Wednesday, June 26, 2013

Terima Keputusan PRU-13, Tolak Penyelewengan

Walaupun Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu, gagasan itu tetap membantah penyelewengan dan kepincangan yang didakwa berlaku di dalam sistem pilihan raya.

Malah bukan sahaja Pakatan yang memfailkan petisyen mahkamah terhadap keputusan pilhanraya, Umno-BN juga telah memfailkan petisyen terhadap keputusan di dalam 21 kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

MP Pandan, Rafizi Ramli berkata, Pakatan sentiasa menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka, namun ia tidak bermakna gabungan itu perlu berdiam diri dan akur sepenuhnya terhadap pengendalian sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menegaskan, tindakan memfailkan petisyen yang dilakukan Pakatan pada awal Jun lalu bagi memastikan sistem pilihan raya tidak akan terjejas di masa akan datang.

“Menerima keputusan PRU tidak bermakna kita mengabaikan dan menutup sepenuhnya bab pilihan raya ini tetapi pendedahan mengenai penyelewengan sistem PRU harus diteruskan.

“Ini bukan sahaja mengenai PRU yang lalu, tetapi mengenai integriti sistem pilihan raya di masa akan datang.

Kami akan bekerja keras untuk memastikan penyelewengan dan ketirisan tidak lagi berlaku,” katanya.

Beliau mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena upcara perasmian Persidangan Dewan Rakyat Penggal ke-13, di sini hari ini.

Di dalam titahnya, Yang di-Pertuan Agong menyeru kepada semua Ahli Parlimen agar menerima keputusan PRU-13.

Sentimen tersebut turut diakui MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang menjelaskan Pakatan menghormati keputusan pilihan raya yang lalu, namun menegaskan undang-undang membenarkan pihak yang bertanding untuk mengemukakan bantahan.

Katanya, akur terhadap keputusan PRU tidak semestinya menghalang Pakatan untuk membuat teguran terhadap kepincangan sistem pilihan raya yang berlaku.

“Undang-undang memberi ruang kepada kita untuk mereformasikan sistem pilihan raya yang tidak sempurna.

“Teguran yang kita berikan itu walaupun kedengaran lantang, tetapi ia adalah untuk kebaikan negara. Teguran yang bertujuan membina itu seringkali diabaikan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Pakatan telah memfailkan 34 petisyen di mana membabitkan 24 kerusi Parlimen PRU-13 sementara 10 lagi petisyen adalah merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.

Umno-BN pula memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen. -selangorku
xxx2

Komen Anda

94 Responses to " Terima Keputusan PRU-13, Tolak Penyelewengan "
Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:27 AM

Ketika puak pembangkang masih buat macam-macam hal kerana geram kalah dalam pilihanraya umum ke 13,Yang di-Pertuan Agong pada pada titah baginda Selasa merasmikan pembukaan mesyuarat penggal pertama Majlis Parlimen ke-13 mahu semua pihak terima dan hormati keputusan pilihanraya itu.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:27 AM

Dalam titahnya di dalam ruang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen yang dihadiri oleh semua Ahli Parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menegaskan pilihanraya itu diadakan mengikut lunas demokrasi dan berlangsung secara aman.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:27 AM

Ini kali pertama titah Seri Paduka mengenai keputusan PRU13 itu dibuat di depan para pemimpin pembangkang sendiri.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:27 AM

Isnin semalam semasa majlis angkat sumpah para Ahli Parlimen,lebih 100 penyokong pembangkang cuba cetuss ketegangan semasa demo mereka di jalan depan bangunan Parlimen.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:28 AM

Sekalipun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) cuba dijadikan kambing hitam oleh gerakan pembangkang dalam membantah keputusan PRU 13, Tuanku Abdul Halim menyatakan penghargaan kepada agensi pengendali pilihanraya itu.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:28 AM

Seri Paduka juga mahu para Ahli Parlimen Ahli Parlimen perlu merapatkan saf, berganding bahu membangun dan memajukan negara.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:28 AM

Menurut Seri Paduka sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat bangkit semula dalam tempoh yang singkat.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:28 AM

Yang Dipertuan Agong mengingatkan mereka jangan melakukan perkara yang boleh menyusahkan negara sebaliknya menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:28 AM

Tuanku Abdul Halim juga menyuarakan keyakinan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membawa negara maju ke depan.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:29 AM

Buat pertama kali dalam sejarah majlis perasmian sidang Parlimen terpaksa diadakan dalam dewan bankuet bangunan Parlimen kerana keadaan jerebu yang serius.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:29 AM

Ketibaan Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Dataran Parlimen pada 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:29 AM

Turut menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Anonymous said...
June 26, 2013 at 9:30 AM

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah 'Hormat Diraja', menggantikan upacara pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran Parlimen, berikutan masalah jerebu.


ME ONLY said...
June 26, 2013 at 9:33 AM

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) serta memuji kelancaran proses demokrasi di negeri ini.


Ariel said...
June 26, 2013 at 9:34 AM

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.


ME ONLY said...
June 26, 2013 at 9:34 AM

Beliau juga berharap semua pihak dapat menerima dan menghormati keputusan tersebut serta bekerjasama dan berganding bahu meneruskan agenda pembangunan di seluruh negeri.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga diharap dapat meneruskan kecemerlangan mentadbir negara melalui agenda transformasi.


Ariel said...
June 26, 2013 at 9:35 AM

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.


ME ONLY said...
June 26, 2013 at 9:35 AM

Katanya, hubungan erat yang terjalin antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang dizahirkan menerusi perhatian istimewa Najib serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Sarawak, diyakini dapat merancakkan proses pembangunan di negeri ini.


Ariel said...
June 26, 2013 at 9:35 AM

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen.

Jusuf juga berkata, beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.


ME ONLY said...
June 26, 2013 at 9:36 AM

Walaupun suasana pertumbuhan ekonomi dunia terutama di negara-negara maju perlahan, saya berpuas hati dengan tahap pembangunan ekonomi Sarawak yang semakin rancak dan percaya kekuatan ekonomi negeri ini adalah kerana komitmen serta dasar kerajaan yang mesra pembangunan," katanya.


Ariel said...
June 26, 2013 at 9:36 AM

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.


ME ONLY said...
June 26, 2013 at 9:37 AM

Sementara itu, Abang Muhammad Salahuddin menggesa kerajaan menjadikan insiden pencerobohan pengganas di bahagian timur laut Sabah pada Februari lalu sebagai iktibar untuk meningkatkan tahap keselamatan di seluruh negeri ini.

Jelasnya, antara lokasi yang perlu diberi tumpuan utama ialah setiap kawasan strategik seperti pintu masuk di sempadan, zon eksklusif ekonomi serta pusat pentadbiran.

Malaysia mempunyai sempadan yang panjang dan terdedah pada pencerobohan pihak asing dan keadaan ini merupakan satu cabaran besar untuk kita mempertahankan keselamatan negara.


cular said...
June 26, 2013 at 9:45 AM

Kekuatan pengaruh Anwar hanya bergantung kepada baki ataupun sisa-sisa kepercayaan yang masih ada pada penyokong taksubnya.


cular said...
June 26, 2013 at 9:45 AM

Baki kepercayaan para penyokong yang ada ini pun diperolehi dari jalan penipuan, fitnah dan putar-belit fakta.


cular said...
June 26, 2013 at 9:46 AM

Kebetulan pula penyokong Anwar ini ramai yang tidak tahu menggunakan akal dan kewarasan yang dikurniakan tuhan.


cular said...
June 26, 2013 at 9:46 AM

Jadi Anwar tidak perlu memerah otak "kuat-kuat" bagaimana untuk memastikan para penyokongnya terus percaya kepada dia.


cular said...
June 26, 2013 at 9:47 AM

Jika penyokong Anwar ini mampu "reactivate" kembali akal mereka pada tahap 10% pun, nescaya mereka akan berhenti menyokong Anwar. Jika mereka mampu reactivate akal mereka hingga tahap 20%, mungkin nyawa Anwar akan berada dalam kedudukan bahaya diancam oleh penyokong sendiri.


cular said...
June 26, 2013 at 9:47 AM

Tapi disebabkan para penyokong Anwar ini sudah tidak boleh lagi mempertimbangkan sesuatu perkara dengan menggunakan akal yang dianugerahkan tuhan, maka Anwar masih boleh cakap apa saja, dan penyokong Anwar akan terus percaya, walaupun dia buat fitnah


cular said...
June 26, 2013 at 9:47 AM

Sebenarnya, Anwar tidak perlu pun untuk jadi genius bagi membolehkan dia mencari helah menipu dan memastikan para penyokongnya untuk terus taksub kepadanya. Sebab apa? Sebab para penyokong Anwar ini, akalnya sudah tidak lagi berfungi dan hati mereka sudah mati.


cular said...
June 26, 2013 at 9:48 AM

Apa bukti hati dan akal penyokong Anwar sudah mati? Anwar bercakap di depan para penyokong akan memulaukan sesi angkat sumpah ahli parlimen. Bila akhirnya semua MP pembangkang angkat sumpah, rupanya penyokong Anwar lagi "terlebih keras" pendirian desak supaya MP pembangkang jangan sesekali angkat sumpah.


cular said...
June 26, 2013 at 9:48 AM

Apa bukti hati dan akal penyokong Anwar sudah mati? Anwar dan para MPnya sendiri sudah tidak percaya dengan tuduhan yang dibuatnya sendiri. Buktinya mereka hadir dan akur dengan mengangkat sumpah sebagai menandakan mereka percaya dengan keputusan PRU13. Tapi para penyokong Anwar pula yang "lebih-lebih" dan masih terus percaya dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin mereka, sedangkan "tukang buat tuduhan" sendiri pun sudah tidak percaya dengan tuduhan yang dibuatnya.


cular said...
June 26, 2013 at 9:48 AM

Bukan saja pemimpin dan para penyokong pro-kerajaan yang hairan kenapa pengikut Anwar boleh jadi sampai macam ni, malah Anwar sendiri pun boleh terkejut dan hairan apa yang menyebabkan penipuan dan pembohongan yang dilakukannya "terlebih menjadi".


cular said...
June 26, 2013 at 9:49 AM

Ibrahim Libya dulu, walaupun mampu mendidik para pengikutnya menjadi terlebih taksub, tapi dia sama-sama berjuang di medan hingga turut terkorban bersama para penyokongnya. Anwar lain. Para pengikut taksubnya saja yang berjuang guling-guling atas jalanraya dan atas padang panas berhari-hari, sedangkan Anwar bersuka-ria makan-minum dan mengangkat sumpah bersama dengan pihak musuh yang dituduhnya menipu.


cular said...
June 26, 2013 at 9:49 AM

Pendek kata, Anwar terkejut pasal hasil kerja fitnahnya "terlebih menjadi", yahudi pun terkejut kerana didikannya terhadap Anwar turut "terlebih menjadi".


cular said...
June 26, 2013 at 9:49 AM

Cuma yang masih tak jadi-jadi, nak jadi Perdana Menteri. Lain-lain yang berkaitan dengan "kerosakan serta kemusnahan" rakyat dan negara semua terlebih jadi.


Halim said...
June 26, 2013 at 9:50 AM

Kita cukup yakin Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang TIDAK AKAN malu dan segan silu untuk hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat.


Halim said...
June 26, 2013 at 9:50 AM

Retorik Blackout 505 hanya sekadar Anwar dan pemimpin pembangkang MEMPERMAINKAN dan MEMPERBODOHKAN penyokong sendiri.


Halim said...
June 26, 2013 at 9:51 AM

Rakyat sudah terlalu banyak kali diperingatkan dan diperlihatkan dengan sikap HIPOKRIT pembangkang.


cular said...
June 26, 2013 at 9:51 AM

Rakyat juga telah diperlihatkan dengan sikap TAKSUB POLITIK penyokong pembangkang.


cular said...
June 26, 2013 at 9:52 AM

Suka atau tidak, penyokong pembangkang bakal DIPERBODOHKAN oleh pemimpin mereka sendiri


Halim said...
June 26, 2013 at 9:52 AM

Mengangkat sumpah di Dewan Rakyat bererti Anwar dan pemimpin pembangkang MENGAKUI Pilihan Raya umum ke-13 sebagai sah dan keputusan PRU-13 juga adalah diperakui oleh Pakatan Haram ini.


Halim said...
June 26, 2013 at 9:52 AM

Mengangkat sumpah di Dewan Rakyat juga bererti Anwar dan pemimpin pembangkang TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG SEBAB LAGI untuk mempertikaikan Pilihan Raya umum ke-13.


Halim said...
June 26, 2013 at 9:53 AM

Rakyat sudah boleh menganggap HOBI utama pembangkang adalah MEMPERBODOHKAN penyokongnya. Rakyat juga mampu melihat dari suatu sudut sememangnya HOBI UTAMA penyokong pembangkang adalah SUKA DIPERBODOHKAN pemimpinnya sendiri.


Halim said...
June 26, 2013 at 9:53 AM

Kita menyaksikan Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang TERHEGEH-HEGEH mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini. Walhal, Anwar dan pemimpin pembangkang SEWAJIBNYA MEMBOIKOT acara mengangkat sumpah demi menolak keputusan Pilihan Raya umum ke-13.


Halim said...
June 26, 2013 at 9:54 AM

Rakyat menyaksikan kesemua 89 ahli Parlimen pembangkang hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat


Anonymous said...
June 27, 2013 at 9:20 AM

Halim said...
June 26, 2013 at 9:54 AM...dewan parlimen bukan bapak ko punya...


dsing said...
June 27, 2013 at 1:24 PM

Rakyat yang bermula pagi Rabu menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak lipat balik puak pembangkang yang cakap banyak cuba mempersoalkan usaha 'perdamaian nasional' yang dijanjikan kerajaan selepas pilihanraya umum ke 13.

Perdana Menteri tampil sebagai orang pertama jawab dua soalan semasa pada sesi soal jawab ketika sidang bermula jam 10 pagi.Soalan pertama dari Ahli Parlimen BN Mersing,Datuk Dr Latif Ahmad manakala soalan kedua dari Ahli Parlimen DAP Gelang Patah,Lim Kit Siang.


tdor said...
June 27, 2013 at 1:24 PM

Dalam soalan tambahan dari soalan Kit Siang,Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali dan Ahli Parlimen DAP Beruas,Ngeh Ko Ham serta Karpal Singh DAP Bukit Gelugor mereka cuba menekan beliau mengenai usaha perdamaian nasional.

Azmin misalnya mempertikaikan kenyataanya beliau mengenai 'tsunami cina' dan laporan Utusan Malaysia mengenai 'apa lagi cina mahu' yang didakwa tidak menepati hasrat itu.


Andy T said...
June 27, 2013 at 1:25 PM

Ngeh pula mahu kerajaan benarkan wakil rakyat pembangkang dibenarkan adakan program seperti di sekolah dan lain-lain.Beliau juga mahu tandatangani surat sokongan wakil rakyat pembangkang 'laku'.

Hadir sama dalam dewan masa itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Jala said...
June 27, 2013 at 1:25 PM


Perdana Menteri nampak steady saja sejak jawab soalan pertama dari Dr Latif yang ingin tahu apakah kerajaan nak bertindak terhadap mereka yang mengunakan perkataan ' rakyat' dalam membuat berbagai gelagat negatif sejak PRU13.

Mengenai isu perdamaian nasional yang cuba diperlekehkan,Najib menyimpulkan situasinya bahawa pembangkang juga harus berusaha kearah itu dan tidak hanya desak kerajaan jayakannya.


Faizin said...
June 27, 2013 at 1:25 PM

Beliau menegaskan langkah utama kearah itu ialah mereka wajib terima keputusan PRU13 sebagai keputusan yang muktamad.

Katanya ini kerana pilihanraya itu dijalakankan menurut perlembagaan negara,mengikut peraturan pilihanraya dan sekiranya ada apa yang tidak puashati ada saluran untuk petisyen di mahkamah.


Salim said...
June 27, 2013 at 1:25 PM

Najib jelas merujuk kepada tindak tanduk pembangkang yang terus menerus buat macam-macam hal termasuk perhimpunan haram membantah keputusan PRU13 sedangkan waktu sama mahu perdamaian nasional dicapai.

Beliau juga membangkitkan mengenai 'pelik' sikap mereka dalam membantah keputusan PRU13 kerana masing-masing sudah angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada hari Isnin.


Karulnaim said...
June 27, 2013 at 1:25 PM

Baginya di satu pihak mereka terima keputusan di kawasan masing-masing dengan angkat sumpah dan di satu pihak lain membantah.

Beliau mengingatkan kalau pembangkang boleh menegur kerajaan maka kerajaan juga boleh menegur pembangkang.


Riasi said...
June 27, 2013 at 1:25 PM

"Kalau kita tegur menegur dan terus berbalah sampai bila pun tak akan capai perdamaian nasional.Kalau nak mulakan proses ini pokoknya terima keputusan PRU13,"katanya.

Perdana Menteri berkata untuk capai perdamaian nasional ,kerajaan ada cadangan untuk tubuh majlis konsultasi nasional mengenai perpaduan.


Rigat said...
June 27, 2013 at 1:26 PM

Katanya tiga perkara penting dijadikan agenda pada majlis itui ialah bagaimana nak tangani polarisasi kaum dalam aspek yang luas,bagaimana nak pupuk keharmonian antara agama dan bagaimana dasar-dasar boleh bersifat inklusif dari segi sosial serta lain.

Beliau menjelaskan kerajaan bersikap terbuka untuk menjemput semua pihak mewakili pelbagai pihak termasuk pembangkang untuk rumuskan yang terbaik untuk negara.


qiqi said...
June 27, 2013 at 1:26 PM

Jawab soalan tambahan dari dari Ahli Parlimen BN Kalabakan,Sabah,Datuk Ghafur Saleh,Perdana Menteri menegaskan kerajaan tetap berpegang kepada undang-undang negara dalam menghadapi tindak tanduk bantahan pembangkang pada keputusan PRU13.

Katanya benarkan perhimpunan aman tetapi mereka hendaklah patuhi Akta Perhimpunan Aman.


Baibuni said...
June 27, 2013 at 1:26 PM

Kepada soalan tambahan Ngeh...Najib selamba tibai balik pembangkang tidak perlu timbulkan kes-kes secara spesifik ( untuk dakwa kerajaan tak ada semangat untuk perdamaian nasional).

Katanya jika begitu kerajaan pun boleh bangkitkan banyak perkara mengenai pelbagai gelagat pembangkang seperti ucapan pemimpin pembangkang di luar negara, apa yang disiarkan dalam Youtube dan sebagainya.


Joey said...
June 27, 2013 at 1:26 PM

"Terima keputusan PRU13 dulu...lepas itu kita boleh bincang",katanya.

Kepada soalan tambahan Azmin,Perdana Menteri patahkannya dengan mempersoalkan tentang beberapa dakwaan seperti 40,000 orang Bangla yang didakwa jadi pengundi hantu.


Hairun said...
June 27, 2013 at 1:26 PM

Katanya sampai hari ini ia tidak dapat dibuktikan.

Jawab soalan tambahan Karpal ..Najib berkata kerajaan tidak takut pada istilah ' Malaysia Spring'.

Sebelum itu menjawab soalan tambahan dari Dr Latif semasa peringkat awal,Perdana Menteri kata kerajaan sedia timbang pendaftaran secara otomatik pengundi.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:47 PM

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak dissolved the parliament this morning paving the way for the general election, ending months of speculation.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:49 PM

“This dissolution which is effective today, will pave the way for the 13th general election,” said Najib in a live televised address from his office in Putrajaya.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:49 PM

In the 12-minute speech that began slightly after 11:30am, Najib flanked on his right by his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin, called on the leaders of the state governments to dissolve their respective legislative assemblies so that elections for parliament and state seats can be carried out simultaneously.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:50 PM

He asked all political parties contesting the election to respect the wishes of the people.

The premier also called for a smooth and calm transition should there be any change in the government of the day, whether at the state or federal level.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:50 PM

Najib who marked his full four years in office today, also gave his assurance that the country's administration would continue to be carried out responsibly under the caretaker government led by him.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:51 PM

It is expected that 11 state assemblies will also be dissolved today or tomorrow to facilitate the general election.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:51 PM

The Negeri Sembilan state assembly was dissolved automatically on March 27 while Sarawak had its state election in April 2012 and not expected to be dissolved.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:52 PM

The Election Commission will meet Friday or early next week to decide on the dates for nomination and polling, said its deputy Chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:53 PM

At stake will be 222 parliamentary seats and 505 state seats (except for the Sarawak state legislative assembly which term only ends in May 2016).


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:53 PM

The 13th general election marks the first time that Najib is leading Barisan Nasional into the general election since taking over as Prime Minister from Tun Abdullah Ahmad Badawi on April3, 2009.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:54 PM

According to Federal Constitution, a general election must be held within 60 days of the dissolution of parliament.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:54 PM

Election regulations stipulate that the earliest nominations can be held is four days after the dissolution of parliament or a state assembly, while the earliest polling dates are seven days after nomination.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:55 PM

In the last general election, the parliament was dissolved on February 13, 2008 which was a Wednesday while the nomination day was on February 24 which was a Sunday and polling was held on March 8, 2013 which was a Saturday.


puaks65 said...
June 27, 2013 at 4:55 PM

A total of 13.34 million Malaysians will be eligible to cast their votes in the 13th edition of the polls, including 3.9 million new voters based on the fourth quarter of the electoral roll which gazetted on February 22 this year.


Ameerul said...
June 27, 2013 at 5:24 PM

Tidak salah membantah tetapi harus melalui saluran yang lebih betul.


Elesha said...
June 27, 2013 at 5:26 PM

Perhimpunan yang akan menjejas keselamatan harus dielakkan.


Mark said...
June 27, 2013 at 5:27 PM

Semoga pemimpin negara akan melaksanakan tanggung jawab untuk membela nasib rakyat.


Nathan said...
June 27, 2013 at 5:28 PM

Adalah baik jika BN dan pembangkang sanggup kerjasama.


Birunda said...
June 27, 2013 at 5:29 PM

Adakah SPR gagal melaksanakan tugas diberi untuk memastikan PRU yang bersih dan amanah.


Anonymous said...
July 5, 2013 at 2:10 PM

keputusan PRU adalah pilihan rakyat.. jgn pertikaikannya


PKR penipu, DAP pun cakap tiada penipuan pada PRU 13 said...
October 5, 2013 at 11:40 PM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen, semalam tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat pejumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu.


PKR penipu, DAP pun cakap tiada penipuan pada PRU 13 said...
October 5, 2013 at 11:40 PM

Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


PKR penipu, DAP pun cakap tiada penipuan pada PRU 13 said...
October 5, 2013 at 11:41 PM

Ketika dihubungi BH semalam, Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari, Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Toantowee Mohd Lotfie.


PKR penipu, DAP pun cakap tiada penipuan pada PRU 13 said...
October 5, 2013 at 11:42 PM

“Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi... mana ada gangguan bekalan elektrik pun."


PKR penipu, DAP pun cakap tiada penipuan pada PRU 13 said...
October 5, 2013 at 11:43 PM

Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan,” katanya.


PKR penipu, DAP pun cakap tiada penipuan pada PRU 13 said...
October 5, 2013 at 11:43 PM

Chin Chen yang menang kerusi DUN Ketari selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong Choo Yak dengan majoriti 4,243 undi pada PRU-13, mengaku beliau juga pelik dengan dakwaan itu dan tidak pasti pihak mana yang menyebarkan tuduhan berkenaan.


PKR penipu, DAP pun cakap tiada penipuan pada PRU 13 said...
October 5, 2013 at 11:44 PM

Dakyah terbabit disebarkan media sosial sebaik PRU-13 berakhir, malah turut ditambah kononnya kejadian itu turut mencetuskan kekecohan dan tunjuk perasaan.


John said...
October 5, 2013 at 11:45 PM

Para pembangkang sampai sekarang masih belum menunjukkan bukti tuduhan mereka.


asw said...
October 5, 2013 at 11:52 PM

Mana bukti yang ANwar katakan itu?


Anonymous said...
October 11, 2013 at 3:32 PM

The SAVE programme, launched in 2011 includes rebates of RM200 on the purchase of refrigerator units, RM100 on air-con and RM200 per tonne of chiller for commercial use.


afaf said...
October 11, 2013 at 3:32 PM

The rebates are the first of many initiatives to increase public awareness on efficient energy use.


Anonymous said...
October 11, 2013 at 3:33 PM

The challenge for Malaysia going forward is to ensure investments in non-commodity sectors, such as manufacturing and knowledge-intensive services, also pick up.


Anonymous said...
October 11, 2013 at 3:44 PM

Malaysia should remain an attractive destination for foreign portfolio investors, given the potential for higher-than-average growth, and provided that structural reforms are rapidly implemented.


Anonymous said...
October 11, 2013 at 3:54 PM

RAM Holdings Bhd Group chief economist Dr Yeah Kim Leng said the positive economic and investment climate outlook would support corporate merger and acquisition (M&A) activities as investor sentiments in the equity and debt capital markets were anticipated to remain buoyant.


Anonymous said...
October 11, 2013 at 3:59 PM

The leading independent credit research provider noted that the vibrant M&A exercises anticipated for next year would be realised by cash-rich companies seeking for opportunities to expand their footprints and gain strategic advantages, locally and regionally.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx