Friday, June 7, 2013

GAMBAR & VIDEO Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.

Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.

Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.

Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan.

Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat. -astro











xxx2

Komen Anda

77 Responses to " GAMBAR & VIDEO Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh "
Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:27 PM

The rescue operation at the collapsed ramp of the Second Penang Bridge is a failure and is now mere “clearing work”, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:28 PM

Lim, who today visited the site where a car is still trapped underneath the rubble of the collapsed ramp, said rescue efforts had failed.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:28 PM

The 40m section of the ramp collapsed at about 7pm yesterday, injuring three people while a car with at least one victim is buried underneath.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:28 PM

The ramp is part of the Batu Maung Interchange project which is Package 3A of the Second Penang Bridge project being constructed by local contractor Cergas Murni.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:28 PM

Lim was disappointed that 18 hours after the incident nothing effective had been done. “We are not blaming the Fire and Rescue Department personnel or the police as they have done their part but this is an engineering problem as an engineer should have taken charge and provide an engineering solution to the rescue work,” he said at a press conference at the site.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:28 PM

Lim said there are two aspects to the incident — the first is to determine how it could have happened and second is on the failure of the rescue efforts.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:29 PM

“Last night we can see the extent of the operations where there are so many issues where even the crane broke down and hampered the rescue operation,” he said. He said the engineer in charge of the project should be involved in the operations and that there must be coordination.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:29 PM

As at 2pm, rescue and clearing work was still going on to free the car trapped underneath the hundreds of tonnes of concrete rubble.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:29 PM

Lim said the Penang Island Municipal Council had also issued an immediate stop-work order for all work on the site except for remedial work.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 2:29 PM

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) had told the contractor, Cergas Murni, to stop work on the affected site yesterday.


Anonymous said...
June 8, 2013 at 4:45 PM

Jambatan dibina sepatutnya kukuh
Jika spesifikasi ikut dan patuh
Kenapa tetiba boleh runtuh
Perlu siasat secara menyeluruh~

Jangan bersikap acuh tak acuh
Projek rakyat jangan ditangguh
Murka Allah bagi yang angkuh
Balasan datang tanpa tertangguh~

Kita bina jambatan
Bukan buat reban
Bila dana awam salahguna
Rakyat terkorban jadi mangsa~

Bila projek awam dijadikan publisiti
Terimalah kecaman berlakunya tragedi~


Anonymous said...
June 8, 2013 at 6:24 PM

LAPOR KE SPRM TAPI BOLEH PERCAYA KE SPR + M


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:41 PM

UEM Builders Bhd pada Jumaat menjelaskan bahawa syarikat itu bukan kontraktor utama bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:41 PM

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, UEM Builders berkata, syarikat itu hanya bertanggungjawab bagi kerja-kerja struktur besar rentangan bagi jambatan (Pakej 2) dan tidak terlibat dalam pembinaan bahagian lain jambatan berkenaan.


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:42 PM

“Oleh itu, syarikat tidak terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan kontraktor yang dilantik untuk membina Pakej A, Persimpangan Batu Maung,” katanya.


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:42 PM

Kenyataan itu juga menyenaraikan penerangan projek dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan jambatan berkenaan.


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:43 PM

Daripada laman sesawang Jambatan Kedua Sdn Bhd, senarai menunjukkan kontraktor bagi Pakej 3A ialah Cergas Murni Sdn Bhd.


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:43 PM

Kenyataan itu dikeluarkan susulan terdapat laporan yang mendakwa UEM Builders sebagai kontraktor utama bagi jambatan tersebut.


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:44 PM

Jalan tanjakan persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang sedang dibina di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu here, runtuh kira-kira pukul 7.15 petang Khamis.


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:44 PM

Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd pada Khamis berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan struktur jambatan yang dalam pembinaan tetapi hanya membabitkan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur di Pakej 3A laluan keluar dari jambatan ke lebuh raya di bahagian pulau.


rafizi said...
June 8, 2013 at 6:45 PM

Jurucakap itu berkata, projek pembinaan itu diurus kontraktor Cergas Murni, yang mempunyai rekod yang baik dalam kerja pembinaan jambatan sebelum kejadian itu.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 11:19 PM

"Therefore, the company is not involved and has no connection with the appointed contractor to build a package, Crossroads Batu Maung," he said.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 11:19 PM

In a statement on Friday, UEM Builders, said the company is only responsible for major structural works span of the bridge (Package 2) and was not involved in the construction of other parts of the bridge.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 11:19 PM

Second Bridge Sdn Bhd spokesman on Thursday said the incident did not involve the construction of a bridge structure but involving only concrete ramps and steel rails in Package 3A connector exit from the highway bridge at the island.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 11:19 PM

Road intersection ramps Second Penang Bridge, which was built on Highway Tun Dr Lim Chong Eu here, collapsed about 7:15 pm Thursday.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 11:19 PM

The web site of the Second Bridge Sdn Bhd, the list shows the contractor for Package 3A is Pure Fitness Inc.


Kamir said...
June 11, 2013 at 7:37 AM

Punca runtuhan ini harus disiasat.


Shinia said...
June 11, 2013 at 7:44 AM

Walaubagaimanapun, tindakan untuk membaiki lagi retakan structure harus diambil.


James said...
June 11, 2013 at 7:51 AM

Susah nak bayangkan jika jambatan ini telah mula digunakan oleh golongan awam, sudah pasti ada banyak kematian.


LimYT said...
June 11, 2013 at 7:52 AM

Adakah ini berkaitan dengan rasuah?


Daniel said...
June 11, 2013 at 7:53 AM

Kontraktor harus memberi penjelasan dan mengambil langkah yang wajar.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 11:50 AM

perjelaskan punca kejadian ini.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:24 PM

Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion itu mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan susulan kejadian tanjakan runtuh Khamis lepas. Walaubagaimanapun, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata mereka akan berusaha mengikut jadual.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:24 PM

Pengarah Pembinaan JKSB Mohd Ashari Alias berkata pihaknya kehilangan masa kerja ekoran pemberhentian kerja-kerja pembinaan selepas lokasi kejadian diserah kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) untuk tujuan siasatan.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:25 PM

Kerja-kerja siasatan itu dijangka mengambil masa sebulan dan kami hanyaboleh menyambung semula kerja selepas siasatan selesai, katanya ketika dihubungi Bernama.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:25 PM

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 16.9 km daripadanya berada di atas permukaan air dijadual siap pada September ini, namun kini mungkin lewat selama dua bulan kepada November.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:26 PM

Beliau berkata walaupun kejadian itu membabitkan Tanjakan Dua yang menghubungkan Batu Maung ke jambatan, namun kerja di tiga lagi tanjakan turut dihentikan.

Jelas beliau tiga lagi tanjakan ialah Tanjakan Satu yang menghubungkan jambatan dengan George Town, Tanjakan Tiga (jambatan ke Batu Maung) dan Tanjakan Empat (George Town ke jambatan).


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:27 PM

JKSB merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan dan ditubuhkan pada 9 Julai 2008 bagi membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara jambatan itu yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau, Pulau Pinang.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:42 PM

Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:42 PM

Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:42 PM

Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:43 PM

Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:43 PM

nampak bahagian yang runtuh ada lagi struktur2 'scaffolding' , maksudnya runtuh masa kerja pembinaan sedang dijalankan , dan bukan masa struktur itu siap sepenuhnya


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:43 PM

Kemalangan berlaku semasa 'work in progress' berdasarkan struktur2 scaffolding yang turut runtuh .


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:44 PM

jambatan ini dibina oleh China Harbour Engineering Co Ltd dengan kerjasama UEM Construction Sdn Bhd. Rekabentuk jambatan kedua ini dibuat oleh Malaysian Highway Authority dan UEM Builders. UEM Construction da UEM Builders adalah anak syarikat UEM Group (United Engineer Malaysia Berhad).


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:44 PM

syarikat ini mempunyai track record yang baik untuk projek2 yang lepas. Kejadian sebahagian struktur yang runtuh ini mungkin disebabkan kelemahan dalam 'supervision' semasa struktur dibina dan pelbagai lagi faktor kejuruteraan yang lain . Tak perlu salahkan parti politik mengenai hal2 berkaitan kejuruteraan ini, agak jelas hal2 sebegini adalah 'human error' .


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:44 PM

Bagi mereka yang biasa terlibat dalam industri minyak dan gas, memang banyak kemalangan2 berkaitan 'human error' tak di report pada 'public' (scaffolding runtuh, oil leakage,platform terbakar, tug boat tenggelam dan sebagainya) . Takkan semua ni nak dikaitkan dengan politik ?


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:45 PM

Pembinaan jambatan ke-2 Penang adalah sesuatu yang besar , hal2 berkenaan pembekalan bahan dan sebagainya memang melalui proses2 yang teliti . Perlu ada sijil2 dan pengiktirafan badan2 tertentu .


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:45 PM

Kalau pembinaan jambatan ke-2 Penang ini kurang kualitinya mengapa sekarang baru ada struktur yang runtuh , tetapi struktur yang ada di tengah2 laut masih teguh ? Juga perlu diingat , UEM Construction juga adalah kontraktor yang sama membuat kerja2 pelebaran Jambatan Pulau Pinang (yang sedia ada) . Dan sehingga sekarang tiada struktur yang dilebarkan itu gagal .


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:55 PM

Siapakah yang harus ditanya mengenai masalah ini? Adakah Datuk Najib?


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:56 PM

Lim Guan Eng mana kenyataan anda mengenai perkara ini?


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:58 PM

Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof berkata punca sebenar insiden runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang perlu segera dikenalpasti bagi mengelak berulangnya kejadian seumpamanya.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:59 PM

Kita kena kaji keseluruhan insiden untuk dijadikan rujukan jangka panjang. Kalau libatkan kelemahan daripada segi SOP maka kita kena cari jalan untuk tambah baik.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:00 PM

Walaupun aspek keselamatan di tapak pembinaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Kementerian Sumber Manusia, namun pihaknya masih perlu menjalankan siasatan memandangkan semua lebuh raya di negara ini dipantau oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di bawah kementeriannya.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:02 PM

Dalam masa yang sama, nampak paling sibuk sekarang ialah ahli-ahli politik DAP yang menguasai kerajaan negeri tersebut.

Biasanya DAP tidak peduli pun kalau berlaku bencana besar di negara kita, tapi dalam kes ini nampaknya berbeza. Dengan tidak berlengah-lengah lagi, para pembesar DAP berkumpul di tapak tragedi, atas sebab yang mereka saja tahu.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:02 PM

Siasat punya siasat, rupanya-rupanya kontraktor yang dianugerahkan kontrak untuk membina seksyen tersebut, Cergas Murni Sdn Bhd adalah dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:03 PM

Tahun 2010, DAP sudah ambil alih Pulau Pinang.

Maka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku. Guan Eng tambah gelabah lagi apabila meminta siasatan dijalankan, bukan sahaja pada bahagian yang runtuh, tapi keseluruhan jambatan kedua Pulau Pinang tersebut.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:03 PM

Tak susah nak mengagak kenapa Guan Eng keluar kenyataan seumpama itu – dia tidak mahu soal PDC menganugerahkan kontrak bagi seksyen yang runtuh, diperbesarkan orang ramai, kelak nanti ada pulak tuduhan rasuah dan sebagainya.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:03 PM

Pihak-pihak berkaitan seperti SPRM perlu siasat jika ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan semasa penganugerahan kontrak tersebut dan sama ada PDC yang dipengerusikan Guan Eng, telah melihat kelayakan kontraktor terbabit mengikut prosedur sedia ada sebelum penganugerahan kontrak.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:03 PM

Kita minta siasat, kita tak tuduh apa lagi. Kita tak hina macam bapak Guan Eng yang semasa berlaku kejadian bot karam di Sarawak, menunding jari kepada BN kerana berlakunya tragedi tersebut.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:06 PM

Walaupun kita tak main game itu, tapi plotnya lebih kurang sama dan Guan Eng perlu tampil menjawab serta membenarkan siasatan dijalankan ke atasnya bagi menentukan semuanya mengikut peraturan yang disediakan.


ruji said...
June 13, 2013 at 5:06 PM

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pulau Pinang mendapati kontraktor yang terlibat dalam pembinaan tanjakan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh Khamis lepas, gagal mendaftar sebilangan pekerjanya dengan lembaga itu.


ruji said...
June 13, 2013 at 5:06 PM

Pengarah CIDB Pulau Pinang Ir Raslim Salleh berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati pekerja kontrak di situ tidak memiliki kad industri binaan atau kad hijau.


ruji said...
June 13, 2013 at 5:06 PM

"Kalau ikut rekod kami dan siasatan awal memang pekerja kontrak di situ tidak memiliki kad hijau dan CIDB akan mengambil tindakan sewajarnya. Kontraktor utama memang berdaftar dengan kami.


ruji said...
June 13, 2013 at 5:07 PM

Operasi bersepadu itu turut disertai beberapa agensi lain seperti Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) dan Rela.


ruji said...
June 13, 2013 at 5:07 PM

Raslim berkata CIDB akan mengambil tindakan terhadap kontrakor yang terlibat mengikut Akta 520 CIDB kerana syarikat terbabit gagal mendaftarkan pekerja dengan lembaga berkenaan.


ruji said...
June 13, 2013 at 5:08 PM

Beliau bagaimanapun tidak boleh mengulas lanjut insiden berkenaan kerana siasatan sedang dijalankan termasuk oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh).


ruji said...
June 13, 2013 at 5:08 PM

Dalam kejadian petang Khamis lepas, penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini runtuh menyebabkan seorang maut manakala tiga yang lain cedera.


Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim said...
June 15, 2013 at 11:04 AM

Sila baca tulisan saya dari sudut kejuruteraan awam dalam, “Teori runtuhnya jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang”.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/teori-runtuhnya-jalan-penyambung-susur.html


may said...
June 27, 2013 at 3:57 PM

Malaysia dikejutkan dengan tragedi yang sungguh tidak dijangka beberapa hari yang lalu berlaku di Pulau Pinang apabila penebat kilat yang didirikan di Ibu Pejabat UMNO negeri itu tumbang dan jatuh ke atas jalanraya ketika ribut kuat melanda sehingga mengakibatkan kerosakan teruk beberapa buah kenderaan serta membawa kematian terhadap seorang warga India dan terbaru seorang rakyat Pulau Pinang keturunan Cina dipercayai turut terkorban.


may said...
June 27, 2013 at 3:57 PM

Kejadian tersebut sebenarnya berpunca dari bencana alam yang sudah pasti tidak dapat dihindari mana-mana pihakpun namun pemimpin-pemimpin DAP dikatakan mula memainkan kejadian itu sebagai isu politik untuk menyalahkan UMNO dan difahamkan juga kejadian itu telah menjadi perbualan hangat rakyat Pulau Pinang malah ada yang mengusulkan kepada DAP agar mengemukakan saman ke atas UMNO berikutan kematian seorang lelaki dalam tragedi itu.


may said...
June 27, 2013 at 3:57 PM

Jika rakyat Pulau Pinang khususnya mereka yang berketurunan Tiong Hua bersikap adil dan rasional dalam perkara seperti ini tentu sekali mereka tidak akan melihat kejadian tersebut sebagai isu perkauman yang harus dipolitikkan tetapi sekiranya mereka masih juga berkeras mahu mengheret isu kematian lelaki berkenaan sebagai isu politik serta perkauman maka mereka juga jangan terkejut jika pihak yang satu lagi turut bertindak serupa dengan membangkit semula dua kejadian kemalangan akibat kecuaian manusia yang telah berlaku pada awal tahun 2010 sebelum ini.


may said...
June 27, 2013 at 3:58 PM

Kita semua rakyat Malaysia tentu masih ingat dengan kejadian seorang penuntut di UiTM iaitu Mohd. Bakri bin Mohd. Bazli yang dilanggar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sekinchan, Selangor Ng Swee Lim berdekatan lampu isyarat pada 7 February 2010 jam 11:50 malam yang dipercayai memandu dalam keadaan diri di bawah pengaruh alkohol.


may said...
June 27, 2013 at 3:58 PM

Kejadian ini tidak mendapat liputan meluas daripada pihak media terutama media pembangkang mungkin kerana yang melanggar adalah dari pihak mereka manakala yang kena langgar pula bukan Teoh Beng Hock, Chin Peng atau Ah Chai tetapi seorang pemuda Melayu yang agaknya dianggap sebagai orang UMNO oleh pihak pembangkang maka itulah sebab kejadian tersebut menjadi dingin dan hampir dilupakan.


may said...
June 27, 2013 at 3:59 PM

Begitu juga satu lagi kejadian yang membawa maut kepada seorang Askar Melayu di-Raja, Mohd. Salleh Hamdan yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya setelah dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang dinaiki Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR. Kejadian berlaku jam 9 malam 13 Mac 2010 di KM49, Jalan Johor-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi Johor.


may said...
June 27, 2013 at 4:00 PM

Kedua-dua kejadian di atas ini berpunca dari kelalaian atau kecuaian manusia yang boleh dielak jika memandu kenderaan dalam keadaan berhemah, bersabar dan bertimbang rasa. Namun oleh kerana sikap angkuh dan bongkak mereka yang sudah biasa serta kerap mencabul undang-undang negara ini, maka kedua-dua kes ini seakan-akan semakin dilupakan kerana pihak BN tidak menggunakan kejadian seumpama itu sebagai bahan untuk dijadikan satu isu atau modal politik.


may said...
June 27, 2013 at 4:00 PM

usteru itu, seandainya DAP mahu menggunakan kes kejadiaan ribut yang menumbangkan penebat kilat di bangunan UMNO itu yang menyebabkan dua kematian sebagai isu politik di samping sebagai senjata baru mereka untuk menghasut rakyat Pulau Pinang agar terus membenci kerajaan BN terutamanya UMNO, maka DAP ataupun Pakatan Pembangkang kena bersedia untuk berdepan dengan dua isu lama itu yang melibatkan pihak mereka secara langsung.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx