Wednesday, June 19, 2013

Pakatan Rakyat Boleh Jatuhkan Najib?

Sama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan.

Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan. Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks.

Puak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang kagen dan kempunan hendak menjadi perdana menteri masih berusaha dengan cuba menafikan pilihan raya ke-13 tempoh hari. Anwar yang boleh dipuji beliau tidak pernah berputuas asa dan boleh mengubah segala janji dan ikrar politiknya. Sebelum ini dia bermadah akan bersara dalam politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang. Saya sudah menduga awal-awal kenyataan (janji) itu sebahagian sebagai gimik dan modal politiknya demi meraih simpati.

Maka dicarilah satu dalih atau alasan untuk mengatakan Pakatan Rakyat menang bagi membolehkan beliau terus berada dalam gelanggang politik. Maka angka 51% diambil untuk menghalalkan tindakan. Kononnya Pakatan Rakyat mendapat suara 51% undi popular berbanding dengan UBN yang mendapat 47%. Dengan figure-figure yang disihirkan itu maka halallah Anwar untuk memungkiri janji politiknya untuk bersara.

Apapun kita ucapkan selamat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Memang mereka tidak akan berpuas hati selagi Najib tidak jatuh dan di kalangan mereka (Anwar) yang akan dinobatkan sebagai perdana menteri. Orang yang mengatakan politik Pakatan Rakyat, baik Anwar, Lim Kit Siang dan lain-lain sebagai gilakan kuasa, orang itulah yang sebanarnya 'sinting' kerana seakan tidak mahu memahami politik itu yang mahukan kuasa. 'Budak'lah orang yang bermain politik tetapi tidak mahukan kuasa.

Ayuh teruskan Anwar dengan cara anda. Selagi rakyat masih mempercayai degan cara anda, silakan. Cuma ingat sedikit sudah ada bidalan, sepandai-pandai tupai melopat akhirnya ke tanah juga. Setinggi mana bangar terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Hidup ini asa lapan dimensi bukannya empat. Mungkin bidalan ini tidak tepat. Apa yang hendak diceritakan, rakyat mempercayai kita hari ini esok dan lusa, tetapi bukan selamanya. Makanya tektik dan strategi kena tukar.

Bagaimana pun di sini saya ada formul kecil bagaiman kalau hendak jatuhkan Najib sebagai perdana menteri tanpa menunggu pilihan raya umum ke-14. Formula ini saya tidak mengira UBN akan tumbang. Tetapi khasnya untuk Najib semata-mata. Formula ini agak janggal dan tidak masuk akal. Namun kerana politik itu kadang kala di luar norma rentas pemikiran manusia, maka formula ini boleh dikira masih waras dalam kancah politik dan ia boleh dicuba.

Untuk menggugurkan seseorang bukan semestinya menerusi pilihan raya umum. Pilihan raya adalah cara formal yang yang ketat dengan syarat-syaratnya.Tetapi mereka juga boleh digugurkan secara lain. Kalau semua orang berfikir untuk jatuhkan Najib menerusi pilihan raya, maka pilihan raya ke-14 masih jauh. Masih ada empat tahun 10 bulan lagi. Dalam masa itu Najib boleh mempersiapkan dan memperkemaskan dirinya. Najib boleh berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya. Belum tentu PRU-14 jalan mudah dan rapoh menjatuhkan Najib.

Makanya masa itu jangan dinanti. Ambil peluang dan cari jalan pintas.

Bagaimana caranya? Umum tahun perhimpunan agung Umno akhir tahun ini melibatkan pemilihan pemimpin disemua peringkat termasuk untuk jawatan presiden Umno. Mereka yang ingin melihat Najib jatuh boleh gunakan kesempatan ini. Anwar yang beriya mahukan Najib tumbang jangan berfikir selepas Najib adalah beliau. Anwar harus rasional dan berfikiran terbuka dalam soal ini. Dalam konteks ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berfikir untuk menumbangkan Najib. Ini agendanya.

Untuk ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berusaha agar ada orang melawan Najib dalam perhimpunan itu kelak. Untuk Anwar berbuat demikian mustahil kerana beliau berada di luar Umno. Satu-satu orang yang layak dan sesuai untuk berdepan dengan Najib ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Anwar dan Pakatan Rakyat boleh memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh untuk berdepan dengan Najib. Dalam erti kata lain Anwar dan Pakatan Rakyat harus bersekongkol dengan Tengku Razaleigh.

Mungkin ada yang mengatakan formula ini mustahil tidak masuk akal. Saya ingatkan mereka yang berfikir separuh dari fikiran politik saya abaikan formula ini dan berhenti bercakap mengenainya. Memang ianya mustahil dan Anwar tidak dapat berbuat apa-apa. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi untuk kemenangan Tengku Razaleigh. Saya sendiri memberi jaminan Tengku Razaleig boleh kalah. Hegemoni politik Najib dalam Umno sangatlah hebat.

Tetapi apa yang dikehendaki menerusi pertandingan ini ialah menghimpun berapa ramai orang-orang Umno khasnya yang menjadi ahli parlimen yang kecewa dengan kekalahan Tengku Razaleigh Hazmah ini. Apakah kesemua lebih 80 ahli parlimen Umno itu menyokong Najib Razak? Sudah pasti apabila ada pertandingan kedudukan ahli Umno akan berbelah bahagi. Mereka yang tidak senang dengan Najib akan mencari alternatif (pemimpin) baru. Mereka secara lumrahnya akan melepaskan wap marah kepada Najib dengan mengundi Tengku Razaleigh Hamzah.

Seperti mana dibimbangI Mahathir Mohamad kalau berlaku pertandingan dalam Umno perpecahan tidak dapat dielakkan. Akan ada hati-hati yang retak dan jiwa yang lara serta berdendam. Nah, perpecahan inilah yang diperlukan. Anwar dan Pakatan Rakat boleh mengambil kesempatan. Perbalahan di dalam Umno disebabkan perpecahan akibat perlawanan itu boleh dibawa ke parlimen. Di parlimen inilah proses untuk menjatuhkan Najib boleh dilakukan.

Sekiranya bilangan undi cukup undi tidak percaya boleh dikemukakan ke atas Najib. Tengku Razaleigh atau ahli parlimen yang kecewa dengan Najib boleh mengemukakan undi tidak percaya. Jika ini berlaku ahli parlimen Pakatan Rakyat akan ikut serta menyokong undi tidak percaya berkenaan. Kedudukan hari sekiranya terdapat 10 atau 15 ahli Parlimen Umno ia sudah mengoyangkan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.

Angka 10 itu akan ditambah dengan beberapa bilangan lain lagi yang akan mengenapkan menjadi 30 kesemuanya. Dengan jumlah itu maka akan jatuhlah Najib sebagai perdana menteri dan akan bertukarlah juga kerajaan. Ketika itu mungkin Pakatan Rakyat membentuk kerajaannya dengan memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri. Soalnya apakah Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain, PAS dan DAP sedia untuk melakukan 'kudeta' ini?

Untuk menjadikan formula ini sebagai realiti maka Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat lain hendaklah berkempen memberi semangat dan dorongan agar Tengku Razaleigh menentang Najib untuk jawatan presiden Umno. Berikan kekuatan dan keyakinan kepada ahli parlimen Gua Musang itu. Masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta.

Keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno lain. Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta. Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno.

Nota, apa yang dikemukakan ini hanya satu formula atau kaedah bagaimana untuk menjatuhkan Najib. Kaedah ini adalah peluang terbaik pada waktu ini. Peluang ini lebih baik daripada cara cuba mengheretkan rakyat agar memberi tentangan berterusan kepada kerajaan. Menjatuhkan Najib dalam partinya kemudian mengakat Tengku Razaleigh sebagai penggantinya lebih realistik daripada apa-apa tindakan provokatif yang dilakukan hari ini.

Oleh Mohd Sayuti Omar
xxx2

Komen Anda

78 Responses to " Pakatan Rakyat Boleh Jatuhkan Najib? "
buttercup said...
June 21, 2013 at 2:09 PM

Calon BN Parlimen Labuan, Rozman Isli berkata, kecemerlangan kepimpinan BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang angin perubahan menerusi slogan 'Tukar' yang cuba dilaksanakan pembangkang.


buttercup said...
June 21, 2013 at 2:09 PM

Katanya, pelbagai program transformasi yang dilakukan BN membuka mata orang ramai terhadap keupayaan dan kesungguhan kerajaan menambah baik kehidupan rakyat.


buttercup said...
June 21, 2013 at 2:10 PM

"Era Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka mata orang ramai terhadap kesungguhan BN merubah nasib rakyat dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju serta rakyat berpendapatan tinggi.

"Perubahan besar dalam era pentadbiran Perdana Menteri itu juga memberi kesedaran kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan, sekali gus melemahkan gelombang perubahan yang cuba dilakukan pembangkang," katanya.


buttercup said...
June 21, 2013 at 2:11 PM

Rozman berkata, agenda transformasi dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial mengukuhkan lagi kepercayaan orang ramai kepada BN.

Jelasnya, tidak ada sebab mengapa orang ramai menolak barisan kepimpinan BN yang terbukti berkerja keras membangunkan masyarakat dan membawa negara ke era lebih cemerlang.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 2:27 PM

Kerajaan akan meneruskan usaha membawa perubahan dan transformasi kerana rakyat sudah menunjukkan mereka mahukan
perubahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata perubahan dan transformasi itu boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 2:30 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip wasatiah (bersederhana) kerana ini dapat menjamin kebahagiaan, keselesaan dan kejayaan cemerlang negara.

Perdana Menteri menegaskan dengan kesejagatan dan kefahaman wasatiah yang tinggi dalam pentadbiran, negara akan terus maju dan dipandang tinggi.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 2:31 PM

“Prinsip ini sangat penting untuk diteruskan kerana itu sebenarnya Islam. Tiada Islam yang ekstrem…kalau amalkan keterlaluan kita sudah lari dari kefahaman Islam sebenar.

“Lakukan pentadbiran berdasarkan wasatiah sebagai amalan kalau inginkan kebahagiaan, keselesaan dan kejayaan kerana itulah jalan terbaik,” kata Najib


Anonymous said...
June 21, 2013 at 6:15 PM

::Ini kalilah::

STATISTIK SAHIH PRU13 | MENGAPA DATO SERI NAJIB RAZAK WAJIB LETAK JAWATAN PRESIDEN UMNO

Parlimen:

2008 = BN 140 vs PR 82
2013 = BN 133 vs PR 89 ( PR tambah 7 )

Dun:

2008 = BN 344 vs PR 161
2013 = BN 275 vs PR 230 ( PR tambah 71 )

Jumlah Undian keseluruhan Mengikut kiraan Undian di seluruh Malaysia:

PRU 12: BN 4.0 Juta - PR 3.7 Juta
PRU 13: BN 5.3 Juta - PR 5.6 Juta

Kerusi PR di DUN banyak bertambah. bermakna pretasi Dato Seri Najib Tun Razak lagi teruk dari Pak Lah. seru je Dato Seri Najib meletakan jawatan dan mengambil tanggungjawab atas kemerosotan prestasi BN pru13 ini. Selangor juga tdk dapat dirampas malah semakin banyak kerusi yg UMNO-BN hilang.

Beliau wajib LETAK JAWATAN SEGERA atau ahli UMNO buat revolusi semasa pemilihan UMNO nanti.

uncle patut bagi pencerahan tentang ini kepada orang2 UMNO. mereka lemah fikiran. Kalau Pak Lah boleh di hukum kerana keputusan pru12 kenapa Najib tidak di hukum dengan kegagalan beliau semasa pru13.

Beliau juga banyak isu2 yang membelit diri, terutamanya isu wanita mongolia yang mati kena bom c4 dan isu kapal selam....nak tulis memang banyak....

Sedarkan orang UMNO biar mereka menolak Najib. Selain Najib ramai lagi pemimpin UMNO yang bersih dan berwibawa.

Katakan TAK NAK untuk Najib!


Anonymous said...
June 21, 2013 at 6:17 PM

Satu idea yang baik lagi bernas. Inilah peluang lihat perubahan sama ada dalam UMNO maupun kerajaan. Ubahlah agar rakyat tidak menderita dengan kenaikan harga barangan seperti tambang bas,GST,ikan,daging, elektrik dsbnya.


Anonymous said...
June 24, 2013 at 8:29 PM

he..he mabuk jerebu ka?


Angan-angan Mat JENIN PAKATAN said...
October 11, 2013 at 3:47 PM

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub semalam bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menguasai tiga negeri baru - Johor, Sabah dan Sarawak serta bakal memenangi 30 daripada 82 kerusi Parlimen ketiga-tiga negeri itu satu kenyataan perang saraf politik yang melucukan.


Angan-angan Mat JENIN PAKATAN said...
October 11, 2013 at 3:47 PM

Katanya, kenyataan itu sama dengan cerita "dogeng angan-angan Mat Jenin."

"Ia kenyataan sekadar nak memberi harapan pada ahli-ahli Pas yang dalam kegelisahan dan panas punggung ekoran Pas jadi kuda tungangan DAP atau lebih sedap di sebut, menjadi barua DAP," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan.


Angan-angan Mat JENIN PAKATAN said...
October 11, 2013 at 3:48 PM

Ibrahim berkata, mengikut analisis laporan kajian yang dibuat oleh beliau sendiri, memang pengundi Cina ada masalah dengan Barisan Nasional (BN), tetapi sejak akhir-akhir ini ada perubahan di mana masyarakat dagang Cina mula kembali semula menyokong perikatan tersebut.


Angan-angan Mat JENIN PAKATAN said...
October 11, 2013 at 3:48 PM

"Masyarakat Cina mahu kestabilan dan keamanan untuk kelangsungan dunia perniagaan mereka.
"Kaum Cina di Selangor sudah mula jemu dengan berbagai karenah di Selangor kecuali yang mendapat sesuatu keistimewaan atas kepentingan majoriti rakyat," kata beliau.


Angan-angan Mat JENIN PAKATAN said...
October 11, 2013 at 3:49 PM

Ibrahim yang bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Pas berkata, memang di Sarawak, khususnya ada tiga atau empat kerusi yang ramai pengundi kaum Cina dan dua kawasan di Sabah dan satu tempat milik Datuk Seri Lajim Okin.


2013-10-11 15:49:42 said...
October 11, 2013 at 3:49 PM

"Ini pun BN tidak semestinya kalah dengan banyak perubahan berlaku. Di Semenanjung, pengundi Melayu (termasuk orang Umno) yang mengundi pembangkang pada PRU12, telah kembali menyokong Umno.


2013-10-11 15:50:00 said...
October 11, 2013 at 3:50 PM

"Ini kerana kesan PRU12, Islam, Melayu, Raja dihina, digugat dan dicabar akibat Melayu dan Bumiputera berpecah, maka keinsafan akan membawa kepada majoriti umat Melayu Islam atau Bumiputera akan kembali menyokong BN demi kepentingan Nasional iaitu keamanan serta kelangsungan menuju negara maju 2020," katanya lagi.


Angan-angan Mat JENIN PAKATAN said...
October 11, 2013 at 3:50 PM

Ibrahim berkata, dalam PR, perbedaan antara DAP dan Pas, terutama penolakan Negara Islam dan hudud yang jelas mengguris hati umat Islam memyebabkan Pas akan dihukum oleh umat Melayu Islam atas sebab politik retorik sepanjang zaman dan gagal membela Islam dari terus dipijak dan dihina.


Angan-angan Mat JENIN PAKATAN said...
October 11, 2013 at 3:51 PM

"Maka Pas bakal kalah teruk dari 22 kerusi, paling kuat tinggal lapan hingga 10 kerusi seperti sebelum PRU12.


Angan-angan Mat JENIN PAKATAN said...
October 11, 2013 at 3:51 PM

"Begitu juga PKR kerana politik (Datuk Seri) Anwar Ibrhaim sudah benar-benar membosankan rakyat," kata beliau.

Beliau yakin bahawa dengan izin ALLAH dan kesedaran rakyat BN akan kembali mendapat dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat dan negeri pembangkang akan tumbang kepada BN.


Anwar memberikan rakyat cerita dongeng said...
October 11, 2013 at 3:56 PM

Wahhhh, angan2 para pemimpin Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya makin menggila. Si CINA DAP dahmula angan2 nak adakan konvensyen PR di Putrajaya. kah kah kah. Mat Jenin beragan2 atas pokok kelapa ... GEDEBUK!! Jatuh patah tengkok ... kojolllll. Bukan ke PR nak JUAL Putrajaya tu, kata membazir, nak jual apa lagi kalau memerintah? Petronas Tower? Highway? Yaaaa memang betul, kalau Pakatan Rakyat memerintah, bukan itu sahaja yang mereka jual malah NEGARA KITA AKAN DI JUAL!


Anwar memberikan rakyat cerita dongeng said...
October 11, 2013 at 3:58 PM

Jadi bak kata Hj Hadi, sebelum korang nak pasang angan2 untuk memerintah negara tercinta ni, korang tunjukkan lah dulu kepimpinan yang baik. Bukan cam sekarang, kepimpinan yang macam BERUK! Ceramah korang penuh dengan maki hamun dan menghina serta mengaibkan org, inikah pemimpin yang rakyat mahu?


Anwar memberikan rakyat cerita dongeng said...
October 11, 2013 at 3:58 PM

Percakapan korang penuh dengan penipuan dan fitnah, inikah korang ingat rakyat mahu? Korang berpolitik sepanjang masa bila korang buat kerja untuk rakyat? inikah yang rakyat mahu? Korang suka membuat kacau bilau, demo sana sini menyusahkan orang ramai, inikah yang rakyat mahu?


Anwar memberikan rakyat cerita dongeng said...
October 11, 2013 at 3:59 PM


Sudah2 lah pasang angan2 nak memimpin negara, betulkan sikap tu, profesional sikit. Ini macam BERUK! Dalam dewan negeri menjerit2, melompat2 cam MONYET, dalam Parlimen pun melompat2 macam MONYET,


Anwar memberikan rakyat cerita dongeng said...
October 11, 2013 at 4:00 PM

memang PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TARAK KELAS!!! Macam badut sekadar menghiburkan org ramai. Kita memang suka tgk bende2 ni, tergelak2, tu sebab hit video perangai BERUK mereka di youtube tinggi. Dah memang kita suka lihat gelagat MONYET, tapi korang lupa bila kami tengok bende2 tu, kami ketawa dan dalam fikiran kami satu persoalan je ... INI KAH PEMIMPIN YANG KAMI MAHU UNTUK MEMIMPIN NEGARA? Sendiri mau ingat.


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:05 PM

HARI ini penulis lihat berterabur papan tanda di sekitar Selangor dan Putrajaya yang menyebut tentang ‘tawaran-tawaran’ Pakatan Rakyat kalau puak ini berjaya menjadi kerajaan. Tapi anehnya, bukan gambar Anwar Ibrahim yang menjadi gambar utama, sebaliknya gambar Nik Aziz.


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:06 PM

Sedangkan yang ‘tawar’ dan jaja merata cerita tu semua ialah Anwar Ibrahim tapi kenapa bila buat playwood Billboard, gambar Nik Aziz pulak yang dibesarkan?


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:06 PM

Nik Aziz sendiri kena kencing dengan Anwar pasal royalti minyak 20% Kelantan tak dimasukkan dalam manifesto, tapi bab nak yakinkan rakyat, buh gambar dia.


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:07 PM

Risik-risik, rupanya baru dapat tau, Pakatan tak confident kalau bubuh gambar Anwar sebab Anwar dan penipuan macam irama dan lagu, kalau dipisahkan pincanglah irama. Maka itulah tidak ada confident untuk bubuh gambar Anwar sebelah ‘tawaran’ manifesto.


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:08 PM

Ini puak dia sendiri yang tak confident nih, bukan UMNO pun.

Hakikatnya, semua orang tahu Anwar penipu, dah banyak kes yang membuktikan Anwar ini penipu besar. 28 juta rakyat Malaysia ini pun Anwar pernah tipu tau bila dakwa sudah bersedia untuk jadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:08 PM

Bukan sikit anak 28 juta tu, tapi itupun Anwar pernah tipu.

Kalau nak kata penulis tipu, bawah ini ada banyak klip-klip video yang memaparkan penipuan terang-terangan Anwar Ibrahim. Semua ini bukti dan fakta kenapa rakyat perlu jauhkan Anwar dari kerusi Perdana Menteri.


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:09 PM

Penulis nak sebut disini, semua pembohongan ini rakyat tak lupa punya. Budak-budak Anwar yang kencing bercabang tu mungkin lupalah tapi rakyat tidak lupa.


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:10 PM

Kalau dia boleh tipu kita semua 16 September, apa dia tak boleh tipu kita kalau diberi peluang dia jadi Perdana Menteri? Tengok sajalah Selangor dimana Anwar jadi Penasihat Ekonomi. Berapa dia janji 2008, berapa dia tunaikan? Gebang busuk macam itu bolehlah, tapi rakyat perlu tunjuk kita bukan bodoh dan mudah ditipu.


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:10 PM

Penulis nak tanya rakyat Selangor juga, Anwar dan Khalid cakap besar pasal rizab RM 2 billion, apa hasil dari rizab banyak itu yang kena pada rakyat sekarang, apa hasil?

Yilek..

At least kerajaan persekutuan kutip beratus billion cukai pendapatan, hasilnya dipulangkan semula kepada rakyat yang layak dalam bentuk BR1M, rizab Selangor ni apa hasil nampak?


2013-10-11 16:11:00 said...
October 11, 2013 at 4:11 PM

Oleh yang demikian, berhentilah mempercayai Anwar, minyak turun ka apa ka, semua itu auta. BN sudah turun 9 kali harga minyak sejak 2008, Anwar nak cerita apa pasal minyak turun? Kita buat dulu lama sebelum dia.

Setakat turun beberapa bulan, lepas itu naikkan semula, jadah apanya. Kalau itu berlaku, dimana rakyat nak mengadu masa itu? Dia jadi Perdana Menteri dah, nak tunggu 5 tahun lagi ka?


Anwar memperjuangkan hak rakyat dengan MENIPU said...
October 11, 2013 at 4:11 PM

Lupakanlah, bila mandat itu berakhir, apa yang tinggal di negara ini pun kita tidak tau lagi.

Ingat ini, Anwar ‘tawar’ hanya untuk dapat undi. Dia ada kepentingan lain yang lebih mendesak kalau dapat jadi Perdana Menteri dan apa pun kepentingan itu, langsung takdak kena mengena dengan rakyat. Itu kepentingan dia dan dia semata-mata.


Anu said...
October 11, 2013 at 4:12 PM

Anwar adalah manusia paling penipu di Malaysia.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:13 PM

Benarlah bagai dikatakan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukannya satu perjanjian. Maksudnya ia sekadar tawaran sebagai umpan politik kepartian yang tidak wajib ditunaikan sebaliknya hanya untuk dimungkiri kemudian di capati.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:14 PM

Sebab itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya pada awal Mac 2013 lalu, tak ramai yang teruja kerana tahu itu hanya sandiwara untuk mengabui mata rakyat menjelang pilihan raya sahaja.


Tapi ada segelintir penyokong PR yang kembang dada kerana merasakan terowong itu jika menjadi realiti akan dapat dilalui tanpa bayaran tol. Maka berkokoklah mereka memuji kehebatan buatan Setiausaha Agung DAP. said...
October 11, 2013 at 4:15 PM

Tapi ada segelintir penyokong PR yang kembang dada kerana merasakan terowong itu jika menjadi realiti akan dapat dilalui tanpa bayaran tol. Maka berkokoklah mereka memuji kehebatan buatan Setiausaha Agung DAP.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:15 PM

Tapi khalayak ramai tidak mudah lupa sekitar bulan November 2011 dulu, Ketua Menteri yang sama jugalah telah menyatakan kos pembinaan terowong bawah laut itu kelak akan diperoleh semula modalnya melalui kutipan tol.

Siapa yang perlu membayarnya? Tentu sahaja penggunanya.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:16 PM

Semasa Guan Eng berbangga membuat pengumuman tersebut semestinya Setiausaha Agung itu pun sudah lupa kenyataan lamanya yang sudah berusia lebih dua tahun. Itu kebiasaan orang politik yang gila publisiti dan banyak bercakap bila saja menjelang pilihan raya tapi bab kerja buat amat kurang.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:17 PM

Menariknya baru sahaja 25 Februari 2013 yang lalu PR yang melancarkan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang antara lain kandungannya ialah menghapuskan kutipan tol konon demi kesejahteraan hidup rakyat. Tika itu juga gah berkokok sakan segelintir penyokong PR meraikannya.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:17 PM

Hakikatnya, PR sendiri hanya pandai menabur janji, bila berhasrat nak membina terowong angan-angan kutipan tol tetap juga wujud. Semasa sesetengah pemimpin PR yang lain sibuk mempromosikan janji manis untuk menghapuskan kutipan tol, DAP pula terus berkeras untuk membina terowong dasar laut yang bertol.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:18 PM

Akhirnya jadilah manifesto bukan perjanjian seperti mana diungkapkan oleh pemimpin PR dari Selangor.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:18 PM

Patutlah semasa sesi dialog antara Guan Eng dengan rakyat berhubung projek mega berharga RM6.3 bilion itu baru-baru ini, dapat dilihat reaksi negatif di kalangan peserta yang tampak meragui kesungguhan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk merealisasikannya.


Manifesto Anwar hanya layak berada dalam duburnya. said...
October 11, 2013 at 4:19 PM

Rakyat tidak teruja dengan projek itu kerana ia tidak hanya satu pembaziran wang rakyat tatkala Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah hampir nak siap, tapi ia juga bukti nyata yang pemimpin PR memang juara membohongi rakyat.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:20 PM

Belum sampai seminggu Adun Pakatan Rakyat bagi DUN Bandar, Azan Ismail telah menipu rakyat dengan mengatakan Barisan Nasional menaikkan tarif eletrik selepas memenangi pilihanraya yang ke 13 Ahad lalu.

Amat malang bagi rakyat yang mengundi beliau Ahad lepas kerana disogokkan dengan penipuan tersebut. Dan amat malang lagi kerana hadiah pertama beliau kepada kita semua adalah antara perkara yang dikutuk agama beliau sendiri, iaitu – berdusta.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:21 PM

Azan Ismail berkata:

Kenaikan tarif elektrik hadiah pertama BN kepada rakyat
KUALA LUMPUR 8 MEI: Kenaikan tarif elektrik merupakan hadiah terbesar BN kepada rakyat setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.

Beliau mengulas kenaikan caj tambahan sebanyak satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna dengan jumlah bil RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

Pengumuman kenaikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek, sehari sebelum PRU berlangsung Ahad lalu. (SEDA tidak mengumumkan. Mereka menerangkan)

“Ini hadiah pertama BN kepada rakyat setelah menang pilihan raya. Selepas ini akan ada banyak lagi hadiah besar,” kata Azan ketika dihubungi.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini kerana BN mahu mengutip semula wang yang telah dilaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya lalu.

“Sebelum pilihan raya, pelbagai gula-gula termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia diberi. Sekarang masa untuk balas dendam dan mereka tak sabar-sabar nak kutip semula wang tersebut daripada rakyat,” kata Azan.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu juga tidak menolak kemungkinan tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana syarikat-syarikat kroni sudah melabur sebelum pilihan raya.

“Saya dapat banyak maklumat bahawa BN dapat pelaburan dari banyak syarikat sebelum pilihan raya. Setelah menang, syarikat terlibat tekan BN untuk mendapatkan pulangan,” jelas Azan.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:22 PM

Walhal, perkara sebenarnya adalah seperti berikut:

Caj tambahan elektrik bagi bil RM77 ke atas
Caj tambahan satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Bhd hanya dikenakan kepada 25 peratus pengguna domestik sebagai sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:23 PM

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek berkata, caj tambahan satu peratus itu hanya akan dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:23 PM

“Sehingga awal tahun ini, Seda telah mengutip RM321.46 juta untuk tujuan membiayai projek-projek tenaga boleh diperbaharui.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:24 PM

“Seda juga telah membayar RM18.7 juta bagi menampung projek yang sedang berjalan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, kelmarin.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:24 PM

Menurutnya, secara keseluruhan, Seda akan membelanjakan RM4 bilion untuk membiayai kos projek-projek tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara termasuk Sabah yang akan dilaksanakan suku pertama tahun depan.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:25 PM

“Tenaga boleh diperbaharui penting bagi menukar sumber tenaga negara daripada bahan api fosil yang telah dikenal pasti penyumbang besar kepada pemanasan global dunia kepada solar fotovoltik, biomass, biogas dan hidro kecil,” katanya.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:25 PM

Badriyah berkata, penjelasan berhubung caj tambahan itu perlu dilakukan selepas isu itu hangat diperkatakan di laman sosial.

Menurutnya, pengguna yang terlibat dengan caj tambahan itu turut berpeluang menyertai Program Rumah Solar Atas Bumbung yang dilancarkan Seda sejak September tahun lalu.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:26 PM

“Sehingga kini kami telah meluluskan 1,000 permohonan daripada pengguna sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Perak untuk program itu,” katanya.

Apakah yang Azan Ismail dapat dari penipuan ini?


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:26 PM

Rakyat akan tidak semena-mena marah kepada kerajaan persekutuan dan inilah yang beliau harapkan. Malahan inilah yang Pakatan Rakyat harapkan. Apabila mereka tidak mempunyai kekuatan dalaman yang boleh diketengahkan kepada pihak orang ramai, mereka hanya boleh harapkan taktik kotor seperti ini untuk mendapat undi.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:27 PM

Oleh kerana Azan Ismail merupakan seorang beragama Islam yang tidak takut kepada neraka, beliau tidak akan meminta maaf kepada orang ramai walaupun beliau terbukti salah. Walaupun terbukti bahawa kerajaan tidak menaikkan tarif elektrik sebagai ‘hadiah’ selepas pilihanraya, Azan Ismail tidak akan mengaku salah.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:28 PM

Adakah ini yang diharapkan oleh rakyat?

Adakah ini kualiti seorang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat?

Walaubagaimanapun, kita berharap Azan Ismail akan lebih pandai dan up-to-date dalam ilmu pengetahuan semasa. Belakang parang kalau diasah, lagikan tajam. Inikan pula pemimpin dari Pakatan Rakyat.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:28 PM

Keadilan Daily mungkin menerima risiko di saman SEDA atau TNB. Tetapi ini disebabkan oleh kebodohan mereka sendiri yang tidak tahu menyiasat terlebh dahulu berita mereka sendiri. Etika kewartawanan tidak wujud di dalam akhbar mereka.


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:29 PM

Kita tunggu perkembangan seterusnya.

Di dalam isu yang lain, Tenaga Nasional Berhad terpaksa membuat pengumuman khas di dalam laman Facebook mereka kerana terdapat banyak tohmahan dari pihak DAP mengatakan bahawa bekalan elektrik terputus di beberapa pusat perkiraan undi.

Pelanggan yang dihormati,

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memberi maklum balas kepada beberapa dakwaan di dalam sosial media mengenai gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 13.

Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berjalan.

Justeru, kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan ini.

Bagaimana pun jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai gangguan bekalan yang berlaku, sila nyatakan tempat dan masa kejadian supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

Terima kasih menggunakan perkhidmatan TNB CareLine


Pemimpin PAKATAN RAKYAT DIPILIH JIKA PANDAI MENIPU! said...
October 11, 2013 at 4:29 PM

Amatlah mengecewakan apabila Pakatan Rakyat tidak mampu lagi untuk menjadi pihak pembangkang yang berwibawa dan berintegriti. Apabila penipuan dan fitnah menjadi amalan mereka, mana mungkin rakyat dapat perkhidmatan yang tulus dan terbaik dari Pakatan Rakyat.


Penipu dikalangan pemimping PAKATAN RAKYAT AMAT RAMAI! said...
October 11, 2013 at 4:40 PM

Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang diketuai oleh Mazlan Xmen, AJK Pas Pusat, disifatkan sebagai penipu kerana giat mengedarkan borang kononnya untuk membolehkan pihak tertentu memperolehi tanah milik Felda Plantation apabila pembangkang berkuasa kelak.


Penipu dikalangan pemimping PAKATAN RAKYAT AMAT RAMAI! said...
October 11, 2013 at 4:48 PM

Penipuan itu jelas tidak berasas kerana Felda Plantation hakikatnya tidak mempunyai tanah walau seekar sekali pun. Tanah yang dimaksudkan adalah milik Felda secara keseluruhan dan Felda Plantation hanyalah syarikat yang dilantik bagi menguruskan ladang di atas tanah tersebut.


Penipu dikalangan pemimping PAKATAN RAKYAT AMAT RAMAI! said...
October 11, 2013 at 4:49 PM

Perkara pertama yang mereka sebut iaitu tanah itu milik Felda Plantation pun sudah tidak betul. Memang mereka ini penipu besar kerana syarikat itu tiada tanah walau seekar.


Penipu dikalangan pemimping PAKATAN RAKYAT AMAT RAMAI! said...
October 11, 2013 at 4:49 PM

Jikalau Felda Plantation dibubar sekali pun, tanah itu tetap milik Felda. Jika diberi kepada 1.6 juta anak peneroka Felda yang ada sekarang, mereka cuma akan terima kira-kira seekar, 0.4 hektar seorang.


Penipu dikalangan pemimping PAKATAN RAKYAT AMAT RAMAI! said...
October 11, 2013 at 4:50 PM

Tidak sekadar mengedarkan borang kepada anak-anak peneroka, Anak turut menyerahkan borang tersebut kepada kakitangan dan pegawai Felda berpendapatan rendah serta bekas tentera.


Penipu dikalangan pemimping PAKATAN RAKYAT AMAT RAMAI! said...
October 11, 2013 at 4:50 PM

Lebih menyulitkan, 100,000 hektar daripada 340,000 hektar tanah dimaksudkan itu berada di Sabah.
Ada betul ke orang Semenanjung diberikan tanah di Sabah..??


Penipu dikalangan pemimping PAKATAN RAKYAT AMAT RAMAI! said...
October 11, 2013 at 4:51 PM

Tambahan pula ia tidak termaktub dalam Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960) yang membolehkannya dijual atau digadai. Disebabkan semua faktor itu, kerajaan tidak bercadang untuk mengagih-agihkan tanah tersebut kepada peneroka kerana faedahnya terlalu sedikit untuk dinikmati.

Bukankah lebih baik hasilnya dikumpul oleh kerajaan dan diserahkan kembali kepada peneroka seperti yang dilakukan sekarang...??


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:26 PM

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said impacts from the Economic Transformation Programme (ETP) were increasingly visible.


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:26 PM

The confidence of the business sector and investors in the Malaysian economy is rising higher


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:26 PM

This we can see from the performance of Bursa Malaysia which had touched the highest closing level on Jan 7 which was 1,572.21 points


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:27 PM

he said the automotive industry volume was forecast to hit a new high of 623,000 units this year, a 4.1 per cent increase compared with last year.


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:39 PM

These positive signs are very encouraging and the government will continue to strive until the goal of turning Malaysia into a high-income country is achieved


Anonymous said...
November 4, 2013 at 3:39 PM

The ETP is a comprehensive effort that will transform Malaysia into a high-income nation by 2020.


Anonymous said...
November 4, 2013 at 4:56 PM

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala who is also the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) chief executive officer, said confidence was a key for success of any economic transformation.


Anonymous said...
November 4, 2013 at 4:56 PM

For Malaysia, he said, it was felt as market capitalisation rose about 30 per cent to about RM152 billion for the past five months.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx