Monday, June 24, 2013

Dengarnya ada berita baik untuk negara?

Waktu dan zaman berubah. Ia juga membawa perubahan kepada keadaan sesebuah negara termasuk politiknya sendiri. Negara kita tidak terkecuali dari melalui perubahan ini. Tidak mungkin keadaan sekarang mampu memberikan satu kerajaan yang benar-benar stabil dan berkesan.

Baik dari pihak kerajaan dan pembangkang, roh politik yang sebenarnya secocok dengan kehendak rakyat dan negara sudah tidak dapat di perkasakan lagi. Tidak mungkin kita akan mengalami satu keadaan yang pernah kita alami dahulu jika keadaan sekarang berterusan berlaku.

Ramai rakyat yang berfikir, dan ada juga pemimpin yang mencari jalan penyelesaian terhadap kecelaruan politik negara kita ini. Tentunya penyelesaian itu terbit dari pemikiran manusia yang insaf dan tekun mengamalkan introspeksi terhadap kecelaruan ini. Yang berfikir dengan bertanggungjawab akan sentiasa mencari kaedah untuk memperbaiki keadaan negara dan diri sendiri.

Di akhir-akhir ini ada kedengaran usaha beberapa pemimpin dikalangan ahli-ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada sekarang ini dan formula baru nampaknya sudah mula bertunas. Samada ia akan berjaya dilakukan, itu juga adalah ketentuan dari Tuhan Maha Esa. Seperti biasa keresahan dikalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli legislatif itu akan membawa perubahan dan gerak ini diharapkan adalah gerak yang diredhai Tuhan.

Kedengaran yang mereka bersungguh-sungguh mahukan perubahan ini dilakukan sekarang juga dan sambil itu melakukan transformasi yang sebenarnya yang diperlukan oleh negara dan rakyat. Jika gerakan ini menghasilkan perubahan kepada negara ia perlu mendapat sokongan semua pihak agar impian rakyat untuk hidup dalam ‘environment’ politik yang baru dan kesejukan siasah negara dapat dirasakan semua.

Kita mahukan sebuah negara baru, seperti yang selalu disebutkan oleh blog ini. Kita mahukan dasar yang baik perlaksanaannya. Kita mahukan imej rasuah yang tertempel kepada kerajaan hari ini dihapuskan dan ‘stigma’ BN itu rasuah, rasuah itu BN wajib dilenyapkan.

Imej ini tentulah datang bersama dengan manusia yang memimpinnya. Seperti yang blog ini selalu tekankan, tiada siapa dikalangan ahli-ahli kabinet sekarang berkemampuan untuk membawa perubahan ini kerana mereka semuanya terlibat dengan isu rasuah ini, setidak-tidaknya dalam erti kata ‘collective responsibility’ jemaah menteri itu.

Ia mesti dilakukan oleh pemimpn yang dipilih rakyat yang tidak terlibat bersama kabinet sekarang dalam semua keputusan ‘collective’ itu. Memilih gantian dari mereka yang berada dalam barisan kabinet dan MT UMNO sekarang ini tidak akan ada perubahannya. Selalu blog ini menyatakan dengan tegas yang mereka ini datang dari satu acuan yang sama.

Apabila kerajaan baru itu dipimpin oleh seorang yang tidak berada didalam kabinet yang mempunyai ‘stigma’ buruk itu, sekali gus imej dan pandangan serta persepsi rakyat itu akan berubah. Perubahan ini perlu dilakukan dengan kadar yang segera sebelum kita berpecah dan berbelah dalam semua hal kehidupan bernegara. Jika perubahan ini berlaku secara yang disebutkan dan dicadangkan ini maka kita agak pasti negara kita akan dipandang dengan lebih tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Jika Najib menjadi isunya sebagai Perdana Menteri yang terlemah ia tidak boleh diperbaiki. Tetapi beliau boleh mengubah imej serta persepsi rakyat terhadap beliau dengan mewariskan kepimpinan negara kepada seorang yang bertanggungjawab dan beramanah. Meninggalkan nama yang baik bukan semestinya melalui hasil kerja yang baik tetapi juga dengan memberikan tanggungjawab negara kepada orang yang lebih berkemampuan dari beliau itu juga adalah tindakan meninggalkan nama yang baik buat beiau.

Tindakan mengaku kelemahan dan memberikan kepimpinan negara kepada seorang yang berkebolehan untuk memperbaiki keadaan negara itu sendiri adalah pengorbanan yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Tindakan itu juga adalah tindakan mulia demi untuk rakyat dan negara.

Beliau akan diingati oleh generasi yang akan datang sebagai seorang pemimpin yang berani melakukan tindakan untuk kebaikan dengan berkorban kepentingan peribadi beliau sendiri. Begitu juga kepada Muhyidin Yassin dan rakan-rakan kabinet yang lain. Mereka juga akan turut dikenang oleh generasi yang telah menyokong usaha rakyat untuk merubah dan menghindarkan negara dari terjerumus kedalam politik yang kacau bilau.

Jika berlaku perubahan ini, maka kita tidak lagi bersusah payah memikirkan tentang tindakan rakyat berhimpun ke sana ke mari sambil berbalas-balas tuduhan diantara pihak-pihak yang berbalah sekarang ini.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran apa yang kita dengar itu. Tetapi jika Tengku Razaleigh lah orangnya yang disebut-sebut menjadi pilihan untuk diberikan tugas memperbaharui semangat negara dan demokrasi kita serta rakyatnya, ia merupakan berita yang amat memberangsangkan oleh banyak pihak dinegara ini.

Dari sudut psikologinya sahaja negara akan menganjakkan imej dan stigma negatif negara yang sedang kita alami sekarang ini kepada imej yang baru yang memberangsangkan. Apa yang sangat perlu bagi negara sekarang ialah lonjakan persepsi yang baik untuk memulakan kerja dan tanggungjawab mengtransformasikan negara dengan semangat baru dalam ‘ambience’ siasah yang baru.

Bermula dengan semangat yang baru dan suasana politik negara yang baru, maka mudahlah kita mengalihkan tumpuan rakyat yang sedang berbalah sesama sendiri di negara ini kepada penantian baru bagi mereka. Lantas lebih mudahlah rakyat bersatu serta memberikan sokongan kepada kerajaan baru dengan doa serta restu yang menyeluruh dari rakyat jelata. Suasana politik baru inilah faktur besar yang akan menyatukan rakyat yang sedang berbalah ini.

Dalam perjumpaan-perjumpaan saya dengan semua pihak setiap hari jelas apa yang kita dengar sekarang sudah terbina harapan menggunung yang sangat-sangat mereka tunggu dan nanti-nantikan, iaitu sebuah negara yang bersemangat baru.

Blog ini bersama yang ramai dibawah ini amat teruja untuk menulis lagi tentang isu ini lagi dalam posting-posting yang akan datang. Kerana apa blog ini teruja untuk menulisnya? Kerana nama yang disebut-sebut itu adalah nama yang sangat cocok dengan keperluan negara yang inginkan pembaharuan itu.

Tengku Razaleigh merupakan seorang ahli politik yang veteran disamping seorang teknokrat dan 'planner' pembangunan yang telah meletakkan asas ekonomi negara dizaman kegemilangan beliau. Hanya politik dalaman UMNO semasa itu yang telah mengenepikan beliau dari arus perdana politik negara. Beliau dikenali diperingkat antarabangsa dan pernah mempengerusikan setidak-tidak tiga institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dalam satu masa yang sama.

Diantaranya ialah Bank Dunia yang beribu Pejabat di Washington, Bank Pembangunan Islam yang beribu Pejabat di Jeddah serta Bank Pembangunan Asia yang beribu Pejabat di Manila. Hanya politik dalaman UMNO sahaja yang menyebabkan beliau diketepikan sejak tiga puluh tahun dahulu sehinggalah sekarang.

Teruja pula blog ini untuk menulis tentang pemimpin yang sedang menjadi sebutan ramai sekarang ini. Insyaallah, kita berjumpa lagi

Oleh Aspan Alias
xxx2

Komen Anda

39 Responses to " Dengarnya ada berita baik untuk negara? "
Anonymous said...
June 25, 2013 at 8:51 AM

Tengku Razaleigh adalah pilihan PM malaysia yang terbaik untuk mengemudi malaysia. Kalau tengok track rekod pun Najib jauh tertinggal dibelakang Ku Li.

Najib bukanlah wira sebenar kerana kekal jawatan PM sbb takda pertandingan jawatan tertinggi. kalau UMNO ini benar2 parti yang berwawasan, wajib adakan pertandingan jawatan tertinggi parti.


Hkinh said...
June 25, 2013 at 11:20 AM

Tidak perlulah cuba untuk membatu apikan pemimpin BN. Mereka tahu apa yang terbaik.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 11:21 AM

Jika kamu bandingkan Anwar dengan Ku Li pasti nanti kamu cakap Anwar adalah yang terbaik. Memang tidak hairanlah ada orang seperti ini. Lumrah alam.


Velvet said...
June 25, 2013 at 11:22 AM

Jika kita dapat lihat sekarang ini pun BN telah banyak membawa negara ini kearah kemajuan.


Anwar Ib said...
June 25, 2013 at 11:23 AM

Kita percaya yang mana setiap orang ada kelebihan tersendiri.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 11:24 AM

Najib jika kita lihat adalah pemimpin yang ingin menyatukan semua rakyat di negara ini.


Ebon said...
June 25, 2013 at 11:24 AM

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta masyarakat Cina di negara ini mengikis tanggapan negatif kononnya semua program yang diperkenal kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) hanya untuk kepentingan kaum Melayu dan Bumiputera sahaja. Itu adalah salah. Semua apa yang kerajaan lakukan adalah untuk semua rakyat di negara ini.


Almiah said...
June 25, 2013 at 11:25 AM

Persepsi sedemikian tidak benar dan tidak tepat kerana apa sahaja program yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum.


Hidup Di Sabah said...
June 25, 2013 at 11:25 AM

Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Projek Pemodenan Bengkel Automatif (ATOM) yang dilaksanakan di bawah ETP turut disertai ramai peniaga Cina menerusi KOJADI (Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad). Jadi kita percaya yang mana kerajaan BN adalah kerajaan untuk rakyat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 11:26 AM

Penyakit ‘hati angkuh’ yang dihidapi pemimpin pakatan pembangkang terutama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan punca mengapa pakatan itu tidak mahu menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 dan menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok hari ini.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 11:26 AM

Kerana penyakit itu pembangkang sengaja membutakan mata mereka terhadap keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas dan tetap meneruskan perhimpunan itu walaupun tahu ia bakal mengundang keresahan warga kota.


Ali said...
June 25, 2013 at 11:27 AM

Orang seperti ini memang sentiasa nak cari kaedah nak jadikan negara ini kucar kacir, kita bagi Stadium Merdeka untuk mereka berhimpun tapi mereka tak mahu kerana penyakit hati angkuh, Stadium Merdeka orang tak nampak mereka nak terpekik sana sini.


Fredenan said...
June 25, 2013 at 11:27 AM

Mereka sengaja mencari kaedah untuk mengucar-kacirkan negara, nak susahkan dan tipu rakyat, inilah penyakit hati mereka. Hati busuk atau sakit hati kita boleh tolong ubat, tetapi sakit hati angkuh ini susah nak cari penawarnya.


Zubir said...
June 25, 2013 at 11:29 AM

BN perlu memastikan yang mana setiap parti yang ada akan terus bersama dan bersatu untuk memastikan kekuatan kerajaan BN ini. Jangan biarkan ada pihak yang cuba untuk memutar belitkan cerita demi menjatuhkan BN. Terutama sekali adalah parti UMNO yang sering diserang oleh pihak tertentu untuk melemahkan kepimpinan Datuk Najib. Mereka segaja membanding kebolehan ahli BN untuk memastikan timbul masalah dalaman BN,.


lol said...
June 25, 2013 at 12:38 PM

Negara-negara Asia perlu mencari penyelesaian tenaga yang komprehensif bagi menangani isu tenaga global yang mendesak, dengan mengambil kira perubahan besar yang akan berlaku dalam industri minyak dan gas.


lol said...
June 25, 2013 at 12:38 PM

Semasa membuat gesaan berkenaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyelesaian ini boleh membawa pembangunan dan keuntungan di samping memberikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan.


lol said...
June 25, 2013 at 12:38 PM

"Kita mesti mencari jalan untuk membawa ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pertimbangan bersama dan menanganinya sebagai satu: penyelesaian tenaga yang komprehensif," kata beliau dalam ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas Asia 2013


lol said...
June 25, 2013 at 12:39 PM

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peranan Petronas dalam membangunkan rizab semula jadi negara dan sumber manusia telah menghasilkan potensi ekonomi Malaysia dapat dipenuhi.


lol said...
June 25, 2013 at 12:39 PM

"Dan bersama-sama dengan Petronas, dan seluruh industri tenaga kita, kita perlu mencari jalan ke arah pembangunan mampan, terjamin dan saksama, supaya adanya penyelesaian tenaga menyeluruh yang saya perkatakan terdahulu," kata beliau.


lol said...
June 25, 2013 at 12:40 PM

Najib berkata ini juga bermakna pemahaman perubahan yang membentuk keputusan Dasar dan perniagaan serta bagaimana industri tenaga dan kerajaan perlu menanganinya.Perubahan yang paling radikal, sudah tentu, kebimbangan terhadap usaha mendapatkan rizab berharga yang sebelum ini tidak ekonomi, kata beliau.

Beliau berkata minyak dan gas bukan konvensional telah mengganggu pasaran tenaga dan dasar tenaga, kos peralihan, anggapan berkaitan karbon dan bekalan.


lol said...
June 25, 2013 at 12:41 PM

"Mereka telah benar-benar membentuk semula pandangan masa depan Amerika, membawakan era baru kebebasan tenaga dan kajian semula asas geopolitik," kata Perdana Menteri.Najib berkata perubahan pertumbuhan kedua ialah tenaga bersih, yang jelas semakin menurun.
Najib berkata inovasi dan kos pengeluaran yang berkurangan bersama-sama dengan tanda-tanda bahawa ekonomi utama telah bersedia menimbang sekatan karbon, memberikan isyarat seterusnya kepada pelabur.
Beliau berkata peralihan ini bukan sahaja mengenai tenaga boleh diperbaharu, tetapi juga sumber lama dengan grid yang menjurus kepada bekalan terputus-putus, mempunyai implikasi yang mendalam kepada pasaran tenaga global.


lol said...
June 25, 2013 at 12:41 PM

Secara keseluruhan, beliau berkata peringkat kini ialah untuk hubungan baru antara tenaga dan ekonomi. Pada beberapa peringkat dalam dua dekad akan datang, kemungkinan pengguna tenaga terbesar dunia akan menjadi pengeksport dan teknologi tenaga bersih akan mengubah kuasa pasaran tertentu.

"Persoalannya, ialah apakah makna peralihan ini bagi negara-negara seperti Malaysia; dan bagaimana kerajaan dan industri tenaga boleh bekerja bersama-sama untuk memastikan bahawa hasil dalam pembangunan, kestabilan dan pertumbuhan yang lebih besar," katanya.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:18 PM

Kerajaan perlu tegas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terbuka menyebarkan fitnah berbau hasutan menerusi perhimpunan ala 'Arab Spring' berikutan kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:18 PM

kerajaan khususnya polis perlu berani mengambil tindakan terhadap Anwar, tidak perlu takut kepada pembangkang kerana jika dibiarkan, kemungkinan negara akan berada diambang kehancuran.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:18 PM

Anwar dengan sokongan dan sogokkan pihak luar akan 'menjahanamkan' negara ini bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri walaupun sekadar bersifat boneka dan tidak mendapat restu rakyat.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:19 PM

Cita-cita Anwar sebelum dia mati adalah untuk jadi PM, jadi sudah tentu dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun negara hancur dan rakyat pelbagai kaum termasuk orang Melayu bermusuhan sesama sendiri.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:19 PM

Anwar telah menanam persespsi buruk di kalangan rakyat negara ini supaya membenci kerajaan berikutan kejayaaan BN menyingkirkan pakatan pembangkang pada PRU ke-13. 'kegilaan politik' Anwar sudah berada ditahap berbahaya dan boleh menjurumuskan negara dan rakyat berada dalam situasi kacau bilau serta pertelingkahan antara kaum.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:19 PM

rakyat di peringkat akar umbi mula bertanya kenapa pihak berkuasa 'seolah-olah takut' untuk mengambil tindakan terhadap Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang sedangkan terbukti mereka secara terbuka memberitahu akan meneruskan perhimpunan menggulingkan kerajaan.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:19 PM

Persoalan sedemikianlah yang menyebabkan masyarakat berasa kecewa dengan ketegasan pihak berkuasa dan kerana terlalu kecewa, mereka mula menjauhkan diri daripada BN khususnya UMNO.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:19 PM

Anwar terpaksa memulakan keganasan politik dengan mengajak minoriti rakyat supaya menolak BN kerana khuatir beberapa isu besar yang membabitkan diri beliau terbongkar seperti dalam isu konspirasi penceroboahan di Lahad Datu.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:20 PM

Selain itu, Anwar juga terpaksa menggunakan 'kemenangan merampas Putrajaya' sebagai penyelamat diri beliau bersabit isu liwat dan bantuan dana asing bagi membiayai pakatan pembangkang pada PRU ke-13.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:20 PM

Banyak pihak mempersoalkan punca atau sumber kewangan diperolehi pembangkang, kemungkinan ada penajanya yang ada hubungan dengan Yahudi, jadi apabila kalah, tentu sukar bagi Anwar memberikan penjelasan kepada pihak berkenaan.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:20 PM

Oleh sebab itu, Anwar dalam keadaan tertekan terpaksa menggunakan perhimpunan haram ala 'Arab-Spring' mengajak rakyat menumbangkan kerajaan BN secara tidak demokratik dengan melemparkan fitnah kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan BN melakukan penipuan semasa proses pengundian.


Rampage said...
June 25, 2013 at 1:20 PM

Kita sepatutnya sangsi melihat hubungan Anwar dengan pihak luar, mungkin ini satu strategi sulit pihak tertentu untuk menghancurkan umat Islam di rantau ini dengan menjadikan Malaysia sebagai sasarannya. untuk menghancurkan negara mereka terlebih dahulu perlu merampas kuasa politik yang dimiliki oleh orang Melayu dan terbukti telah berlaku pada PRU ke-13 baru-baru ini.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 3:08 PM

BOSAN DAN MENGADA-NGADA… Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan sikap pakatan pembangkang yang terus mahu berpolitik apabila berhasrat memulau majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

Kelmarin, hanya seorang sahaja ahli Parlimen pembangkang yang hadir ke taklimat khas yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tanpa mempedulikan kepentingan majlis berkenaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas membuat keputusan 'memboikotnya'.

Persoalannya, jika benar pakatan pembangkang berpegang kepada dakyah songsang mereka bahawa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, kenapakah kerajaan PKR di Selangor, Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan Pas di Kelantan mengangkat sumpah? Apa bezanya perjalanan proses pilihan raya di ketiga-tiga negeri berkenaan berbanding negeri-negeri lain termasuk di kerusi-kerusi Parlimen?

Apakah yang mengendalikan pilihan raya itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berlainan? Sudah pasti tidak!

Jelaslah apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dalam soal pengundian bagi kerusi Parlimen bermotif politik semata-mata. Mereka tidak dapat menerima hakikat impian mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU lalu gagal apabila hanya memperolehi 89 kerusi sahaja berbanding BN 133 kerusi.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 3:09 PM

BOSAN DAN MENGADA-NGADA… Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan sikap pakatan pembangkang yang terus mahu berpolitik apabila berhasrat memulau majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

Adalah sesuatu yang malang, apabila pembangkang masih belum mahu berhenti daripada berpolitik. Mereka tidak berusaha untuk menjadi pembangkang yang baik dan bertindak sebagai ejen check and balance kepada kerajaan, sebaliknya mahu merebut kuasa semata-mata.

Bagi pembangkang, kekalahan mereka di dalam pilihan raya bukan kerana keputusan yang dibuat oleh rakyat tetapi kononnya penipuan oleh BN, tetapi apa yang anehnya, mereka juga yang 'terhegeh-hegeh' paling awal menubuhkan kerajaan di negeri-negeri yang mereka menangi.

Biar pun apa juga hujah yang hendak dikeluarkan oleh pembangkang apa yang pasti sudah terbukti kini mereka cuba terus memancing emosi rakyat untuk bangkit menentang kerajaan. Mereka menolak sama sekali sebarang seruan agar mereka bermuhasabah kenapakah mereka masih gagal menumbangkan kerajaan BN.

Apa yang pembangkang tahu ialah kekalahan mereka di peringkat Parlimen kononnya disebabkan oleh penipuan BN. Kalau betullah BN hendak melakukan penipuan sudah pasti parti itu tidak akan membiarkan pembangkang kekal menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan serta memastikan BN terus gagal memerintah negara dengan majoriti dua pertiga.

Justeru dakwaan pembangkang dalam soal penipuan ini hanyalah fitnah dan tohmahan semata-mata. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa kerjasama carca marba mereka tidak memungkinkan rakyat menggadaikan masa depan negara kepada puak seumpama itu.



Anonymous said...
June 25, 2013 at 3:09 PM

BOSAN DAN MENGADA-NGADA… Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan sikap pakatan pembangkang yang terus mahu berpolitik apabila berhasrat memulau majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana mereka tidak henti-henti mahu mengadakan perhimpunan haram termasuklah pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur, biar pun tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbuat demikian di Padang Merbok.

Pembangkang tahu mengikut Akta Perhimpunan Aman, kelulusan DBKL adalah diperlukan tetapi mereka tetap mahu meneruskan hasrat mereka. Alasan kononnya perhimpunan itu adalah satu perhimpunan aman adalah alasan semata-mata.

Mereka akan sengaja melanggar undang-undang supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Apabila berlaku pancutan air dan tembakan gas pemedih mata, maka tercapai impian mereka untuk merosakkan imej negara di mata dunia.

Kalau betullah pembangkang begitu yakin mereka ditipu, maka kemukakan petisyen di mahkamah, biar mahkamah tentukan, kenapa perlu menyeret rakyat terutamanya penyokong tegar mereka ke jalanan? Kalau yakin sangat ada bukti-bukti kukuh yang akan menyokong petisyen mereka maka serah sahaja kepada mahkamah.

Tetapi masalahnya, pembangkang tidak ada bukti kukuh, mereka hanya bijak menabur fitnah, melemparkan tuduhan dan mencipta tohmahan bagi memburuk-burukkan kerajaan BN namun tidak berani berhadapan dengan fakta sebenar.

Hakikatnya, penulis agak teruja untuk mengetahui sejauh manakah 'keberanian' pembangkang untuk memulau majlis angkat sumpah pada 24 Jun ini. Ia memandangkan di dalam pembangkang sendiri berbelah bahagi.

Difahamkan yang beria-ia benar hendak memulaukan majlis tersebut ialah PKR - sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya benar-benar kecewa kerana Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal ditabalkan menjadi Perdana Menteri.



Anonymous said...
June 25, 2013 at 3:10 PM

BOSAN DAN MENGADA-NGADA… Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan sikap pakatan pembangkang yang terus mahu berpolitik apabila berhasrat memulau majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

Biar pun hanya mempunyai 28 kerusi di Parlimen namun PKR kini seolah-olah menjadi 'taiko' dalam pakatan pembangkang apabila cuba mempengaruhi DAP dan Pas supaya turut sama tidak mengangkat sumpah Ahli Parlimen.

Namun begitu kita jangan terkejut jika selepas ini PKR membuat keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah tersebut.

Jika mereka berbuat demikian, macam-macam alasan yang akan mereka berikan, maklumlah pembangkang sememangnya dikenali sebagai puak yang bijak mencipta isu, pandai mencari alasan dan terkenal berhujah.

Dan dalam masa yang sama, kita perlu bersedia untuk melihat bagaimana Dewan Rakyat sekali lagi mungkin akan dicemari dengan telatah-telatah memualkan dan mengada-ngada terutamanya oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang yang kali pertama menduduki jawatan itu.

Kita tidak perlu terkejut kalau itu berlaku kerana mereka tidak menghadiri majlis taklimat yang bertujuan membolehkan Ahli Parlimen mengetahui maklumat terkini mengenai peraturan serta garis panduan baharu berhubung hal ehwal berkaitan perjalanan Parlimen.

Apa pun buat masa ini, marilah kita terus menyaksikan 'sarkas politik' yang terus dimainkan oleh pakatan pembangkang yang ternyata semakin 'meroyan' kerana gagal menawan Putrajaya dan pemimpin mereka gagal menjadi Perdana Menteri.

Kita percaya majoriti rakyat berpendapat masa untuk berpolitik sudah tamat, sekarang adalah masa bersama-sama membangunkan negara. Kalau pembangkang mahu berpolitik tunggulah lima tahun lagi apabila Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 3:10 PM

BOSAN DAN MENGADA-NGADA… Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan sikap pakatan pembangkang yang terus mahu berpolitik apabila berhasrat memulau majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

Tetapi kita yakin pakatan pembangkang yang ada di negara ini 'tidaklah sematang' itu. Mereka hanya mahu berpolitik sepanjang masa dengan matlamat untuk berebut kuasa.

Kalau benar mereka matang berpolitik sudah tentulah mereka akan menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan bukannya membuat tohmahan yang bukan-bukan apabila kalah tetapi dalam masa yang sama bersedia memegang kuasa di kawasan yang mereka kalah dalam satu pilihan raya yang sama.

Inilah kualiti pembangkang yang ada di negara kita, kehadiran mereka dilihat lebih banyak bermatlamat memburu kuasa dan bukannya bersedia menyumbang membangunkan negara selepas pilihan raya.

Namun terserahlah kepada pembangkang untuk terus berpolitik kerana berdasarkan apa yang kita saksikan, rakyat negara ini sudah tidak mahu lagi melayan 'kegilaan mereka'.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx