Saturday, June 15, 2013

Tindakan Nazir Menggoyang Kedudukan Najib

Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Bermula dengan berita pertemuan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan Tengku Razaleigh Hamzah berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan Najib Razak dari segi pengagihan kerusi kabinet, ia kemudian bertambah marak dengan tindakan adik Najib, Nazir yang menyokong kecaman CEO Air Asia X, Azran Osman Rani terhadap Utusan yang didakwanya mengamalkkan sikap perkauman dalam pemberitaannya.

Sebelum itu pula panas seketika dengan isu sama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan atau tidak. Sementara golongan pengampu dan pembodek terus menyarankan agar Najib dikekalkan, beberapa pemimpin lain pula menunjukkan keterbukaannya. Antaranya Hishammuddin dan Adnan Yaakob yang tidak bersetuju sekatan pertandingan dilakukan.

Arus di bawah atau di peringkat akar umbi pula jelas mahukan adanya pertandingan kerana 146,500 yang diumumkan sebagai kelompok yang boleh memilih kepimpinan UMNO kali ini sudah tidak sabar lagi berbuat demikian.

Muhyiddin yang disebut-sebut bakal mencabar Najib selaku Presiden UMNO pula, masih lagi bermain dengan teka-teki. Di sebalik Daim dan Zainuddin Maidin, dua bekas menteri yang dilihat mula menyerang Najib berikutan keputusan buruk PRU 13 dan Mahathir yang tiba-tiba menulis dalam blognya mengenai perbezaan UMNO dulu dan sekarang serta mendedahkan pelbagai keburukan UMNO yang dilihatnya sedang berleluasa, Muhyiddin pula menyatakan akan menyatakan pendirian politiknya sama ada bertanding atau tidak, di waktu yang sesuai nanti.

Walaupun Muhyiddin dilihat cuba mengambil jalan tengah ketika ini, tetapi ia dalam masa yang sama terus meresahkan Najib. Ia memberi gambaran bahawa Muhyiddin mungkin bertanding mencabarnya dalam pemilihan nanti. Jika Muhyiddin sekadar mahu mempertahankan jawatannya saja, sudah tentu beliau berterus sekarang ini. Sikap Muhyiddin itu membayangkan keinginann yang lebih untuk bertanding berbanding mengekalkan jawatannya.

Di dalam UMNO sekarang ini, dua pencabar yang disebut-sebut bakal bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan hujung tahun ini ialah Muhyiddin dan Tengku Razaleigh. Keinginan ahli UMNO dan Ahli- Ahli Parlimen juga terarah kepada keduanya.

Tengku Razaleigh diinginkan kerana pengalaman, kewibawaan dan peribadinya yang bersih. Kesediaan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak meluahkan perasaan terhadapnya adalah gambaran keyakinan yang tinggi terhadapnya. Di dalam UMNO pula sokongan dan minat ramai terhadapnya masih boleh dirasakan getarnya. Muhyiddin pula kerana beliau sekarang merupakan orang nombor 2 dalam parti dan kerajaan dan biasanya kedudukan itu memang terdedah kepada penonjolan untuk menjadi orang nombor 1 pula.

Dalam isu yang melibatkan Nazir, adik Najib ini, nama Ku Li tidak dapat dipisahkan daripadanya. Nazir bermula dengan Bank Of Commerce yang kemudian menelan Bank Bumiputra, lalu menjadi CIMB Bank. Kariernya bergerak seiring dengan peningkatan kerjaya politik Najib.

Tetapi Bank Of Commerce asalnya adalah Ban Chiang Bank yang dipunyai oleh seorang tauke daripada Sarawak. Bank itu kemudian dibeli oleh Tengku Razaleigh dan atas permintaan Tun Razak, ia kemudian menjadi milik UMNO dengan diletakkan dibawah Fleet Group. Selepas UMNO haram, ia bertukar nama menjadi Bank Of Commerce.

Bank Bumiputra pula adalah bank yang ditubuhkan oleh Tun Razak berdasarkan kehendak Kongres Ekonomi Bumiputera yang yang pertama dan Tengku Razaleigh adalah pengasas serta penerajunya yang pertama.

Dengan memahami bagaimana Nazir boleh berada di kedudukannya sekarang yang asasnya adalah sebagai bank untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan dilaporkan memperolehi pendapatan bulanan RM1.2 juta, tentulah sukar bagi sesiapa juga menerima sikapnya yang seperti kacang lupakan kulit itu.

Muhyiddin pula, walaupun masih dilihat berteka-teki sama ada mahu bertanding atau tidak, tetapi terus menunjukkan sikap perbezaannya dengan Najib. Sementara Najib dilihat terus dengan sikap lembut dan mahu menagih sokongan pengundi Cina, Muhyiddin pula baru-baru ini menegaskan bahawa kerajaan akan memberi perhatian yang lebih kepada kelompok yang telah menyokong BN dalam pilihanraya lalu.

Tidak diragui lagi, sasaran keutamaan Muhyiddin ialah orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini jelas berbeza dengan sikap dan pendirian Najib yang memuja pelakon Michelle Yeoh dengan memberinya gelaran Tan Sri serta melantiknya sebagai mentor program 1M4U walaupun seruannya dalam kempen untuk BN ternyata gagal.

Dan tindakan adiknya, Nazir yang kini CEO CIMB Bank menyokong Azran dalam isu serangannya terhadap Utusan dan dakwaan perkauman, jelas menggambarkan keterbukaan dan semangat Kemelayuan yang sedang cuba dibawa oleh kedua-dua anak Tun Razak itu.

Sikapnya yang ditunjukkan Nazir ini, lebih-lebih lagi menjelang pemilihan UMNO tentunya memberi ruang kepada pertikaian yang lebih meluas terhadap kepimpinan Najib. Isu Nazir akan terus dijadikan modal untuk menyerangnya.

Hari ini, Zainuddin Maidin sekali lagi muncul menyerang Nazir dan mengaitkannya dengan Najib. Blogger dan pengendali laman sosial pro UMNO juga turut menyerang Nazir berikutan sikapnya itu. Selepas ini pastinya lebih ramai lagi yang berbuat demikian atas tujuan mempertahankan semangat Melayu mereka serta menempelak Nazir yang lupa diri itu.

Dalam masa yang sama, kedudukan Najib akan terus digoncang oleh isu Nazir ini dan pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO mungkin tidak boleh dielakkan lagi. Menukar Najib sudah menjadi suatu kemestian kerana UMNO memerlukan pemimpin yang mempunyai semangat Melayu tulin sebagai penerajunya

http://shahbudindotcom.blogspot.com
xxx2

Komen Anda

105 Responses to " Tindakan Nazir Menggoyang Kedudukan Najib "
bo said...
June 15, 2013 at 8:46 AM

Although it has been about six weeks after the elections, rallies after rallies have been held, with the attempt to provoke a similar Arab Spring in Malaysia.


bo said...
June 15, 2013 at 8:47 AM

Under the guise of explaining to the rakyat of purported election fraud and all, these rallies are actually held to provoke the people into an anger frenzy against the government.


bo said...
June 15, 2013 at 8:47 AM

Anwar Ibrahim, frustrated for being unable to capture Putrajaya, had cleverly told his boys to continue with the momentum.


bo said...
June 15, 2013 at 8:47 AM

This time around, another rally dubbed Black 505 will be held at Padang Merbok on June 22 despite that the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) had rejected the application to stage the gathering there on grounds that the field had been booked for a June 23 event by the Olympic Council of Malaysia (OCM).


bo said...
June 15, 2013 at 8:48 AM

OCM needs the field a day earlier to prepare for the event and had applied for use of the venue at the end of last year.


bo said...
June 15, 2013 at 8:48 AM

It is not like now that they have applied and OCM was given priority over the 505 rally, then it is unfair and not right.


bo said...
June 15, 2013 at 8:48 AM

However Pakatan will defy that and go ahead with its rally there, with our without approval.


bo said...
June 15, 2013 at 8:49 AM

They are probably hoping for a showdown with the authorities to further fuel hatred sentiment against the government.


bo said...
June 15, 2013 at 8:49 AM

It is even better if the police were to go on an offensive and fire tear gas at them. The more chaos the better is for Pakatan so that they can show to the international community that the people have been suppressed and all.


bo said...
June 15, 2013 at 8:49 AM

City Hall has given three reasons why the rally cannot be held in Padang Merbok. Firstly it is an open area. It will cause traffic congestion especially in Jalan Kuching, Jalan Raja Laut and Jalan Tuanku Abdul Rahman. It is located at the heart of the city where traffic is usually heavy and the opposition wants to hold the rally from 11am to 6pm. Those are peak hours for the city.


bo said...
June 15, 2013 at 8:50 AM

City Hall had spent RM300,000 to repair damages caused by participants of the Bersih 2.0 rally and would not want Padang Berbok to be damaged and City Hall having to bear the cost of repairs.


bo said...
June 15, 2013 at 8:50 AM

Secondly, City Hall needed to “protect” the decoration and landscape along Jalan Parlimen. Jalan Parlimen is a protocol road —which had been renovated and now has beautiful landscaping and relevant facilities. It is also a popular place for bicycling during weekends.


bo said...
June 15, 2013 at 8:50 AM

Thirdly, the place is already booked by OCM. The series of rallies that had been held would not resolve any political imbroglio. Anwar should be honest in telling the people what he hoped to accomplish from the rallies. The rallies will not help alter the political impasse in the country unless the people rise up to the occasion and create a riot.


bo said...
June 15, 2013 at 8:51 AM

But then the country will be screwed up with the country plagued in anarchy and unrest. There will be political and social disorder, not to mention foreign investors fleeing and rendering our stock market to its lowest level ever.


bo said...
June 15, 2013 at 8:51 AM

Against the backdrop of all these considerations, already some leaders are questioning Anwar’s objective to hold the rallies and had been conspicuously absent from such event


bo said...
June 15, 2013 at 8:51 AM

PAS Ulama Council chief Datuk Harun Taib had urged Pakatan to accept the election outcome gracefully, saying that continued street protests could lead to public disorder and instability.


bo said...
June 15, 2013 at 8:52 AM

Even PAS youth deputy chief Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, son of party spiritual leader Nik Abdul Aziz, is against street protests as a way to topple the government.


bo said...
June 15, 2013 at 8:52 AM

He said that he rejected such actions as Malaysia is protected by the constitution and democratic process. Kelantan Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob had also expressed disagreement with street violence to bring down the government.


bo said...
June 15, 2013 at 8:53 AM

PKR deputy president, Azmin Ali, a close confidante of Anwar also shared similar sentiment, describing the rallies as a waste of time and suggested that the party to move forward.


bo said...
June 15, 2013 at 8:54 AM

Azmin was conspicuously missing from the rally in Kelana Jaya on May 8. He was quoted as saying that “the cry for reform has to start as a whisper within our own hearts. Don’t drag the rakyat into our own failure.” Enough of the rallies already, Malaysia has to move forward.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:54 AM

majoriti balaci pembangkang mempromosi habis-habisan kenyataan CEO CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak kelmarin yang secara terbuka menyokong CEO Air Asia X, Azran Rani Othman yang bulan sudah mengecam akhbar Utusan Malaysia dan menyifatkannya sebagai akhbar rasis lanjutan penyiaran artikel bertajuk “Apa Lagi Cina Mahu” pada 7 Mei yang lepas.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:55 AM

Status Nazir sebagai adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah dorongan kepada promosi besar-besaran tersebut. Walhal dalam banyak hal sebelum ini, pembangkang menjadi Nazir sebagai batu loncatan untuk mengutuk Najib terutama dalam soal gajinya di CIMB.

Inilah politik, kalau ada peluang nak mengutuk, kutuk sajalah sekalipun bercanggah dengan banyak pandangan sebelumnya.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:55 AM

yang para balaci ini terlupa, di Malaysia dan dimana-mana tempat dalam dunia sekalipun, perbezaan pandangan politik antara adik beradik, waima anak dan bapa di negara ini adalah satu perkara yang biasa dan lumrah, tidak ada apa yang perlu diheboh-hebohkan.

Bukan balaci tak tahu, Ahli Parlimen Shah Alam, si Khalid Samad dan Ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Seri Shahril Samad pun adik beradik, walaupun satu UMNO dan satu PAS. Tapi sebab yang terlibat ini Najib, itu yang syok sangat mengutuk tu ya.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:56 AM

Lagipun, adakah satu undang-undang di dunia yang mengatakan kalau abang sokong A, adik beradik juga mesti sokong A? Inilah yang dinamakan bodoh tidak bertempat.

Dalam sibuk-sibuk pembangkang mempromosikan kebebasan bersuara dan semua yang berkaitan dengannya, fahaman di kalangan balacinya pula sangat berbeza.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:56 AM

Yang pasti dan paling penting sekali, kenyataan Nazir itu tidak mewakili pendirian Najib.

Najib seperti yang kita semua tahu, menyokong artikel tersebut kerana ia lebih berbentuk pertanyaan yang direkayaksakan sebagai isu perkauman oleh parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP. Hakikatnya, artikel tersebut juga adalah jauh lebih baik dari artikel-artikel akhbar Cina menjelang PRU lepas.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:56 AM

Sokongan Najib itu yang penting kepada orang Melayu dan ahli UMNO, sebab seperti yang kita semua tahu Melayu adalah antara kelompok terbesar yang memastikan kemenangan BN dalam PRU13 yang lepas.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:56 AM

Kalau Nazir nak ada pendirian berlainan dan menyokong Azran, itu apa ada kaitan dengan Najib?


Eja said...
June 15, 2013 at 10:06 AM

BOIKOT ANGKAT SUMPAH? SESUMPAH ATAU SAMPAH ~ Strategi Jual Publisiti Politik Murah Cara Anwar Menjengkelkan

Hasrat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba untuk mendapatkan simpati serta sokongan rakyat dengan mengajak Ahli Parlimen pembangkang memboikot majlis angkat sumpat Dewan Rakyat pada 24 Jun nanti, akhirnya memakan diri.

Pengumuman dan keputusan pemimpin DAP dan Pas untuk hadir pada majlis berkenaan dan tidak menyertai perancangan Anwar memberi tamparan kepada bakal Ketua Pembangkang itu, apabila tidak mendapat sokongan.


Eja said...
June 15, 2013 at 10:07 AM

BOIKOT ANGKAT SUMPAH? SESUMPAH ATAU SAMPAH ~ Strategi Jual Publisiti Politik Murah Cara Anwar Menjengkelkan

Keadaan bertambah parah, apabila anak emasnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan bahawa dia bersama dengan beberapa Ahli Parlimen PKR lain akan hadir pada majlis itu untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Pensyarah dan Penganalisa politik, Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata apa yang cuba dilkukan oleh Anwar itu hanyalah untuk mendapat perhatian, dan berkeyakinan bahawa Anwar akan hadir untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.


Eja said...
June 15, 2013 at 10:08 AM

BOIKOT ANGKAT SUMPAH? SESUMPAH ATAU SAMPAH ~ Strategi Jual Publisiti Politik Murah Cara Anwar Menjengkelkan

“Walaupun pihaknya menyatakan kehadiran melebihi 100 ribu pada perhimpunan yang diadakan di Kelana Jaya, namun dianggap gagal kerana ramai pemimpim pembangkang yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu diadakan,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan dirinya terus diingati, Anwar akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian dan pada persidangan Dewan Rakyat nanti sudah pasti dia akan memastikan dirinya terus mendapat perhatian masyarakat.

“Persidangan Dewan Rakyat akan digunakan oleh pembangkang untuk menyerang dan mencari kesilapan kerajaan seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sudah pasti dengan pertambahan Ahli Parlimen pembangkang pada persidangan kali ini, pembangkang mempunyai pelbagai strategi terutamanya Anwar,” katanya.


hoi! said...
June 15, 2013 at 10:09 AM

Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri


balai said...
June 15, 2013 at 10:21 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Dasar Transformasi Nasional yang diperkenal kerajaan Barisan Nasional (BN) jauh lebih baik daripada ''laungan reformasi'' dan demonstrasi yang dibawa pembangkang.


balai said...
June 15, 2013 at 10:30 AM

Perdana menteri berkata dalam tempoh empat tahun lepas, kerajaan BN membawa banyak perubahan kepada negara dan kesejahteraan untuk rakyat menerusi pelbagai bantuan dan inisiatif.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 10:35 AM

Beliau berkata antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah menguntungkan rakyat, malah dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan telah meyakinkan mereka, pelabur asing dan negara lain


Anonymous said...
June 15, 2013 at 10:39 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik
sekiranya masih diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.


terrorist said...
June 15, 2013 at 10:40 AM

tindakan Nazir mempertahankan airasia bukanlah isu besar.. bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang bersekongkol dengan kuasa asing termasuk pengganas sulu hanya kerana mahu merampas jawatan perdana menteri??


terrorist said...
June 15, 2013 at 10:42 AM

bagaimana pula dengan isu moral anwar yang sentias mencetuskan kontroversi berhubung video seks beliau dan juga skandal liwat?? berbanding dengan kenyataan Nazir, tindak-tanduk Anwar lebih besar isunya kerana beliau beriya2 mahu merampas kerajaan..


terrorist said...
June 15, 2013 at 10:44 AM

media2 pro pembangkang juga patut menyiarkan betapa racis, jahat dan kotornya permainan Pakatan ketika PRU13 lalu sehingga tergamak mengupah Red Bean Army untuk melancarkan penipuan, fitnah dan hasutan..


Anonymous said...
June 15, 2013 at 10:46 AM

Beliau berkata hanya BN yang dapat membuat perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor-sektor tertentu bagi meningkatkan pendapatan negara.


Karulnaim said...
June 15, 2013 at 10:53 AM

Kalau kita lihat rasanya ini hanyalah masalah dalaman kecil UMNO. Tidak ada pun isu besar dalam hal ini. Semua boleh diselesaikan dengan baik dan perbincangan.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 10:54 AM

Bagaimana pula dengan kes Azmin Ali dan Khalid Ibrahim? Itu pula mahu dikatakan apa.


Alias Dulah said...
June 15, 2013 at 10:55 AM

Sedangkan pengurusan parti PR sendiri pun tidak terurus inikan pula cuba untuk menyibuk hal parti lain.


Selasiah said...
June 15, 2013 at 10:56 AM

Yang pasti dalam umno suara ahli adalah penentu dalam membuat keputusan. Tidak dengan terburu-buru seperti PR lakukan. Sehinggakan Azmin mula menentang kepimpinan Anwar.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 10:56 AM

Percayalah dengan BN yang mana akan mampu memberikan yang terbaik kepada semua.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 10:57 AM

Semua keburukan yang diberkan itu hanyalah pandangan dan andaian daripada pihak pembangkang semata-mata.


Fredenan said...
June 15, 2013 at 10:57 AM

Sedangkan kita tidak tahu apa yang telah parti UMNO bincangkan dan lakukan dalam mencari jalan penyelesaian dalam masalah parti.


Andy T said...
June 15, 2013 at 10:59 AM

Mengenai cerita Presiden dan Timb. Presiden rasanya dalam UMNO tidak ada masalah. Mereka menentukan adakah dipertandingkan atau tidak dengan suara ahli.


Andy T said...
June 15, 2013 at 11:00 AM

Kalau dilihat sendiri dalam PR. Siapa presiden PKR? Tapi apa yang Presiden itu dapat lakukan? Tidak ada. Kerana malangnya presiden PKR sebelum dikuasai oleh Anwar. Anwar yang menentukan segalanya. Membuat keputusan semua ditanga Anwar. Azizah hanya sebagai boneka yang diarah oleh Anwar.


Selasiah said...
June 15, 2013 at 11:02 AM

Jadi kita dapat nilai sendiri semua ini. Anwar dalam PR lebih berkuasa berbanding dengan pemimpin PR yang lain. Jadi rasanya ahli PR disaran supaya berhati-hati. Jangan menyesal nanti keluar PR lepas tu sertai BN.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 11:05 AM

Bila ada pelaburan besar, hasil kerajaan akan bertambah dan kita akan gunakan pendapatan itu untuk memberi bantuan kepada rakyat.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 11:08 AM

perubahan mendadak dalam pentadbiran sesebuah negara tidak mungkin akan memberi kesan yang lebih baik.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 11:13 AM

“Kesan daripada perubahan yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan mata wang jatuh, inflasi meningkat, pelancongan lumpuh dan keselamatan negara tidak terjamin. "


Anonymous said...
June 15, 2013 at 11:15 AM

kejayaan pimpinan BN membangunkan negara sehingga kini telah meyakinkan semua pihak dan buktinya dapat dilihat ketika rombongan perdana menteri melawat Gaza, Palestin baru-baru ini.


talktothehand said...
June 15, 2013 at 11:34 AM

IBARAT bulan jatuh ke riba, majoriti balaci pembangkang mempromosi habis-habisan kenyataan CEO CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak kelmarin yang secara terbuka menyokong CEO Air Asia X, Azran Rani Othman yang bulan sudah mengecam akhbar Utusan Malaysia dan menyifatkannya sebagai akhbar rasis lanjutan penyiaran artikel bertajuk “Apa Lagi Cina Mahu” pada 7 Mei yang lepas.

Status Nazir sebagai adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah dorongan kepada promosi besar-besaran tersebut. Walhal dalam banyak hal sebelum ini, pembangkang menjadi Nazir sebagai batu loncatan untuk mengutuk Najib terutama dalam soal gajinya di CIMB.

Inilah politik, kalau ada peluang nak mengutuk, kutuk sajalah sekalipun bercanggah dengan banyak pandangan sebelumnya.


talktothehand said...
June 15, 2013 at 11:34 AM

Walaupun begitu, yang para balaci ini terlupa, di Malaysia dan dimana-mana tempat dalam dunia sekalipun, perbezaan pandangan politik antara adik beradik, waima anak dan bapa di negara ini adalah satu perkara yang biasa dan lumrah, tidak ada apa yang perlu diheboh-hebohkan.

Bukan balaci tak tahu, Ahli Parlimen Shah Alam, si Khalid Samad dan Ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Seri Shahril Samad pun adik beradik, walaupun satu UMNO dan satu PAS. Tapi sebab yang terlibat ini Najib, itu yang syok sangat mengutuk tu ya.


talktothehand said...
June 15, 2013 at 11:35 AM

Lagipun, adakah satu undang-undang di dunia yang mengatakan kalau abang sokong A, adik beradik juga mesti sokong A? Inilah yang dinamakan bodoh tidak bertempat.

Dalam sibuk-sibuk pembangkang mempromosikan kebebasan bersuara dan semua yang berkaitan dengannya, fahaman di kalangan balacinya pula sangat berbeza.


talktothehand said...
June 15, 2013 at 11:35 AM

Yang pasti dan paling penting sekali, kenyataan Nazir itu tidak mewakili pendirian Najib.

Najib seperti yang kita semua tahu, menyokong artikel tersebut kerana ia lebih berbentuk pertanyaan yang direkayaksakan sebagai isu perkauman oleh parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP. Hakikatnya, artikel tersebut juga adalah jauh lebih baik dari artikel-artikel akhbar Cina menjelang PRU lepas.


talktothehand said...
June 15, 2013 at 11:35 AM

Sokongan Najib itu yang penting kepada orang Melayu dan ahli UMNO, sebab seperti yang kita semua tahu Melayu adalah antara kelompok terbesar yang memastikan kemenangan BN dalam PRU13 yang lepas.

Kalau Nazir nak ada pendirian berlainan dan menyokong Azran, itu apa ada kaitan dengan Najib?


Mas said...
June 15, 2013 at 12:04 PM

Kepimpinan tertinggi parti Umno yang sedia ada perlu dikekalkan jika mahu kestabilan ekonomi, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini mengulas tentang pemilihan parti itu yang perlu diadakan hujung tahun ini.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:05 PM

Timbalan menteri kewangan itu menegaskan sekiranya jawatan presiden dan timbalan presiden dicabar pada pemilihan parti ia hanya mewujudkan perpecahan dikalangan ahli, serta tidak menolak rakyat akan lebih menjauhi parti tersebut.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:05 PM

“Apabila berlaku pertembungan besar, maka akan berlaku kem A dan kem B, team A dan B.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:06 PM

“Ini tidak bagus dan rakyat akhirnya meluat apabila ia berlaku,” kata Ahmad selepas ditemui pemberita semasa membuat lawatan ke Bursa Malaysia di sini.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:07 PM

Menurut Ahmad (gambar), sekiranya situasi cabar-mencabar berlaku pada pemilihan parti, beliau tidak menolak keadaan tersebut akan menjejaskan kestabilan kepada kerajaan dan seterusnya kepada pasaran saham.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:08 PM

“Di antara punca utama kenapa pelabur datang ke negara adalah kerana kestabilan politik dalam negara dan ini kita mesti teruskan,” katanya.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:09 PM

Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, BN berjaya mengekalkan penguasaan terhadap Putrajaya tetapi hanya memperoleh 49 peratus undi popular buat kali pertama dalam sejarah semenjak 1969 berbanding lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat 51 peratus undi popular.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:10 PM

Walau bagaimanapun, Ahmad tetap bertegas prestasi Umno dalam pilihan raya kali adalah yang terbaik dibawah kepimpinan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin, serta tidak wajar untuk pihak lain mencabar kedua-dua mereka.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:10 PM

“Kita telah buat kenyataan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak wajar ditandingi. Sebabnya, kejayaan presiden dan timbalan presiden Umno meningkatkan 79 kerusi kepada 88 kerusi Umno pada pilihan raya umum yang lalu,” ujar Ahmad lagi.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:11 PM

Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi turut senada yang tidak bersetuju supaya kedua-dua jawatan tersebut dipertandingkan memandangkan tiada pemimpin berpotensi untuk menjadi pengganti.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:11 PM

“Secara peribadi saya tidak nampak siapa yang berpotensi berada di kerusi mereka,” katanya .


Mas said...
June 15, 2013 at 12:12 PM

Pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde dilaporkan melahirkan kebimbangan November lalu terhadap aliran masuk pelaburan luar negara (FDI) ke Malaysia, hutang awam yang tinggi dan risiko ketidaksamaan pendapatan.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:12 PM

Hutang negara juga mencecah kepada 53 peratus KDNK — menghampiri siling 55 peratus — naik daripada 43 peratus pada tahun 2008.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:13 PM

Penganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.


Ashley said...
June 15, 2013 at 12:16 PM

Kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri mahupun presiden Umno tidak akan tergugat sekalipun ada pihak yang cuba mencabar beliau pada pemilihan jawatan parti hujung tahun ini mahupun membuat usul undi tidak percaya terhadap dirinya.


Mas said...
June 15, 2013 at 12:16 PM

Bulan lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu mengekalkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak.


Ashley said...
June 15, 2013 at 12:17 PM

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) di Malaysia, Datuk Prof Dr Zainal Kling berkata kedudukan Najib sebaliknya akan menjadi lebih kukuh apabila ahli Umno dan rakyat terus menyatakan sokongan kepada kepimpinannya yang dilihat lebih berani berdepan dengan cabaran mendatang.


Ashley said...
June 15, 2013 at 12:18 PM

"Saya ingat Datuk Seri Najib Razak sendiri agak yakin secara peribadi untuk membentuk semula kaedah pilihan raya di dalam Umno."Umno dengan lebih luas pemilihannya di bahagian cawangan-cawangan, jadi barangkali beliau sendiri sudah jangkakan dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabarannya dan kalau Tengku Razaleigh sendiri mahu mencabarnya, saya kira tidak mempunyai masalah," katanya.


Ashley said...
June 15, 2013 at 12:19 PM

Zainal berkata demikian sebagai mengulas spekulasi yang tersebar luas mengatakan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sedang merayu undi sokongan terutama di kalangan pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mencabar Najib.


Ashley said...
June 15, 2013 at 12:19 PM

Spekulasi itu juga mendakwa Razaleigh telah bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk menerokai sebarang kemungkinan yang membolehkan beliau mencabar Najib sama ada sebagai perdana menteri mahupun sebagai presiden Umno.


ti said...
June 15, 2013 at 11:33 PM

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang mengangkat sumpah diminta menghormati lafaz mulia itu dan menunaikan amanah yang diberikan rakyat itu dengan penuh tanggungjawab.


ti said...
June 15, 2013 at 11:34 PM

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan, jawatan sebagai ADUN bukannya untuk bermegah tetapi sebaliknya perlu bekerja keras untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.


ti said...
June 15, 2013 at 11:34 PM

''Saya minta semua ADUN terutama daripada Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat kepada rakyat sebagai keutamaan tertinggi," katanya


ti said...
June 15, 2013 at 11:35 PM

Musa juga mengingatkan para ADUN supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa mereka harus mengemukakan persoalan dengan bersopan dan berwibawa semasa sesi perbahasan nanti.


ti said...
June 15, 2013 at 11:35 PM

Dalam majlis itu, beliau mengetuai barisan seramai 48 ADUN yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.


asraf said...
June 16, 2013 at 8:13 PM

Anggota Umno diseru agar mengimbangi antara prinsip perpaduan dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada perhimpunan agung akan datang demi memelihara keutuhan dan kesejahteraan parti.


asraf said...
June 16, 2013 at 8:14 PM

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jika dua prinsip itu gagal diseimbangkan setiap anggota parti, Umno mungkin boleh terjerumus dalam perpecahan.


asraf said...
June 16, 2013 at 8:15 PM

“Tetapi pada masa sama prinsip demokrasi perlu diseimbangkan dengan prinsip perpaduan kerana keseimbangan terhadap dua prinsip ini akan membawa kesepakatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Pengundi Rembau di kediamannya di Gadong, di sini hari ini.


asraf said...
June 16, 2013 at 8:15 PM

Sambil mengambil contoh pemilihan parti pada 2008 lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang dipertandingkan pada waktu itu telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru sehingga menyebabkan ia berpecah kepada tiga puak.


asraf said...
June 16, 2013 at 8:16 PM

“Tetapi itu tidak menjadi masalah dalam demokrasi namun ia membawa kesan kepada perpaduan dan perpaduan amat penting kepada parti untuk menjadi lebih kuat sekali gus memastikan kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.


asraf said...
June 16, 2013 at 8:17 PM

Bagaimana pun katanya, semua itu terletak dalam tangan angota parti untuk menentukan keputusan pada pemilihan parti itu nanti.


Anonymous said...
June 17, 2013 at 9:21 AM

HARAPKAN PAGAR..PAGAR MO MAKAN PADI!!! PM NAJIB WAJAR MEMBUANG ADIKNYA DARIPADA MENGURUS GLC INI. INCOME DARI UMNO KEPADA ADIKNYA SAMPAI 700RIBU SEBULAN, TAPI SUDAH LUPA DIRI SEDANGKAN MATI2 ADIKNYA INI BEKERJA UNTUK BANK UMNO


Anonymous said...
June 17, 2013 at 10:59 AM

NAJIB MESTI DI TUKAR UNTUK MEMBOLEHKAN KEMADIRIAN UMNO ..... NAMA PM DAH KOTOR DEK BANYAK TOHMANAHAN ISU MORALNYA....


mantera said...
June 17, 2013 at 11:18 AM

Kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri mahupun presiden Umno tidak akan tergugat sekalipun ada pihak yang cuba mencabar beliau pada pemilihan jawatan parti hujung tahun ini mahupun membuat usul undi tidak percaya terhadap dirinya.


mantera said...
June 17, 2013 at 11:42 AM

Saya ingat Datuk Seri Najib Razak sendiri agak yakin secara peribadi untuk membentuk semula kaedah pilihan raya di dalam Umno.


mantera said...
June 17, 2013 at 11:42 AM

Umno dengan lebih luas pemilihannya di bahagian cawangan-cawangan, jadi barangkali beliau sendiri sudah jangkakan dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabarannya dan kalau Tengku Razaleigh sendiri mahu mencabarnya, saya kira tidak mempunyai masalah


mantera said...
June 17, 2013 at 11:42 AM

Zainal berkata demikian sebagai mengulas spekulasi yang tersebar luas mengatakan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sedang merayu undi sokongan terutama di kalangan pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mencabar Najib.


mantera said...
June 17, 2013 at 11:43 AM

Spekulasi itu juga mendakwa Razaleigh telah bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk menerokai sebarang kemungkinan yang membolehkan beliau mencabar Najib sama ada sebagai perdana menteri mahupun sebagai presiden Umno.


Najib Ucap Terima Kasih! said...
October 18, 2013 at 8:52 PM

Tahniah dan syabas setingginya diucapkan kepada rakyat yang memberi undi dan sokongan padu kepada UMNO/BN terutamanya rakyat luar bandar, pendalaman, rancangan-rancangan FELDA, para pengundi pos dan awal.


Najib Ucap Terima Kasih! said...
October 18, 2013 at 8:54 PM

Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istana Negara, jam 4.08 petang tadi.

Istiadat mengangkat sumpah itu disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM sehari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Najib yang juga Pengerusi BN mengetuai PRU-13 dengan memperoleh kemenangan 133 kerusi Parlimen.


Najib Ucap Terima Kasih! said...
October 18, 2013 at 8:54 PM

Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada istiadat itu, Najib menyembah warkah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan terhadap senarai Jemaah Menteri dan Timbalan.


Najib Ucap Terima Kasih! said...
October 18, 2013 at 8:55 PM

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.


Najib Ucap Terima Kasih! said...
October 18, 2013 at 8:56 PM

Setiap rakyat mahu melihat pemimpinnya bersemangat dalam tempoh 100 hari. Dan setiap pemimpin mahukan rakyat KAGUM dengan kesungguhan beliau mentadbir dalam tempoh 100 hari.


Najib Ucap Terima Kasih! said...
October 18, 2013 at 8:57 PM

Sebelum PRU-13, Najib, mungkin atas nasihat para penasihat beliau, memakai baju kaum India dan menjadi bahan ketawa rakyat apabila beliau menyarung pakaian kaum tionghua dan memalu gendang, untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Tionghua yang kesudahannya kaum Cina sendiri naik muak dan membuat keputusan menyokong Pakatan Rakyat.

Sepanjang hari raya ini, Najib dipersendakan dengan iklan di atas. Apakah Najib masih tidak dapat membaca mesej dari akar umbi?

Iklan ini hanya menggambarkan betapa orang sudah hilang rasa hormat pada beliau, dihina begitu cara dan kredibiliti di tahap rendah dan kini Najib menjadi bahan gurau senda komuniti siber.


Najib Ucap Terima Kasih! said...
October 18, 2013 at 8:57 PM

Apakah Najib dan penasihat-penasihat beliau serta pemimpin-pemimpin BN tidak menyedari perkara ini?

Tiada apa yang istimewanya 100 hari pertama dalam mandat pertama Najib sebagai Perdana Menteri.

Hanya yang menarik perhatian kita ialah betapa ramainya ditembak mati saban hari. Semalam peniaga nasi kukus yang berkain pelikat pun ditembak mati.

Dan kalau mengikut Perdana Menteri, kita kena menunggu sidang Parlimen bulan September nanti untuk melihat satu usaha konkrit untuk menangani isu jenayah.

Yang jelas sepanjang 100 hari ini, kita tidak lagi melihat Najib, Rosmah Mansor dan para menteri mengangkat jari telunjuk untuk mempromosikan 1MALAYSIA.

Hidup lagi kah semangat 1MALAYSIA?


Najib Ucap Terima Kasih! said...
October 18, 2013 at 8:58 PM

Bagi kita, 4 tahun pertama Najib sebagai Perdana Menteri adalah 4 tahun yang terbaik yang mampu beliau usahakan. Tidak mungkin 5 tahun yang akan datang akan menjadi 5 tahun yang terbaik dalam karier beliau sebagai Perdana Menteri.

Tetapi malangnya, Perdana Menteri tidak dipilih rakyat. Sebaliknya rakyat diarah memilih beliau sebagai Perdana Menteri. Itulah sebabnya hampir setiap hari kita akan didendangkan dengan kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu untuk memastikan jawatan No 1 dan No 2 tidak dipertandingkan.

Sepanjang 100 hari ini, bukan sahaja Najib longlai, Kabinetnya turut longlai.

Ada di antara Menteri-Menteri Kabinet beliau mem"BISU" dan rakyat sendiri tertanya-tanya apa yang sedang mereka rancangkan untuk negara.

Ada Menteri yang dicop sebagai MENTERI CAP AYAM.

Ada Menteri yang sehingga hari ini masih belum bercakap di Parlimen (Idris Jala mencipta rekod dengan tidak pernah bercakap di Parlimen).


Vogok Salai said...
October 18, 2013 at 8:59 PM

Taniah Rakyat MAlaysia kerana memilih Najid sebagai perdana Menteri!!!!!!


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx