Tuesday, June 18, 2013

Ulama Gesa Rakyat Bangkit Tuntut Hak, Cegah Penipuan PRU

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.

“Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan. Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada Keadilan Daily.

Justeru, beliau menyokong penuh himpunan Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia hadir beramai-ramai di Padang Merbok 22 Jun ini.

“Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah,” kata Ghani.

Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.

“Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan,” tegasnya.
xxx2

Komen Anda

19 Responses to " Ulama Gesa Rakyat Bangkit Tuntut Hak, Cegah Penipuan PRU "
Ali said...
June 21, 2013 at 11:33 AM

PRU13 Adalah Telus dan Demokrasi | 18 pemerhati asing yang berada di negara ini sejak Jumaat lalu membuat kenyataan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) adalah telus dan juga mematuhi proses demokrasi sebenar. Lebih kurang 18 pemerhati asing termasuk Indonesia, Myanmar, Thailand dan juga Kemboja hadir ke Malaysia untuk memerhati proses PRU13 dijalankan.


Zubir said...
June 21, 2013 at 11:33 AM

Mereka dibawa melihat proses berkempen, tempat pembuangan dan pengiraan undi serta pengumuman penuh keputusan PRU-13.


Baibuni said...
June 21, 2013 at 11:33 AM

Ketua Delegasi Kemboja, Dr. Sin Chum Bo menyifatkan semua proses yang dijalankan amat baik dan dijamin selamat dari segi kerahsiaannya.


Tiara said...
June 21, 2013 at 11:34 AM

Beliau berkata, usaha yang diperkenalkan oleh SPR termasuk penggunaan dakwat kekal adalah bukti ketelusannya dalam mengendalikan pilihan raya kali.


Iyson said...
June 21, 2013 at 11:34 AM

“Saya lihat proses pengundian dan penjumlahan undi berjalan dengan begitu telus serta disaksikan oleh pemerhati bebas,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.


Jlyion said...
June 21, 2013 at 11:34 AM

Katanya, mereka juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh SPR dan pihak berkuasa lain sepanjang menilai perjalanan PRU-13.


Black said...
June 21, 2013 at 11:34 AM

“Proses pengundian berjalan dengan baik dan aman tanpa isiden yang tidak diingini,” ujarnya.


JLo said...
June 21, 2013 at 11:35 AM

Dalam pada itu, Ketua Delegasi Indonesia, Husni Kamil Manik berkata, semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para pengundi Malaysia sepanjang tempoh berkempen dan mengundi wajar diberikan pujian.


Lopaz said...
June 21, 2013 at 11:35 AM

“Saya melihat ada satu semangat luar biasa dalam kalangan pengundi di negara ini apabila jumlah yang keluar mengundi begitu besar.


Henrry said...
June 21, 2013 at 11:35 AM

“Saya harap proses yang dilaksanakan pada PRU-13 ini akan menjadi panduan kepada Indonesia dalam mengadakan pilihan raya pada masa akan datang,” jelas beliau.


Damak said...
June 21, 2013 at 11:36 AM

Pengiktirafan Australia terhadap Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan tamparan hebat kepada pihak yang tidak menerima keputusan pilihan raya tersebut.


Damak said...
June 21, 2013 at 11:36 AM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengiktirafan tersebut juga secara tidak langsung membuktikan SPR telah berjaya melaksanakan proses demokrasi itu dengan telus dan adil.


Fernkey said...
June 21, 2013 at 11:36 AM

Tegas beliau, sebagai sebuah negara Komanwel yang disegani, sudah pasti kenyataan itu dibuat berdasarkan laporan kakitangan mereka di negara ini.


LonDa said...
June 21, 2013 at 11:36 AM

"Sepatutnya, rakyat juga perlu membuka mata mereka tentang pelbagai dakwaan jahat yang dilemparkan kepada SPR selama ini adalah tidak benar.


Upahan said...
June 21, 2013 at 11:37 AM

"Saya berharap semua pihak dapat menerima keputusan pilihan raya lalu dan seterusnya berhenti daripada membuat tuduhan jahat kepada SPR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


JeniLop said...
June 21, 2013 at 11:37 AM

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang menyifatkan PRU-13 pada 5 Mei lalu mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.


Veoleo said...
June 21, 2013 at 11:37 AM

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berpendapat bahawa tindakan pembangkang yang terus menyerang kredibiliti SPR dilihat sebagai perbuatan terdesak.


Crishtin said...
June 21, 2013 at 11:37 AM

"Jika negara asing boleh melihat betapa proses pilihan raya di negara ini telus dan adil, saya yakin pihak yang tidak berpuas hati adalah kerana gagal mencapai agenda politik peribadi masing-masing," ujarnya.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 1:20 PM

ulama konon!!!

pemimpin PAS yg mesra peliwat - kamu sokong membabi buta!

Pemimpin PAS yg riang sayangkan Syiah – kamu bahagia sayang mereka!

`Rejim Syiah Syria ` bunuh @ rogol rakyatnya yg hanya berfahaman sunni – kamu mmg tak duka!

Pemimpin PR yg bergelumang dgn rasuah hingga pakai porshe, pelaburan tersangkut di China, rumah2 mewah - kamu bersama dalam diam! Bahkan kamu mengutuk sapa2 yg mula bercerita..

pemimpin PR yg iktiraf keselamatan + berkawan Zionis - kamu sokong!

Pemimpin PR yang sokong murtadnya Lina Joy & Salman Rushdie di barat – kamu syubhah!

Galak rakyat anti & lari dari umarak- kamu lah dalangnya!

kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya..adu pada Allah betul2! bukannya berpolitik.

dasar ulama terompah kayuu!!!! Bila ditegur - sumpah seranah orang..


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx