Friday, June 7, 2013

Tanpa pertandingan, UMNO akan ketandusan pemimpin

Saya terganggu apabila UMNO Negeri Sembilan mencadangkan tidak perlu ada pertandingan untuk tiga jawatan tertinggi parti pada bulan Oktober ini. Saya lebih terganggu lagi apabila cadangan ini disambut baik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO.

Cadangan ini pada saya menunjukkan pemimpin kanan UMNO tidak mahu berubah sedangkan ahlinya menuntut supaya demokrasi dalam parti disuburkan. Ahli UMNO mahu melihat ada pertandingan dalam parti setelah jawatan presiden tidak dipertandingkan sejak tahun 1987 lagi. Sepatutnya sama ada jawatan tertinggi parti dicabar atau tidak ditentukan oleh ahlinya, bukan oleh pemimpin kanan parti. Biar ahli yang menentukan sama ada mengekalkan barisan sekarang atau sebaliknya.

Jika tidak mahu ada pertandingan, maka buat apa dipinda perlembagaan pada tahun 2009 bagi membenarkan 146,500 perwakilan UMNO daripada 161 bahagian di seluruh negara membuat pemilihan pucuk pimpinan parti berbanding hanya kira-kira 2,500 perwakilan bahagian sebelum ini? Tidakkah pemimpin kanan yang bersetuju dengan cadangan UMNO Negeri Sembilan itu tahu bahawa dalam perlembagaan baru, sesiapa sahaja ahli boleh bertanding tanpa terikat lagi dengan kouta pencalonan, sebaliknya cukup dengan hanya mendaftarkan nama saja di Ibu Pejabat UMNO.

Saya tidak boleh terima idea tidak bertanding atas alasan parti memerlukan barisan kepimpinan yang mantap bagi meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO dalam membela nasib rakyat. Saya tidak boleh menerima alasan tidak bertanding untuk mengelakkan perpecahan dalam parti. Yakinlah sesuatu pemilihan tidak akan menyebabkan perpecahan seperti tahun 1987, jika pemilihan parti diadakan secar

a telus dan adil tanpa penyelewengan. Pada hemat saya, tanpa pertandingan UMNO tidak tahu sejauh mana kekuatan partinya, dan UMNO akan ketandusan pemimpin yang berpotensi untuk diketengahkan pada PRU ke-14 nanti.

SelepasPRU ke-13, saya pasti satu perkara: UMNO perlu cari pemimpin yang berpotensi untuk digilap.

Oleh Mohammad Agus Yusof
xxx2

Komen Anda

83 Responses to " Tanpa pertandingan, UMNO akan ketandusan pemimpin "
Anonymous said...
June 8, 2013 at 4:18 PM

Dato Sri Adnan Yakon ada menyebut sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif dan ada menyebut Kalau begitu semua (ahli) Majlis Tertinggi jangan bertanding dan bawa kepada bahagian sahaja, maka kenyataan-kenyataan seperti itu hanya menunjukkan kita bersifat autokratik...Ini merupakan MB Pahang yg pandai menyebut ayat ilmiah...sebagaimana di atas....tetapi kalau MB Teganu jauh sekali lah...aku rasa MB Teganu tak faham tak tau langsung apa makna inklusif, autokratik...MB pemikiran kampung...kesian rakyat Teganu...dapat MB BUKAN Educated...


Anonymous said...
June 8, 2013 at 5:28 PM

Tindakan mengekalkan kerusi Presiden kepada Najib dan Timbalan Presiden kepada Muhyiddin itu pun betul jika kita hanya mahu mengekalkan UMNO itu setakat sampai pilihanraya yang akan datang sahaja. Kalau itu matlamatnya, maka langkah mengekalkan kerusi-kerusi Presiden dan Timbalan Presiden itu kepada penyandang sekarang adalah tindakan yang tepat.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 5:29 PM

Lagi pun jika diganti Najib dengan Muhyiddin atau dengan sesiapa pun dikalangan pimpinan UMNO di Majlis Tertinggi sekarang, keadaannya bukannya ada perubahan pun. Jika Pakatan Rakyat masih wujud semasa pilihanraya nanti dan PR mengambil langkah untuk menukar imej pucuk pimpinannya maka bukan lagi kerja susah untuk menggantikan BN itu. Jika PR tidak melakukan kesilapan seperti yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang lalu, BN akan tetap menghadapi kekalahan dalam PRU 14 yang akan datang.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 5:31 PM

Memperbaiki UMNO itu bukan seperti memperbaiki ‘remos’ dikepala. Kalau memperbaiki remos sahaja maka cukup jika kita bawa sikat dan minyak rambut sahaja. UMNO sekarang ibarat kepala yang sudah tidak ada remos lagi. Jadi apa yang hendak diperbaiki keatas remos itu kerana remosnya pun sudah tiada.

Bagi setengah persepsi orang, UMNO sudah tidak lagi boleh diperbaiki dan parti itu hanya menunggu waktu untuk jatuh secara rasmi sahaja. Jadi kalau UMNO masih dengan kepimpinan yang sama dari acuan yang sama, maka ia bukan perubahan atau penambah-baikan.


ismail said...
June 8, 2013 at 6:22 PM

Generasi muda perlu diberi peluang seluas-luasnya untuk bertanding di peringkat pemilihan cawangan dan bahagian demi kelangsungan perjuangan parti UMNO, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


ismail said...
June 8, 2013 at 6:22 PM

Beliau berkata UMNO perlu melalui satu proses transformasi untuk menjadikan ia sebuah parti yang lebih inklusif.


ismail said...
June 8, 2013 at 6:23 PM

“UMNO di peringkat cawangan akan lalui mesyuarat masing-masing bulan depan, saya harap dalam pemilihan kali ini ada kesedaran dalam kalangan pemimpin UMNO untuk memberi peluang kepada anak-anak muda dan anggotah baharu untuk bertanding,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini hari ini.


ismail said...
June 8, 2013 at 6:23 PM

Mengenai cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Oktober ini, Hishammuddin menyokong seratus peratus apa jua pendekatan yang dilakukan bagi memastikan UMNO terus kuat.


ismail said...
June 8, 2013 at 6:24 PM

“Daripada peringkat atas saya percaya akhirnya perwakilan kita menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin sama ada ia akan bawa manfaat kepada parti atau tidak.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 3:54 PM

Ramai pemimpin dan veteran Umno menyokong cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Oktober ini.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 3:56 PM

Mereka berkata gandingan mantap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden dan timbalan presiden Umno adalah yang terbaik untuk menjayakan segala program transformasi parti.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 3:57 PM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN).


Anonymous said...
June 9, 2013 at 3:57 PM

"Kita perlukan kedua-dua mereka untuk mengetuai kita...tiada keperluan untuk jawatan tersebut dipertandingkan," katanya kepada pemberita


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:01 PM

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian sebagai mengulas cadangan Umno Negeri Sembilan semalam yang menyuarakan pendirian bahawa kedua-dua jawatan itu tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:01 PM

Ia bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Najib-Muhyiddin dikekalkan.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:02 PM

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut menyokong agarkepimpinan Najib dan Muhyiddin dikekalkan.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:02 PM

Beliau melihat cadangan bagi mengekalkan penyandang bagi kedua-dua jawatan itu dalam pemilihan kali ini sebagai langkah yang positif dalam menjayakan misitransformasi parti.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:02 PM

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, tindakan itu bukanlah mahu menafikan hak anggota untuk memilih atau menafikan demokrasi sebaliknya menilai bahawa Umno di bawah kepimpinan Najib menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang apabila berjaya menambahkan kerusi Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:03 PM

"Selain itu juga Umno telah melalui sebuah transformasi drastik dan menjadikan jentera PRU paling kuat dalam sejarah Umno, dan saya percaya kekuatan ini dirasai hingga ke peringkat akar umbi.


James John said...
June 9, 2013 at 5:55 PM

Pergerakan Pemuda UMNO membuat ketetapan agar Datuk Seri Najib Razak dan Tan Si Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan UMNO akan datang.


James John said...
June 9, 2013 at 6:03 PM

Pergerakan Pemuda UMNO membuat ketetapan agar Datuk Seri Najib Razak dan Tan Si Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan UMNO akan datang.Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO menghormati semangat demokrasi dalam parti UMNO terutamanya menerusi pindaan dalam perlembagaan parti yang akan memperluas jumlah perwakilan yang akan memilih jawatan tertinggi parti termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO termasuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO dan jawatan tertinggi dalam pergerakan sayap.


James John said...
June 9, 2013 at 6:03 PM

Pemuda UMNO menghormati semangat demokrasi tersebut, juga berpendapat bahawa dalam senario pasca PRU13, kita dapati perkara pertama yang perlu diutamakan ialah untuk memperkukuhkan parti UMNO sendiri. UMNO telah mencatat prestasi yang baik, mereka telah meningkat kerusi parlimen kita, sekarang ini jauh lebih baik dari PRU12.UMNO juga telah banyak menyumbang kerusi yang paling banyak dalam BN. Oleh yang demikian, kita harus memperkukuhkan lagi UMNO supaya UMNO terus jadi tunjang kepada BN dan pada waktu yang sama, ada beberapa parti kompenan menghadapi sedikit masalah, UMNO mesti berada di hadapan untuk mengetuai dan memaju pembangunan dan menentukan hala tuju BN menjelang PRU14.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn.


James John said...
June 9, 2013 at 6:03 PM

Justeru tambah beliau walaupun menghormati proses demokrasi dalam UMNO, tetapi atas kesedaran perlu diperkukuhkan lagi UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat ketetapan dan mengusulkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dan menyokong agar Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan yang akan datang.Pada masa yang sama, jelas beliau lagi Pemuda UMNO turut menolak cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal yang akan mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini.


James John said...
June 9, 2013 at 6:04 PM

Masanya belum sesuai untuk BN dijadikan parti tunggal. Sistem parti komponen dalam BN yang mewakili kaum tertentu dilihat masih relevan dalam amalan politik di Malaysia.Pemuda UMNO mahu komponen dalam BN kekal sebagai parti yang mewakili bangsa masing-masing seperti sedia ada, ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.


James John said...
June 9, 2013 at 6:04 PM

Ini merupakan mesyuarat pertama Exco Pemuda selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.


James John said...
June 9, 2013 at 6:04 PM

Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.Mengulas lanjut Khairy sebaliknya mencadangkan supaya resolusi yang diluluskan Dewan Tertinggi BN sebelum ini bagi membuka keahlian terus tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN diaktifkan semula sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal.


James John said...
June 9, 2013 at 6:04 PM

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO, yang pernah dipraktikkan sebelum ini.


James John said...
June 9, 2013 at 6:04 PM

Beliau berkata langkah itu difikirkan relevan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak kebelakangan ini yang mahukan supaya kedua-dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini.


James John said...
June 9, 2013 at 6:05 PM

Lebih penting, pengenalan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah untuk menentukan mereka yang bertanding jawatan tersebut mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin, katanya.


James John said...
June 9, 2013 at 6:05 PM

Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud berkata sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah mekanisme terbaik memastikan keutuhan parti sebagai tunjang pemerintahan negara ini.


James John said...
June 9, 2013 at 6:05 PM

Jika tidak, katanya, sembarangan orang termasuk mereka yang tidak mempunyai kredibiliti boleh menawarkan diri bertanding jawatan tersebut, dan ia tidak baik untuk parti.


James John said...
June 9, 2013 at 6:05 PM

Sementara bagi jawatan-jawatan lain, termasuk naib presiden, Ahli Majlis Tertinggi (AMT), ketua bahagian dan semua sayap parti boleh dikekalkan sistem pencalonan dan pertandingan yang sedia ada, katanya.


Asyraf said...
June 10, 2013 at 9:14 AM

UMNO harus membaiki lagi kelemahannya.


Birunda said...
June 10, 2013 at 9:15 AM

Saingan sihat harus ada.


Nathan said...
June 10, 2013 at 9:16 AM

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO, yang pernah dipraktikkan sebelum ini.

Ini adalah cadangan yang baik juga. Harus dikaji dan dilaksanakan.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:25 AM

Umno menunjukkan mereka masih mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu apabila memenangi 88 kerusi daripada 133 keseluruhan 133 kerusi yang dimenangi BN.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:26 AM

Jumlah tersebut merupakan penambahan sebanyak sembilan kerusi jika dibandingkan dengan keputusan PRU12 dimana Umno hanya berjaya mendapat 79 kerusi parlimen sahaja. Penambahan kerusi ini membuktikan Umno masih lagi relevan.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:26 AM

Disebalik kritikkan dan tentangan hebat, penambahan kerusi Umno itu menunjukkan kesilapan percaturan dan strategi daripada pihak Pembangkang. Jangkaan pembangkang dengan memainkan isu-isu Melayu yang bersifat perkauman boleh melemahkan Umno ternyata jauh meleset.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:27 AM

Sebaliknya, strategi itu telah memakan diri apabila pembangkang terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina sultan dimana ianya amat sensitif bagi orang Melayu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini dilaporkan telah mempertikaikan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang menitahkan Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik arahan pertukaran dan melantik semula Pengarah JAIP. Tindakan Karpal disifatkan sesetengah pihak sebagai perbuatan biadap.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:28 AM

Selain itu, terdapat pelbagai faktor dan isu yang membantu kejayaan Umno PRU13 seperti isu kalimah Allah. Pengundi-pengundi atas pagar yang tidak cenderung kepada mana-mana pihak melihat Umno berjaya mempertahankan kalimah Allah daripada terus disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Mudin said...
June 10, 2013 at 2:46 PM

Semoga pertandingan ini dapat melantik pemimpin yang benar berkeupayaan.


LimYT said...
June 10, 2013 at 2:47 PM

Yang penting, membawa UMNO ke arah yang lebioh berkembang dan diterima oleh semua pihak.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:52 AM

Cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan perlu dilaksanakan kerana ia dapat mengelak berlaku perpecahan dalam parti terbesar orang Melayu itu.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:53 AM

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad berkata, sejarah menunjukkan bahawa setiap kali berlaku perebutan jawatan tertinggi parti, ia berakhir dengan perpecahan dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:53 AM

Beliau mengambil contoh keputusan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga membawa kepada penubuhan Semangat 46 dan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang Allahyarham Tun Ghaffar Baba bagi jawatan orang nombor dua dalam UMNO.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:53 AM

Malah kata Hussein, perpecahan dalam UMNO juga wujud semasa era kepimpinan Tunku Abdul Rahman apabila pemilihan pucuk pimpinan parti dibenarkan.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:53 AM

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bukan tidak pernah tidak dipertandingkan, tetapi ada baiknya tidak dipertandingkan walaupun Perlembagaan UMNO beri hak jawatan itu dipertandingkan.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:53 AM

Kalau tak dipertandingkan itu lebih baik kerana dalilnya, dengan adanya pertandingan maka UMNO berpecah. Pecahnya UMNO kerana pertandingan (jawatan tertinggi dalam parti),


mantera said...
June 11, 2013 at 11:53 AM

Baru-baru ini, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:54 AM

Cadangan itu mendapat sokongan beberapa pemimpin tertinggi UMNO seperti Naib-Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:54 AM

Turut menyokong cadangan itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagi memastikan perpaduan dalam kalangan ahli serta pemimpin UMNO terus kuat terutama untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:54 AM

Mengulas lanjut, Hussein yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, setiap ahli dan pemimpin parti perlu menghayati perjuangan dan ideologi UMNO dalam memperjuangkan agenda bangsa Melayu.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:54 AM

Beliau berkata, UMNO dilahirkan dengan izin Allah untuk kepentingan orang Melayu dan sekiranya parti itu tiada, bangsa berkenaan berkemungkinan berpecah-belah.


mantera said...
June 11, 2013 at 11:54 AM

Sekarang ahli UMNO mesti menghayati perjuangan dan ideologi UMNO kerana kedudukan Melayu sebagai bangsa pertuanan tidak akan selamat sampai bila-bila. Tengok sekarang, bagaimana negara-negara Islam di Timur Tengah dipecah-rabakkan oleh anasir-anasir yang hendak mengkhianati mereka," katanya.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:05 PM

Tetapi oleh kerana sistem sedia ada, seseorang Ahli Parlimen boleh membawa isu-isu tempatan di kawasannya untuk perhatian umum meskipun terpencil dan jumlah penduduknya tidak ramai. Dengan cara ini, jurang pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar perlahan-lahan boleh dikurangkan, jika tidak dihapuskan sepenuhnya.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:05 PM

Banyak sistem di Eropah direka untuk menggalakkan kerajaan campuran, yang melibatkan banyak 'tawar-menawar' yng memberi kesan buruk terhadap pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara. Kerajaan yang lemah tidak boleh mentadbir negara dengan cekap, selain menghabiskan lebih banyak masa untuk mengawasi saingan politik.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:06 PM

Pakatan perlu menerima kekalahan berdasarkan peraturan pilihan raya yang terkini, yang boleh dipinda dalam siri pilihan raya yang akan datang sekiranya diluluskan oleh Parlimen dan mematuhi peruntukan-peruntukan Perlembagaan.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:06 PM

Pada tahun 2005, Tony Blair berjaya membentuk kerajaan meskipun dengan memenangi hanya 55.2 peratus daripada jumlah kerusi, walaupun undi popular beliau telah merudum ke 35.2 peratus akibat daripada perang Iraq.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:06 PM

Pada tahun 2001, Parti Buruh telah memenangi 62.5 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat, walaupun ia hanya mendapat 40.7 peratus undi popular.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:06 PM

Sistem negara kita adalah berasaskan model Westminster, yang juga dikenali sebagai 'pertama melepasi garisan'/ first past the post (FPTP) yang termaktub dalam Perlembagaan selepas memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom, yang juga mengamalkan sistem yang sama. Anda membentuk kerajaan atas dasar memenangi majoriti bilangan kerusi dan bukannya berdasarkan undi popular.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:07 PM

Satu dimensi dan perbincangan baru telah mula wujud selepas pilihan raya tahun 2013, di mana BN memperolehi kurang daripada 50 peratus daripada undi popular. Pihak pembangkang dan pengkritik telah memainkan isu ini dengan mempersoalkan sistem pilihan raya kita, yang telah digunakan dengan berkesan dan jayanya sejak tahun 1959.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:07 PM

Walau bagaimanapun, sekiranya sebuah masyarakat menjadi lebih maju dan matang mengikut peredaran waktu, adalah hampir mustahil untuk mendapat dua pertiga daripada jumlah kesemua kerusi yang dipertandingkan.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:07 PM

Jika di Barat, ia adalah satu kemenangan besar, walaupun BN pernah mengecapi majoriti dua pertiga di Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:07 PM

Tidak syak lagi, Barisan Nasional telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 bersandarkan hakikat bahawa ia memperolehi 133 kerusi berbanding 89 oleh pihak pembangkang.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:29 PM

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim mahu rakyat memilih pemimpin yang baik dan berkebolehan untuk mentadbir bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:29 PM

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama perlu bersatu padu serta menetapkan matlamat agar perpaduan bangsa dan agama terus diperkukuhkan.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:29 PM

Negara kita lebih penting...para pemimpin terawal mereka mempunyai fokus dalam perjuangan untuk perpaduan bangsa, sekarang ini sahaja rakyat mula berpecah...kita kena pastikan pemimpin yang kita pilih itu mempunyai rekod yang baik dan boleh menjaga kita dengan elok.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:31 PM

Pakatan Rakyat (PR) hanya mempunyai strategi jangka pendek iaitu semata-mata mahu menawan Putrajaya, mereka tiada pelan jangka panjang yang khusus dalam pentadbiran negara.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:31 PM

Orang ramai menggunakan akal untuk memilih pemimpin yang memikirkan pelbagai rancangan untuk kemajuan negara demi generasi akan datang.


day said...
June 29, 2013 at 10:50 AM

Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?


day said...
June 29, 2013 at 10:51 AM

Beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku


day said...
June 29, 2013 at 10:51 AM

Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu. Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (Pas 14, PKR satu).


day said...
June 29, 2013 at 10:52 AM

Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.


day said...
June 29, 2013 at 10:52 AM

Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian.


day said...
June 29, 2013 at 10:53 AM

Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco Datuk Toh Chin Yaw berkata undi pemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.


day said...
June 29, 2013 at 10:53 AM

Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus. Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," kata beliau.


day said...
June 29, 2013 at 10:54 AM

Sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.


day said...
June 29, 2013 at 10:54 AM

Naib presiden PKR Tian Chua mempunyai pendapat serupa apabila beliau berkata sekiranya Pas memenangi kerusi Kuala Besut pada pilihan raya kecil itu dan menjadikan kedudukan kerusi 16-16, pilihan raya tidak perlu diadakan semula.


day said...
June 29, 2013 at 10:55 AM

Sama ada speaker adalah anggota dewan undangan negeri atau tidak, prinsipnya ialah penyandang kerusi itu boleh memberi undi pemutus sekiranya jumlah kerusi adalah seri. Speaker akan memberi undinya dan BN akan terus berkuasa,


day said...
June 29, 2013 at 10:55 AM

Beliau berkata pertukaran kerajaan hanya akan berlaku jika Adun daripada parti pemerintah berpaling tadah


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:46 AM

Economists here foresee further capital formation investments flourishing in the Malaysian economy next year, given the ongoing projects to be implemented over the next two years.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:46 AM

World Bank senior economist for Malaysia, Dr Frederico Gil Sander, said the bulk of these projects would come from the sectors of oil and gas (O&G), infrastructure as well as real estate.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:47 AM

Notable projects in the O&G sector include the RM60 billion Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) project in Pengerang, Johor, and the RM3.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx