Monday, June 24, 2013

TPPA: Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

Oleh Mohammad Agus Yusoff
xxx2

Komen Anda

60 Responses to " TPPA: Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai "
Almiah said...
June 25, 2013 at 11:46 AM

Harap dengan adanya TPPA ini akan memberikan berita yang baik kepada negara kita.


Asmin said...
June 25, 2013 at 11:52 AM

International trade is an important contributor to Malaysia's economic growth and development. Malaysia's trade policy is to pursue efforts towards creating a more liberalised and fair global trading environment. While Malaysia continues to accord high priority to the rule-based multilateral trading system under the World Trade Organisation (WTO), Malaysia is also pursuing regional and bilateral trading arrangements to complement the multilateral approach to trade liberalisation.


Embaran said...
June 25, 2013 at 11:52 AM

Currently, Malaysia has already implemented six (6) bilateral FTAs with Japan, Pakistan, India, New Zealand, Chile and Australia. Together with ASEAN, apart from ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA), Malaysia has implemented five (5) regional FTAs with Korea, China, Japan, India, and Australia-New Zealand. Malaysia’s trade with these FTA partners comprises 62 per cent of Malaysia’s global trade in 2012.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:52 AM

Kerajaan berpendapat TPP adalah initiatif penting kerana Malaysia perlu meluaskan peluang akses pasaran, meningkatkan daya saing kita, membina keyakinan pelabur ke dalam negara sekali gus menarik pelaburan asing dan membina kapasiti melalui FTA.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:53 AM

Konsultasi dengan pelbagai kumpulan berkepentingan mendedahkan keperluan semakin meningkat di kalangan syarikat tempatan untuk menyertai pasaran terbuka lebih besar dan mewujudkan peraturan dagangan yang lebih baik.


Unclek said...
June 25, 2013 at 11:53 AM

The Government views the TPP as an important initiative as Malaysia seeks to expand market access opportunities, enhance our competitive advantage, builds investor confidence in the country which draws foreign investments and build capacity through FTAs.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:53 AM

Barangan Malaysia sudah mencapai standard dunia dan mampu untuk bersaing di peringkat global. Syarikat Malaysia juga semakin banyak menjadi pelabur global dan mereka memerlukan satu tahap ketelusan dan jangkaan, yang hanya boleh dijamin secara berkesan melalui ikatan perjanjian seperti FTA.


Unclek said...
June 25, 2013 at 11:53 AM

Consultations with various stakeholders have revealed an increasing need by our own companies for more open markets and trade facilitative measures. Malaysian products have met world standards and are able to compete at the global level. Malaysian companies are also increasingly becoming global investors and they require a level of transparency and predictability that can only be guaranteed effectively through binding agreements like FTAs.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:54 AM

Pada masa sama wujud minat syarikat asing di kalangan negara bukan ahli TPP yang semakin giat melihat Malaysia sebagai pangkalan operasi mereka dan turut menikmati faedah yang akan diperolehi melalui TPP.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:54 AM

Sebagai tambahan, ada juga syarikat eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dan Kanada yang semakin berminat untuk melihat rundingan TPP ini dimuktamadkan, terutama sejak Malaysia menyertai senarai negara yang menikmati faedah Sistem Umum Keutamaan (General System of Preference (GSP)).


Unclek said...
June 25, 2013 at 11:54 AM

There is also interest from foreign companies in non-TPP countries that are increasingly exploring Malaysia as a base of their operations to enjoy the benefits of the TPP. In addition, there are Malaysian companies that export to the US and Canada who are increasingly interested to see the negotiations concluded, especially since the graduation of Malaysia from the list of countries that enjoy from the General System of Preferences (GSP).


Benson said...
June 25, 2013 at 11:54 AM

TPP juga akan membenarkan Malaysia untuk terus menjadi bahagian penting daripada integrasi ekonomi yang sedang berlaku di rantau Asia Pasifik, dan pada masa yang sama membolehkan ia terbabit secara lebih konkrit dengan rakan dagang seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru, iaitu negara yang masih belum mempunyai sebarang rangka kerja tersusun, seperti perjanjian dagang, dengan Malaysia. Sebagai ahli TPP, Malaysia juga boleh menyertai hubungan penting dalam rangkaian bekalan di seluruh negara serantau.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:55 AM

Dalam jangka panjang, TPP akan memberi faedah terutama dalam harga barangan lebih murah dan pengeluaran lebih berkesan, dengan mengambil kelebihan persaingan dan skala ekonomi yang diwujudkan.


Unclek said...
June 25, 2013 at 11:55 AM

The TPP will also allow Malaysia to continue to be an integral part of the deepening economic integration taking place within the Asia Pacific region, but also enable Malaysia to engage in a more concrete way important trading partners such as the US, Canada, Mexico and Peru, with which we currently do not have any structured.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:55 AM

Kejayaan memuktamadkan TPP akan membentuk pasaran luar biasa membabitkan 793 juta penduduk, dengan gabungan GDP berjumlah AS$27.5 trilion. Nilai ini jauh melepasi pasaran Malaysia yang memiliki hanya 29.5 juta penduduk dan GDP AS$300 bilion. Dengan TPP, kita menetap sasaran membuka peluang pasaran baru dan persekitaran lebih baik untuk rakyat Malaysia bertindak lebih agresif dan merebut peluang di pasaran antarabangsa.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:55 AM

Dengan pelaksanaan FTA dengan Australia baru-baru ini, sejak perjanjian itu berkuatkuasa, Malaysia kini menikmati akses bebas cukai ke dalam pasaran Australia. Ini adalah faedah amat besar bukan saja bagi syarikat Malaysia yang sudah mengeksport, bahkan membuka peluang kepada syarikat kita yang lain untuk melakukan perkara sama.


Unclek said...
June 25, 2013 at 11:55 AM

In the long run, the TPP will bring benefits of lower cost of goods and more efficient production by taking advantage of the competition and economies of scale. The successful conclusion of the TPP will form an unprecedented market of 793 million people, with a combined GDP of USD27.5 trillion. This far surpasses the limited domestic market of 29.5 million people and a GDP of USD 300 billion in Malaysia. With the TPP, we aim to open up new market opportunities and horizons for Malaysians to go on the offensive and take advantage of the international market place.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:56 AM

Melalui TPP, peluang pasaran tiada had, melampaui jumlah penduduk kita, pada masa yang sama ia turut menyediakan peluang pelaburan peringkat global dan serantau.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:56 AM

Walaupun maklum dengan semua faedah ini, Kerajaan akan tetap memastikan kos yang ditanggung tidak akan membebankan faedah yang diterima. Dalam rundingan ini, Kerajaan akan terus melindungi kepentingan Malaysia dengan tegas.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:56 AM

Kita tidak akan mengorbankan hak Kerajaan, sebaliknya akan terus mencarta laluan kita sendiri dalam mencapai kemajuan ekonomi, penstrukturan semula sosio-ekonomi dan status negara membangun.


Unclek said...
June 25, 2013 at 11:57 AM

In the recently implemented FTA with Australia, Malaysia now enjoys duty free access into the Australian market from the day the FTA entered into force. This is a huge benefit for Malaysian companies that are already exporting but also provides opportunity for Malaysian companies that have yet to do so.


Adie said...
June 25, 2013 at 11:57 AM

The TPP will provide such an opportunity to a seamless market with preferential access, far beyond our population and also provide investment opportunities globally and also regionally.


Adie said...
June 25, 2013 at 11:57 AM

While acknowledging these benefits, the Government will ensure that the cost to the Government will not outweigh the benefits. The Government will continue to strongly protect Malaysia’s interest in this important negotiation. We will not sacrifice the right of the Government to continue to chart our own course in pursuit of economic growth, socio-economic restructuring and developed nation status.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:57 AM

Kerajaan akan terus berpegang kepada cadangan positif dalam rundingan yang sedang dijalankan, pada masa sama mencari jalan menangani isu yang sukar dan memastikan ia memberi faedah kepada Malaysia dan rakyatnya.


Benson said...
June 25, 2013 at 11:57 AM

Beberapa organisasi telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyertaan Malaysia di dalam TPP. Kerajaan telah bertemu dengan pemain industri dari sektor perdagangan dan pertubuhan bukan kerajaan, memaklumkan mereka maklumat terkini, menjelaskan pendirian yang dibuat dan bagaimana Malaysia berurusan dengan isu membabitkan rundingan.


Adie said...
June 25, 2013 at 11:58 AM

We will embrace the positive proposals in the negotiations while finding ways to address the difficult issues in a manner that brings about benefit for Malaysia and its people.


Andy T said...
June 25, 2013 at 11:58 AM

There have been concerns raised by certain organisations on Malaysia's participation in the TPP. The government has been engaging stakeholders, both from the business sector and the non-governmental organisations, to update and explain to them the positions taken and how Malaysia is dealing with issues of concern in the negotiations.


Hidup Di Sabah said...
June 25, 2013 at 11:59 AM

The objectives can be categorised into three main areas:
I. To continue the trade and investment liberalisation efforts being undertaken through the WTO and the FTA initiatives of each of the TPP member countries in the region.
II. To develop transparent and predictable rules and disciplines with adequate recourse in the event of any disputes.5
III. To develop a more transparent and inclusive regulatory environment which allows all relevant parties to engage in a meaningful and constructive manner on matters of significant economic impact.


Ali said...
June 25, 2013 at 11:59 AM

These goals are no doubt in line with our own economic transformation and domestic reform programmes.


Budi said...
June 25, 2013 at 1:57 PM

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT, AWANG TAK SERUPA BIKIN

KESEMUA Ahli Parlimen pakatan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat semalam ketika mereka sendiri membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Hakikat itu jelas membuktikan kesemua mereka menerima keputusan PRU-13 yang dibantah, sekali gus akur kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Ia amat bertentangan dengan perbuatan berkokok di khalayak, memohon simpati kononnya wujud penipuan dan sebagainya dalam perjalanan pilihan raya umum lepas.

Malangnya, ketika mereka menerima pakai kehendak lunas Perlembagaan dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mulia, kira-kira 200 pengikut mereka sanggup berdemonstrasi dalam cuaca berjerebu di luar kawasan bangunan Parlimen.

Mereka adalah sebahagian daripada pengikut yang tertipu dengan sikap hipokrit dan sandiwara pemimpin mereka. Bagi Awang, mereka yang berhimpun di Padang Merbok Sabtu lepas juga dimanipulasi oleh golongan yang hipokrit itu. Mereka perlu sedar bahawa merekalah sebenarnya diperkudakan demi mengejar cita-cita politik orang tertentu yang tidak tercapai pada PRU-13.

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam membuktikan sistem yang kita guna pakai tidak meminggirkan sesiapa pun yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tinggal lagi, apabila tidak terpilih, jangan pula salahkan lantai kononnya tidak rata sehingga menyebabkan tarian sumbang.

Kepada kesemua wakil rakyat pembangkang, gunakanlah platform Dewan Rakyat sebaik-baik mungkin supaya mereka dapat berfungsi sebagai wakil rakyat pembangkang yang berkesan. Terimalah hakikat.

AWANG - Cakap tidak serupa bikin!


Atitya said...
June 25, 2013 at 1:59 PM

Seperti biasa, Anwar pandai mencari helah ; 'Pertunjukan Padang Merbok' gagal

Portal popular The Free Dictionary mentakrif istilah circus (sarkas) seperti berikut "A public entertainment consisting typically of a variety of performances by acrobats, clowns, and trained animals" yang boleh diterjemahkan secara mudah sebagai bermaksud "satu hiburan awam terdiri lazimnya daripada pelbagai pertunjukan oleh acrobat, badut dan haiwan yang terlatih" (sila lihat laman web http://www.thefreedictionary.com/circus).

Tanpa niat menghina mana-mana pihak yang mungkin masih ada tujuan murni ketika menyertai perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok pada hari Sabtu lalu, 22 Jun 2013, perhimpunan itu nyata gagal mencapai maksud penganjurnya (lihat tajuk berita halaman muka depan "Himpunan Gagal" dalam Mingguan Malaysia, 23 Jun 2013).

Bukti kegagalan penganjur jelas sekali. Jumlah peserta yang dirancang adalah 250,000 (minimum) hingga 500,000 (maksimum) orang, tetapi yang hadir hanyalah setakat 20,000 sahaja.

Walaupun program penganjur ini telah dihebahkan begitu meluas sekali menerusi media sosial dan oleh pemimpin-pemimpin politik Pakatan dalam ceramah mereka di 14 perhimpunan yang terdahulu, nyata sebahagian besar rakyat Malaysia (khususnya penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang) sudah bosan dan tidak lagi teruja menyertainya.


Atitya said...
June 25, 2013 at 2:00 PM

Seperti biasa, Anwar pandai mencari helah ; 'Pertunjukan Padang Merbok' gagal

Seperti biasa, Anwar pandai mencari helah. Katanya tidak ramai yang hadir disebabkan cuaca buruk iaitu jerebu yang kini melanda negara.

Barangkali ada benarnya juga apa yang dikatakan Anwar ini. Saya teringat kepada sepotong ayat kitab suci al-Quran yang saya mula pelajari sewaktu menjadi Timbalan Dekan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada akhir tahun 1980-an (ironinya pada waktu itu, Anwar adalah presiden UIAM). Ayat berkenaan, iaitu Surah Al-Imran ayat 54, bermaksud: "Mereka merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang".

Siapa yang boleh menolak takdir yang ditentukan Allah? Anwar merancang (sudah dua kali) menjadi Perdana Menteri. Jelas Allah merancang sebaliknya. Anwar merancang menghimpunkan setengah juta warga kota berbaju hitam dengan slogan Blackout 505 untuk menjatuhkan kerajaan menerusi people power (kuasa rakyat). Jelas Allah merancang sebaliknya.

Anwar merancang melakukan sesuatu yang jelas melanggar undang-undang negara (Akta Perhimpunan Aman 2012), pastinya dengan harapan pihak polis akan bertindak tegas (barangkali dengan ganas) terhadap peserta perhimpunan, dan dengan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pihak berkuasa. Itu pun tidak berlaku juga, kerana polis telah bertindak secara bijaksana, sentiasa mempamerkan kesabaran.



Atitya said...
June 25, 2013 at 2:00 PM

Seperti biasa, Anwar pandai mencari helah ; 'Pertunjukan Padang Merbok' gagal

Sepanjang hari Sabtu lalu, saya tidak keluar rumah untuk memastikan saya dapat terus mengikuti perkembangan perhimpunan di Padang Merbok ini menerusi internet.

Sejak awal pagi lagi saya lihat sudah ada banyak portal menyiarkan maklumat dari semasa ke semasa, ada antaranya siap dengan gambar yang dimuat naik, ada antaranya siap dengan klip video sekali. Apa yang saya lihat amat melegakan hati, kerana jelas mereka yang mula hadir (bergerak ke padang itu) tidak begitu ramai seperti yang saya khuatiri.

Pada sebelah petang apabila seorang sahabat menelefon bertanyakan saya bagaimana keadaan di Padang Merbok itu, jawapan saya kepadanya amat ringkas sekali "Nothing to worry" (Tak perlu bimbang).

Sentimen yang sama nampaknya dikongsi oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star, keluaran hari Ahad 23 Jun 2013. Sambil menyiarkan gambar ratusan peserta berjalan kaki menuju Padang Merbok, akhbar itu menyatakan "Rally doesn't live up to its bill" ("Perhimpunan tidak hebat seperti yang diharapkan").

Sementara pihak polis dapat bertindak bijak dan menunjukkan kesabaran, lain ceritanya pula di pihak peserta perhimpunan. Mengikut laporan media, keadaan menjadi tegang dan kecoh apabila dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diserang peserta perhimpunan haram itu. Mujur mereka dapat diselamatkan oleh pihak polis untuk dihantar ke hospital.



Atitya said...
June 25, 2013 at 2:01 PM

Seperti biasa, Anwar pandai mencari helah ; 'Pertunjukan Padang Merbok' gagal

Dalam satu lagi insiden yang berkaitan, kira-kira 10 peserta perhimpunan telah memanjat landasan KTMB berhampiran Padang Merbok itu. Perbuatan salah dan merbahaya ini telah menyebabkan perjalanan komuter dari Batu Caves menuju ke Pelabuhan Klang tergendala selama hampir 15 minit.

Kalau kita lihat kandungan beberapa sepanduk yang dikibarkan dalam perhimpunan di Padang Merbok itu, penganjurnya ada membuat tiga tuntutan utama kepada kerajaan - iaitu pertama, kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti letak jawatan; kedua, pilihan raya mesti diadakan semula bagi 30 kawasan; dan ketiga, hentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

Soalnya, tidak bolehkah tiga perkara ini dibangkitkan dan disuarakan secara sopan dan teratur oleh salah seorang (atau lebih) daripada 89 Ahli Parlimen Pakatan bila Dewan Rakyat bersidang nanti? Isu ini kemudian boleh dibahaskan secara terhormat dan bijaksana (disokong dengan dalil dan alasan-alasan yang kukuh) dalam Dewan, dan rakyat keseluruhannya boleh terus membincangkan secara rasional isu yang di dada akhbar dan di ruang maya.

Jawabnya pasti boleh. Tapi itu bukan cara Anwar. Cara Anwar adalah memboikot persidangan Dewan Rakyat, lalu tidak ada ruang lain tiga isu ini dibangkitkan kecuali melalui perhimpunan haram dan kalau perlu menerusi protes jalanan.

Tetapi gesaan Anwar untuk memboikot Dewan Rakyat telah ditolak oleh rakan-rakannya dalam Pakatan. Pada 24 Jun (semalam), Dewan bersidang dan semua 89 wakil Pakatan yang dipilih hadir dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Jadi apa perlunya perhimpunan Merbok itu diteruskan?


Atitya said...
June 25, 2013 at 2:02 PM

Seperti biasa, Anwar pandai mencari helah ; 'Pertunjukan Padang Merbok' gagal

Jawabnya, memang tidak perlu diteruskan. Tapi itu bukan cara Anwar.

Satu bukti nyata perhimpunan Merbok pada 22 Jun itu gagal boleh dilihat dari apa yang berlaku selepas itu. Selepas peserta bersurai dan meninggalkan padang itu, beberapa khemah terus didirikan. Ini merupakan tindakan beberapa kerat peserta tegar menghuni padang secara salah, mencontohi amalan "guru-guru" mereka di seberang laut yang menghuni atau menduduki (occupy) Taman Zuccotti, di Wall Street New York pada September 17, 2011 yang lalu, dan mutakhir kini perbuatan yang sama oleh remaja menduduki Taman Gezi di Medan Taksim, Istanbul, Turki.

Kegagalan perhimpunan Padang Merbok diakui awal oleh portal Malaysiakini, yang semua orang tahu adalah pro-Pakatan, Dalam postinya pada jam 4.30 petang, portal itu menyatakan "The … rally appears to be losing steam long before its scheduled ending time of 7pm…" (Nampaknya perhimpunan ini sudah tidak bermaya lagi, lama sebelum waktu tamat 7 petang seperti yang dijadualkan).

Seorang peserta, Thomas Cheah, berusia 30 tahun berasal dari Kajang, dipetik oleh portal itu sebagai berkata "Kita dah penat berjalan begitu jauh sekali dan dah letih. Kawan saya juga letih. Jadi apa lagi yang kita boleh lakukan?" (lihat http://www.malaysiakini.com/news/233655).



Atitya said...
June 25, 2013 at 2:03 PM

Seperti biasa, Anwar pandai mencari helah ; 'Pertunjukan Padang Merbok' gagal

Mohd Daud Ibrahim, yang turut menyertai perhimpunan itu, mengadu perhimpunan kali ini tidak ada excitement. Katanya "Kalau ada tembakan meriam air (water cannon) dan semburan gas pemedih mata (tear gas), barulah seronok".

Bagi saya, antara ucapan pemimpin pembangkang yang menarik adalah ucapan Salahudin Ayub. Berucap pada kira-kira jam 5.10 petang (setengah jam sebelum Anwar berucap), dia kata, antara lain, "Kawan-kawan saya bangsa Cina pesan, jika saya kalah dalam pilihan raya, saya masih boleh pergi ke Hong Kong dan menjadi pelakon kerana wajah saya macam Jackie Chan. Tapi itu bukan niat saya. Saya mahu kekal berada di sini dan melihat mereka (BN) jatuh tak lama lagi. Kita perlu terus berjuang hari ini, esok, bulan depan, selama mana yang perlu. Kita mesti terus berjuang atas nama kebenaran".

Amboi. Bunyinya macam Anwar juga.


Pemerhati said...
June 25, 2013 at 3:24 PM

TO COMMEMORATE Malaysia’s 55th Independence Day, Prime Minister Najib Razak published an article highlighting the nation’s various accomplishments, principally that while much of world’s economies are “either flat or falling,” Malaysia is steadily delivering high figures of economic growth.

The ruling Barisan Nasional coalition, although perceived by the middle class to be unpopular, has overseen consistent economic development and has worked to raise incomes and provide consumer affordability.
Despite these achievements, the upper echelons of Malaysia's ruling coalition have seemingly endorsed a controversial international trade agreement that will have enormous impacts on domestic consumers and will even undermine the government's own ability to issue legislation.

The Trans-Pacific Partnership (TPP) is a free-trade agreement led by the United States in partnership with Asia-Pacific nations like Brunei, Australia, New Zealand, Singapore, and others. If the agreement is accepted by all participatory nations and successfully passed, signatory countries must conform to a rigid set of legal regulations, including strict intellectual property protections, authored by representatives of big foreign corporations.


Pemerhati said...
June 25, 2013 at 3:24 PM

While critics of the agreement call it “a stealth attack on democratic governance,” leading members of the US Senate and Congress have expressed outrage over the TPP primarily due to the climate of secrecy surrounding the negotiations. Six hundred US corporate advisors have negotiated the TPP, and the proposed draft text has not been made available to the public, the press or policymakers.

US Senator Ron Wyden, the Chair of the Congressional Committee with jurisdiction over TPP, was even denied access to the negotiation texts. In Malaysia, members of parliament such as Charles Santiago have voiced frustrations over Putrajaya’s unwillingness to release any information regarding the agreement.

Based on information contained in two leaked chapters of the TPP agreement, the partnership aims to abolish the accountability of foreign corporations to the governments of countries with which they trade by introducing a myriad of new corporate rights and privileges.


Pemerhati said...
June 25, 2013 at 3:25 PM

The proposed agreement would make signatory governments accountable to foreign corporations for costs imposed by national laws and regulations, including health, safety and environmental regulations, mandating that corporations receive compensation taken directly from domestic taxpayers and public funds.

Advocacy website Public Citizen has confirmed the authenticity of a leaked chapter of the TPP titled, “Investment,” and issued a detailed analysis of the text. In addition to the leaked “Intellectual Property Rights” chapter, it can be concluded that the agreement illustrates the major goal of US multinational corporations to impose extreme foreign investor privileges and rights on developing countries by giving individual corporations and investors equal standing with each TPP signatory country's government.

NGOs such as the Malaysian AIDS Council and the Breast Cancer Welfare Association Malaysia have voiced their concern over the TPP’s restrictive intellectual property laws, which allow American drug companies to secure long-term monopolies on pharmaceutical products by preventing the production of generic drugs, thus increasing the price of medicine.


Pemerhati said...
June 25, 2013 at 3:26 PM

The United States is demanding aggressive intellectual property provisions that extend existing patents on medicines for up to 10 years in addition to the current requirement of 20 years. Malaysian Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai has spoken out against the TPP, arguing that such an agreement would make healthcare less affordable to the public:

"We are against the patent extension. According to the agreement, if a medicine is launched in the US, and then three years later it is launched in Malaysia, the patent would start from when it is launched here and not when it was launched earlier in the US, this is not fair."

The proposed legislation on Intellectual Property will have enormous ramifications for TPP signatories, including Internet termination for households, businesses, and organizations as an accepted penalty for copyright infringement. In addition to allowing copyright holders to ban parallel imports of copywritten material and prioritizing national police to enforce copyright laws, a drastic expansion of copyright duration for sound recordings and film is imposed.


Pemerhati said...
June 25, 2013 at 3:41 PM

Signatory nations would essentially submit themselves to oppressive copyright restrictions in line with American law, severely limiting their ability to digitally exchange information on sites like YouTube, where streaming videos can be considered copyrightable. Patricia Ranald, convener of the Australian Fair Trade and Investment Network offers:

"Broader copyright and intellectual property rights demands by the US would lock up the Internet, stifle research and increase education costs, by extending existing generous copyright from 70 years to 120 years, and even making it a criminal offense to temporarily store files on a computer without authorization. The US, as a net exporter of digital information, would be the only party to benefit from this.”

Proposed measures would restrict signatory nations from exercising capital controls to prevent and mitigate financial crises and promote financial stability. Malaysia was able to recover from the 1997 Asian Financial Crisis more quickly than its neighbors by introducing a series of capital control measures on the Malaysian Ringgit to prevent external speculation.


Pemerhati said...
June 25, 2013 at 3:41 PM

Under the TPP, nations would not have the ability to independently pursue monetary policy and issue capital controls, and must permit the free flow of derivatives, currency speculation and other predatory financial instruments.
Signatories to the TPP could have their domestic policies (health policy, land use policy, government procurement decisions, regulatory permits, intellectual property rights, monetary regulation) legally overwritten before foreign tribunals, giving external investors the right to pursue claims against a nation outside the regulations of that nation’s own judicial system.

In the private “investor-state” that the TPP is attempting to establish, national governments can be sued by foreign corporations, submitting signatory countries to the jurisdiction of investor arbitral tribunals, staffed by private sector attorneys. Foreign tribunals could order governments to pay unlimited cash compensation out of national treasuries to foreign corporations and investors if new or existing government policy hinders investors’ “expected future profits”.

Any compensation paid to private investors and foreign corporations, in addition to large hourly fees for tribunals and legal costs would be shouldered by the domestic taxpayer in each signatory country. Under this regime, foreign investors and multinational corporations can undermine the sovereignty of participatory nations by skirting domestic regulations and limiting the abilities of national governments to issue policy.


Pemerhati said...
June 25, 2013 at 3:42 PM

The Trans-Pacific Partnership would oblige nations to alter their domestic policy to comply with twenty-six proposed chapters of legislation, including financial, health-care, telecommunications, food and product standards, land use and natural resources, government procurement, and more.
Undoubtedly, the Trans-Pacific Partnership is a document is constructed to serve private, not public interests, by exempting private corporations from any form of public accountability.

The analysis provided in this article is based on two leaked chapters of the proposed agreement (which may or may not be subject to amendments prior to the conclusion of negotiations); the other twenty-four chapters have not been released for public scrutiny, or even to policymakers in those participating countries.

Other than the national delegation for each participating country, the only people who have been allowed to see the actual text of the proposed agreement are members of various Trade Advisory Committees and top corporate executives, with no representatives from academia or civil society.


Pemerhati said...
June 25, 2013 at 3:42 PM

The blanketing secrecy over the entire negotiation process is nothing short of alarming, with legislation in place to keep text proposals from being publically released until four years after the close of negotiations. [9] The next round of TPP negotiations is set to take place in Leesburg, Virginia in early September. Prime Minister Najib Razak has said Malaysia is committed to being a member of the Trans-Pacific Partnership:

"I hope sometimes in the near future we will be able to conclude TPP. It is important for the US to have free trade with ASEAN. ASEAN is a US$2 trillion (RM6.30 trillion) market of 600 million people and there is not another trade bloc with momentum like it in the world."

Ostensibly, the TPP can be seen as an attempt by the United States to build a coalition in which its corporate interests dominate the ASEAN region to counter China's increasing economic prowess.

Leaders and citizens alike must reexamine their stance on this issue and consider the enormous negative ramifications it would hold for consumers and domestic industry. Previous attempts to negotiate a US-Malaysia bilateral free trade agreement in 2006 – 2010 have failed; one would hope that attempts to implement a Trans-Pacific Partnership suffer a similar fate.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 4:53 PM

Malaysia is gearing to produce 16,000 engineers and technicians by 2020 to cater for the country's aviation industry's phenomenal growth and vast expansion potentials in Sarawak and Sabah, APR-Aviation Training Centre Sdn Bhd (APR-ATC) chief executive officer Amiruddin Abdul Ghani said.


Anonymous said...
June 25, 2013 at 4:53 PM

Malaysian engineers were very well sought after internationally, especially in the Middle East, as aircraft maintenance engineering is one of the fields which has its licence examination endorsed under the Department of Civil Aviation's system and recognised internationally.


Ayie said...
June 25, 2013 at 10:26 PM

Harus menyakinkan pelaburan masuk ke Malaysia.


Chin Fc said...
June 25, 2013 at 10:27 PM

Lebih banyak pekerja mahir dan terlatih berada di semua industri.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:03 PM

Kebimbangan yang menyatakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan merugikan Malaysia adalah tidak berasas kerana para perunding sudah pastinya akan melindungi kepentingan ekonomi dan perdagangan negara semasa berlangsungnya perbincangan itu nanti.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:03 PM

Sebagai sebuah negara perdagangan, adalah penting untuk Kuala Lumpur menyertai TPPA bagi mendapatkan akses yang lebih besar ke pasaran-pasaran rakan dagangannya yang lain terutamanya Amerika Syarikat, Jepun dan Asean.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:04 PM

Malangnya, terdapat sikap sesetengah pihak tidak bertanggungjawab membuat penyebaran yang disifatkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sebagai penyebaran maklumat yang tidak tepat sama sekali.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:04 PM

Antaranya tuduhan oleh kajian Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) mengandungi saranan untuk Malaysia agar tidak memeterai TPPA.

Miti bagaimanapun dengan sekeras-kerasnya telah menafikan tuduhan-tuduhan ini sambil menyatakan “ia sesungguhnya sesuatu yang memutarbelitkan kedudukan kerajaan Malaysia jika dilihat kepada agenda perdagangan kita”.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:05 PM

Orang ramai diberi jaminan yang para perunding Malaysia akan melindungi kepentingan perdagangan dan ekonomi domestik negara dan yang paling penting Dasar Ekonomi Baru (NEP).

Mereka sama sekali tidak akan menjual negara ini.

Lagipun, Kabinet telahpun bersetuju kepada tawaran Malaysia pada perundingan yang akan memulakan pusingan ke-18nya di Kota Kinabalu dari 15 hingga 25 Julai, sebelum sebarang niaga janji dimeterai.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:05 PM

Industri domestik

Dakwaan yang AS dan Jepun akan menutup pasaran mereka kepada Malaysia dan seterusnya merugikan industri domestik sekali lagi disangkal kerana Amerika telah sekian lama menjadi pasaran utama untuk komponen semi-konduktor dan elektrik dan elektronik.

Walaupun ia adalah urus niaga perdagangan, ia turut memberi kesan kepada pelaburan asing kerana Jepun telah menjadi pelabur penting di Malaysia bersama-sama AS dan negara-negara Asean.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:06 PM

Pelaburan dan perdagangan tidak dapat dipisahkan, dan untuk itu, ia adalah satu kelebihan besar kepada Malaysia dari segi peluasan pasaran dan aliran masuk pelaburan.

Contohnya, industri tekstil mendapat sokongan padu TPPA, sambil menyatakan yang jumlah eksport tekstil dan pakaian Malaysia diunjurkan meningkat 20 peratus dengan pelaksanaan perjanjian itu.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:06 PM

Contohnya, industri tekstil mendapat sokongan padu TPPA, sambil menyatakan yang jumlah eksport tekstil dan pakaian Malaysia diunjurkan meningkat 20 peratus dengan pelaksanaan perjanjian itu.

Persatuan Pengeluar Tekstil Malaysia berkata penghapusan duti di bawah perjanjian perdagangan itu akan menjadikan produk tekstil dan pakaian Malaysia lebih berdaya saing.

Eksport ke negara anggota TPP pada 2012 berjumlah sehingga RM3.3 bilion. Perjanjian TPP akan menyaksikan penurunan duti import untuk produk tekstil dan pakaian Malaysia yang memasuki negara-negara anggota


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:07 PM

Pasaran global

TPPA, inisiatif perdagangan bebas melibatkan 12 negara, dijangka dapat mengembangkan eksport negara-negara yang menyertai ke asas pasaran global yang lebih luas dan menyediakan asas produk yang murah kepada pengguna.

Ini adalah menerusi penurunan tarif yang dicadangkan di kalangan negara-negara yang menyertai.

Dengan cadangan penghapusan ataupun penurunan dalam perjanjian TPP, produk Malaysia akan lebih berdaya saing, terutamanya di pasaran AS.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:07 PM

Dalam mana-mana perjanjian perdagangan, mesti ada sikap tolak ansur dengan konsesi yang perlu dibuat oleh beberapa negara. Para perunding Malaysia hanya perlu lebih berhati-hati.
Dilihat kepada pendirian tegas yang mereka ambil terhadap AS dan Eropah serta negara-negara maju lain di perundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang gagal di Cancun, orang ramai diberi jaminan yang TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam jangka panjang.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:08 PM

Negara-negara yang terbabit dalam perundingan untuk TPPA termasuk Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam. Jepun akan turut serta sebagai anggota TPP ke-12 di Kota Kinabalu, Sabah.

Negara-negara ahli mensasar untuk memuktamadkan perundingan ini tahun ini dengan tujuan meliberalisasikan perdagangan.


KEBAIKAN TPPA UNTUK NEGARA said...
October 5, 2013 at 11:08 PM

Sementara itu, pada pusingan perundingan TPP yang ke-18, 180 pemegang kepentingan akan membentangkan pendapat masing-masing.

Perkembangan perundingan TPP di Kota Kinabalu dijangka dinilai semasa berlangsungnya mesyuarat para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada bukan Oktober di Bali tahun ini.

Untuk Malaysia, mesej penting bagi perbincangan TPPA ialah untuk industri domestik dan ekonomi menjadi lebih berdaya saing dalam persekitaran globalisasi yang tidak dinafikan begitu mencabar.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx