Wednesday, June 12, 2013

Petisyen di Johor : Bagaimana Kertas Undi Bertukar Tempat?

PAS Johor meminta satu pengisytiharan dari mahkamah bahawa pilihan raya di satu parlimen dan tiga Dun pada 5 Mei lalu sebagai tidak sah dan terbatal.

Permohonan itu dibuat dalam empat petisyen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Baharu kelmarin melalui Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners.

Petisyen membabitkan kerusi Parlimen Pulai dan tiga untuk kerusi Dun iaitu Gambir, Mahkota dan Nusajaya.

Menurut peguam, Mohd Fikah Sanusi (gambar), penemuan beberapa kertas undi dari kawasan Dun Nusa Jaya dalam peti undi kawasan Dun Mahkota antara isu yang dikemukakan PAS dalam empat petisyen tersebut.

"Peti undi yang disediakan SPR tercemar iaitu kertas undi di Nusajaya yang dalam parlimen Gelang Patah ditemui di Dun Mahkota yang dalam parlimen Kluang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Selain itu katanya, terdapat penjamuan yang dilakukan ketika tempoh berkempen yang disifatkan sebagai sogokan kepada pengundi.

"Kita juga meminta satu pengisytiharan bahawa kemenangan calon BN di empat kerusi telah tidak dipilih dengan sewajarnya atau sepatutnya tidak dilapor pilih," katanya lagi.

Pada PRU13 lalu, kerusi parlimen Pulai dimenangi BN menerusi calonnya Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menang dengan majoriti majoriti 3,226 undi menewaskan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Bagi Dun Nusajaya, Salahudin tewas kepada calon BN Dr Zaini Abu Bakar dengan majoriti 2,201 undi.

Di Dun Gambir, calon PAS Dr Mahfodz tewas kepada calon BN, M Asojan dengan majoriti 310 undi, manakala di Mahkota calon PAS Khairul Faizi tewas kepada calon BN Md Jais Sarday dengan majoriti 1,108 undi.

Sebelum ini, Khairul Faizi telah membuat laporan polis bagaimana kertas undi dari Dun yang ditandingi Salahudin di temui dalam kotak undi yang beliau tandingi. -HD
xxx2

Komen Anda

118 Responses to " Petisyen di Johor : Bagaimana Kertas Undi Bertukar Tempat? "
jokers said...
June 13, 2013 at 9:52 AM

CUKUP-CUKUP SUDAH, CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA.

Barisan Nasional (BN) terus menempelak pembangkang yang sehingga kini masih mendakwa berlakunya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) namun mengiktiraf pula kemenangan mereka di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

KITA TUNGGU DAN LIHAT


jokers said...
June 13, 2013 at 9:53 AM

CUKUP-CUKUP SUDAH, CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, hakikatnya pembangkang sengaja berbuat demikian dengan niat mahu menimbulkan provokasi agar negara huru-hara.

KITA TUNGGU DAN LIHAT


jokers said...
June 13, 2013 at 9:54 AM

CUKUP-CUKUP SUDAH, CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan provokasi pihak pembangkang itu termasuk melakukan beberapa perhimpunan membantah keputusan PRU-13 bertujuan memenuhi kehendak pihak-pihak asing yang dikatakan memberi bantuan kepada mereka selama ini.

KITA TUNGGU DAN LIHAT


jokers said...
June 13, 2013 at 9:54 AM

CUKUP-CUKUP SUDAH, CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA.

'Sedangkan berdasarkan laporan-laporan yang kita terima termasuk daripada ahli-ahli Parlimen BN yang bertanding, pihak pembangkang yang sering membuat angkara.


KITA TUNGGU DAN LIHAT


jokers said...
June 13, 2013 at 9:55 AM

CUKUP-CUKUP SUDAH, CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA.

''Mereka melakukan provokasi dan bertindak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan ileh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), antaranya berkempen yang sepatutnya tidak boleh berkempen dalam kawasan 50 meter dan bersorak-sorak seperti orang hilang akal,'' katanya.


KITA TUNGGU DAN LIHAT


jokers said...
June 13, 2013 at 9:56 AM

CUKUP-CUKUP SUDAH, CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA.

Tengku Adnan berkata, akibat sorakan melampau daripada para penyokong pembangkang itu secara tidak langsung menakutkan para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.

KITA TUNGGU DAN LIHAT


jokers said...
June 13, 2013 at 9:56 AM

CUKUP-CUKUP SUDAH, CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA.

''Mereka tuduh BN dengan pelbagai tuduhan. Sebenarnya apa yang berlaku itu kerja mereka dan bukan kerja BN. Selama ini pun BN tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang. BN sentiasa mematuhi undang-undang,"

KITA TUNGGU DAN LIHAT


walter said...
June 13, 2013 at 10:39 AM

Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin PR yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.


walter said...
June 13, 2013 at 10:39 AM

Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh PR dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.


walter said...
June 13, 2013 at 10:40 AM

Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN. Itu realiti pandangan yang sudah berakar umbi dalam fikiran pemimpin dan penyokong PR.


walter said...
June 13, 2013 at 10:40 AM

Peliknya di sebalik segala tohmahan itu, dalam masa yang sama boleh pula pemimpin PR mengwar-warkan kepada umum bahawa PRU 13 akan dimenangi oleh PR malah dengan yakin menyatakan 125 kerusi Parlimen dan 7 buah negeri bakal dikuasai mereka.


walter said...
June 13, 2013 at 10:40 AM

Orang yang waras akalnya tentu terdetik untuk bertanya, jika SPR adalah kuda tunggangan BN, tidak telus, tidak adil dan tidak bebas, kenapa pula pemimpin PR sibuk mahu bercakap mengenai kemenangan dan tawan negeri itu dan ini?


walter said...
June 13, 2013 at 10:40 AM

Yang akan mengendalikan PRU 13 tetap juga SPR, jadi ikut logik akal jika begitu buruk dan teruk kaedah pilihan raya yang dikendalikan SPR, apa gunanya lagi untuk PR berangan untuk menggapai kejayaan, bukan begitu?


walter said...
June 13, 2013 at 10:41 AM

Hakikatnya PR sudah lama menerima hakikat bahawa SPR sememangnya telus, adil dan saksama sedari dulu lagi. Jika SPR benar-benar pincang, tiada seorang pun pemimpin PR yang akan bertanding dalam PRU 13 dan sebelumnya.


walter said...
June 13, 2013 at 10:41 AM

Tentu ada agendanya maka sebab itu SPR sering dijadikan punching beg dan dijadikan sebagai kambing hitam oleh pemimpin pembangkang. Tak mustahil agenda PR dalam isu mempersoalkan kredibiliti SPR lebih kepada untuk menutup kelemahan sendiri kerana gagal menawan hati majoriti pengundi. Itu faktor utama yang tidak boleh disangkal sama sekali.


walter said...
June 13, 2013 at 10:41 AM

Kemungkinan lain, ada kebarangkalian ianya untuk melindungi penipuan yang ingin dilakukan oleh PR misalnya melalui manipulasi dakwat kekal dengan mencalit dakwat itu kepada pengundi berusia konon untuk tujuan demonstrasi.


walter said...
June 13, 2013 at 10:41 AM

Perkara sebegini boleh berlaku bila dilihat pada modus operandi penyokong pembangkang selama ini yang pernah mengutip kad pengenalan golongan tua bagi menghalang pengundi keluar menunaikan tanggungjawab ketika hari pengundian.


walter said...
June 13, 2013 at 10:41 AM

Atau kemungkinan juga untuk mengelakkan tumpuan umum kepada gerakan jentera PR yang sebelum ini giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang diyakini boleh dikuasai melalui kaedah tersebut seperti mana pernah dilaksanakan oleh PAS Kedah dan PAS Kelantan.


walter said...
June 13, 2013 at 10:42 AM

Malah semenjak SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi yang dikenali sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) terdiri dari agen parti-parti politik, uniknya semenjak itu berlumba-lumba PR mendedahkan 'kepincangan' daftar pemilih mempertikaikan orang itu tak layak mengundi dan orang ini datanya diragui.


walter said...
June 13, 2013 at 10:42 AM

SPR pernah mengumumkan seramai 332 orang penolong pendaftar pemilih ditamatkan perkhidmatan kerana cuai atau sengaja mendaftarkan pengundi dengan maklumat yang meragukan.


walter said...
June 13, 2013 at 10:42 AM

Sebelumnya SPR pernah menolak permohonan seramai 71,184 pengundi yang didaftarkan oleh PPP kerana pelbagai kesalahan antaranya mendaftarkan pengundi yang telah berdaftar, warganegara yang belum layak mengundi, bukan warganegara dan pelbagai lagi kecuaian.


walter said...
June 13, 2013 at 10:42 AM

Menariknya kebanyakan kesilapan daftar pengundi baru yang ditolak oleh SPR ini didaftarkan oleh wakil-wakil PR dan tak mustahil ada antara puluhan ribu permohonan pengundi baru yang didaftarkan oleh PR ini yang terlepas pandang oleh sistem semakan dan digunakan pula untuk memburukkan imej SPR.


walter said...
June 13, 2013 at 10:43 AM

Di lihat pada sejarah PR, beberapa perkara yang didedahkan di atas tak mustahil berlaku dan tidak salah untuk kita membuat spekulasi kemungkinan PR sedang merancang untuk menipu dalam pilihan raya.


walter said...
June 13, 2013 at 10:43 AM

Tindakan mereka mengkambing hitamkan SPR sebelum ini hanyalah strategi serampang dua mata, pertama untuk membunuh imej dan kredibiliti SPR di mata umum dan kedua untuk melindungi penipuan yang sedang PR laksanakan.


walter said...
June 13, 2013 at 10:43 AM

Sedangkan dalam pemilihan CEC DAP dan pengundian dalaman PKR sendiri wujud penyelewengan, dan PAS pula penah aktif memindah pengundi ke sana ke mari, jadi apa sangatlah untuk mereka merancang penipuan dalam PRU.


walter said...
June 13, 2013 at 10:48 AM

Apa pun jika segala kemungkinan di atas tidak menepati senario sebenar, seeloknya PR hentikan sahaja propagandanya yang memperlekeh atau mempertikaikan kesungguhan SPR dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan PRU 13 kelak berjalan lancar.


walter said...
June 13, 2013 at 10:49 AM

Kiranya PR masih sibuk mempertikaikan SPR, itu salah ini tak betul, lebih baik pemimpin PR cermin diri sendiri untuk melihat betapa besarnya hipokrasi dalam diri masing-masing.


walter said...
June 13, 2013 at 10:49 AM

Atau jika pemimpin PR masih ada harga diri, kenapa tidak untuk julung kalinya, sebagai tanda protes dan ketidakyakinan dengan SPR, maka jangan sesekali walau seorang pun pemimpin PR bertanding dalam PRU 13 ini? Ada berani?


Zahid said...
June 13, 2013 at 11:48 AM

TIME TO MOVE ON NOW! NOT POINTING FINGERS TO OTHERS. TERIMA KEPUTUSAN SEADANYA.~ KISAH SEBENAR BAGAIMANA PAS DI CERAI OLEH UMNO DAN BN PADA 1977 TERBONGKAR !!!

DALAM apa-apa pertikaian pun,akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah.Tidak kiralah apa isu pun,yang penting faktanya.Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah,satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ Pas suatu ketika dulu.Atau adakah Pas sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada 1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’nya terhadap BN.Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri,Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur.“Dalam pilihan raya tahun 1974,UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas.UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.


Zahid said...
June 13, 2013 at 11:49 AM

TIME TO MOVE ON NOW! NOT POINTING FINGERS TO OTHERS. TERIMA KEPUTUSAN SEADANYA.~ KISAH SEBENAR BAGAIMANA PAS DI CERAI OLEH UMNO DAN BN PADA 1977 TERBONGKAR !!!


Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN.Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya.UMNO mempunyai maruahnya sendiri.Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN.Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN.Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu,Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.


Liz said...
June 13, 2013 at 11:49 AM

Pakatan pembangkang sentiasa berusaha memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan mewujudkan pelbagai persepsi negatif yang menggambarkan seolah-olah parti terbabit tidak bertanggungjawab dan melakukan pelbagai penyelewengan.


Liz said...
June 13, 2013 at 11:50 AM

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kemahiran utama pembangkang adalah dalam mewujudkan manipulasi terhadap sesuatu isu yang akan memberi gambaran buruk untuk mengelirukan rakyat.


Zahid said...
June 13, 2013 at 11:50 AM

TIME TO MOVE ON NOW! NOT POINTING FINGERS TO OTHERS. TERIMA KEPUTUSAN SEADANYA.~ KISAH SEBENAR BAGAIMANA PAS DI CERAI OLEH UMNO DAN BN PADA 1977 TERBONGKAR !!!


Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:

* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN.Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu).Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.

* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973,Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.

* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.

* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978,dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas,desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.

* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977,selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.


Liz said...
June 13, 2013 at 11:50 AM

“Pakatan pembangkang memberikan pelbagai tanggapan yang buruk atas apa saja pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan malah tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) juga turut digembar-gemburkan dengan pelbagai persepsi,” katanya.


Zahid said...
June 13, 2013 at 11:51 AM

TIME TO MOVE ON NOW! NOT POINTING FINGERS TO OTHERS. TERIMA KEPUTUSAN SEADANYA.~ KISAH SEBENAR BAGAIMANA PAS DI CERAI OLEH UMNO DAN BN PADA 1977 TERBONGKAR !!!



Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:


* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.

* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.

* Hasil dari desakan itu,Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan ‘kambing hitam Pas’ apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.

* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.

* Rentetan dari itu juga menyebabkan ‘Krisis dalaman Pas’ kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.

* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.

Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas ‘diceraikan’ selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN


Anonymous said...
June 13, 2013 at 11:51 AM

Jelasnya, sejak setahun yang lalu pakatan pembangkang mula meletakkan tarikh jangkaan untuk PRU ke-13 diadakan dengan pelbagai andaian sehinggakan rakyat turut terpengaruh dengan manipulasi mereka.


Anonymous said...
June 13, 2013 at 11:52 AM

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN menegaskan bahawa parti terbabit sentiasa berusaha mengekalkan kuasa sebagai tampuk kerajaan bukan semata-mata kerana kedudukan dan pangkat sebaliknya ia adalah tanggungjawab sebagai kerajaan yang sentiasa berusaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


lady morgana said...
June 13, 2013 at 3:12 PM

Sekurang-kurangnya 56 petisyen difailkan BN dan pembangkang selepas tempoh berbuat demikian tamat pada Rabu.

Sebanyak 21 petisyen dikemukakan BN manakala bakinya 35 lagi babitkan parti-parti pembangkang sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tiada pemilihan ahli parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh dipertikaikan kecuali dengan petisyen ke Mahkamah Tinggi.


lady morgana said...
June 13, 2013 at 3:12 PM

Pada pilihanraya umum 1999, sebanyak 40 petisyen difailkan manakala pada 2004 (3) dan 2008 sebanyak 29 petisyen.

Dengan jumlah 56 petisyen selepas PRU 13, angka itu paling tinggi pernah difailkan.

Pembangkang diwakili DAP, PKR dan PAS tentu amat berharap sekurang-kurangnya 27 petisyen di peringkat Parlimen dapat menaikkan semangat mereka untuk menguasai Putrajaya.

Jika mereka menang 23 petisyen bermakna bilangan kerusi pembangkang bertambah daripada 89 kepada 112 cukup untuk majoriti mudah mengambil alih kerajaan daripada BN.


lady morgana said...
June 13, 2013 at 3:13 PM

Pembangkang juga memfailkan jumlah petisyen bagi DUN Perak dan Kedah dengan harapan menang dan merampas semula dua negeri itu yang dimenangi BN.

Namun, impian pembangkang bukan semudah disangka kerana tidak semua petisyen yang difailkan akan dibicarakan di mahkamah.

Menurut Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, setiap petisyen hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh dikemukakan.


lady morgana said...
June 13, 2013 at 3:14 PM

Apapun, jika kes di bicarakan dan ada pihak tidak puashati dengan keputusan, rayuan boleh dikemukakan di mahkamah Persekutuan yang akan memuktamadkan keputusan.

Bagi pembangkang yang berharap petisyen ini boleh membuka jalan ke Putrajaya, eloklah mereka lupakan sahaja.


lady morgana said...
June 13, 2013 at 3:14 PM

Pada 2008, daripada 29 petisyen hanya satu dibawa ke mahkamah manakala yang lain ditolak mahkamah selain diselesaikan di luar mahkamah.

Daripada 35 petisyen difailkan pembangkang, tidak mustahil semua akan ditolak atau hanya beberapa sahaja akan diterima mahkamah.

Justeru itu, peluang pembangkang mahu menggunakan petisyen sebagai cara mudah menuju Putrajaya selepas gagal pada PRU 13, tentu tidak kesampaian.


lady morgana said...
June 13, 2013 at 3:15 PM

Bagaimanapun, pembangkang ada alternatif lain jika mereka masih mahu menjayakan impian menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Hanya tiga cara membolehkan pilihanraya kecil diadakan iaitu perintah mahkamah, kematian dan wakil rakyat melepaskan jawatan.


lady morgana said...
June 13, 2013 at 3:16 PM

Apa kata semua wakil rakyat pembangkang melepaskan jawatan supaya boleh diadakan pilihanraya semula.

Lagipun, itu lebih elok berbanding gesaan supaya Pengerusi dan timbalan pengerusi SPR melepaskan jawatan.

Kebiasaannya, jika di pejabat, kalau sesaorang itu tidak suka pada majikan atau boss, mereka yang letak jawatan sebagai tanda protes atau tidak puashati.

Dalam situasi membangkang sekarang, mereka memang tidak puashati dengan SPR, maka eloklah mereka letak jawatan.


double standard said...
June 13, 2013 at 3:16 PM

Cadangan bodoh ini tentunya ditolak pembangkang kerana mana-mana wakil rakyat yang sengaja meletak jawatan akan hilang kelayakan bertanding untuk tempoh lima tahun.

Satu lagi pilihan lain, ambil kira cadangan Anwar supaya wakil rakyat PKR boikot majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 24 Jun, eloklah mereka teruskan niat itu.

Mereka tidak perlu angkat sumpah hingga tamat tempoh enam bulan dan selepas itu Speaker boleh maklumkan kepada SPR mengenai ketidakhadiran wakil-wakil rakyat terbabit bagi membolehkan pilihanraya semula.

Cadangan ini tentu lebih relevan berbanding.

Jika semua cadangan di atas pembangkang tidak berani buat, elok-eloklah mereka hentikan sandiwara politik dengan jadikan SPR sebagai ‘kambing hitam’.


lady morgana said...
June 13, 2013 at 3:17 PM

Cukup-cukuplah berpolitik kerana 89 kawasan parlimen perlukan wakil rakyat untuk memberikan khidmat kepada rakyat yang mengundi mereka pada 5 Mei lalu.

Meminjam kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini digelar ‘Gabenor Parlimen’,: “ Mereka ini (wakil rakyat) sudah diberikan amanah apabila rakyat mengundi dan memilih mereka dan antara sifat orang munafik adalah tidak menunaikan amanah.

Sudah tiba masanya wakil rakyat pembangkang tunaikan tugas masing-masing bukannya terus berkokok salahkan SPR dan riuh rendah di himpunan 505. Renung-renungkanlah


komrad said...
June 13, 2013 at 4:15 PM

Kontinjen Johor mengekalkan kejuaraan kali ke-13 berturut-turut pada Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 2013.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:15 PM

Juara kali ke-13 itu memungut 31 pingat emas, 26 perak dan 14 gangsa. Ketua Kontinjen Johor Noor Hudah Jamal berkata persediaan akhir selama tiga minggu sebelum kejohanan berjaya memastikan kontingen itu kekal juara dan melepasi sasaran 30 pingat emas.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:16 PM

"Kesungguhan semua atlet dan jurulatih adalah kunci kejayaan kami," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup kejohanan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Dewan Jubli Perak, di sini Rabu malam.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:16 PM

Sementara itu atlet Johor, Narudin Mohamad turut dinobatkan sebagai Olahragawan kejohanan apabila meraih tiga emas dalam acara 100, 200 dan 400 meter.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:16 PM

Anugerah Olahragawai pula dimenangi atlet Negeri Sembilan Nurul Nadia Latif yang juga memenangi tiga emas bagi acara 100 dan 200 meter serta lompat jauh.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:19 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kata-kata aluan buku cederamata majlis penutup kejohanan, berkata kejohanan itu selaras hasrat Kementerian Pendidikan melalui pelan pembangunan pendidikan untuk memastikan transformasi pendidikan dilaksana berteraskan lima aspirasi sistem pendidikan.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:20 PM

"Lima aspirasi itu ialah akses kepada kejayaan, kualiti, standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid dan memupuk perpaduan dalam kalangan murid.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:20 PM

"Saya percaya melalui penganjuran kejohanan seperti ini, aspirasi ini dicapai dalam membantu kerajaan melahirkan modal insan yang berketerampilan," katanya.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:20 PM

Beliau berkata kejohanan itu juga adalah selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan. Kejohanan tiga hari bermula Isnin lepas melibatkan penyertaan 730 atlet dari 16 kontingen yang bertanding dalam 106 acara dengan mengambil kira kategori penglihatan, pendengaran dan pembelajaran.


komrad said...
June 13, 2013 at 4:21 PM

Kontinjen Selangor muncul tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 10 emas, 10 perak dan 16 ganga diikuti Kedah tempat ketiga dengan mengumpul tujuh emas, tujuh perak dan tujuh gangsa manakala kontinjen tuan rumah, Pahang menduduki tempat ke-14 dengan memungut lapan pingat perak dan lima gangsa.


li said...
June 13, 2013 at 10:55 PM

Tindakan wakil rakyat pembangkang yang mengotakan janji dengan memboikot sesi taklimat dianjurkan Parlimen semalam, mendapat reaksi di kalangan Ahli Parlimen BN.


li said...
June 13, 2013 at 10:55 PM

Mereka yang ditemui selepas selesai majlis tersebut, menyifatkan tindakan wakil pembangkang itu tidak wajar.


li said...
June 13, 2013 at 10:55 PM

Daripada 89 wakil pembangkang, hanya Ahli Parlimen Bakri dari DAP yang hadir pada sesi taklimat bermula jam 9.30 pagi itu.


li said...
June 13, 2013 at 10:56 PM

Bagi Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim, ketidakhadiran pembangkang itu seolah-olah menggambarkan mereka tidak layak menjadi wakil rakyat.


li said...
June 13, 2013 at 10:56 PM

Beliau juga menyifatkan sikap pembangkang itu sebagai tidak beradab dengan rakyat, tidak bertanggungjawab dan pecah amanah.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:06 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:07 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:07 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus.

Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:08 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi. Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:08 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini. Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:09 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:09 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:09 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:10 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:10 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri.


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:11 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP?


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:11 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu?


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:11 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR?


buncisluvpuaka said...
June 13, 2013 at 11:12 PM

ISU CEC DAP: PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR

Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali.


Anonymous said...
June 13, 2013 at 11:50 PM

60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai

KUALA LUMPUR: 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak kelam-kabut dalam menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Md. Ramli, berkata keadaan itu juga menunjukkan dakwaan bahawa SPR tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan baik memang berasas.

"Apabila banyak petisyen difailkan, ia menggambarkan banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan pilihan raya baru-baru ini. Sekaligus, rasa tidak puas hati itu serba-sedikit ada kesan secara tidak langsung dengan peranan SPR," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau masih banyak perkara yang membabitkan SPR yang dipertikaikan, tetapi tidak dapat disertakan sekali bersama petisyen.

"Seperti contoh, dakwaan berkaitan dakwat kekal, di mana kita mahu letakkan dalam petisyen? Begitu juga dengan hal 'care-taker government'. Saya fikir, jika perkara sedemikian boleh dimasukkan ke dalam petisyen, lebih banyak agaknya petisyen difailkan," kata beliau.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.


Anonymous said...
June 13, 2013 at 11:51 PM

Kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku nanti. Ia sukar diramal namun sekurang-kurangnya fail petisyen lebih baik dari buat kecoh:P


wawa said...
June 13, 2013 at 11:53 PM

Petisyen: 'Saya tunggu daripada SPR' - AG

SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menegaskan pihaknya sedia menerima petisyen bantahan keputusan PRU13 lalu.

Bagaimanapun katanya, beliau masih menunggu perkara tersebut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meneruskan prosiding seterusnya.


wawa said...
June 13, 2013 at 11:53 PM

“Saya tunggu daripada SPR berikan kepada saya. Kita sedia terima daripada mereka (SPR),” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengumumkan bahawa PR akan memfailkan petisyen melibatkan 25 kawasan Parlimen dan 10 kawasan Dun.

Katanya, satu petisyen berasingan akan difailkan berhubung kesalahan seorang calon BN yang didakwanya melanggar had perbelanjaan pilihan raya.

Katanya, daripada 25 petisyen itu, PKR akan memfailkan 19 kerusi, empat kerusi oleh Pas dan dua lagi oleh DAP.


wawa said...
June 13, 2013 at 11:54 PM

Antara Parlimen yang difailkan PKR ialah bagi kawasan Parlimen Merbok, Kulim- Bandar Baharu, Ketereh, Machang, Balik Pulau, Tapah, Bagan Datok, Sabak Bernam, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir Gudang, Kota Marudu, Beaufort, Pensiangan dan Baram.

Pas pula melibatkan kawasan Parlimen Sungai Besar, Kuala Selangor, Titiwangsa dan Pulai manakala DAP pula membabitkan kerusi Cameron Highlands dan Labis.

Selain kerusi Parlimen, sebanyak 10 kerusi melibatkan kawasan Dun di seluruh negara iaitu sembilan daripadanya ditandingi Pas manakala satu lagi oleh PKR.


wawa said...
June 13, 2013 at 11:54 PM

Mengulas lanjut, Ghani berkata, pihaknya masih belum menerima apa-apa berhubung petisyen berhubung bantahan keputusan pilihan raya.

“Setakat hari ini (semalam), saya masih belum terima apa-apa petisyen pilihan raya. Dalam Twitter, memang mereka (PR) ada beritahu yang mereka failkan petisyen,” katanya.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, sebelum ini dilaporkan memberitahu sebarang petisyen yang dikemukakan parti politik yang bertanding pada PRU13 perlu didengar dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh ia difailkan.

Arifin berkata, tempoh enam bulan itu adalah realistik, kerana menjangkakan terdapat petisyen yang akan dikemukakan dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:15 AM

Hanya mahkamah boleh memutuskan sama ada perlu diadakan pilihan raya semula bagi kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13 lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.Proses ini tidak hanya tamat di mahkamah tinggi kerana mereka juga boleh membuat rayuan di mahkamah persekutuan dan keputusan itu adalah muktamad.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:22 AM

Menurut Abdul Aziz, proses di mahkamah itu akan membuktikan sama ada SPR melanggar peraturan pilihan raya atau pembangkang sekadar membuat tuduhan untuk menjatuhkan kredibiliti badan berkenaan.Katanya, apabila mahkamah berkenaan memutuskan ada keputusan kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang tidak sah atau batal, dan pilihan raya perlu diadakan semula, maka SPR akan melaksanakannya.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:22 AM

Buat masa ini, SPR tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan supaya pilihan raya diadakan semula kerana desakan sesetengah pihak, katanya.Dalam pada itu, beliau berkata SPR belum dapat mengenal pasti jumlah petisyen yang difailkan oleh calon parti-parti politik berhubung proses dan keputusan pilihan raya umum lepas.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:22 AM

Sehingga kini tidak ada satu pun yang disampaikan kepada SPR walaupun dalam laporan media menyatakan bilangan tertentu.Menurutnya, mahkamah ada 15 hari untuk menyemak petisyen tersebut.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:23 AM

Selain itu juga, Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk memfailkan hanya 21 petisyen keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu berbanding 50 petisyen yang dirancang parti itu sebelum ini.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:23 AM

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk menjimatkan masa mahkamah, mengelakkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan setelah mempertimbangkan nasihat yang diberikan oleh petugas undang-undang.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:23 AM

Barisan Nasional juga tidak mahu membangkitkan isu-isu remeh semata-mata di mahkamah.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:23 AM

Oleh itu, 21 petisyen yang difailkan ini, mempunyai asas yang dipercayai adalah kukuh dan mempunyai merit yang wajar dipertimbangkan oleh mahkamah kelak.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:23 AM

isu memboikot angkat sumpah Ahli Parlimen itu hanyalah permainan wayang Anwar dan PKR semata-mata.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:23 AM

Keputusan Anwar dan pembangkang mencalonkan Datuk Abdul Kadir Sulaiman (bekas hakim) sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-13 sudah pasti menyebabkan 89 ahli Parlimen pembangkang hadir juga kerana mereka perlu mengundi calon mereka itu.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:24 AM

Malulah Anwar dan pembangkang jika mereka sendiri tidak hadir dan tidak mengundi ketika pemilihan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat!


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:24 AM

Blog MyKmu (www.mykmu.net) pula berkata, tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menolak cadangan Anwar untuk memboikot sidang Parlimen menandakan wujudnya ketidaksehaluan kalangan pemimpin parti itu.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:24 AM

Menunjukkan Azmin sudah mula tidak sebulu dengan Anwar sejak Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu kempunan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:24 AM

Sementara itu, isu memboikot majlis angkat sumpah dan sidang Parlimen pula tidak lebih sebagai salah satu taktik untuk mendapat publisiti murahan oleh Anwar dan para pemimpin PKR.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:24 AM

Nak diikutkan, ini bukan kali pertama Anwar buat gempak macam ini, sebelum ini pun dah banyak kali. Dari kerajaan BN nak runtuh 16 September 2008 hinggalah kepada pengundi hantu 40,000, ‘blackout’ dan sebagainya.


anak Jati said...
June 14, 2013 at 6:25 AM

“Sekarang ini, tak sempat Anwar nak gempak lama-lama, Azmin awal-awal dah tong sampahkan gimik terbaharu Anwar.


Anonymous said...
June 14, 2013 at 9:37 PM

Sebarang petisyen yang dikemukakan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu didengar dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh ia difailkan, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.


Anonymous said...
June 14, 2013 at 9:43 PM

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua hakim yang bakal mendengar permohonan semakan keputusan PRU13 bagi memastikan konsep keadilan dapat ditegakkan.


Anonymous said...
June 14, 2013 at 9:43 PM

“Perkara ini penting memandangkan ada cubaan (parti politik) untuk mengemukakan petisyen berikutan kurang berpuas hati dengan keputusan PRU13 lalu.


Anonymous said...
June 14, 2013 at 9:43 PM

“Jika petisyen itu dikemukakan atau difailkan, saya memohon kerjasama semua (hakim) untuk melaksanakan tanggungjawab (mendengar) dengan minda yang bebas... tanpa dipengaruhi oleh desakan pihak tertentu,” katanya.


Anonymous said...
June 14, 2013 at 9:45 PM

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Hakim-hakim Malaysia Kali Ke-47, di sini hari ini.


Jasa said...
June 14, 2013 at 9:46 PM

Arifin berkata tempoh enam bulan itu adalah realistik, kerana menjangkakan terdapat petisyen yang akan dikemukakan dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung. Seramai 101 Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman menghadiri persidangan tahunan itu.


Jasa said...
June 14, 2013 at 9:47 PM

Arifin turut menasihatkan hakim untuk tidak memberikan sebarang reaksi balas terhadap komen yang dibuat oleh pengguna internet yang tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman.


Jasa said...
June 14, 2013 at 9:48 PM

Katanya, setiap keputusan yang sudah dibuat itu adalah muktamad dan atas pertimbangan sewajarnya oleh hakim yang bertanggungjawab dalam mendengar dan mengadili kes berkenaan.


Jasa said...
June 14, 2013 at 9:48 PM

“Walaupun ada komen yang dibuat atau disebarkan dalam internet itu berunsur negatif dan berniat menjejaskan nama baik sistem kehakiman, kita (hakim) tidak perlu melayannya kerana ia dibuat oleh mereka yang tidak memahami fakta sebenar kes,” katanya.


Jasa said...
June 14, 2013 at 9:48 PM

Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua hakim supaya membuat keputusan penghakiman bersandarkan perbicaraan yang dijalankan dan keterangan yang dikemukakan demi menjaga kepentingan awam. “Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ada trend sebelum ini... ada hakim yang cuba memperluaskan skop hak asasi kemanusiaan dalam keputusan penghakiman mereka.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 8:47 AM

kali ini trlalu byk petisyen difailkan, kita tnggu keputusan petisyen tersebut


Jamaludin said...
June 15, 2013 at 10:00 AM

Petisyen kali ini sudah pecah rekod rasanya.


Shinia said...
June 15, 2013 at 10:01 AM

Mahkamah akan membuat penentuan terakhir.


Kelvin said...
June 15, 2013 at 10:02 AM

Adakah pembangkang berjaya atas tuntutannya?


Josh said...
June 15, 2013 at 10:03 AM

Komen-komen di internet cuma pandangan peribadi masing-masing.


Shanta said...
June 15, 2013 at 10:04 AM

Bukti yang kukuh harus diserahkan.


Kassim said...
June 15, 2013 at 2:24 PM

Bukan sahaja Johor malah seluruh negara.


Rondy said...
June 15, 2013 at 2:25 PM

Hakim harus menegakkan keadilan.


Birunda said...
June 15, 2013 at 2:27 PM

Tempoh petisyen 6 bulan adalah mencukupi rasanya. Sebab semua ini memerlukan kajian dan siasatan terperinci.


Ahmad said...
June 15, 2013 at 2:28 PM

Anwar harus membuat tuntutan melalui saluran yang betul, perhimpunan ini mungkin akan menyebabkan ketenteraman diancam.


Farin said...
June 15, 2013 at 2:29 PM

Kalau nak menang pun gunalah cara yang lebih amanah.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx