Thursday, June 27, 2013

Dadah bernilai RM246.6 juta dibakar

YANGON - Pemerintah Myanmar memusnahkan pelbagai jenis dadah sempena sambutan Hari Memerangi Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah Antarabangsa di pinggir bandar raya ini semalam.



Sambutan tersebut dikelola Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Semua dadah yang dimusnahkan itu termasuk pil methamphetamine dirampas di seluruh Myanmar.

Rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai AS$77 juta (RM246.6 juta).

Barang terlarang itu dibakar di sebuah bangsal dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa diplomat asing.

Myanmar terkenal sebagai hab untuk pengeluaran, transit dan aktiviti penyalahgunaan dadah. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
xxx2

Komen Anda

11 Responses to " Dadah bernilai RM246.6 juta dibakar "
cherish said...
June 28, 2013 at 2:16 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta pertubuhan dan masyarakat antarabangsa memperkukuhkan kerjasama bagi membanteras penyalahgunaan dadah berikutan meningkatnya ancaman buruk dadah terhadap masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sangat penting bagi pertubuhan dan masyarakat antarabangsa untuk terus bekerjasama untuk mengenal pasti dan menyediakan mekanisme kerjasama serta inisiatif bagi menangani cabaran rumit isu dan penyalahgunaan dadah.


cherish said...
June 28, 2013 at 2:23 PM

"Meskipun banyak tindakan dilakukan, kita pasti lebih banyak usaha seumpamanya diperlukan. Kita mesti memperkukuhkan tindakan serta menggiatkan segala usaha secara agresif untuk membanteras dan menghapuskan penyalahgunaan dadah di kedua-dua peringkat individu dan antarabangsa.


cherish said...
June 28, 2013 at 2:25 PM

"Hari ini, penyalahgunaan dadah jenis baru dan yang lebih kuat sudah wujud. Generasi belia serta penduduk yang terpinggir atau mudah terjejas kekal berisiko," kata beliau.


cherish said...
June 28, 2013 at 2:26 PM

Kerajaan sudah mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program membanteras, pencegahan dan pembasmian penyalahgunaan dadah.


cherish said...
June 28, 2013 at 2:27 PM

Muhyiddin berkata, pada 2010 dan 2011, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6.5 juta bagi NGO menyediakan rawatan dan perkhidmatan pemulihan serta sokongan kepada penagih dadah.


cherish said...
June 28, 2013 at 2:31 PM

Hubungan antara kerajaan dan NGO sangat rapat dan ini membantu banyak program usahasama dalam bidang rawatan dan pemulihan serta pendidikan pencegahan


cherish said...
June 28, 2013 at 2:32 PM

Dalam pendidikan pencegahan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan bekerjasama rapat dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) bagi melaksanakan program, latihan sukarelawan bagi mengendalikan program pencegahan dadah serta mengenal pasti penagih dadah di kalangan masyarakat setempat.


Anonymous said...
June 28, 2013 at 2:36 PM

Banyak juga hasil tangkapan ni.mungkin ada lagi yang masih belum diberkas.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 12:39 PM

Jauhi diri daripada dadah. Sememangnya dadah adalah musuh utama kita.


Embaran said...
July 1, 2013 at 12:39 PM

Dadah bukan saja merosakkan minda tapi juga akan merosakkan bangsa dan negara kita ini.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:53 PM

banteras dadah.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx