BN. Bukan main beliau sudah membayangkan untuk bergelar Perdana Menteri pada 5 Mei lalu. Habis dicanang sudah bersiap sedia mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri. Ditambah lagi katanya Yang DiPertuan Agong sudah tidur, maka hari lain sahaja beliau akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.


Kegagalan pembangkang menyebabkan Anwar Ibrahim cukup panas hati. Ditutup kelemahan dengan mengaburi mata rakyat dengan pelbagai alasan dan karenah. Daripada 40,000 pengundi hantu Bangladesh, mengundi dua kali, penipuan SPR dan bermacam-macam alasan.



brenda lilith said...
June 17, 2013 at 2:13 PM


Anwar tidak mahu dilihat sebagai KALAH. KALAH bererti maut baginya untuk meneruskan sisa-sisa nyawa politiknya. Sekarang ... Apakah Anwar Ibrahim masih HEBAT ?


gojes said...
June 17, 2013 at 2:38 PM

ANWAR MELAWAN TAKDIR/ MUNGKIR JANJI/MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN SENDIRI

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.

Hamid Awaludin, bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".

Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.

"Jusuf sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.

Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas Naib Presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU-13 berjalan secara teratur.

Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa Barisan Nasional (BN) menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.


gojes said...
June 17, 2013 at 2:40 PM

ANWAR MELAWAN TAKDIR/ MUNGKIR JANJI/MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN SENDIRI

PRU-13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.

Hamid berkata, Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian.

Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya," kata beliau.

"Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik," katanya.

Berikut adalah soal jawab dengan Hamid:

Anwar mendakwa Jusuf yang menghubunginya, tapi Jusuf pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?

Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf bersama Anwar dan Najib. Jusuf hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah.

Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia. Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.

Jusuf menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 5:38 PM

sabahdaily tak boleh pakai sudah


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:10 PM

Anwar dalam sidang akhbar baru-baru ini sekali lagi mengulangi janji untuk hapuskan tabiat menyara hidup kroni. Agihan kontrak akan diberikan sama adil kepada yang benar-benar layak, bukan lagi kepada pihak tertentu yang mengaut keuntungan berbilion ringgit sedangkan rakyat lain masih ditahap susah.

Itulah sendiwara lama yang diulangkan semula untuk mengajak rakyat lupakan segala kemungkaran gila kuasa oleh Anwar Ibrahim.


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:11 PM

Itu belum lagi termasuk dengan bagaimana Anwar memperkukuhkan kedudukan kuasanya dengan memastikan

Anwar sebagai Perdana Menteri

Wan Azizah sebagai President PKR

Nurul Izzah terus bertanding dan memastikan memangku jawatan timbalan menteri dalam kabinet bayangannya

Memastikan Nurul Nuha dicalonkan sebagai calon bertanding di Permatang Pauh.


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:12 PM

Bukankah itu juga budaya kronisme yang paling hebat? Kerana jika ini menjadi kenyataan! Berapa banyak sumber dalam jabatan menteri boleh dimanopoli oleh keluarga Anwar ibrahim. Tidak mustahil jika kain lampin anak cucu cicit Anwar Ibrahim akan dibawa masuk dalam persidangan parlimen dan menjadi masalah negara?


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:12 PM

Bukan setakat itu! setiap keluarga dalam PKR PAS dan DAP juga menggambil peluang masing-masing menempatkan keluarga mereka dalam senarai kabinet dengan memastikan mendapat jawatan terpenting dalam senarai kabinet awangan mereka.


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:12 PM

Kalau berginilah cara Anwar! Layakkah Anwar berjanji menghapuskan budaya kroni sambil menempat empayar kronisme dikalangan anak-beranak sendiri! Bukankah ini bukti Anwar lebih berganda jijik dari amalannya semasa memangku Jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat.


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:13 PM

Kerana semasa menyandang jawatan TPM Anwar paling hebat menyara kroni demi memastikan agenda sulit melalui networking nya merebak disetiap akar umbi instusi dan jabatan kerajaan. Jangan lupa Anwar satu-satu menteri menerap kempen ala Parti Komunis Malaya iaitu bina networking disetiap akar umbi untuk menjatuhkan kerajaan sah.


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:13 PM

Bukan setakat itu Anwar juga punyai networking merentas dasar lautan yang melibatkan kuasa-kuasa luar dan networking ini telah banyak menyara dan membiayai perjalanan NGO yang menjadi tulang berlakang Anwar. Contoh terbesar adalah Suaram.


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:13 PM


Apa yang telah Suaram buat semua rakyat tahu! Menjalankan agenda menjatuhkan kerajaan melalui Bersih 1 2 & 3.
Menjatuhkan Najib melalui reka cipta skandal Scorpene yang sampai sekarang spina dari Makamah Perancis tidak dibawa pulang untuk nengheret Najib Razak.
Terbaru timbul lagi isu Suaram membiyai pengganas di Lahad Datu?


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:14 PM


MASIH INGAT! Suaram telah mengakui menerima dana dari Soros dan adakah George Soros membiyai Suaram sekadar suka-suka tampa ada imbal-balas. Sudah pasti ini akan menjadi kroni yang paling berjaya memanopoli perniagaan utiliti negara seperti mana yang telah berlaku kepada Indonisia semasa kegawatan ekonomi 1997.


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:14 PM

Terjebak dalam mainan IMF hingga tergadai saham utiliti kepada kuasa asing. Anwar semasa menyandang TPM juga berminat untuk terjebak dengan IMF tetapi kita bernasib baik Ayahda Tun Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia dari terjebak dengan mainan Anwar sebagai proksi kuasa luar.


BUKTI ANWAR SEORANG PENIPU! said...
October 17, 2013 at 11:15 PM

Sekarang sudah jelas yang Anwar tidak layak membicarakan membasmi kroni kerana budaya menyara hidup kroni sedang berluasa di Selangor yang diperintah oleh PKR dan sejarah Anwar membiayai kroni lebih dahsyat dan menyeramkan. Pecah Palak Mikir.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx