Wednesday, June 26, 2013

Singapura Dilanda Hujan Batu

Penduduk di Jurong di sini hari ini mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini Seloasa petang.

Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu mengenai hujan batu itu.

"Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh dari langit," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia.

Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.

Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.

Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam ialah dalam lingkungan 52 hingga 59.

Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu.

Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu 51-100. -Bernama

xxx2

Komen Anda

50 Responses to " Singapura Dilanda Hujan Batu "
Anonymous said...
June 27, 2013 at 7:57 AM

peringatan dari Allah! LUNASKAN HUTANG NEGARA SINGAPORE YG LEBIH RM 500 BILLION ITU. Negara kecik, hutang belambak-lambak. hehehe


Anonymous said...
June 27, 2013 at 11:45 AM

Sementara itu, di Singapura, penduduk bahagian barat melaporkan kawasan mereka dilanda hujan batu sebesar syiling 20 sen dan 50 sen.

Hujan lebat bersama angin kencang dilaporkan berlaku sekitar pukul 3 petang tadi.

Menurut penduduk, kawasan yang dilanda hujan batu termasuk Jurong dan Bukit Batok.

Ada yang mendakwa cuaca terbabit berlaku antara lima sehingga 10 minit.

Hujan sederhana hingga ribut petir diramal melanda Selatan, Timur dan Tengah Singapura antara 3.25 petang hingga 4.25 petang.

Lembaga Utiliti Awam Republik itu, PUB turut mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku banjir kilat. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/luar-negara/Hujan_Batu_Di_Singapura.html#sthash.dWCgMHR4.dpuf


Anonymous said...
June 27, 2013 at 1:04 PM

Setelah beberapa hari kita dilanda jerebu, Allah SWT menurunkan hujan rahmat di seluruh negara. Apabila turunnya hujan ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurang kadar IPU jerebu di semua kawasan.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 1:04 PM

Seperti yang kita maklum, ketika semenanjung Malaysia dilanda hujan untuk mengurangkan jerebu, namun di Singapura lain pula jadinya apabila hujan batu menghujani negara tersebut. Air hujan yang berdiameter sebesar dalam lingkungan 5mm-10mm menghujani sempat dirakamkam pengguna jalan raya dan penduduk.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 1:04 PM

Punca Kejadian Hujan Batu

Kejadian itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Perubahan fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 1:05 PM

Kombinasi seperti angin, hujan dan faktor ketinggian awan diperlukan dalam proses pembentukan air batu ketika hujan lebat. Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.


Otet said...
June 27, 2013 at 2:28 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang diselar di atas talian kerana komen tidak semengahnya mengenai jerebu, akan terbang ke Jakarta esok dan keutamaannya adalah untuk “memadamkan api”.


Otet said...
June 27, 2013 at 2:28 PM

Beliau mengatakan Malaysia mahukan penyelesaian serta merta kepada krisis dan tugasan utamanya adalah untuk membantu kerajaan Indonesia memadamkan kebakaran di sekitar Riau, Sumatera.


Otet said...
June 27, 2013 at 2:29 PM

Palanivel enggan menyatakan secara pelan tindakannya secara teliti apabila bertemu rakan sejawatannya dari Indonesia Balthasar Kambuaya tetapi berkata dia telah "menyediakan semua nota".


Otet said...
June 27, 2013 at 2:29 PM

Malaysia mempunyai pengalaman dalam menangani kebakaran tanah gambut dan kami bersedia menawarkan kepakaran kami ke Indonesia untuk membantu mereka menyelesaikan masalah antara negara dan merentasi sempadan.


Otet said...
June 27, 2013 at 2:29 PM

Malaysia dan Singapura tidak berpuas hati dengan Indonesia disebabkan pelbagai masalah yang dialami oleh kedua-dua negara kerana jerebu. Kita mahu mencari penyelesaian secepat mungkin


Otet said...
June 27, 2013 at 2:30 PM

Palanivel berkata, jika syarikat-syarikat Malaysia didapati terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembakaran haram, pemerintah Indonesia tidak perlu teragak-agak untuk mendakwa syarikat-syarikat itu.


Otet said...
June 27, 2013 at 2:30 PM

Palanivel berkata, beliau tidak akan mengeluarkan apa-apa kata dua kepada pihak berkuasa Indonesia mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.


Otet said...
June 27, 2013 at 2:30 PM

ia terpulang kepada Indonesia tetapi kita perlu mencari penyelesaian kekal kepada masalah ini dan bukannya berurusan dengannya setiap tahun


Otet said...
June 27, 2013 at 2:30 PM

Beliau berkata terdapat rancangan untuk membawa perkara ini ke hadapan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan pada pertengahan Julai dari bulan Ogos.


Otet said...
June 27, 2013 at 2:31 PM

alanivel berkata beliau juga akan berbincang dengan Balthasar tentang Indonesia mengesahkan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (Seatha) pada 2002


Poyo said...
June 27, 2013 at 2:31 PM

Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kekal pada kategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatat 452 dan 322


Poyo said...
June 27, 2013 at 2:31 PM

portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan tiga kawasan di Selangor iaitu Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.


Poyo said...
June 27, 2013 at 2:32 PM

Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas terus menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan IPU terus menurun iaitu 127, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas.


Poyo said...
June 27, 2013 at 2:32 PM

Setakat 2 petang ini, 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 26 sederhana dan dua kawasan iaitu di Limbang, Sarawak dan Tawau, Sabah adalah baik.


Poyo said...
June 27, 2013 at 2:32 PM

Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah USM (113), Perai (112), Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (123); Jalan Tasek, Ipoh (156), SK Jalan Pegoh, Ipoh (200), Kampung Air Putih, Taiping (153), Tanjung Malim di Perak (177); Petaling Jaya, Selangor (185).


Poyo said...
June 27, 2013 at 2:32 PM

Tempat lain ialah Batu Muda (174), Cheras di Kuala Lumpur (155); Putrajaya (180); Nilai (153), Seremban (141), Port Dickson di Negeri Sembilan (148); Bukit Rambai (147) dan Bandaraya Melaka (127). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.


Grain said...
June 27, 2013 at 2:33 PM

Syarikat Malaysia perlu mengambil kesempatan peluang yang muncul daripada perbelanjaan besar kerajaan Ecuador terutamanya dalam sektor pembinaan dan pengangkutan awam.


Grain said...
June 27, 2013 at 2:33 PM

Bahagian kerjasama berpotensi lain termasuklah penggalakan perdagangan dan pelaburan bersama, pembinaan perusahaan kecil dan sederhana dan perkhidmatan kejuruteraan, tenaga dan bioteknologi.


Grain said...
June 27, 2013 at 2:33 PM

Syarikat-syarikat Malaysia harus merebut peluang ini. Kita kini ada satu syarikat Malaysia yang berminat melaksanakan projek monorel di sana dan kami berharap Ecuador akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada syarikat itu


Grain said...
June 27, 2013 at 2:34 PM

Susulan ini, satu kumpulan kerja yang terdiri daripada para pegawai kanan daripada sektor awam dan swasta kedua-dua negara akan dibentuk bagi melaksanakan MOU tersebut yang disasarkan untuk menjalin hubungan ekonomi lebih rapat antara kedua-dua negara.


Grain said...
June 27, 2013 at 2:34 PM

Ecuador merupakan rakan dagangan ke-11 terbesar Malaysia dalam kalangan negara Amerika Latin selepas Brazil, Mexico, Costa Rica, Argentina, Chile, Columbia, Venezuela, Panama, Peru dan Haiti.


Grain said...
June 27, 2013 at 2:34 PM

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ecuador berkembang lebih daripada 10 kali ganda kepada RM220.72 juta pada 2012 daripada RM30.64 juta yang dicatatkan pada 2011.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:40 PM

THE recent afternoon downpours and light drizzle in the southern state was a relief for the majority of us caught in the hazy spell.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:40 PM

In many ways, the haze in Johor has been a yearly affair, but not as serious as the present situation where several districts here, namely Muar and Ledang, were enveloped in thick haze.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:41 PM

And it was the first time in 10 years that two districts were under "health emergency" when the Air Pollutant Index (API) breached dangerous levels with a reading of 700 and above last week.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:42 PM

This time around, the haze brought back memories of the one we had back in 1997.

Back then, talk of cloud-seeding and even API were unheard of. It was the first time the haze hit our country in a big way.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:42 PM

Due to our inexperience in handling the situation then, the measurement of the haze was made through visibility in kilometres. The API was only used as an official gauge later on.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:43 PM

I remember vividly that the Klang Valley was shrouded in haze, from Petaling Jaya to Kuala Lumpur. Even in Shah Alam, the roads and buildings were blotted out by the haze.

Like the present day, the haze then made headlines, too.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:43 PM

Donning face masks was a new thing for Malaysians, as well as mist sprinklers to reduce the haze in certain areas.

Malaysians were unprepared at that time to handle the haze as it also coincided with the hot spell. Cloud-seeding was also seen as a technical space-age method of inducing rain and was not a feasible solution yet.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:44 PM

The government was pro-active at that time to seriously educate the public on open burning and conserving the environment in an effort to seriously look into the matter. For many, the ban on open burning was a relief during the hazy spell.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:45 PM

During the height of the haze situation last weekend, newly minted Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin was quick to issue a statement reminding Johoreans of the ban on open burning.

"Those caught flouting the ban face a RM500,000 fine or a five-year jail or both.

"There is also a maximum compound fine of RM2,000 for every offence conducted," he said through his Facebook page.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:46 PM

We must understand that the world is getting hotter due to human activities, among them the burning of fossil fuels like coal and oil, leading to a dramatic increase in greenhouse gases, primarily carbon dioxide, in the atmosphere.

These greenhouse gases absorb and radiate heat, and are reconfiguring the earth's climate.


Anonymous said...
June 27, 2013 at 3:46 PM

The current haze is another part of global warming.

The "slash and burn" technique employed in Indonesia and domestic open burning contribute to the haze in Johor and the rest of Peninsular Malaysia.

So as responsible Malaysians, we should do our part to combat the haze together.


Anonymous said...
June 30, 2013 at 10:52 PM

Pada hari kejadian, Di Malaysia pun ada sedikit hujan air batu di Presint 15 Putrajaya.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:28 PM

Pada penghujung tahun lalu, beribu-ribu penumpang penerbangan terkandas dan aktiviti penduduk bandar raya Moscow terjejas berikutan gangguan bekalan elektrik disebabkan hujan air batu telah melanda kawasan itu. Laporan akhbar melaporkan, seramai 27 orang daripada penduduk di situ telah mengalami kecederaan setelah dihempap pokok yang tumbang akibat dahannya sarat dengan ketulan air batu.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:29 PM

Hujan air batu tidak hanya terjadi di kawasan sub-tropika sahaja tetapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. Di Malaysia, pada tahun 2007, hujan batu telah melanda kawasan Sungai Buloh dan Damansara di Selangor. Ketulan ais sebesar duit syiling 20 sen jelas kelihatan di kawasan tersebut.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:29 PM

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Perubahan fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:29 PM


Menurut Prof. Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Pengarah Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kombinasi seperti angin, hujan dan faktor ketinggian awan diperlukan dalam proses pembentukan air batu ketika hujan lebat.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:30 PM

Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:31 PM

Kejadian hujan batu yang terkini telah melanda daerah Jerantut di negeri Pahang pada 28 September 2009. Lebih 4,000 penduduk di lima kampung dan satu tanah rancangan Felda di Tembeling Tengah gempar apabila kediaman mereka rosak teruk akibat hujan air batu. Pejabat Meteorologi Kuantan Pahang melaporkan, hujan batu adalah kerpasan yang terdiri daripada ketulan ais berdiameter purata antara 5 hingga 50 milimeter. Ia hanya boleh terjadi dari awan Kumulonimbus (awan petir).


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:31 PM

Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air yang terlampau dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Disebabkan itulah, semasa ia turun ke aras yang lebih rendah, suhu relatif panas tidak berupaya mencairkan ketulan ais ini sepenuhnya.
Justeru, tidak hairanlah ketulan ais sebesar penumbuk orang dewasa terhasil dalam kejadian ribut di Tembeling Tengah. Kejadian ini berlaku selama 35 minit dan ia bermula dengan hujan lebat dengan disusuli angin kencang.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:32 PM

Dalam laporan itu juga menyatakan proses lain yang menyebabkan hujan batu adalah riming, di mana wap air terlampau dingin cenderung tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Disebabkan terjadinya proses embun secara tiba-tiba maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar. Sementara itu, faktor daripada Taufan Ketsana juga memberi kesan sampingan ke atas keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia ketika kejadian.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:40 PM

Hujan lebat dan ribut petir disertai air batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun. Menurut Prof. Dr. Alauddin, sehingga kini tiada laporan terperinci bagi negara-negara yang dilanda hujan air batu kerana kebanyakan kajian dilakukan secara menyeluruh.


Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil. said...
October 16, 2013 at 8:40 PM

Hujan air batu juga dianggap sebagai ‘natural hazard’ atau tabi’i yang akan berlaku dan tiada sebarang konotasi lain meskipun ketulan air batu boleh membahayakan orang dan persekitaran. Di negara yang mengalami iklim sejuk turut mengalami hujan air batu. Namun keadaan ini disebut ‘sleet’ iaitu kejadian hujan yang turun berserta salji atau lebih dikenali dengan nama hujan ais.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx