Friday, June 7, 2013

Delegasi Mongolia bangkitkan kematian Altantuya

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuyaBercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan
Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua
anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" -MK
xxx2

Komen Anda

72 Responses to " Delegasi Mongolia bangkitkan kematian Altantuya "
Anonymous said...
June 8, 2013 at 4:12 PM

selagi UMNO berkuasa..harapan dan kebenaran hanyalah ''anjing menyalak bukit''..apapun hukuman sebenar tlh pun diterima olih ''PEMBUNUH SEBENAR''..hidup pasti dlm kegelisahan dan tdk tenang..skrng pun dah hidup dlm kepura puraan..makan terpaksa..senyum pun terpaksa..hanyalah ALLAH SWT yg tahu..mereka yg bolih bersuara spt mamakkutty,bekas hakim,ketua polis,peguam negara dan seluruh ahli UMNO hanya ''membisu''seribu bahasa..sedangkan secara tak langsung mereka ini tlh ''bersubahat''demi menegakkan keadilan..ditambahkan lagi dgn dosa kpd rakyat..harta,kekayaan,pangkat dan kuasa tlh membuat mereka buta mata hati dan lebih bertuhan makhluk drpd ALLAH SWT....


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:14 PM

The Mongolian delegation at the Global Summit of Women in Kuala Lumpur has urged the Malaysian government to provide answers on the mysterious death of Mongolian national Altantuya Shaariibuu in Malaysia.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:16 PM

Speaking to media on the sidelines of the conference, Mongolian Women's Federation (MWF) president J Erdenechimeg said that a trial should re-commence to find out who is responsible for Altantuya's death.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:16 PM

"We are making a special request to the Women, Family and Community Development Ministry of Malaysia to act on this, and for a quick hearing to be convened," she stressed.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:16 PM

Flanked by about 70 from the delegation, she said that this is for the sake of Altantuya's two sons who are now growing up without their mother.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:17 PM

"We also hope for financial support for the two sons," she added.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:17 PM

According to MWF executive director Ariunna Shagdarsuren ( right ), the MWF had decided to bring the message on behalf of the deceased's family after meeting with Altantuya's father.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:17 PM

"Her father has asked us to raise this as he needs to tell his grandchildren why their mother died in Malaysia," she said.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:18 PM

"It has been many years, how much longer do they have to wait?"She noted that the message also comes from Mongolian mothers who feel compassion for the two boys, and hopes that Malaysian women and mothers can sympathise with their plight as well.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:18 PM

She added that the MWF had initially wanted to submit a memorandum to the women, family and community development minister on the matter, but were unable to find an avenue to do so.


Anonymous said...
June 9, 2013 at 4:18 PM

"We hope to leave it with the Mongolian Student Association in Malaysia to be forwarded to the ministry," she said.


James John said...
June 9, 2013 at 6:31 PM

Pelbagai taktik dan manipulasi yang dilakukan oleh pakatan pembangkang termasuklah memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebagai cara untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membubarkan Parlimen bagi diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 , kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman.


James John said...
June 9, 2013 at 6:32 PM

Provokasi pakatan pembangkang tersebar bahawa tarikh PRU pada Jumaat lalu ditangguhkan berikutan berkait dengan kepulangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Jika mengikut jadual asal, Parlimen akan dibubarkan pada 22.2.2013 seperti yang dimaklumkan kepada beberapa pihak berkaitan tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.


James John said...
June 9, 2013 at 6:32 PM

Siapa yang akan percaya pada Balasubramaniam lagi setelah apa yang dilakukannya malah buat akuan bersumpah pun masih boleh menipu inikan pula cakap-cakap yang banyak dipengaruhi oleh agenda politik pihak tertentu, katanya .


James John said...
June 9, 2013 at 6:32 PM

Tegasnya, apa sahaja tindakan dan provokasi pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini adalah menjurus kepada hasrat untuk mengubah persepsi rakyat terhadap BN.


James John said...
June 9, 2013 at 6:32 PM

BN telah melaksanakan banyak tanggungjawab dan menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat malah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sangat memberi kesan kepada masyarakat.


James John said...
June 9, 2013 at 6:32 PM

Pembangkang terpaksa menggunakan pelbagai taktik setelah terbukti mereka gagal memperbaiki nasib rakyat di negeri-negeri tadbiran mereka dan cara yang ada sekarang hanyalah fitnah dan tipu helah yang dalam ayat politik ia disebut sebagai manipulasi agar rakyat keliru dan tidak bertumpu kepada agenda utama BN.


James John said...
June 9, 2013 at 6:32 PM

Tambahnya, pakatan pembangkang mahu mengalihkan isu rakyat kepada perkara negatif dan Balasubramaniam adalah antara tumpuan mereka sekarang ini.


James John said...
June 9, 2013 at 6:33 PM

Balasubramaniam menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Shah Alam, Selangor dan pernah membuat akuan bersumpah sebanyak dua kali yang mana kedua-dua akuan sumpah tersebut adalah bertentangan dan terbaru telah bersumpah bahawa akuan sumpah yang kedua tidak benar.


James John said...
June 9, 2013 at 6:33 PM

Apabila seseorang itu sudah acapkali melakukan penipuan sehinga bersumpah pun sanggup menipu jadi apa lagi yang boleh dipercaya.


James John said...
June 9, 2013 at 6:33 PM

Kali pertama bersumpah dia telah menipu dan kemudiannya bersumpah untuk kali kedua mengatakan sumpah sebelumnya adalah satu penipuan dan sekarang bersumpah lagi mengatakan sumpah kali kedua adalah pembohongan jadi yang mana satu rakyat mahu percaya… dah banyak kali menipu maka akan terus menipulah.


James John said...
June 9, 2013 at 6:33 PM

Ujarnya, Balasubramaniam telah diperalatkan oleh pakatan pembangkang sebagai bahan manipulasi dan provokasi dalam hasrat meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap BN.


James John said...
June 9, 2013 at 6:33 PM

Persoalannya kenapa dia balik sekarang… sebelum ini lari ke luar negara sebab takut kena tangkap dan sekarang apabila dekat dengan PRU dia balik sebab tahu kalau ditangkap akan dijadikan sebagai isu politik oleh pakatan pembangkang.


James John said...
June 9, 2013 at 6:34 PM

Tentunya ada skrip yang telah dirancang untuk manipulasi negatif terhadap kerajaan melalui orang upahan.


James John said...
June 9, 2013 at 6:34 PM

Bidasnya, rakyat tahu membuat penilaian dan tidak akan mudah terpengaruh dengan golongan yang gemar menipu.


James John said...
June 9, 2013 at 6:34 PM

Oleh itu cukuplah mempolitikkan segalanya dan beri tumpuan kepada pembangunan.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 12:12 AM

Of course there is a script that has been designed for negative manipulation of the government by the mercenaries.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 12:12 AM

He said, Balasubramaniam has been used by the opposition as a manipulative and provocative in intent undermine people's trust in the BN.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 12:12 AM

Strictly speaking, all such acts and provoked opposition in recent years is leading to a desire to change people's perception towards BN.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 12:12 AM

Opposition had to use a variety of proven tactics after they failed to improve the plight of the people in the states governed by them and there is now way just lies and hoaxes in political verse that it is referred to as the manipulation of people confused and do not focus on the main agenda of BN.


Anonymous said...
June 10, 2013 at 12:13 AM

BN has implemented many responsibilities and providing various forms of assistance to the people but what is done by Datuk Seri Najib greatly affects the community.


LImYT said...
June 10, 2013 at 3:02 PM

Kes Altantuya sudah pun tamat.


Linda said...
June 10, 2013 at 3:05 PM

Anak-anaknya berhak mengetahui kebenarannya.


Uila said...
June 10, 2013 at 3:06 PM

Tiada bukti selanjutnya, maka kes sudah berakhir.


Shu said...
June 10, 2013 at 3:12 PM

Sekejab memberi keterangan macam ini, selepas nanti memberi keterangan yang berlainan, susah untu dipercayai.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 11:48 AM

isu ini tak habis2 dibangkitkan


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:31 PM

Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 10 Jun untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:32 PM

Peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darma Fikri Abu Adam memaklumkan pembelaan dan pendakwaan dalam kes itu bahawa Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengarahkan rayuan itu didengar dari 10 hingga 12 Jun.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:33 PM

Beliau berkata memandangkan tarikh itu jatuh dalam tempoh 'pengosongan prosiding mahkamah', satu panel khas akan bersidang untuk mendengar rayuan berkenaan.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:34 PM

Katanya, kedua-dua pihak juga dikehendaki memfailkan hujahan bertulis dua minggu sebelum 10 Jun.

Dalam tempoh itu, tiada prosiding mahkamah untuk mendengar rayuan namun hakim diberi masa menyiapkan alasan penghakiman atau menyampaikan penghakiman.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:52 PM

Kalaulah benar dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dirancang pihak tertentu, maka kita semua rakyat Malaysia nampaknya telah ditipu hidup-hidup selama ini!


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:53 PM

Puaslah kita maki hamun Najib, puaslah kita kutuk Datin Seri Rosmah Mansor kerana terlalu marahkan penglibatan mereka berdua dalam pembunuhan Altantuya, rupa-rupanya ia cuma ‘rekaan dan dogengan’ musuh-musuh politiknya saja, pergh!


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:53 PM

seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:53 PM

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:53 PM

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:54 PM

Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:54 PM

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:54 PM

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:54 PM

langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:55 PM

Nampaknya dakwaan Raja Petra itu perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa terutama polis. Polis perlu menyiasat dakwaan Raja Petra ini, kalau Raja Petra BOHONG, cari dia walau sampai lubang cacing sekali pun, dan sekiranya ia BENAR, nama-nama yang disebutnya itu perlu segera diheret ke muka pengadilan Cukup-cukuplah perbuatan fitnah yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat Islam mutakhir ini.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:55 PM

Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah SWT.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:55 PM

Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan untuk berbuat demikian perlu mengadakan bukti yang kukuh dan munasabah bagi membuktikan dakwaannya, bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut dan dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu dan negatif kepada seseorang.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:46 PM

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:47 PM

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:47 PM

Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:48 PM

Perbicaraan pembunuhan warga Monggolia, jelas menunjukkan dakwaan pembangkang terutama Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan semata-mata. Kenyataan dari pihak keluarga mangsa - bapa dan sepupunya - jelas menunjukkan hubungan sulit Altantuya hanyalah dengan Razak Baginda.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:48 PM

Tiada satu pun kenyataan mahu pun keterangan dari pihak keluarga dan saksi lain yang menunjukkan Altantuya mengenali Najib Tun Razak secara peribadi.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:48 PM

Satu-satunya keterangan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah ketika keterangan sepupu mangsa yang menyatakan Altantuya menunjukkan gambarnya bersama Razak Baginda dalam satu makan malam yang turut dihadiri oleh Naijb dan beberapa pegawai kerajaan lain.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:48 PM

Lebih melucukan apabila pembangkang cuba mengaitkan keterangan gambar tersebut dengan kenyataan Najib yang bersumpah "dengan nama Allah" beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan model Moggolia bernama Altantuya Sharibu yang mati dibunuh.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:49 PM

Lebih tepat lagi kita boleh bertanya jurucakap Parti Keadilan Rakyat yang menyiarkan satu gambar superimposed menunjukkan Najib, Razak Baginda dan Altantuya sedang makan malam. Sudahlah menipu gambar palsu, baca keterangan mahkamah pun tidak habis. Jelas sekali kenyataan sepupu mangsa, Burmaa Oyunchimeg, bahawa makan malam tersebut dihadiri oleh ramai pegawai tinggi kerajaan.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:49 PM

Amatlah mustahil untuk Najib mengingati semua orang. Lebih ganjil ialah jika kita beranggapan setiap orang yang di ambil gambar ketika makan malam bersama Najib merupakan kenalan rapat beliau. Kewujudan Altantuya dalam makan malam Najib di Perancis hanyalah kerana ia dibawa oleh Razak Baginda - pengalisis keselamatan dan ketenteraan yang terbabit dalam memberi khidmat perunding kepada Kementerian Pertahanan dalam pembelian peralatan ketenteraan.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 3:50 PM

Kenyataan dalam mahkamah tersebut bukan sahaja tidak mengaitkan sebarang hubungan antara Najib dengan Altantuya malah tidak mebuktikan langsung bahawa Najib melakukan sumpah bohong. Aneh sungguh pemikiran pembangkang. Bagaimanakah perjumpaan dalam satu majlis makan malam sahaja sudah dianggap mempunyai hubungan atau membuktikan pembabitan Najib dengan Altantuya?


may said...
June 27, 2013 at 4:03 PM

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


may said...
June 27, 2013 at 4:03 PM

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.


may said...
June 27, 2013 at 4:04 PM

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.


may said...
June 27, 2013 at 4:04 PM

"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.


may said...
June 27, 2013 at 4:05 PM

Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu


may said...
June 27, 2013 at 4:06 PM

Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.


may said...
June 27, 2013 at 4:06 PM

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.


may said...
June 27, 2013 at 4:07 PM

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.
Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:09 AM

A TOTAL of 2,200 jobs have been created with the setting up of palm oil downstream processing factories and warehouses at the Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster (Lahad Datu POIC).


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:09 AM

Most of the jobs are held by locals including those from Lahad Datu, said Minister of Industrial Development Datuk Raymond Tan Shu Kiah at the State Assembly sitting here yesterday.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx