Thursday, June 27, 2013

PRK Kuala Besut Bakal Tentukan Nasib Terengganu

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.

Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru.

Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar, pilihan raya kecil perlu diadakan dan pertempuran untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati untuk BN kerana PR sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN, Terengganu akan ditinggalkan dengan DUN yang tergantung, dengan gabungan pakatan pembangkang yang masing-masing mempunyai 16 kerusi negeri.

"Jika ini berlaku, Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri.

"Jika mereka gagal, Sultan akan memberi peluang yang sama kepada Pakatan. Tetapi jika kedua-duanya gagal, Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan dan pusingan pilihan raya yang baru perlu diadakan bagi negeri ini.

"Dalam erti kata lain, pilihan raya Kuala Besut adalah sangat penting kerana ia akan menentukan nasib Terengganu," katanya.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Dr Rahman maraih 8,809 undi manakala Napisah Ismail (PAS) mendapt 6,375 untuk memenangi majoriti 2,434.

Terdapat 144 undi rosak dengan kawasan pilihan raya itu mempunyai 17,713 pengundi.

Prof Dr Mohamed yang merupakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata kedudukan DUN yang tergantung akan mengakibatkan krisis kerana parti yang satu lagi boleh mendakwa mereka mempunyai mandat untuk mentadbir negeri.

Beliau berkata, apa yang pasti PR meletakkan satu perjuangan yang baik dan BN perlu bersedia dengan lebih baik untuk mempertahankan kerusi itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Terengganu Datuk Razif Abdul Rahman berkata BN akan melakukan semua yang terdaya untuk mengelakkan DUN digantung.

"Kuala Besut diketahui adalah kubu kuat Umno, tetapi kita tidak akan mengambil ini sebagai perkara yang mudah.

"Keadaan Dewan Undangan Negeri yang tergantung akan menjadi satu tragedi, oleh itu kita mesti melakukan semua yang kita boleh untuk memastikan kemenangan yang meyakinkan," katanya ketika dihubungi.

Razif berkata calon yang dipilih untuk pilihan raya kecil itu adalah yang sama berkaliber seperti Dr Rahman.

-m/STAR
xxx2

Komen Anda

94 Responses to " PRK Kuala Besut Bakal Tentukan Nasib Terengganu "
Fred said...
June 28, 2013 at 2:40 PM

Sudah tiba masanya Barisan Nasional negeri mengambil pendekatan berbeza dalam memenangi hati rakyat Terengganu terutama generasi muda.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:41 PM

BN tidak boleh lagi hanya bergantung kepada kepesatan pembangunan Terengganu, sektor pelancongan dan kekayaan petroleumnya untuk memikat hati mereka.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:42 PM

BN yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas harus bekerja lebih masa setelah menerima tamparan hebat menang tipis 17 kerusi.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:44 PM

SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi akan ada PRK di DUN terbabit dan tarikh muktamad bila hari pencalonan dan bila tarikh pengundiannya akan diputuskan dalam masa terdekat.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:45 PM

PRK DUN Kuala Besut merupakan penentu kesinambungan kepada pemerintahan BN di negeri Pantai Timur itu. Ia akan menguji sejauh mana kuatnya sokongan rakyat kepada Kerajaan BN Terengganu di mana seandainya BN kekal menguasainya maka selamatlah BN dari dugaan yang mencabar.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:46 PM

Bekalan kemenangan majoriti 2,434 undi pada PRU-13 walau pun selesa tapi ia bukan jaminan untuk BN, lantaran itu amat perlu untuk BN memanfaatkan segala kekuatan bagi menafikan peluang PAS untuk merampas kerusi tersebut.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:46 PM

Maksudnya, jika BN kalah dalam PRK itu maknanya kedudukan dalam DUN akan tergantung kerana penguasaan BN merosot kepada 16 kerusi DUN sementara PAS pula meningkat dari 14 kepada 15, ditambah dengan satu kerusi DUN milik PKR menjadikan jumlahnya sama seperti BN.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:48 PM

Di pihak PAS tentunya tidak akan berdiam diri sebaliknya parti itu tentu sahaja akan menggandakan usaha meraih undi bagi meningkatkan peluang merampas DUN Kuala Besut dari BN.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:49 PM

Dari satu segi ia kelihatan sukar, namun dunia politik tiada yang mustahil lebih-lebih lagi di saat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terdesak untuk membuktikan kepimpinannya masih efisien, berpengaruh dan layak untuk terus menerajui parti.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:49 PM

Menang di DUN Kuala Besut bermakna ia satu pengiktirafan yang akan menjamin kesinambungan Hadi sebagai pemimpin utama PAS sekali gus memudarkan usaha-usaha terancangan kumpulan Anwarinas yang mahu menyingkirkannya dari jawatan Presiden.


Fred said...
June 28, 2013 at 2:50 PM

Andai PAS kalah apatah lagi tewas dengan majoriti yang lebih besar, ia satu bahana yang bakal merobek maruah Hadi dan orang yang akan tersengih gembira tentunya Naib Presiden PAS, Husam Musa.


Anonymous said...
June 28, 2013 at 5:01 PM

Haha... sekarang 15 Kerusi PR dan 16 kerusi BN. BN akan terus apa sekali pun utk kekal menang dan berkuasa diTerangganu.
Jika rakyat marhaen mahu saksikan kebenaranya, buatlah pilihan terbaik untuk PR menang diPRK nanti.
Kita akan dapat melihat apa kebijaksanaan Sultan Mizan membuat pilihan

**TAGAP-TAGAP PINDIK..


faruk said...
June 28, 2013 at 6:51 PM

Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pilihan melainkan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut untuk mengelakkan keadaan DUN tergantung di Terengganu.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:52 PM

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pertarungan sengit dijangka mengambil tempat dalam pilihan raya kecil itu memandangkan kerusi DUN tersebut terletak di sempadan Kelantan dan Terengganu.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:53 PM

''Pemimpin pembangkang termasuk dari Kelantan dijangka turun untuk berkempen, saya turut mendengar khabar bahawa pembangkang akan meletakkan calon yang terkenal.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:54 PM

''Saya berterima kasih atas pengiktirafan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kekuatan kita di Kuala Besut, tetapi ia mungkin merupakan strategi mereka dan kita tidak akan ambil mudah pertarungan di kerusi ini," katanya.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:54 PM

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 188 pegawai Jabatan Akauntan Negara di sini hari ini.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:55 PM

Beliau mengulas tentang pilihan raya kecil yang dijangka diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar akibat komplikasi paru-paru berair semalam.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:56 PM

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pengundi di Kuala Besut perlu memikirkan soal kestabilan politik di Terengganu secara keseluruhannya sebelum membuang undi untuk pilihan raya kecil yang bakal diadakan.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:56 PM

''Sekiranya pembangkang berjaya menawan kerusi ini, ia akan menjadikan masing-masing BN dan pembangkang menang 16 kerusi di Terengganu.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:57 PM

''Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku di negara ini. Ia perlu dielakkan dan BN mesti menang untuk memastikan kestabilan Terengganu tidak terjejas," katanya.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:57 PM

Beliau berkata, kemungkinan tempoh berkempen jatuh dalam tempoh bulan Ramadan tidak akan menjejaskan persediaan BN untuk berkempen di Kuala Besut.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:58 PM

''Poster-poster yang lama masih ada dan boleh diguna semula. Jentera tempatan untuk Pilihan Raya Umum 2013 yang lalu akan diperkasakan dengan jentera parti peringkat negeri dan kebangsaan.



faruk said...
June 28, 2013 at 6:58 PM

''Kedudukan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pendidikan II juga memberi kelebihan kepada BN dalam pilihan raya kecil ini," katanya.



Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:44 PM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai kawasan yang mencabar untuk dirampas pembangkang, sekiranya pilihan raya kecil diadakan.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:45 PM

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata ini kerana DUN tersebut telah dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang besar iaitu 2,434 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada 5 Mei lepas.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:47 PM

"(DUN Kuala Besut) benar-benar kawasan yang kritikal dan mencabar bagi satu pilihan raya kecil kerana majoriti yang diperoleh BN agak besar. Bagaimanapun, kawasan itu juga besar bagi PAS, jadi kita akan sokong calon PAS.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:49 PM

"PAS akan bermesyuarat segera untuk menentukan siapa yang akan bertanding (di DUN itu)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:49 PM

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:50 PM

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:53 PM

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong dilaporkan akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:54 PM

SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:57 PM

Semoga jawatan kosong DUN Kuala Besat akan diambil oleh pemimpin yang berpengaruh dan berkelayakan.


Kuala Besut said...
June 28, 2013 at 8:59 PM

Baik kita tunggu dan lihat siapa yang bakal dilantik untuk jawatan tersebut. Aku pasti rakyat Terengganu pun tidak sabar menunggu keputusan.


Anonymous said...
June 29, 2013 at 2:24 PM

PRK Kuala Besut had/ sempadan bagi SPR berubah...berubah sebelm pilihanraya...terjadinya PRK ini tanda Allah mahukan gejolak isu SPR ditamat segera..pasal iitu dimatikan hambaNya dari Adun bukan rakyat biasa...kematian ini mesej Allah agar SPR disingkir dan gantikan dengan yang baru...sebelum PRK...kerajaan BN kena patuhi ini....


Anonymous said...
June 29, 2013 at 2:26 PM

Prk Kuala Besut adalah medan terbaik untuk rakyat trengganu merealisasikan impian yang tertangguh pada 5/5 yang lalu..jika benar benar mahu berubahan..kini adalah masanya..jangan teragakx siapa mahu dipelih..jika benar rakyat besut percaya manesfesto pakatan rakyat trengganu..boleh membawa kelesesaan..pen dijari kertas dihadapan..tepok dada Tanya selera...


Anonymous said...
June 29, 2013 at 2:30 PM

PR kena buat analisa punca kalah dlm PRU 13 yang lalu di Kuala Besut selain penipuan dan undi hantu dan undi awal. Cuba cari sebab-sebab akar umbi yang jadi bahan kempen BNumno seperti kafir mengkafir, isu perkauman, solat dua imam dan lain-lain yang boleh meyentoh perasaan orang kampong.


Jamila said...
June 30, 2013 at 7:50 AM

Serahkan kerja undi kepada rakyat.


Lilly said...
June 30, 2013 at 7:53 AM

Yang penting, pemimpin yang dipilih adalah benar berkeupayaan.


Mico said...
June 30, 2013 at 7:54 AM

Adakah BN akan terus menang di Trengganu?


Anonymous said...
June 30, 2013 at 11:06 AM

SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap. Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan..


Anonymous said...
June 30, 2013 at 11:09 AM

Semakin terserlah kelemahan SPR... tapi SPR tidak menyedari kelemahan sendiri...


Viso said...
July 1, 2013 at 12:31 PM

Umno Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.


Qilli said...
July 1, 2013 at 12:31 PM

Pengerusi Biro Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.


Ghyiy said...
July 1, 2013 at 12:32 PM

Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.


Embaran said...
July 1, 2013 at 12:32 PM

"Pengundi di Dun Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


qiqi said...
July 1, 2013 at 12:32 PM

Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan.


Zamri Ahmah said...
July 1, 2013 at 12:32 PM

Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi Dun Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah.


Karulnaim said...
July 1, 2013 at 12:32 PM

Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Besut yang kini kosong.


Crishtin said...
July 1, 2013 at 12:32 PM

Beliau dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, kerusi Dun Kuala Besut yang kini kosong berikutan kematian wakil rakyatnya sepatutnya menjadi milik PKR untuk menggantikan tiga kerusi Dun, masing-masing Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang difahamkan diambil Pas pada PRU13.


Inci said...
July 1, 2013 at 12:33 PM

Beliau berkata, kali ini Pas seharusnya memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya berikutan dalam PRU13 baru-baru ini PKR telah memberi laluan kepada Pas biarpun tiga kerusi Dun berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR.

"Jadi tiada sebab kenapa Pas tidak boleh beri laluan kepada kita untuk hanya satu Dun sahaja,” katanya.


Tric said...
July 1, 2013 at 12:33 PM

Mohd Padeli berkata, sudah sampai masanya Pas membuat keputusan sebagai satu pasukan dalam PR, dan bukannya membuat keputusan sendiri seperti yang berlaku pada PRU13 di Terengganu baru-baru ini.

Katanya, sebagai rakan dalam PR, Pas seharusnya bersikap lebih setiakawan dan sanggup berkorban demi kejayaan rakan lain dalam PR.


Emra said...
July 1, 2013 at 12:33 PM

“Walaupun PKR Terengganu merupakan organisasi yang kecil dalam PR berbanding Pas, namun impak dan peranannya cukup relevan dalam menjayakan agenda PR di negeri Terengganu.


Karulnaim said...
July 1, 2013 at 12:33 PM

"Jika pandangan ini tidak diterima atau dipandang sepi oleh pemimpin PR, mungkin saya akan bertanding di situ sebagai calon Bebas,” kata Padeli lagi yang merupakan ahli PKR cabang Dungun.

Pas mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Rabu lalu.


Ilini said...
July 1, 2013 at 12:33 PM

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.


Taha said...
July 1, 2013 at 12:34 PM

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut. Dia tak faham tentang kerusi tersebut.


Titian said...
July 1, 2013 at 12:34 PM

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.


Tamwi said...
July 1, 2013 at 12:34 PM

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Di sebalik kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu.


Gigili said...
July 1, 2013 at 12:34 PM

Kerusi Dun Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri telah mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang sekali gus menewaskan calon BN.


JeniLop said...
July 1, 2013 at 12:35 PM

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, Pas Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.

“Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan.

“Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada Pas Pusat,” katanya.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:53 PM

BN tetap cool


taikun said...
July 2, 2013 at 5:04 PM

SETAKAT ini, ia agak sukar bagi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk memimpin negeri dengan majoriti dua kerusi. Tetapi ia menjadi lebih sukar pada Rabu lalu apabila beliau dimaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia. Mesej penting diperoleh Ahmad sewaktu beliau berada di Kuala Lumpur, bagi mengiringi Sultan Terengganu, pada Persidangan Raja-Raja di Istana Negara.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:05 PM

Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan tetapi ini mungkin menggoncang keseimbangan kuasa di Terengganu. Majoriti dua kerusi Barisan Nasional (BN) di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti “tergantung kepada tali dari bangunan tinggi”. Tetapi, dengan pemergian Dr Rahman, Ahmad mesti berasa seperti beliau kini “tergantung oleh benang yang halus”. Pihak media menyebarkan spekulasi mengenai DUN ‘tergantung’ bakal berlaku.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:05 PM

Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan segala macam senario yang sedang diperkatakan mengenai apa sahaja akan berlaku sekiranya pilihan raya kecil (PRK) akan berpihak kepada PAS. Lagipun, Terengganu tidak mempunyai reputasi sebagai sebuah negeri yang mempunyai kubu kuat parti. Pilihan raya negeri kemungkinan akan berlaku. Tetapi kerana kedua-dua pihak mengetahuinya secara jelas bahawa Besut merupakan kubu kuat Umno.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:05 PM

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini, Umno menyapu bersih di Besut dan Setiu, di mana calon-calon parti itu memenangi kedua-dua kerusi Parlimen serta semua kerusi DUN di kedua-dua kawasan. PAS pula menyapu bersih di Kuala Terengganu, memenangi kerusi parlimen dan empat kerusi DUN. Individu paling berpengaruh di Besut adalah tidak selain Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, yang dikenali sebagai ahli politik-teknokrat. Banyak bergantung kepada Idris untuk memastikan Kuala Besut kekal dengan BN dan beliau boleh dikatakan sebagao pilihan utama bagi pilihan raya kecil itu.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:05 PM

Kematian Dr Rahman, yang berlaku hampir dua bulan selepas pilihan raya umum, menimbulkan cakap-cakap di kalangan orang Umno. Ramai yang hairan bagaimana Dr Rahman boleh bertanding kerana beliau menjalani pembedahan untuk kanser paru-paru dua bulan sebelum PRU-13. Mereka berkata, perkara yang menyedihkan apabila ia dilihat sebagai satu penghinaan terhadap kriteria calon yang boleh menang. “Calon boleh menang harus mampu pergi jauh dan semua orang dapat melihat beliau tidak sihat. “Pembedahan itu menjejaskan suaranya. Ianya sangat lembut dan kedengaran seperti suara wanita,” kata seorang ahli politik Umno di Besut.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:06 PM

Penyakit Rahman telah dirahsiakan dan beliau menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti besar iaitu 2,434 undi dan dilantik semula ke dalam exco negeri. Beliau sakit pada hari terakhir pada mesyuarat DUN minggu lepas dan tidak pulih. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa isu yang menyalahkan perkara berlaku. Pihak dalaman berkata, Idris yang merupakan Ketua Umno bahagian Besut mahu meletakkan seorang calon lelaki yang baru di Kuala Besut tetapi Menteri Besar bertegas mahukan Dr Rahman.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:06 PM

“Calon seterusnya mesti orang tempatan dari kawasan itu yang memahami keperluan rakyat dan juga sihat. “Idris merupakan tokoh utama di Besut, ia bakal menjadi kempen yang besar buat beliau. “Calon yang perlu mendapat restu dan sokongan,” kata Dr Azmi Omar yang berasal dari cawangan Jerteh di Besut.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:06 PM

Beberapa pihak dalam Umno memberi kredit kepada Idris untuk mengembalikan negeri daripada pengaruh PAS selepas beliau mengambil alih sebagai Menteri Besar pada tahun 2004 kerana Besut merupakan pusat aktivisme PAS di Terengganu pada 1980-an dan 1990-an. Pada Amanat Haji Hadi yang menjadi kontroversi, di mana ahli-ahli Umno dikutuk sebagai orang kafir, apabila Besut terkenal kerana mengamalkan “dua imam.”


taikun said...
July 2, 2013 at 5:06 PM

Ahli-ahli PAS enggan diketuai oleh imam kerajaan dan berkeras berdoa di belakang imam daripada parti mereka, yang membawa kepada keadaan mempunyai dua imam dalam satu masjid. Kali terakhir PAS memenangi Kuala Besut pada 1999, menerusi calon Nik Zawawi Nik Salleh, yang kini merupakan setiausaha Majlis Syura bagi parti itu.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:06 PM

Tahun-tahun berikutnya menyaksikan kuasa dalaman berjuang di kalangan kumpulan ulama yang bersaing di Besut bagi mendapatkan pengaruhnya. Perbalahan ini adalah sebab mengapa PAS terpaksa berpuas hati dengan calon wanita dalam pilihan raya umum bulan lepas apabila beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang neutral.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:06 PM

Pilihan raya kecil itu juga akan menjadi ujian bagi Ketua PAS Besut yang baru iaitu Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang terkenal dengan perbahasannya yang ‘panas’. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang berasal dari Terengganu, berkata parti itu mempunyai jentera politik yang baik di Besut tetapi mengakui “ianya tidak akan mudah”. Tetapi tiada siapa yang memperlekehkanya walaupun Besut menjadi “jajahan Idris” dan Kuala Besut merupakan kerusi Umno.


taikun said...
July 2, 2013 at 5:07 PM

Besut terletak di sempadan Kelantan dan Umno boleh mengharapkan PAS Kelantan sebagai senjata untuk membuat kehadirannya dirasai dalam kempen. Kuala Besut mempunyai 99 peratus penduduk berbangsa Melayu dan ia akan menjadi satu perjuangan Melayu di antara dua musuh tradisi yang sering ‘bertegang urat leher’ antara satu sama lain tetapi juga menerima satu sama lain sebagai saudara sesama Islam.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:19 PM

Aku rasa kalau calon PAS ada aura sehebat Ustaz Azhar Idrus pun belum tentu boleh kalahkan calon Umno kecuali la kalau ada dikalangan orang kuat Umno sendiri yang sanggup buat kerja sabotaj calon depa.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:20 PM

Kelmarin kita dikejutkan dengan kenyataan BANGANG oleh bekas MB Terengganu yang sekarang Menteri dalam kabinet Najib

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta agar PAS tidak meletakkan calonnya di pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:20 PM

Ahli Parlimen Besut itu juga berkata, PAS turut tidak mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum yang lalu.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:21 PM


"Kita dah menang. Lagi-lagi nak bulan puasa. Hormatilah bulan puasa dan hormati kemenangan BN di tempat itu.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:21 PM

Aku lebih suka label sebagai kenyataan menteri yang popular dengan gelaran Idris Natang ni sebagai bangang, pasai terlintas jugak di kepala aku yang statement Timbalan Pengarah PRK BN ni mencerminkan pemikiran dia yang mungkin masih beriman dengan politik suku agama suku. Tak payah la kut aku syarahkan bab tu.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:22 PM

Tak cukup dengan tu ditambah lagi dengan kenyataan bongkak pulak:
"Insya-Allah kita bukan sahaja sasar untuk menang tetapi majoriti undi sehingga 4,000 (undi) di Kuala Besut... kenapa 4,000? sebab ahli parlimennya ialah menteri pendidikan kedua.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:22 PM

"Mereka harus berbangga dan bersyukur kerana pengiktirafan telah diberi," katanya sambil ketawa. - Ibid.
Sebelum tu Idris Natang dah tunjukkan tembelang celaka dia macam dilaporkan mStar:
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:22 PM

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut pada Sabtu.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:23 PM

Tak habih-habih anggap pegawai kerajaan sebagai 'anjing Umno' yang patut jilat tangan tuan yang bagi dia makan padahal itu adalah tanggungjawab tuan anjing.

Dipihak PAS pulak, Sinarharian melaporkan:
"Kita masih ada peluang untuk menang." Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa merujuk kenyataan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang menyatakan Umno telah menang pada PRU13 lalu dan akan mempertahankan kemenangan itu dengan majoriti yang lebih besar.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:23 PM

Menurutnya, kenyataan Idris bersifat "angkuh" walaupun keputusan PRU lalu adalah secara rasmi dimiliki BN.

"Walaupun majoriti BN menang itu besar dan sah, namun PRK ini adalah tugas yang berat," katanya.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:24 PM

Ditanya berapa peratus keyakinan untuk menang di Kuala Besut, Husam menyatakan ia bergantung kepada calon yang diletakkan BN.

"Kita yakin menang. "Kita sudah ada calon, lepas tengok calon BN, baru kita boleh tahu berapa peratus kita akan menang.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:24 PM

Sekarang ni beban tergalas di bahu Husam yang PAS lantik sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Walaupun kalah teruk di Parlimen Putrajaya pada PRU13 tapi keberanian dia untuk bertanding di kubu Umno tu dan kemampuan dia mencetuskan 'fenomena' masa kempen mungkin boleh menjanjikan sesuatu di Kuala Besut.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:25 PM

Aku takmau nafikan yang aku rasa PAS cukup payah nak menang PRK kali ni, dengan majoriti 2,434 undi atau lebih 13% berbanding jumlah pengundi, memang peluang untuk kalah teruk cukup besar.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:25 PM

Tambahan pulak di kawasan Idris Natang yang masih berperang dengan Mat Said MB Terengganu dan baru dilantik jadi menteri pulak tu. Tentu punya dia sanggup berbelanja besar beli undi untuk elak reputasi buruk kalau calon Umno kalah di Kuala Besut ni.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:25 PM

Betul macam kata Husam, faktor calon akan bagi kesan yang besar untuk PRK ni, tapi aku rasa kalau calon PAS ada aura sehebat Ustaz Azhar Idrus sekali pun belum tentu boleh kalahkan calon Umno kecuali la kalau ramai dikalangan orang kuat Umno sendiri yang sanggup buat kerja sabotaj calon depa.


KERANA CALON BODOH, PAS KALAH TERUK! said...
October 11, 2013 at 5:26 PM

Apa pun, takdir Allah bukan boleh tentu, kalau Allah nak calon PAS menang akan ada 'miracle' yang kita pun tak terfikir pun akan berlaku boleh berlaku.Senang-senang ja perkiraan boleh berubah kalau ada pemboleh ubah berubah.


CHONG said...
October 11, 2013 at 5:27 PM

Apa2 pun saya akan tetap menyokong BN SAMPAI mati! Taniah kerana menag di Kuala Besut!


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:23 PM

Australia wants to capitalise on Malaysia Airlines’ (MAS) three-weekly direct flights between Perth and Sabah to boost trade with the state.


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:24 PM

Australian High Commissioner to Malaysia, Miles Kupa said the flights with the capacity to fly 190 passengers at a time would prompt tourists and businessmen to travel to Sabah.


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:24 PM

Trade in goods is not big between Sabah and Australia, but is significant in services,” he said, noting that 36,000 Australian tourists came to Sabah every year.


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:24 PM

Australia would look to Sabah for investment opportunities in highway and dam construction and other infrastructures.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx