Monday, June 17, 2013

Kereta Terbenam 6 Meter, Penjual Nasi Dipercayai Tertimbus

Pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang menghempas jalan raya membentuk kawah berikutan runtuhan penebat Kilat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 5.20 petang ini.

Menurutnya, pekerja pembersihan menjumpai bahagian depan kereta itu dan enjin yang mempunyai nombor casis.

Sebelum ini, pihak polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berusia 44 yang dipercayai hilang pada hari kejadian keruntuhan rod penebat kilat menara UMNO, di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Difahamkan, lelaki itu juga menaiki kereta jenis yang sama pada masa kejadian.

Keluarga mangsa turut berada dilokasi kejadian menunggu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan sehingga kini.

Sinar Harian difahamkan, masa kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membawa anaknya pulang dari sebuah sekolah dekat situ.

Mangsa dipercayai tidak pulang dan dipercayai hilang selepas hari kejadian.-GB
xxx2

Komen Anda

2 Responses to " Kereta Terbenam 6 Meter, Penjual Nasi Dipercayai Tertimbus "
Anonymous said...
June 17, 2013 at 10:34 AM

woooiyo.. teruknya pulau pinang kini..ribut taufan, tanah runtuh, banjir kilat, rumah murah yg bertambah mahal,eksiden, kebakaran & macam2 bencana!

mengapa PAS pun dihalau jadi exco pulau pinang? Lim yg berbilion wangnya di bank asing kat singapore x membantu kah? Anwarinas spt Mat Sabu / Mahfus / Khalid yg menerima duit bulanan dari LGE gagal hebat membaca doakah?

mana tokong? mana gereja?? mana tuhan2(Allah) mereka?? haiiyaa, mopiko laila


Anonymous said...
June 17, 2013 at 11:40 AM

bodoh punya ANONYMOUS di atas.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx