Saturday, June 15, 2013

Warga Emas Ini Masih Hidup Walau Leher Hampir Putus

Menurut mangsa rompakan seorang warga emas, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang, Sabah, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumahnya, tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
xxx2

Komen Anda

2 Responses to " Warga Emas Ini Masih Hidup Walau Leher Hampir Putus "
Anonymous said...
June 15, 2013 at 12:02 PM

Apa motif mention bangsa.. Nak timbulkan lagi prejudis bangsa ka di sabah... Cukup2la timbulkan prejudis perkauman d negara kita. Jenayah tidak mengira bangsa.. Bersamalah kita membangunkan negara kita ke tahap terbilang.


Anonymous said...
June 16, 2013 at 5:11 PM

Nyawa berada di tangan Allah SWT bukan di tangan perompak laknatullah, begitu juga kuasa membunuh atau mencabut nyawa bukan di tangan perompak laknatullah tetapi di tangan Malaikat Maut kerana Malaikat Maut saja lah yg di beri kuasa dan keizinan oleh Allah SWT untuk mencabut nyawa.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx