Friday, June 21, 2013

Taraf SPR Samalah Dengan Taraf FAM

Berbagai pihak telah mendesak supaya Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar supaya meletak jawatan. Perletakan jawatan perlu untuk meredahkan kemarahan orang kepada SPR yang didakwa tidak adil dan bersikap berat sebelah.

Alasan kenapa mereka perlu meletak jawatan ialah kerana mereka (SPR) sendiri mengakui akan kesilapan yang dilakukan. Untuk lebih 'lendik' lagi seluruh kakitangan SPR letak jawatan. Ada juga yang mencadangkan supaya suruhanjaya itu dimansuhkan dan diganti dengan sebuah badan bebas yang baru.

Kerajaan juga secara tidak langsung memperakui kelemahan SPR. Pengumuman untuk meletakkan dibawah jawatankuasa khas parlimen yang dianggotai oleh parti pembangkang menjelaskan hakikat itu. Perubahan atau menjelaskan bahawa apa yang dituduh pembangkang ke atas SPR adalah benar. Kalau SPR memang perfect seperti mana didakwa penerajunya kenapa badan itu perlu dialihkan untuk diletakkan di bawah jawatankuasa khas?

Persoalannya apakah desakan itu akan didengari oleh SPR khasnya Aziz dan Wan Omar? Saya ada perbandingan mengenai hal ini untuk melihat apakah Aziz dan Wan Omar berganjak atau tidak. Saya melihat desakan atau rasa judis orang ramai kepada mereka ini samalah dengan rasa judis para peminat bola sepak kepada jurulatih bola sepak pasukan Harimau Malaya, K Rajagopal.

Setiap kali pasukan bola sepak kita kalah maka akan berbunyikan kritikan kepada Rajagopal dan mendesak agarnya letak jawatan. FAM juga didesak supaya mencari pengganti Rajagopal. Rajagopal pula bila setiap kali ada orang tunding jari kepada kekalahan dialami pasukan Harimau Mala dia tidak akan diam dan terus menjawab dengan berbagai alasan.

Ada-ada saja alasan Rajagopal untuk mempertahankan dirinya walaupun ianya tidak kemas dan masuk akal.

Rajagopal akan memberi seribu alasan, berbelit-belit dan berputar-putar macam wayer charger telefon bergumpal dengan wayer charger laptop. Begitu jugalah sikap Aziz dan Wan Ahmad. Dia akan memberi berbagai alasan untuk membela dirinya.

Apakah desakan dan cumuhan ke atas Aziz dan Wan Ahmad itu akan berhasil atau tidak, nah tenguklah apa yang berlaku ke atas Rajagopal? Walaupun sudah beribu kali desakan dan kritikan dilemparkan kepadanya namun Rajagopal tetap utuh di kerusi jawatannya. FAM juga tidak pernah mengenakan apa-apa tindakan ke atas Rajagopal. Seolah-olah FAM sengaja membiarkan Rajagopal untuk menyaksikan pasukan Harimau Malaya terus kalah dan kalah dan kalah.

Bolehlah diumpamakan Aziz Yusuf dan Wan Ahmad sama dengan Rajagopal. Manala kerajaan Malaysia pula samalah dengan FAM, tidak akan terpengaruh dengan desakan umum akan keadaan mereka diperbaiki. Kesimpulannya selagi Rajagopal tetap menjadi jurulatih Malaysia maka Aziz dan Wan Ahmad juga tetap akan jadi pengerusi dan timbalan pengerusi SPR. Nyawa mereka sama walaupun badan berlainan.

Jadi desakan supaya mereka berdua meletak jawatan adalah sia-sia saha, sama seperti sia-sia membenci Rajagopal. Ertinya taraf SPR samalah dengan taraf FAM.

Oleh Mohd Sayuti Omar
xxx2

Komen Anda

71 Responses to " Taraf SPR Samalah Dengan Taraf FAM "
Pink said...
June 21, 2013 at 1:00 PM

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Tian Chua, dicadangkan agar membuat demonstrasi di ibu pejabat partinya sendiri dan ibu pejabat parti DAP sebelum menyuruh rakyat membuat demonstrasi bagi mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan.Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, ini memandangkan isu pemilihan partinya sendiri, PKR yang penuh dengan kontroversi dan unsur-unsur penipuan serta penyelewengan terus didiamkan begitu saja oleh kepimpinan tertinggi PKR.


Pink said...
June 21, 2013 at 1:01 PM

“Buat demo juga pada DAP. Hingga hari ini, kontroversi pemilihan jawatankuasa tertinggi DAP pusat senyap tanpa sebarang komen dari kepimpinan tertinggi DAP biarpun didesak lebih 700 ahli DAP yang dinafikan hak mengundi mereka.

“Saya kira itu yang perlu Tian Chua perbetulkan dulu. Kalau nak buat demo, buatlah demo di hadapan pejabat PKR dan DAP dulu. Minta PKR dan DAP jelaskan penyelewengan yang berlaku dalam pemilhan parti mereka. Itu baru betul. Itu baru adil,” tegasnya.


Pink said...
June 21, 2013 at 1:02 PM

Tambahnya lagi, tindakan pembangkang menyalahkan SPR terutama berhubung dakwat kekal setakat ini adalah hanya sekadar cakap-cakap kosong tanpa sebarang bukti.

“Kita sudah ulang beberapa kali tentang hal dakwat kekal ini. Dakwat kekal merupakan elemen tambahan saja. Banyak lagi elemen keselamatan yang digunakan semasa mengundi untuk memastikan pengundian dijalankan dengan telus.


Pink said...
June 21, 2013 at 1:03 PM

“Jika dakwat tersebut tidak kekal dijari lebih dari dua atau tiga hari, ia tidak bermakna ada berlakunya rakyat mengundi sebanyak dua kali. Jika ada bawakan bukti. Jangan hasut rakyat sana sini, sedangkan bila kita minta kemukakan bukti, dalih sana dalih sini,” ujarnya.

Tindakan pembangkang mendesak dan mewujudkan pelbagai tohmahan terhadap SPR dan kerajaan hanyalah kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti rakyat di negara ini menolak kepimpinan mereka.


Pink said...
June 21, 2013 at 1:04 PM

“Bagaimana mereka boleh katakan SPR atau BN menipu sedangkan perbezaan kerusi antara pembangkang dan BN jauh begitu ketara. Jika benar pembangkang itu kuat, ketiga-tiga parti yang bergabung itu hanya memperolehi sebanyak 89 kerusi sahaja.

“Kita tak payah ambil jumlah kerusi rakan komponen BN, tetapi cukup kita bandingkan jumlah kerusi yang dimenangi tiga parti bergabung itu dengan UMNO saja. Kerusi yang dimiliki oleh UMNO adalah 88 kerusi, hanya kurang satu kerusi daripada gabungan tiga parti tersebut.”


Pink said...
June 21, 2013 at 1:04 PM

Berdasarkan itu, ini bermakna pembangkang tidaklah sekuat mana pun di mana untuk mencabar UMNO saja pun mereka mereka dilihat gagal.

“Jadi bagi saya, apa yang dibisingkan oleh pembangkang tentang penyelewengan dan penipuan yang berlaku ketika hari pengundian hanyalah gimik politik murahan yang diamalkan oleh pembangkang di seluruh dunia.


PEMERHATI BEBAS said...
June 21, 2013 at 1:07 PM

However, political observers warn that it was not in Najib and Umno's interest to apply the right solutions to Anwar's demands or to resolve the people's dissatisfaction over the May 5 election.

To do so would entail real reforms including re-elections in 30 dubious seats, which Umno-BN might be hard pressed to win again.

"There is no point hoping for any real direction to come from him that can lift Malaysia out of its current quagmire. It is beyond his capability. The game now belongs to Anwar and Pakatan. Even if they are jailed, the nation won't be united or be ready to settle down with Umno-BN anymore. Those days are simply gone. So all eyes will be on how Anwar strategizes his next moves. The people especially the young are on his side, they will listen to him.

That is his trump card. And this is something that the ultimate power brokers in Umno like Mahathir Mohamad and Daim Zainduddin should take heed of and accept as the new political reality in Malaysia. They must let go and accept the wishes of the majority in the country."


PEMERHATI BEBAS said...
June 21, 2013 at 1:08 PM

In the May 5 election, Najib's BN government won 133 of the federal Parliament's 222 seats and the Pakatan 89. Very oddly, it was the Pakatan which won 51% of the total votes cast, bolstering their calls for a revamp and clean-up of the electoral system which has undeniably been twisted by decades of gerrymandering and dubious rules that gave the EC perhaps too much discretionary powers.

So far, at least six alleged organizers of the “Blackout 505” rallies have been charged with violating the PAA 2012 for failing to give police the required 10-day advance notification. On May 22, police also arrested 18 peaceful protesters at a candlelight vigil outside the Jinjang police station in Kuala Lumpur.

And the Immigration authorities just days ago warned it might bar overseas Malaysians from returning if it found they had taken part in "anti-government" activities that tarnished the image of the Umno-BN abroad.


kapsit said...
June 21, 2013 at 1:29 PM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan PRU13.

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.


kapsit said...
June 21, 2013 at 1:30 PM

Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.

Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:47 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

CUKUPLAH bolasepak dipolitikkan di PRK Dun Galas dulu. Kita masih ingat betapa calon Umno menaiki kenderaan bersama Dato Anuar Musa orang kuat Kelantan FA, berarak bersama Piala Malaysia sewaktu kempen PRK di situ. Cukuplah, jijik kita melihatnya.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:49 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Ada cadangan pula untuk mengadakan sambutan ke atas Pasukan Kebangsaan yang telah berjaya menjadi johan Piala AFF Suzuki baru-baru ini ingin diadakan di Dun Tenang, Johor.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:49 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Semua tahu di Dun Tenang, satu PRK akan diadakan dan Umno tidak mahu terlepas kerusi Dun di situ. Tetapi, mengapa pemain kebangsaan pula yang mahu `dijual' oleh mereka?


ultras said...
June 21, 2013 at 2:49 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Jakarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:50 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:50 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:50 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:51 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja." (Petikan dari Tranungkite)


ultras said...
June 21, 2013 at 2:51 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Jelas, Jurulatih Kebangsaan itu tidak berminat untuk mempolitikkan kariernya dan `menjual' maruah Pasukan Kebangsaan yang dibimbingnya.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:51 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Sekiranya masih ada yang berminat, mereka itu adalah perosak mutu bolasepak negara yang sebenarnya.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:51 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Cukuplah kenyataan Nazri Aziz sebelum perlawanan Akhir Pertama di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil yang lalu di mana beliau menyeru sesiapa yang menyanjung konsep 1 Malaysia agar hadir beramai-ramai ke stadium.


ultras said...
June 21, 2013 at 2:52 PM

USAH POLITIKKAN SUKAN BOLA SEPAK!!

Maka, beliau perasan atau syok sendiri bahawa yang hadir lebih kurang 90 ribu ke stadium malam itu kesemuanya menyanjung konsep 1 Malaysia. Biarkan beliau perasan sedemikian, janji Pasukan Malaysia cemerlang malam tersebut.


fatimah said...
June 21, 2013 at 3:16 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar 89 Ahli Parlimen pakatan pembangkang supaya tidak hadir majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini jika benar mereka menuduh keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) suatu penipuan.


fatimah said...
June 21, 2013 at 3:17 PM

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan itu amat wajar dilakukan bagi membuktikan mereka pemimpin berprinsip serta tidak hipokrit agar selari dengan tindakan penganjuran perhimpunan jalanan semata-mata bagi membantah keputusan yang telah dibuat oleh rakyat itu.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:17 PM

Menurut beliau, tiga tuntutan yang diuar-uarkan menerusi perhimpunan terbabit iaitu mendesak peletakan jawatan serta-merta anggota SPR, pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang dikenal pasti dan menghentikan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi anggota baharu SPR tidak dilantik adalah mustahil untuk ditunaikan kerana jelas bertentangan dengan Perlembagaan.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:18 PM

''Kalau mereka tolak keputusan PRU-13 lalu, buat tuntutan macam-macam, maka kita cabar mereka jangan hadir majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat Isnin ini.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:19 PM

'Jika tidak, ini bermakna tidak ada guna mereka mengheret rakyat di jalan raya dengan menyebar dakyah dan pembohongan tetapi dalam hati masing-masing berkobar-kobar ingin pergi ke Dewan Rakyat bagi mengisytiharkan bahawa akulah wakil rakyat," katanya.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:19 PM

Beliau berkata demikian dalam program Ceramah Makan Tengah Hari yang bertajuk 'PRU-13: Terima Keputusan Rakyat' anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:20 PM

Yang hadir sama Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salamon Selamat serta para peserta yang terdiri dalam kalangan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, wakil agensi kerajaan serta pelajar.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:20 PM

Jelas beliau, rakyat perlu sedar sikap hipokrit pembangkang itu bahawa mereka seolah-olah mempermainkan kepercayaan rakyat apabila prinsip mereka tidak sama dengan perbuatan.


fatimah said...
June 21, 2013 at 3:21 PM

''Hipokrit terbesar pembangkang ialah ketika mereka menyatakan sistem pilihan raya negara tidak adil tetapi tetap menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding serta berkempen dengan cara sebar fitnah dan sebagainya, sedangkan mereka sebenarnya mengakui bahawa kemenangan itu adalah di tangan rakyat," katanya.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:21 PM

Dalam pada itu, beliau berkata, SPR tidak bercadang menyaman pihak yang membuat fitnah kepada badan itu sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berdasarkan laporan dibuat.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:22 PM

Katanya, menerusi cara tersebut, Jabatan Peguam Negara akan membuka kertas siasatan, sekali gus mendakwa pihak terbabit di bawah Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan mereka boleh hilang hak mengundi selama lima tahun atau hak menjadi calon serta kerusi yang dipertahankannya.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:23 PM

'Cara tersebut lebih berkesan untuk 'mengajar' orang sebegitu berbanding mengenakan saman malu dan sebagainya, sekali gus menjaga imej dan kredibiliti SPR di mata rakyat," katanya.


fatimah said...
June 21, 2013 at 3:23 PM

Sementara itu, beliau berkata, SPR akan mendedahkan hasil siasatan pasukan penyiasatnya yang ditubuhkan baru-baru ini bagi merungkai permasalahan dakwat kekal yang digunakan kali pertama dalam PRU-13 lalu.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:24 PM

''Kita mahu mencari di mana punca kecacatan dakwat kekal itu yang didakwa tidak berkualiti, mudah ditanggal dan sebagainya. Adakah perkara itu terjadi disebabkan kesilapan di pihak pembekal atau wujud perbuatan sabotaj.



fatimah said...
June 21, 2013 at 3:24 PM

''Walau bagaimanapun, isu dakwat kekal itu hanya masalah teknikal sahaja supaya orang tidak undi dua kali sedangkan perkara itu tidak mungkin berlaku dan langsung tidak menjejaskan keputusan pilihan raya," katanya.



SPR said...
June 21, 2013 at 9:15 PM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata beliau tidak mempunyai sebarang alasan untuk meletak jawatan sepertimana yang digesa pakatan pembangkang.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:16 PM

Ini kerana katanya sistem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu telah tercapai objektif utamanya.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:17 PM

"Mereka tidak boleh dengan senang wenang minta orang letak jawatan hanya kerana proses pilihan raya tidak berjalan dengan lancar.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:17 PM

"Kita buat pilihan raya ini adalah mencapai objektifnya, (iaitu) untuk rakyat dapat mengundi, rakyat memilih wakil rakyat dan rakyat memilih kerajaan.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:18 PM

"Objektif sekarang sudah tercapai, rakyat boleh mengundi…tiada siapa yang tidak boleh mengundi. (Yang terjadi) Hanya kerana orang parti yang sekat mereka, nampak muka macam Bangladesh, dia ditahan. Tapi semua orang boleh mengundi, semua orang boleh jadi calon. SPR tidak sekat dan semua orang sudah mendapat wakil rakyat mereka. Semua orang sudah tahu kerajaan, kerajaan Pulau Pinang siapa, kerajaan persekutuan siapa, ini ialah objektif utama pilihanraya," katanya.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:27 PM

Pakatan Rakyat sebelum ini mendesak Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad meletak jawatan kerana didakwa tidak melaksanakan proses pilihan raya dengan telus.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:27 PM

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata aduan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang hanyalah berhubung dengan kesilapan teknikal dalam proses pilihan raya.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:27 PM

Katanya SPR sentiasa memnambahbaik dan cuba untuk memenuhi tuntutan yang dicadangkan oleh pihak pembangkang bagi membuktikan pilihan raya negara ini berjalan lancar dan telus.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:27 PM

Tambah beliau lagi, pembangkang tidak patut menjadikan SPR sebagai kambing hitam yang menjadikan punca Pakatan Rakyat gagal mendapat majoriti dua pertiga untuk memerintah kerajaan persekutuan.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:28 PM

Beliau berkata demikian selepas menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Majlis Peguam, di sini hari ini.


SPR said...
June 21, 2013 at 9:28 PM

"Saya rasa ini tidak adil untuk mereka membuat kesimpulan kerana dakwat di jari mereka mudah dibasuh dan sebagainya, dan meminta kami meletak jawatan.


Shahizam said...
June 22, 2013 at 2:49 PM

Kelemahan PRU harus dikaji semula agar lebih menyakinkan rakyat.


Ethan said...
June 22, 2013 at 2:52 PM

"Saya rasa ini tidak adil untuk mereka membuat kesimpulan kerana dakwat di jari mereka mudah dibasuh dan sebagainya, dan meminta kami meletak jawatan.

Benar dakwat yang digunakan tidak seperti yang dijanjikan. Kualiti jauh berbeza dengan yang dirancang.


Li Ling said...
June 22, 2013 at 2:55 PM

Berbagai pihak telah mendesak supaya Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar supaya meletak jawatan. Perletakan jawatan perlu untuk meredahkan kemarahan orang kepada SPR yang didakwa tidak adil dan bersikap berat sebelah.

Kegagalan memastikan PRU yang bersih dan amanah adalah satu kesilapan rasanya.


Jordan said...
June 22, 2013 at 2:56 PM

Petisyen sudah disampai, menantikan perkembangan selanjutnya.


sem said...
June 23, 2013 at 8:01 AM

The project launch together with the formalisation of the partnership between the two companies was conducted at KK Times Square recently.


sem said...
June 23, 2013 at 8:07 AM

Within C-Park, there would be an eight-storey education building where the renowned "President College" would be located.


Anonymous said...
June 24, 2013 at 3:40 PM

PENGURUSI SPR TARAF TONG TAIK,MENANGISN KONON TAK TAU MALU KATA DAWAT KEKAL BERJUTA RINGIT TAPI TERNYATA PENIPUAN PANDAI MENJAWAP SELAMBE MACAM LIDAH SYAITAN KONON GONCANG BARU KEKAL TAPI BILA GONCANG MASIG JUGA TAK KEKAL SO MEMANG LIDAH SYAITAN SUKA MENIPU DAN DAN BILA DITEGUR BAUT RUPA BODOH AJE MALAH ORANG TEGUR PULAK DISALAKAN ,ADEEEH ADOOOI SPR CAP MANGKOK TANDAS.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:16 PM

Semalam Utusan melaporkan usul dari Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tentang mengadakan siaran langsung melalui RTM proses pengiraan undi di Prk Kuala Besut supaya rakyat boleh menyaksikan ketelusan dan keadilan pihak SPR dalam menjalankan tanggungjawabnya.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:17 PM

"RTM adalah media kerajaan dan kita patut dibenarkan untuk berada di dalam bilik pengiraan undi nanti sehinggalah keputusan diumumkan, sudah pasti kita akan mencari kaedah terbaik untuk membuat liputan terbaik kepada rakyat,"


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:18 PM

Ramailah blogger yang menyiarkan berita ini semalam. Ramai yang beranggapan tindakan ini adalah sesuatu yang baik dan menerimanya sebagai satu perkara yang pasti. Saya sendiri suka dan menyokong akan idea tersebut.

Sebaliknya pihak SPR membuat keputusan -


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:18 PM

Mengenai cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk SPR memberi ruang kepada RTM membuat liputan secara langsung pada proses pengiraan undi itu bagi mengelak rasa curiga rakyat seperti insiden lampu padam yang berlaku sebelum ini Abdul Aziz berkata, setelah berbincang dengan kesemua panel SPR, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan dalam PRK kali ini.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:18 PM

"Jika RTM mahu rekod pada proses pengiraan undi, SPR juga tidak dapat elak daripada pihak lain juga untuk rekod.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:19 PM

"Jadi SPR telah buat keputusan, bahawa kalau kita inginkan rakaman proses pengiraan undi itu, akan diuruskan oleh SPR sendiri tidak dari pihak lain," katanya.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:19 PM

Tambah beliau, parti yang bertanding tidak perlu bimbang kerana seperti kebiasaan akan ada wakil calon turut sama dalam bilik pengiraan undi itu.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:19 PM

Bagaimanapun, SPR tidak menolak pada pilihan raya akan datang boleh dilaksanakan rakaman secara langsung pada proses pengiraan undi.

"SPR adalah satu badan bebas, kita harus pertimbangkan permohonan-permohonan lain.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:19 PM

"SPR boleh berbincang dan kita akan maklum keputusan itu kemudian," katanya. -


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:20 PM

Apa yang ingin saya highlightkan disini adalah jawapan Abdul Aziz yang JELAS menunjukkan betapa BEBASnya SPR dalam membuat keputusan tanpa perlu terikat atau tidak perlu membabibuta mengikut kata Menteri. SPR juga punya perkiraan dan faktor2 lain yang perlu dipertimbangkan

Semua pihak boleh membuat cadangan dan permohonan tapi keputusan adalah ditangan SPR.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:20 PM

Perkara ini kecil dan ramai yang tidak perasan tapi bagi saya, kenyataan Pengerusi SPR itu membuktikan yang SPR merupakan satu badan yang Bebas dari pengaruh kerajaan.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:20 PM

Seperti juga kes dakwat kekal, setelah heboh diperlekehkan oleh pihak PR dan dijadikan modal utama protes Anwar, secara logiknya kita beranggapan SPR akan menolak penggunaannya untuk Prk Kuala Besut. Ini jawapan Abdul Aziz


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:21 PM

"Dakwat kekal akan terus digunakan, kecuali undang-undang dipinda. Dakwat kekal adalah syarat mengesahkan undi seseorang itu.

"Bagaimanapun dakwat kekal yang bebeza akan digunakan,"


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:21 PM

Sekali lagi keputusan itu membuktikan yang SPR tidak boleh bertindak sesuka hati, ia terikat dengan undang2. Pihak PR juga yang menuntut dakwat kekal dan hasilnya undang2 digubal untuk menjadikan dakwat kekal sesuatu yang wajib ada.


SPR adalah TELUS & Badan Bebas! said...
October 19, 2013 at 11:21 PM

Dalam soal ini saya berpendapat, adalah lebih bertanggungjawab sekiranya Anwar dan PR yang tidak puashati dengan dakwat yang digunakan sebelum ini, tampil memberi cadangan jenis dakwat yang lebih baik. Jangan hanya tahu komplen saja .


jihn Sabastian Marcus said...
October 19, 2013 at 11:22 PM

Kenapa nak melayan tuntutan pembakangkang ni? Apa lagi yang tak telus di SPR? Pembangkang tak pernah dan tak akan cakap SPR adil selagi mereka tak menang. Mereka tak pernah jujur.

Kenapa kerajaan harus melayan tuntutan mereka? Kenapa kerajaan harus defensif? Siapa yang berkuasa sekarang? Kalau takut pegang kuasa, baik serahkan aja kepada orang yang berani.

UMNO perlukan pemimpin yang berani.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx