Friday, June 7, 2013

Demo Jika SPR Tak Letak Jawatan

Gabungan Suara Rakyat 505 hari ini memberi amaran kepada kerajaan bahawa pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi jalanan secara aman selagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak meletakkan jawatan.

Gabungan itu turut mengkritik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan SPR di bawah kuasa parlimen yang disifatkan tidak menyeluruh malah diibaratkan seperti melepaskan batuk di tangga.

Ia berikutan SPR masih gagal melaksanakan sepenuhnya tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, kata Pengerusi Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim.

Katanya, SPR juga dilihat seperti memuji diri sendiri setelah melaksanakan sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan PSC, sedangkan proses PRU-13 terbukti tidak profesional dan penuh muslihat.

“Selagi tuntutan itu tidak dilakukan, gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus melakukan demonstrasi jalanan secara aman sebagai bantahan terhadap kegagalan mewujudkan sebuah badan pilihan raya yang bebas.

“Rakyat beri peluang kepada SPR untuk jelaskan perkara ini tetapi kepimpinan SPR sangat mengecewakan kerana mereka tolak mentah-mentah segala dakwaan penipuan PRU yang dimaksudkan walaupun perkara itu belum diputuskan di mahkamah.

“Keyakinan orang ramai terhadap SPR kini berada di tahap paling rendah. Kita semua mesti mengecam sebarang langkah penyusunan semula SPR yang tidak menyeluruh mengikut cara sepatutnya,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, pagi tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).

Dalam pada itu, beliau bersama pimpinan NGO lain berjanji akan memberi sokongan penuh terhadap Perhimpunan 505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok dengan menggerakkan seluruh jentera semasa himpunan itu nanti.

“Kami akan bersama-sama menunjukkan semangat solidariti rakyat untuk terus menuntut perletakan jawatan SPR.

“Kami tidak akan mengingkari janji yang telah dibuat dan beralih menyalahkan pihak lain pula. Kami tidak akan lupa, tidak akan berputus asa dan menyerah kalah,” katanya lagi.
xxx2

Komen Anda

121 Responses to " Demo Jika SPR Tak Letak Jawatan "
Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:33 PM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan gesaan pembangkang agar pengerusi SPR dan dirinya meletakkan jawatan, kononnya pilihan raya kali ini tidak telus, adalah seperti tidak menghormati perlembagaan negara dan juga Yang di-Pertuan Agong.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:34 PM

Beliau berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan dilantik melalui perbincangan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, justeru tugas SPR tidak seharusnya diperlekeh.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:34 PM

"Mereka tidak menghormati perlembagaan dan Agong, sewenang-wenang menyuruh pengerusi dan timbalan pengerusi meletak jawatan... pembangkang nak lantik siapa? Nak lantik orang dia?... inilah fikiran orang sempit, fikiran selapis orang panggil.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:36 PM

"SPR tidak telus dari kaca mata mereka, kita telah lakukan yang terbaik tetapi tetap dituduh tidak telus... kalau tidak telus dan kalau SPR ini berpihak pada Barisan Nasional, takkanlah mereka menang 89 kerusi, menang begitu mudah di Selangor dan Pulau Pinang?," katanya.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:36 PM

Katanya beliau percaya mereka itu mempunyai agenda lain sama ada berbentuk peribadi atau mahu memporak-perandakan negara dengan menghasut rakyat dan generasi muda selain memupuk budaya kebencian.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:37 PM

Semenara itu, ketika bercakap kepada Bernama selepas diwawancara dalam program Hello Malaysia oleh Bernama TV, malam tadi, Wan Omar berkata kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditangguhkan sejak dua tahun lepas, akan dimulakan tidak lama lagi secara berperingkat-peringkat.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:38 PM

Katanya, mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula boleh dilakukan setelah tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:41 PM

"Persempadanan semula terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan persempadanan semula sepatutnya dibuat pada 2011 tetapi kita tangguhkan hingga pilihan raya umum ke-13 selesai.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:45 PM

"Persempadanan perlu dilakukan kerana perlembagaan menetapkan setiap lapan tahun, sekurang-kurangnya.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:45 PM

SPR perlu membuat kajian semula kawasan sempadan pilihan raya... justeru kita akan lakukan secara 'slow-slow' sebelum menyerahkannya kepada Parlimen untuk tindakan lanjut," katanya.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:46 PM

Beliau berkata persempadanan semula itu amat penting kerana dalam tempoh 10 tahun ini negara mengalami banyak perubahan termasuk berlakunya penghijrahan rakyat dari bandar ke bandar.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:46 PM

"Sebagai contoh ketika kita buat persempadanan pilihan raya pada 2003, kawasan Kota Damansara tidak semaju seperti sekarang.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:46 PM

Mutiara Damansara tiada dan malah kini banyak kawasan setinggan telah dirobohkan dan rumah pangsa dinaikkan, jadi sudah tentu pengundinya berubah," katanya.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:47 PM

Hormatilah perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 1:50 PM

Terima sajalah keputusan PRU-13 kerana itu juga pilihan rakyat.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 6:20 PM

SPR KENA RAMBAK HABIS BARU BETUL


Anonymous said...
June 8, 2013 at 6:21 PM

SPR POYO TAK ORANG MAU PERCAYA APA DIA CAKAP MERAPU BETUL


ishak said...
June 8, 2013 at 6:31 PM

Kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diletakkan di bawah sebuah jawatankuasa khas parlimen seperti yang dilakukan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), cadang Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).



ishak said...
June 8, 2013 at 6:32 PM

Pengerusi PPPR Datuk Johan Jaaffar berkata SPRM dalam bentuk sekarang tidak dapat melepaskan diri daripada isu persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kebebasan, integriti dan kemampuannya.

“Sudah sampai masanya kerajaan mengambil kira semua pandangan, kecaman dan tuduhan yang dilemparkan pelbagai pihak mengenai nama baik dan imej SPRM sebelum, sewaktu dan sesudah Pilihan Raya Umum Ke-13.



ishak said...
June 8, 2013 at 6:33 PM

“Sebahagian besar pandangan, kecaman dan tuduhan terhadap SPRM ini tidak berasas dan berniat jahat, tetapi PPPR berpendapat SPRM akan terus berdepandengan soal persepsi ini selagi SPRM berada dalam kedudukannya sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


ishak said...
June 8, 2013 at 6:34 PM

Pada 1 Jun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untukmemindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada jawatankuasa khas yang diwakilianggota parlimen daripada semua parti politik kerajaan atau pembangkang.



ishak said...
June 8, 2013 at 6:34 PM

Johan berkata SPRM merupakan entiti yang diwujudkan berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, bukan hanya sebuah jabatan kerajaan yang harus tunduk pada kuasa pentadbiran atau eksekutif seperti pandangan rakyat umum.

Sehubungan itu, beliau berkata PPPR menggesa kerajaan mengambil lima langkah segera ke arah merealisasikan cadangan berkenaan.



ishak said...
June 8, 2013 at 6:35 PM

1. menubuhkan satu panel bebas dan dwipartisan dianggotai semua parti politik bagi mengkaji akta dan peruntukan bagi membolehkan SPRM diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen;


ishak said...
June 8, 2013 at 6:36 PM

2. menyediakan garis masa bagi merealisasikan cadangan itu;


ishak said...
June 8, 2013 at 6:37 PM

3. suruhanjaya dibentuk kelak perlu ditukar nama dengan memasukkan perkataan ‘bebas’ menjadi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Malaysia (SBPRM) mengambil model banyak agensi rasuah di luar negara. Perkataan ‘Bebas’ membawa makna yang kuat dan sesuai dengan imej baru SPRM.


ishak said...
June 8, 2013 at 6:37 PM

4. memastikan terma baharu pesuruhjaya SPRM sesuai dengan kedudukan baharunya.


ishak said...
June 8, 2013 at 6:38 PM

5. pelantikan pesuruhjaya SPRM dibuat menggunakan model ‘Congressional Hearing’ di Amerika Syarikat iaitu calon presiden bagi satu-satu jawatan strategik harus melalui proses ‘Confirmation Hearing’. Hanya individu melepasi tahap itu sahaja dipertimbangkan ke jawatan tersebut.



ishak said...
June 8, 2013 at 6:38 PM

Panel ini berpendapat cadangan ini perlu dilaksanakan serta-merta. Panel juga berpendapat dalam memerangi rasuah, SPRM bukan sahaja harus ‘bersih’ tetapi‘kelihatan bersih’,” katanya.


kingmax max said...
June 8, 2013 at 11:43 PM

demonstrasi hakikatnya tidak membawa apa-apa kebaikan tetapi sebaliknya hanya memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil kesempatan bagi mencetuskan kekecohan


kingmax max said...
June 8, 2013 at 11:44 PM

Berdemonstrasi bukan cara menyelesaikan masalah malah, amalan itu akan mendidik rakyat mengadakan demonstrasi setiap kali berasa tidak puas hati.


kingmax max said...
June 8, 2013 at 11:45 PM

Negara yang rakyatnya kerap mengadakan demonstrasi, tidak kira apa tujuan, lebih banyak membawa keburukan


kingmax max said...
June 8, 2013 at 11:46 PM

Memandangkan Kuala Lumpur merupakan bandaraya yang dipenuhi dengan pelbagai sektor perniagaan yang mewah dan pelbagai. Maka kebanyakan diantara komuniti yang menjalankan perniagaan di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur menentang penganjuran perhimpunan jalanan


walter said...
June 9, 2013 at 12:03 AM

Pihak pakatan pembangkang akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat termasuk menafikan ketelusan dan kebertanggungjawaban pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dengan mengatakan pidak SPR tidak telus dan berat sebelah, sedangkan PRU12 yang lalu, terbukti mereka bukan sahaja menang lima buah negeri malah berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat.


walter said...
June 9, 2013 at 12:03 AM

Pengerusi Belia 4B Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin berkata, kenyataan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini bahawa pakatan pembangkang mampu menang 105 kerusi pada PRU13 kelak walaupun pihak SPR tidak telus dan berat sebelah, membuktikan mereka sendiri sekarang ini sudah gusar dan tidak yakin dengan kemampuan mereka, sehingga terpaksa memburukkan SPR demi untuk menghasut rakyat.


walter said...
June 9, 2013 at 12:03 AM

”Belia 4B melihat, kecenderungan rakyat terhadap menyokong sesuatu parti ketika ini bergantung kepada kawasan pedalaman dan kawasan bandar. Kawasan luar bandar kurang terpengaruh isu semasa tetapi lebih melihat kepada kerja dan khidmat calon yang ditampilkan parti masing-masing. Apa yang dapat dilihat jelas sekarang, wakil rakyat atau jentera BN memang bekerja kuat dalam memenangi hati rakyat berbanding pihak pakatan pembangkang sendiri.


walter said...
June 9, 2013 at 12:04 AM

Dalam masa yang sama, isu-isu terkini sekarang pun banyak menyebelahi kepada BN. Transformasi Kerajaan, transformasi politik yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pasukannya juga telah berjalan dan rakyat mula merasai faedahnya,” ujarnya mengulas kenyataan Rafizi Ramli bau-baru ini yang yakin pakatan pembangkang akan menang 105 kerusi walaupun SPR berat sebelah dan tidak telus.


walter said...
June 9, 2013 at 12:04 AM

Dalam masa yang sama, maklum balas ahli 4B seluruh negara turut menunjukkan peningkatan sokongan orang muda kepada BN. ”Saya yakin jika isu dan cara kerja BN yang berkhidmat kepada rakyat di teruskan, BN akan mendapat lebih mandat rakyat dan akan menang lebih banyak kerusi dari sekarang.


walter said...
June 9, 2013 at 12:04 AM

Kalau SPR ini, pembangkang memang sengaja cakap begitu untuk menghasut rakyat. Mereka sudah tahu akan sokongan rakyat kembali kepada BN, jadi mereka sengaja mengeluarkan keraguan penyokong mereka kepada badan-badan seperti ini (SPR), dengan tujuan menghasut, membina kemarahan penyokong mereka apabila mereka kalah pada PRU13 kelak.


walter said...
June 9, 2013 at 12:05 AM

Saya menyeru semua rakyat terutamanya golongan belia supaya jangan terpengaruh atau percaya dengan mereka yang telah terbukti menipu rakyat dari dulu lagi, dengan fitnah-fitnah jahat mereka dan janji-janji PRU yang sehingga kini masih tidak ditepati,” ,” tambahnya.


walter said...
June 9, 2013 at 12:06 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Sesiapa pun akan tersinis dengan gelagat Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Di sebalik riuh rendah huru-hara yang dilakukannya, rupa-rupanya terselit juga ‘kebaikan’ Anwar Ibrahim yang kurang dipedulikan oleh massa, terutama sekali para penentangnya.


walter said...
June 9, 2013 at 12:07 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Anwar memekak tentang Black-Out sehinggakan Himpunan Black-Out 505 dibuat di beberapa buah negeri dan dihadiri ramai anak-anak Cina yang sebahagian besarnya diupah oleh DAP. Anwar memekak tentang penipuan oleh SPR. Anwar bising-bising tentang 40 ribu Bangla yang telah diupah oleh Barisan Nasional untuk jadi pengundi hantu.


walter said...
June 9, 2013 at 12:07 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Kesemua itu, kata Anwar, ada bukti padanya. Katanya lagi, bukti-bukti tersebut amat kukuh dan tidak boleh disangkal sama sekali oleh SPR apatah lagi UMNO dan Barisan Nasional. 27 petisyen pilihanraya akan dibuat oleh PKR yang diketuai oleh Rafizi Ramli.


walter said...
June 9, 2013 at 12:07 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Bahkan Anwar Ibrahim mengancam akan menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar Amerika Syarikat menyerang mereka dengan segala jenis senjata sepertimana Amerika Syarikat menegakkan demokrasi di Iraq.


walter said...
June 9, 2013 at 12:08 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Namun akhirnya, Anwar Ibrahim sekadar membuat laporan polis berhubung dakwat kekal yang menurutnya tidak kekal. Saksi-saksi yang dibawa adalah dirinya sendiri dan isterinya yang taat tetapi berwajah muram kebelakangan ini serta jarang pula muncul di khalayak ramai. Anwar memberitahu, dakwat kekal yang dicalitkan pada jarinya jam 9:30 pagi telah hilang pada jam 5:30 petang pada hari yang sama apabila dia membasuh tangannya dengan air paip biasa.


walter said...
June 9, 2013 at 12:08 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Sama ada laporan polis itu dibuat tentang BAHAYA AIR DI PERMATANG PAUH kerana terlalu berasid sehingga berjaya menghakis dan menyiat-nyiat kulit pada jarinya, atau Anwar Ibrahim sebenarnya sekadar ingin memenuhi tuntutan daripada golongan yang menentangnya agar membuat laporan polis terhadap kesemua dakwaannya, hanya dia yang lebih tahu.


walter said...
June 9, 2013 at 12:08 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Bagaimanapun, sesuatu yang amat menarik untuk diperhatikan ialah bagaimana Anwar Ibrahim langsung tidak membawa segala bukti terutama sekali yang membabitkan 40 ribu orang Bangla dalam laporan polis atau kepada SPR untuk membuktikan yang SPR telah menipu.


walter said...
June 9, 2013 at 12:09 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Kalaulah bukti-bukti yang katanya cukup kukuh sehinggakan tidak boleh disangkal itu, dikemukakan, sudah tentulah seluruh rakyat Malaysia, khususnya yang ada di atas pagar dapat membuat penilaian serta menyokongnya dengan sepenuh hati.


walter said...
June 9, 2013 at 12:09 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Manakala golongan yang kuat menentang serta memperolok-olokkannya akan terdiam sambil menggigit jari masing-masing. Malangnya, bukti-bukti yang dikatakannya itu sudah setaraf dengan JAM TANGAN OMEGA yang telah hilang sehingga sekarang!


walter said...
June 9, 2013 at 12:09 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Mengapa agaknya Anwar Ibrahim tidak mengemukakan bukti-bukti itu sampai sekarang? Apakah alasannya konon dia tidak mempercayai sistem keadilan serta institusi seperti PDRM, membuatkan dia tidak berani menampilkan bukti-bukti berkenaan, sebaliknya dia mahu menyerahkan bukti-bukti itu kepada Barrack Obama agar Presiden Amerika Syarikat itu akan mengarahkan bala tenteranya menyerang Malaysia?


walter said...
June 9, 2013 at 12:10 AM

Jawapan kepada semua persoalan dibawah, ANWAR DAN KONCO2NYA BAIK HATI dan TIDAK SAMPAI HATI untuk menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak dengan segala bukti yang ada padanya…

Lebih dahsyat lagi ialah apabila para penyokong Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menyokong apa-apa sahaja yang dikatakannya tetapi apabila Anwar Ibrahim tidak menampilkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya, mereka pula yang mengada-ngadakan bukti.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:19 AM

Opposition leaders are always trying to brainwash the people's mind into performing demo.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:20 AM

No wonder there are opposition leaders being barred from entering the state.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 7:54 AM

Alahai spr semua alasan yg d buat kebudak-budakan mula2 kata dakwat kekal boleh bertahan seminggu bila dah kantoi kata dakwat hilang pun yak juga boleh undi habis beli dakwat tu buat main2 saja kah dakwat tu harga RM1 kah


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:42 PM

Seluruh rakyat perlu menumpukan perhatian dan bersama dengan kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi untuk membangunkan negara dalam usaha mencapai ke arah negara maju pada Tahun 2020.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:54 PM

Masa untuk kita berpolitik sudah tamat apabila habisnya pilihan raya , semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat sendiri, dan kita perlu bersatu dan bergerak dalam satu kumpulan bagi melicinkan perancangan yang dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat.Tidak perlu kita membangkitkan rasa kebencian di kalangan rakyat terhadap keputusan pilihan raya kerana ianya adalah suatu tindakan serta perbuatan yang tidak berfaedah yang akhirnya merugikan rakyat dan negera.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:54 PM

Apakah kita ingin membiarkan diri kita terpengaruh dengan apa yang berlaku di luar sana hanya untuk memenuhi cita-cita peribadi seseorang sehingga sanggup melihat negara ini hancur selepas kita bina dengan baiknya sejak merdeka dahulu, katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dengan tindakan pembangkang yang masih lagi tidak dapat menerima keputusan pilihan raya dan cuba meniupkan semangat kebencian di kalangan rakyat terhadap kerajaan yang dipilih.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:54 PM

Emeryanti yang juga Ketua Puteri UMNO Melaka menyifatkan apa yang dilakukan pembangkang itu menunjukkan mereka sebenarnya tidak mempunyai jati diri kepada negara dan lebih mengutamakan kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku terhadap tindakan mereka itu.Kesedaran perlu ada di kalangan rakyat terutamanya generasi muda, mereka seharusnya tidak terpengaruh dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang sememangnya tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:54 PM

Sebagai generasi muda yang menjadi pelapis untuk kepimpinan sedia ada, mereka seharusnya bersedia untuk bersama-sama untuk membangun dan memajukan negara ini, bukan untuk memusnahkannya, katanya.Menurutnya, generasi pelapis perlu menyedari untuk memusnahkan sesuatu yang dibina adalah mudah, untuk membina sesuatu kemusnahan adalah bukannya boleh dibina dengan sekelip mata dan apakah itu yang kita mahu.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:55 PM

Beliau menasihatkan generasi muda supaya tidak harus leka dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai generasi pelapis dan untuk itu mereka perlu membabitkan diri untuk bersama-sama memajukan negara supaya apa yang dinikmati akan terus berkekalan.Sejak keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diwartakan pada 23 Mei lalu, mana-mana pihak mempunyai tempoh selama 21 hari untuk mengemukakan sebarang petisyen mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta 5.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:55 PM

Selepas PRU, pembangkang juga telah menjelajah dari satu negeri ke satu negeri mengadakan perhimpunan haram 505 bagi membantah keputusan PRU-13 yang kononnya tidak telus namun sehingga kini tempoh yang ada masih berbaki 13 hari tetapi masih tiada satu pun patisyen yang telah dikemukakan sebagai bantahan kepada keputusan PRU-13.Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakyat tertunggu-tunggu bilakah pembangkang yang begitu lantang bersuara untuk menfailkan petisyen tersebut.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:55 PM

Kita masih terus tunggu. Masih ada tempoh untuk mereka failkan sebarang bantahan itu pun jika ada.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:55 PM

Tapi kita sedar dan tahu pembangkang ini selalunya sekadar cakap dari segi bantahan. Setakat ini tidak ada yang jelas. Mereka telah pusing banyak negeri mengatakan ada penipuan, ada pengundi hantu… jadi buktikanlah… jangan sekadar cakap.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:55 PM

Kalau ada pengundi bangla 40 ribu mana dia… kita nak tahu senarai pengundi itu dimana… dimana mereka mengundi yang sudah termasuk dalam daftar pemilih, jika benar maka mereka kena buktikan. Kalau tidak benar, kita akan saman mereka. Katanya, tuduhan terbabit adalah satu penipuan sehingga membolehkan mereka berjaya untuk meraih undi daripada rakyat di peringkat akar umbi.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:55 PM

Jangan hanya cakap, jangan hanya menggunakan media sosial atau portal yang ada untuk menabur fitnah sehingga rakyat terikat, terpikat. Mereka lakukan pembohongan kononnya ada berpuluh ribu pengundi bangla yang kita (BN) sudah daftarkan jadi pemilih jadi buktikanlah di mahkamah.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:56 PM

Anwar dalam ucapannya cakap macam-macam… itulah inilah… kita nak tahu mana dia pengundi-pengundi bangla ini. Sampai hari ini pun tidak jerih kah membangkitkan satu isu yang tiada buktinya?


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:56 PM

Ujar beliau lagi, UMNO juga akan melihat kalau ada pengundi-pengundi yang sebenarnya tidak etika ketika melaksanakan tugas sebagai pengundi dalam PRU lalu. Contohnya yang berada di Singapura, asal dari Pulau Pinang atau Melaka, bekerja dan menetap di Singapura tetapi mengundi di Johor, kita akan lihat perkara ini dan akan teliti kalau-kalau kita juga akan buat bantahan, ujarnya.


sara sabah said...
June 9, 2013 at 6:56 PM

Beliau mendesak agar pembangkang menggunakan tempoh 21 hari ini dengan sebaik mungkin bagi membuktikan memang terdapat penipuan seperti yang dicanang mereka. Jangan pula sibuk siang malam berhimpun sehingga terlupa akan undang-undang dan prosedur yang sepatutnya dilakukan selepas itu menyalah kan siapa? salahkan la pihak sendiri.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:01 AM

Kenapa SPR sering dieprtikaikan?


Mina said...
June 10, 2013 at 9:02 AM

Pengundi hantu ini bukan perkara baru lagi. SPR masih gagal memastikan PRU yang bersih dan amanah.


Mark said...
June 10, 2013 at 9:03 AM

Demo mungkin bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu pengundian.


Elesha said...
June 10, 2013 at 9:04 AM

Bantahan telah dibuat tetapi apakah keputusan yang akan dikesan?


Don said...
June 10, 2013 at 9:05 AM

Suara rakyat adalah suara muktamad, tiada pihak yang dibenarkan untuk manipulasikan keputusabn tersebut.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:19 AM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain meletak jawatan.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:20 AM

Menurutnya, SPR berjaya mencapai objektif mengadakan pilihan raya dan rungutan yang dibangkitkan berkenaan pilihan raya lalu kebanyakannya bersifat teknikal sahaja.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:20 AM

"Kita dah buat pilihan raya yang capai objektif untuk semua pengundi pilih rakyat dan kerajaan.

"Semua rakyat boleh mengundi kecuali yang disekat oleh parti politik sebab muka mereka macam orang Bangladesh," katanya.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:21 AM

SPR tidak boleh lagi menangguhkan persempadanan semula kawasan pilihan raya seperti dituntut peserta himpunan Blackout 505.

Langkah itu katanya sepatutnya dibuat selama lapan tahun sekali berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:22 AM

Namun, ia telah ditangguhkan selama dua tahun kerana pilihan raya umum sebelum ini, katanya lagi.

"Pejabat Peguam Negara juga menasihati kami agar tidak menangguhkannya lagi kerana bilangan pengundi semakin bertambah dan kita tidak boleh hanya menutup mata," jelasnya.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 9:23 AM

Beliau menjangkakan terdapat banyak bantahan dari pihak BN dan Pakatan akan dikemukakan kerana senarai persempadanan semula itu akan dikemukakan kepada orang ramai sebanyak dua kali.

Justeru, SPR katanya khuatir akan kemungkinan tidak mampu menyelesaikan proses persempadanan semula itu dalam masa dua tahun.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 10:13 AM

suara rakyat adalah muktamad, rakyat tahu berfikir, bukan jadi pak turut, rakyat bersuara, apa lg mau dipertikaikan???


Yusri said...
June 10, 2013 at 2:40 PM

Jangan Demo, ini tidak memanfaatkan sesiapa sebenarnya.


Shinia said...
June 10, 2013 at 2:43 PM

Demokrasi semakin lemah di negara ini.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 5:05 PM

SPR - Suruhnjaya Penipu Rakyat.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 11:34 AM

inilah puak2 pakatan ni, sikit2 demo.. suka sgt ganggu keharmonian negara.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:17 PM

Kami ingin berpesan kepada Anwar, kamu boleh membuat berpuluh-puluh demo setiap minggu untuk mengkabui mata Lim Kit Siang dan DAP kononnya kamu bersama DAP. Kamu boleh menunjukkan kepada penyokong-penyokong kamu, kepada penyokong DAP dan sedikit penyokong PAS yang terpengaruh, dengan menunjukkan kamu bagaikan Hero di tengah himpunan kamu. Namun, saya ingin ulangi, kamu tidak boleh menipu semua orang pada semua masa!


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:17 PM

Kepada Anwar, kamu boleh membuat tawaran, kamu boleh bertawaran juga kepada masa dan keadaan, kamu boleh meminta masa dipanjangkan lagi, kamu juga boleh menidakkan semua kawan-kawan kamu dengan sekelip mata, demi survival politik Nurul Izzah dan dua tiga pengikutmu yang sangat kamu percayai, namun kamu Anwar harus ingat, cara kamu Mengkhianati DAP selicik mana pun, jika esok kamu kedapatan dan ketahuan, seluruh keturunan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, bukan saja akan menghina kamu, tetapi juga seluruh umat Islam dan bangsa Melayu turut terpalit. Yang saya paling bimbang, kubur kamu pun akan mereka kencing dek kemarahan yang teramat sangat.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:17 PM

nampaknya beberapa pemimpin besar PAS seakan sudah dapat mencium percaturan politik kamu dan masa depan politik Nurul Izzah dan keturunan kamu yang akan datang.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:18 PM

Nampaknya, cara PAS menolak menyertai demo-demo kamu seakan mereka sudah dapat mencium bau busuk dalam percaturan politik kamu pasca PRU13 ini


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:18 PM

Anwar kamu jangan bertanya bagaimana saya tahu percaturan kamu. Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik dan penulisan politik, kamu boleh tutup pandangan dan minda kamu. Tetapi kepada saya, kamu harus berhati-hati.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:18 PM

Semalam satu suntikan semangat yang luar biasa telah diberikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak kepada 2 golongan orang muda di Malaysia ini. Pertama ialah mereka-mereka yang diberi nama Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya di Konvesyen Media Sosial 1 Malaysia dan satu lagi dalam sesi tertutup Amanat Presiden kepada Kepimpinan Bahagian Pemuda UMNO dan Puteri UMNO seluruh negara yang mana julung kali ianya di adakan.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:19 PM

Amanat dan Petua Presiden yang telah beliau sampaikan kepada Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya yang mana di dalam Ucapan dan Amanat beliau YAB PM berpesan kepada pejuang-pejuang Alam Maya Barisan Nasional yang baru ini bahawa kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf kepentingan mereka-mereka yang berjuang bersama BN didalam Alam Maya dalam menangkis, menepis dan membela serta memberi penjelasan kepada rakyat khususnya golongan muda yang lebih gemar melayari alam maya untuk maklumat daripada membaca di akhbar-akhbar atau menonton di siaran berita di kaca tv.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:19 PM

YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi pengiktirafan dan gelaran baru kepada pelaku-pelaku alam maya sama ada bloggers, facebookers, twitterers dan apa saja didalam Alam Maya ini yang menyokong Kerajaan Barisan Nasional dan mendokong aspirasi Gagasan 1Malaysia sebagai Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:19 PM

Dalam amanat beliau YAB berpesan 2 petua yang pejuang baru BN harus peka terhadap cara dan dokongan yang dipegang oleh pihak pembangkang yang mana ianya telah berjaya memberi impak yang cukup hebat pada PRU ke 12 terhadap kerajaan BN.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:19 PM

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa segala Program Transformasi Kerajaandan Model Baru Politik yang digariskan oleh YAB Presiden tidak mungkin berlaku tanpa wujudnya tasawwur atau sarwajagat baru ini. Ini adalah satu peralihan perspektif yang menuntut kita menjadi lebih berani, matang dan berkeyakinan dalam menyambut cabaran dunia baru.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:20 PM

Sama seperti peralihan generasi dalam arena politik, penterjemahan tasawwur baru dalam lapangan ekonomi juga harusberasaskan prinsip yang lebih progresif.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:26 PM

Kami ingin berpesan kepada Anwar, kamu boleh membuat berpuluh-puluh demo setiap minggu untuk mengkabui mata Lim Kit Siang dan DAP kononnya kamu bersama DAP. Kamu boleh menunjukkan kepada penyokong-penyokong kamu, kepada penyokong DAP dan sedikit penyokong PAS yang terpengaruh, dengan menunjukkan kamu bagaikan Hero di tengah himpunan kamu. Namun, saya ingin ulangi, kamu tidak boleh menipu semua orang pada semua masa!


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:26 PM

Kepada Anwar, kamu boleh membuat tawaran, kamu boleh bertawaran juga kepada masa dan keadaan, kamu boleh meminta masa dipanjangkan lagi, kamu juga boleh menidakkan semua kawan-kawan kamu dengan sekelip mata, demi survival politik Nurul Izzah dan dua tiga pengikutmu yang sangat kamu percayai, namun kamu Anwar harus ingat, cara kamu Mengkhianati DAP selicik mana pun, jika esok kamu kedapatan dan ketahuan, seluruh keturunan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, bukan saja akan menghina kamu, tetapi juga seluruh umat Islam dan bangsa Melayu turut terpalit. Yang saya paling bimbang, kubur kamu pun akan mereka kencing dek kemarahan yang teramat sangat.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:27 PM

nampaknya beberapa pemimpin besar PAS seakan sudah dapat mencium percaturan politik kamu dan masa depan politik Nurul Izzah dan keturunan kamu yang akan datang.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:27 PM

Nampaknya, cara PAS menolak menyertai demo-demo kamu seakan mereka sudah dapat mencium bau busuk dalam percaturan politik kamu pasca PRU13 ini


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:27 PM

Anwar kamu jangan bertanya bagaimana saya tahu percaturan kamu. Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik dan penulisan politik, kamu boleh tutup pandangan dan minda kamu. Tetapi kepada saya, kamu harus berhati-hati.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:27 PM

Semalam satu suntikan semangat yang luar biasa telah diberikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak kepada 2 golongan orang muda di Malaysia ini. Pertama ialah mereka-mereka yang diberi nama Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya di Konvesyen Media Sosial 1 Malaysia dan satu lagi dalam sesi tertutup Amanat Presiden kepada Kepimpinan Bahagian Pemuda UMNO dan Puteri UMNO seluruh negara yang mana julung kali ianya di adakan.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:28 PM

Amanat dan Petua Presiden yang telah beliau sampaikan kepada Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya yang mana di dalam Ucapan dan Amanat beliau YAB PM berpesan kepada pejuang-pejuang Alam Maya Barisan Nasional yang baru ini bahawa kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf kepentingan mereka-mereka yang berjuang bersama BN didalam Alam Maya dalam menangkis, menepis dan membela serta memberi penjelasan kepada rakyat khususnya golongan muda yang lebih gemar melayari alam maya untuk maklumat daripada membaca di akhbar-akhbar atau menonton di siaran berita di kaca tv.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:28 PM

YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi pengiktirafan dan gelaran baru kepada pelaku-pelaku alam maya sama ada bloggers, facebookers, twitterers dan apa saja didalam Alam Maya ini yang menyokong Kerajaan Barisan Nasional dan mendokong aspirasi Gagasan 1Malaysia sebagai Pejuang Baru Barisan Nasional di Alam Maya.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:28 PM

Dalam amanat beliau YAB berpesan 2 petua yang pejuang baru BN harus peka terhadap cara dan dokongan yang dipegang oleh pihak pembangkang yang mana ianya telah berjaya memberi impak yang cukup hebat pada PRU ke 12 terhadap kerajaan BN.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:28 PM

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa segala Program Transformasi Kerajaandan Model Baru Politik yang digariskan oleh YAB Presiden tidak mungkin berlaku tanpa wujudnya tasawwur atau sarwajagat baru ini. Ini adalah satu peralihan perspektif yang menuntut kita menjadi lebih berani, matang dan berkeyakinan dalam menyambut cabaran dunia baru.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:28 PM

Sama seperti peralihan generasi dalam arena politik, penterjemahan tasawwur baru dalam lapangan ekonomi juga harusberasaskan prinsip yang lebih progresif.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:12 AM

Rasanya kita tidak ada hak untuk mengarahkan SPR letak jawatan.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:14 AM

SPR dilantik oleh Agong dan bukannya dipilih suka-suka.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:15 AM

Jadi kita harus percaya dengan apa yang SPR lakukan adalah berdasarkan daripada ketelusan dan keikhlasan mereka diamanahkan kepada mereka.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:15 AM

Jangan kita menuduh sesuka hati tanpa memikirkan kebenarannya juga.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:18 AM

Jika benar tidak puas hati, SPR telah membuka petisyen untuk mengemukakan ketidak puasan hati mengenai keputusan PRU13.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:19 AM

SPR telah buat yang terbaik. Jadi sedarlah yang mereka suka mengkritik.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:19 AM

memang mereka tidak akan puas hati kerana keputusan kemenangan tidak berpihak kepada mereka.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:20 AM

Tapi cuba itu memihak kepada mereka pasti mereka akan sokong dengan apa yang SPR lakukan.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:20 AM

Itulah lumrah sikap orang ini. Jadi kita tidak hairan dengan kata-kata mereka yang kalah ini.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:22 AM

Maka kita seharusnya melakukan dengan cara yang betul dan bukannya melakukan perhimpunan yang hanya akan menjejaskan keamanan negara ini. Hanya mereka yang lemah dan kurang pandai saja yang akan melakukan perhimpunan menentang sesuatu perkara. Tidak kira dari pihak mana pun.


Hidup Di Sabah said...
June 13, 2013 at 11:25 AM

Percayalah dengan SPR. Kenapa BN boleh terima kekalahan dengan pemimpin-pemimpin kuat mereka. Kenapa PR tidak boleh?


Anonymous said...
June 13, 2013 at 4:57 PM

Tak melayu hilang di dunia...tak mau nanti dgn UMNO2 dgn melayu2 trhapus di Tanah Mealyu nanti akibat kealpaan melayu dn umngok.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:51 AM

investors interest would also be spurred by the progress in the infrastructure and real estate sectors, such as the billion ringgit Mass Rapid Transit (MRT) project, the RM4.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:51 AM

These investments are directly and indirectly linked to the fund was increased by RM2 billion to RM3 billion and the application period extended for another three years until Dec 31, 2015.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:51 AM

Malaysia’s vision in promoting a green economy also saw the launch of the MyHijau Label, a certification for green products, by the Energy, Green Technology and Water Ministry.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:52 AM

The implementation of the Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) Programme has increased the market share of five-star energy-efficient products such as refrigerators and air-conditioners to 40 per cent.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx