Friday, June 7, 2013

Anak Jackson cuba bunuh diri

Paris Jackson yang merupakan anak perempuan penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson, (gambar kecil) dikejarkan ke sebuah hospital di sini selepas dia cuba membunuh diri, kata ibunya, Debbie Rowe kelmarin.



Rowe semasa memberitahu program televisyen Entertainment Tonight berkata, Paris mengalami banyak tekanan sejak akhir-akhir ini.

Peguam Rowe, Perry Sanders Jr. kemudian memberitahu, keadaan Paris kini stabil selepas dia dibawa ke hospital.

Portal hiburan TMZ.com melaporkan, anak kedua Jackson bersama Rowe itu dipercayai cuba mengelar pergelangan tangan kanannya menggunakan pisau pemotong daging. Dia juga telah menulis nota bunuh diri.

Menurut portal itu, Paris dibawa ke hospital dari rumahnya di Calabasas, California dengan sebuah ambulans pada Rabu lalu sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, sumber keluarga Paris mendakwa remaja berusia 15 tahun itu mungkin marah ekoran dia tidak dibenarkan pergi menyaksikan konsert penyanyi rock lelaki, Marilyn Manson di sini semalam.

Manson terkenal dengan imej pelik serta popular menerusi lagu-lagu seperti Sweet Dreams dan Mobscene.

Satu lagi sumber memberitahu akhbar New York Daily News, Paris tertekan kerana dia terlibat memberi keterangan dalam kes mahkamah berhubung kematian ayahnya.

Dia dilaporkan pernah menghantar mesej ke laman Twitter pada Selasa lalu yang menyentuh tentang kesedihannya.

"Menjadi sensitif pada usia 15 tahun merupakan suatu yang amat sukar untuk ditempuhi. Ia lebih sukar apabila anda kehilangan individu yang paling rapat," kata neneknya, Katherine dalam satu kenyataan.

Jackson meninggal dunia ketika dia berusia 50 tahun akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah sewanya di sini pada Jun 2009.

Dia yang berkahwin dengan Rowe pada tahun 1996 hingga 1999 turut mempunyai seorang anak lelaki, Prince Michael Jackson I berusia 16 tahun.

Jackson juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Prince Michael Jackson II berusia 11 tahun yang dipercayai dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

Hak penjagaan ketiga-tiga anaknya kini diserahkan kepada Katherine dan sepupu penyanyi itu, TJ. - Agensi
xxx2

Komen Anda

3 Responses to " Anak Jackson cuba bunuh diri "
Anonymous said...
June 8, 2013 at 5:40 PM

pulak dah. duit byk, rupa cantik pun tak happy...


Anonymous said...
June 8, 2013 at 5:41 PM

Rupa parasnya pun ga ada langsung iras mikel jeksen....mungkin tekanan dari ejekan rakan? Yang mempertikaikan kesyahihan apa benar dia anak mikel jeksen?


arafat said...
June 10, 2013 at 5:13 PM

Hakikat mmbuktikn bhwa rohaninye HAUS kbenarn sedang gadis itu tak sedar khendak naluri. Tiada kpuasan hakiki pd jiwa yg mngkin mronta...lalu fikirn akn mmikir langkah yg silap itu. Itu le klebihn ISLAM sbenarnyer.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx