Monday, June 10, 2013

Himpunan ‘Black 505’ Ditunda Ke 22 Jun 2013

Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, ditunda kepada tarikh 22 Jun depan.

Pengumuman terkini himpunan itu dibuat Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Rafizi, penundaan tarikh ini diputuskan setelah mengambil kira rayuan pihak-pihak tertentu yang mempunyai perancangan di Padang Merbok pada 15 Jun nanti.

"Permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telah pun dibuat pada hari Jumaat, 7 Jun lepas iaitu dua hari selepas permohonan pertama dibuat.

"DBKL yang sebelum ini telah mengesahkan bahawa semasa permohonan dibuat pada 7 Jun, tidak ada mana-mana pihak yang membuat permohonan acara di Padang Merbok pada 22 Jun nanti," jelasnya.

Tambahnya, atas alasan yang diberikan DBKL maka tidak ada sebab untuk mereka melengah-lengahkan permohonan yang telah dihantar bagi program himpunan pada 22 Jun nanti.

Rafizi yang turut mengingatkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa majoriti besar rakyat di Wilayah Persekutuan adalah bersama-sama Pakatan Rakyat dan atas dasar itu beliau mengharapkan Adnan perlu menghormati hasrat rakyat Wilayah Persekutuan yang mahu berhimpun secara aman di Padang Merbok.

Beliau juga memberitahu, notis kepada pihak polis akan dibuat esok di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, sepertimana yang dituntut iaitu sepuluh hari sebelum program dilakukan.

"Ini adalah ketetapan terakhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa jua alasan yang diberikan oleh DBKL.

"Himpunan ini adalah kerana kita cintakan kebenaran dan menolak penipuan pilihanraya, jadi Pakatan harap rakyat akan turun beramai-ramai pada 22 Jun nanti," katanya. -HD
xxx2

Komen Anda

130 Responses to " Himpunan ‘Black 505’ Ditunda Ke 22 Jun 2013 "
headhunter said...
June 11, 2013 at 10:50 AM

Satu perkara yang perlu difahami oleh khalayak apabila timbul tuduhan oleh pemimpin pakatan pembangkang terhadap pihak lawan, penting diketahui kebiasaanya tohmahan itu menggambarkan apa yang sedang dan telah dilakukan oleh pakatan pembangkang.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:50 AM

Maksudnya, bila mana pemimpin pakatan pembangkang sibuk mencanang wujud salah laku rasuah dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN, maka yang sebetulnya ialah amalan rasuah sudah lama mendarah daging di kalangan pemimpin pakatan pembangkang.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:50 AM

Amalan politik wang dalam UMNO misalnya, ia hanya wujud selepas kehadiran Anwar dalam parti itu dan agak memuncak ketika Ketua Umum PKR itu berusaha untuk merampas jawatan Timbalan Presiden daripada Allahyarham Tun Ghaffar Baba.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:51 AM

Sebelum itu, semua pemilihan dalam UMNO dilakukan secara bersih tanpa melibatkan wang ringgit dan kini bila Anwar berada dalam PKR dan mengetuai pakatan pembangkang, gejala yang sama menjangkiti PKR dan rakan sepakatannya seperti DAP dan PAS.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:51 AM

Demikian bila pakatan pembangkang rancak memperkatakan berlakunya penipuan dalam pilihan raya kelolaan SPR, maka ketahuilah tipu daya dan silap mata dalam pemilihan parti-parti gabungan pakatan pembangkangt sudah lama menjadi adat kebiasaan.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:51 AM

Tengok sajalah apa yang berlaku dalam pemilihan DAP yang hiruk piruk dan serba meragukan baru-baru ini di mana Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya Christopher Ross Lim yang tersingkir dari pemilihan tiba-tiba saja menjadi anggota CEC DAP. Ajaib, bukan?


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:51 AM

Begitu juga dengan pemilihan PKR sekitar 3 tahun lalu di mana wujud penipuan jumlah mengundi dan berlaku kekecohan sana sini sehingga kerusi dan meja berterbangan.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:51 AM

Kini dalam PRU-13, mereka sibuk memperkatakan mengenai penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR walhal yang berlaku sebenarnya ialah cubaan pakatan pembangkang untuk mengalih pandangan umum dari membicarakan kemungkinan yang melakukan penipuan ialah pakatan pembangkang sendiri.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:52 AM

Pakatan pembangkang yang melakukan konspirasi mengupah warga Bangladesh untuk berlakon sebagai pengundi, kemudian mengarahkan pula penyokongnya dari keturunan India berlakon sebagai warga asing, tapi akhirnya SPR yang dituduh semata-mata untuk menimbulkan keraguan umum.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:52 AM

Dalam kes yang lain pula, warga Sabah dijadikan sebagai bahan taruhan politik apabila dituduh sebagai pengundi hantu sedangkan di masa yang sama puluhan ribu warga China yang ‘hilang’ kemudian mengundi untuk pakatan pembangkang cuba disembunyikan.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:52 AM

Untuk mewujudkan momentum kemarahan di kalangan penyokongnya pula, pakatan pembangkang menyebarkan pula beberapa video parodi yang dilakonkan bagi menyakinkan khalayak kemudian menganjurkan himpunan blackout di merata-rata tempat.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:52 AM

Semua ini sebenarnya hanyalah satu taktikal strategik yang dilaksanakan semata-mata untuk menutup kejahatan mereka sendiri dengan harapan rakyat akan bangkit di jalanan sama seperti Arab Spring yang berlaku di beberapa negara Arab.


headhunter said...
June 11, 2013 at 10:52 AM

Menyedari hakikat ini, amatlah perlu untuk rakyat Malaysia berlapang dada setiap kali wujudnya tohmahan atau tuduhan dari pemimpin pakatan pembangkang, jangan sesekali tertipu untuk kali yang seterusnya.


faizul said...
June 11, 2013 at 11:40 AM

Pendirian pimpinan Pas berhubung penyertaan parti itu di dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya ‘Black 505′ yang akan diadakan dalam masa terdekat kini memperlihatkan betapa celarunya Pas dalam percaturan politik mereka.


faizul said...
June 11, 2013 at 11:42 AM

“Apa yang berlaku itu jelas menyerlahkan bagaimana tiada kesatuan dalam pemikiran serta tatacara mereka (Pas) mengendalikan isu-isu politik.

“Hakikat berkenaan dijangka akan berterusan dan suara Dewan Ulama yang dipinggirkan menunjukkan terdapat pemimpin Pas yang terpengaruh dan lemas dengan asakan rakan-rakan politik mereka,” kata Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Seri Annuar Musa.


faizul said...
June 11, 2013 at 11:42 AM

Kata beliau lagi rakyat lama kelamaan akan dapat menilai sekiranya instutusi ulama hanya digunakan untuk menutup nilai sebenar kek politik mereka.

“Walaupun dalam sistem Pas itu sendiri cuba mengenengahkan imej di mana pandangan daripada ulama itu menjadi pandangan terakhir diterima pakai, tetapi secara diam-diam sebenarnya suara daripada kalangan ulama dalam banyak hal tidak dipedulikan. Lama kelamaan orang ramai akan ketahui juga apa yang sebenarnya perjuangan parti itu,” ujarnya.


viking said...
June 11, 2013 at 1:10 PM

SUATU ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).


viking said...
June 11, 2013 at 1:10 PM

Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.


viking said...
June 11, 2013 at 1:10 PM

Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.


viking said...
June 11, 2013 at 1:10 PM

Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.


viking said...
June 11, 2013 at 1:11 PM

Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.


viking said...
June 11, 2013 at 1:11 PM

Langkah berani reformasi pilihan raya
Najib nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:
“Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan.”


viking said...
June 11, 2013 at 1:11 PM

Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.


viking said...
June 11, 2013 at 1:12 PM

Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.


viking said...
June 11, 2013 at 1:12 PM

Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika “benar-benar dipilih oleh rakyat” merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.


viking said...
June 11, 2013 at 1:12 PM

Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.


viking said...
June 11, 2013 at 1:12 PM

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.


viking said...
June 11, 2013 at 1:12 PM

Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.


viking said...
June 11, 2013 at 1:13 PM

Seterusnya beliau berkata, “kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati .


viking said...
June 11, 2013 at 1:13 PM

Setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu.” Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?


viking said...
June 11, 2013 at 1:13 PM

Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?
Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu dibahas secara terperinci di Parlimen.


viking said...
June 11, 2013 at 1:13 PM

Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan
penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.


viking said...
June 11, 2013 at 1:13 PM

Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.


viking said...
June 11, 2013 at 1:14 PM

Terpaksa membuat pusingan U
Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?


lol said...
June 11, 2013 at 1:14 PM

Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


lol said...
June 11, 2013 at 1:14 PM

Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.


lol said...
June 11, 2013 at 1:14 PM

Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.


lol said...
June 11, 2013 at 1:15 PM

Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.


lol said...
June 11, 2013 at 1:15 PM

Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.


lol said...
June 11, 2013 at 1:15 PM

Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.


lol said...
June 11, 2013 at 1:15 PM

Kuasa PM
Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.


lol said...
June 11, 2013 at 1:16 PM

Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.


lol said...
June 11, 2013 at 1:16 PM

Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.


lol said...
June 11, 2013 at 1:16 PM

Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.


lol said...
June 11, 2013 at 1:17 PM

Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013.
Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya?


James John said...
June 11, 2013 at 2:03 PM

Lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan di negeri itu.


James John said...
June 11, 2013 at 2:03 PM

Malah, mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri tidak lagi bertolak ansur dengan sikap pembangkang yang mencabar dan mengetepikan undang-undang kerana dibimbangi akan mencetuskan huru-hara.


James John said...
June 11, 2013 at 2:04 PM

Kumpulan NGO itu termasuk Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) cawangan Terengganu, Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Terengganu (MBFMWT), Pertubuhan Belia 4B Terengganu serta beberapa pertubuhan belia.


James John said...
June 11, 2013 at 2:04 PM

Di Kuala Lumpur, kesemua mereka hadir bagi mendesak agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat sama ada Ketua Pembangkang itu terlibat atau tidak dalam insiden pencerobohan bersenjata tentera Sulu di Sabah.


James John said...
June 11, 2013 at 2:04 PM

Mereka berhimpun selama hampir sejam bermula kira-kira pukul 3.30 petang di Jalan Kampung Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, di sini hari ini untuk membantah hasrat pembangkang itu sambil membawa poster ‘Kami Bersama PM’, ‘Halau Pengkhianat Negara’ dan ‘Kami membantah Black Out 505′.


James John said...
June 11, 2013 at 2:04 PM

Ketua Pegawai PTCM cawangan Terengganu, Mohd. Bali Muda berkata, pembangkang cuba mengganggu keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat negeri itu selepas merancang mengadakan demonstrasi di Kuala Ibai.


James John said...
June 11, 2013 at 2:04 PM

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya mahu pasukan keselamatan mengambil langkah drastik dengan bertindak tegas ke atas mereka yang terlibat menggerakkan perhimpunan haram itu terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


James John said...
June 11, 2013 at 2:04 PM

Mereka desak Anwar dan pengikutnya dikenakan tindakan segera, dan tidak buang masa lagi.


James John said...
June 11, 2013 at 2:04 PM

Anwar dan pengikutnya sepatutnya akur dengan keputusan pilihan raya umum lalu. Kenapa terus mempersoalkannya sedangkan di negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kelantan dan Selangor, mereka sudah mengangkat sumpah jawatan masing-masing, maknanya mereka terima keputusan itu, katanya.


James John said...
June 11, 2013 at 2:04 PM

Menurut Mohd. Bali, mereka tetap membantah perhimpunan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini selain terbukti menyusahkan orang ramai.


webster adam said...
June 11, 2013 at 2:05 PM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan pakatan pembangkang untuk mengadakan Perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, ibu negara pada 22 Jun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, permohonan tersebut ditolak memandangkan lokasinya tidak sesuai selain sudah ditempah untuk acara lain pada 23 Jun.


webster adam said...
June 11, 2013 at 2:06 PM

"Padang Merbok adalah kawasan terbuka yang berada dekat dengan pusat bandar, jadi akan timbul kesesakan lalulintas dan Jalan Parlimen juga telah diindahkan dengan hiasan landskap selain menjadi lokasi berbasikal pada hujung minggu.


webster adam said...
June 11, 2013 at 2:06 PM

"Selain itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menempah padang tersebut untuk Larian Olimpik 2013 pada 23 Jun, tetapi ia akan ditutup sehari lebih awal bagi membolehkan persiapan logistik dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Phesal berkata, pihaknya akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan untuk mencari lokasi tertutup lain yang boleh digunakan seperti yang dijalankan di Selangor sebelum ini.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:17 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat mempertahankan nilai-nilai kehidupan positif yang selama ini diamalkan mereka dan menolak budaya negatif yang cuba diterapkan pembangkang.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:18 PM

“Rakyat perlu bangkit di dalam mempertahankan nilai-nilai kehidupan (positif) yang selama ini kita junjung. Jangan kita membiarkan mereka (pembangkang) memusnahkan nilai-nilai itu, kita perlu pertahankannya daripada pengaruh (budaya negatif) pembangkang,” katanya.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:19 PM

Muhyiddin memberi contoh bagaimana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan undang-undang anti-liwat negara ini dihapuskan kerana mendakwanya sebagai undang-undang kolot dan ketinggalan zaman.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:20 PM

Beliau percaya undang-undang anti-liwat itu merupakan di antara undang-undang pertama yang akan dihapuskan oleh Anwar jika beliau menjadi perdana menteri.

“Saya pun tidak tahu mengapa Anwar beria-ia mahu menghapuskan undang-undang ini (anti-liwat),” katanya.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 3:21 PM

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata penduduk Johor perlu memilih BN sekiranya mahu melihat pembangunan pesat di dalam bidang ekonomi yang sedang dialaminya berterusan.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 10:07 PM

The Barisan Nasional (BN) has decided to file 21 election petitions following the 13th general election (GE13), its secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 10:12 PM

He said the BN had initially planned to file 50 petitions, but in order to save the court’s time and avoid unreasonable costs, the number had been reduced to only 21.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 10:13 PM

“After considering the advice from the special legal task force, the BN decided to file 21 election petitions,” he said in a statement.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 10:17 PM

Tengku Adnan said the BN did not want to raise petty issues in court and was convinced that the petitions filed had concrete reasons for consideration.


Anonymous said...
June 11, 2013 at 10:19 PM

The Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS and DAP will be filing 25 petitions from yesterday until tomorrow for the parliamentary seats and 10 petitions for the state constituency seats in GE13.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:23 PM

Pakatan Rakyat boleh senyum lebar dengan keputusan PRU13 apabila majoriti besar orang cina menyokong parti mereka, tetapi pada masa yang sama mereka perlu kaji dengan terperinci kenapa undi orang Melayu tidak memihak kepada mereka.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:23 PM

Barisan Nasional pula pasti boleh mengukir senyuman apabila majoriti bumiputera memberi sokongan pada mereka, tetapi mereka juga perlu membuat analisa dengan tepat kenapa orang Cina secara total tidak menyokong Barisan Nasional pada PRU13.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:24 PM

Itulah realiti PRU13. Tahniah buat pemenang dan kepada yang tidak menang, terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Janganlah lagi jadikan rakyat sebagai alat politik mereka dengan berdemo di atas jalan dan sebagainya.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:24 PM

Walaupun PRU13 telah lama melabuhkan tirainya, tetapi masih banyak suara-suara sumbang yang kedengaran baik di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:24 PM

Perasaan tidak puas hati individu tertentu ditafsirkan melalui cerca mencerca dan menyalahkan orang lain selepas PRU13. Masing-masing tidak mahu mengalah dan asyik melihat kelemahan orang lain berbanding kudis di badan sendiri.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:24 PM

masalah dalam pihak pembangkang kerana itu tidak menguntungkan negara kita.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:25 PM

Barisan Nasional telah berhadapan dengan 12 PRU sebelum ini tanpa menjadikan BN sebagai parti tunggal.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:25 PM

Rekod menunjukkan BN terus unggul dalam arena politik tanahair.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 12:40 PM

ditunda> lebih baik ia dibatalkan saja


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:29 PM

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:29 PM

Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:29 PM

Speaker Dewan Rakyat tidak perlu kesal dengan ketidak hadiran MP pembangkang dalam program taklimat mengenai Parlimen.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:29 PM

Banyak ahli MP pembangkang masih bersedih tidak dapat jadi Menteri, Timbalan Menteri dan Perdana Menteri. Ada antara mereka yang masih berkurung dalam bilik, menangis di belakang pintu dan yang sangat patut dikasihani MP yang meraung menangis jika disebut perkataan Parlimen.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 1:30 PM

Bagi masa pada mereka untuk stabilkan diri kerana mereka pasti hadir ke Parlimen akhirnya


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:30 PM

Tindakan pembangkang mengadakan perhimpunan secara haram bukanlah penyelesaian terbaik dalam menyuarakan rasa tidak puas hati sebaliknya ia mengganggu keselamatan orang awam.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:30 PM

Pengerusi Majlis Lembaga Akademi Keusahawanan Islam Alfafa, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak berkata, tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) jelas mengikut emosi tanpa memikirkan kesannya terhadap orang ramai dan para peniaga.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:30 PM

"Ada banyak lagi cara dan saluran lain untuk menyatakan rasa tidak puas hati, berhimpun beramai-ramai serta meletakkan orang lain dalam keadaan yang tidak selamat bukanlah kaedah yang terbaik.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:30 PM

"Pihak pembangkang seharusnya menjadikan kejadian yang berlaku di Asia Barat sebagai teladan. Demonstrasi tersebut masih memberi kesan terhadap rakyat negara itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:31 PM

Beliau mengulas rancangan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:33 PM

"Bersih sepatutnya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dan saya mahu cadangkan supaya mengadakan perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam kerana kerajaan negeri itu menyokong sepenuhnya tindakan mereka itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:33 PM

Tambahnya, GAPS juga pernah menganjurkan perhimpunan tetapi ia dilaksanakan secara aman selain lokasi yang dipilih tidak menghalang atau mengganggu urusan orang lain.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:35 PM

Tindakan perhimpunan haram yang dilihat satu tindakan sengaja mencari publisiti dan menimbulkan keadaan ketidakselesaan serta akan merosakkan negara.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:35 PM

Rata-rata kalangan orangramai menyatakan tidak bersetuju penyanjuran perhimpunan jalanan yang banyak merugikan peniaga-peniaga, pemandu teksi dan menganggu lalu lintas di Ibu Negara, Kuala Lumpur.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:35 PM

Negara yang ada sekarang adalah negara yang terbaik dan mampu memacu negara ke arah pembangunan yang terancang. Oleh itu rakyat di dalam negara ini seharusnya bersyukur dan apa juga kemajuan pembangunan untuk rakyat dan negara ini.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:35 PM

Kita seharusnya berterima kasih kepada bekas-bekas mantan Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib bin Tun Abd Razak Perdana Menteri sekarang yang banyak berusaha membangunkan negara demi kejahteraan rakyat di dalam negara ini.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:35 PM

Kita tidak mahu keadaan himpunan haram itu nanti akan berlaku rusuhan dan kekacuan itu akan menjadi negara tidak aman dan kucar kacir. Ia akan menyusahkan rakyat.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:35 PM

Negara juga akan dilihat oleh negara luar keadaan yang tidak selamat dan politik juga tidak setabil disebabkan himpunan haram tersebut. Dengan itu ia akan menjejaskan pelabur-pelabur luar yang berminat dan mahu melabur di dalam negara ini.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:36 PM

Kesedaran mengenai hakikat bahawa perhimpunan atau demonstrasi bukan jawapan atau jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah mahupun tuntutan.


Hidup Di Sabah said...
June 12, 2013 at 4:38 PM

Selain faktor agama yang melarang menyertai perhimpunan yang boleh mencetuskan keganasan dan merosakkan harta benda awam, mereka mungkin faham akan hak bersuara mengikut saluran yang betul tanpa perlu menjejaskan keamanan negara dan mencemarkan imej negara.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 11:13 PM

Pakatan pembangkang yang menang 89 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bulan lalu, mula menunjukkan belang apabila memboikot sesi taklimat Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-13, semalam.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 11:13 PM

Dalam sesi taklimat bermula jam 9.30 pagi itu, hanya Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa, hadir. Bagaimanapun, Teck Hwa mungkin dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar keputusan memboikot sesi itu.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 11:14 PM

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada sidang media selepas merasmikan majlis taklimat itu, berkata tindakan pembangkang menyulitkan usaha pihak pentadbir Parlimen untuk memberi penerangan dan mendapatkan butiran peribadi.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 11:14 PM

“Kalau mereka menghormati Parlimen, institusi di mana mereka bekerja dan bertanggungjawab, mereka harus datang,” katanya yang enggan membuat spekulasi kemungkinan pembangkang akan turut memboikot majlis angkat sumpah.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 11:15 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan wakil rakyat pembangkang itu menggambarkan mereka tidak layak menjadi Ahli Parlimen.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 4:58 PM

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 4:59 PM

“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 5:00 PM

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 5:00 PM

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 5:00 PM

Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 5:01 PM

Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 5:01 PM

“Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 5:01 PM

Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.


dosnoh said...
June 13, 2013 at 5:02 PM

Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya.


double standard said...
June 13, 2013 at 5:41 PM

Secara peribadi tidak langsung terkejut dengan pusingan 360 darjah yang dibuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung hasrat Anwar untuk memboikot sidang parlimen yang dijangka bermula 26 Jun ini.

Tak terkejut sebab 2 perkara, pertama Azmin memang dah nampak tak sebulu dengan Anwar sejak-sejak kempunan nak jadi Menteri Besar Selangor, dan soal boikot sidang parlimen ini memang kita dah tahu dari mula hanyalah cara Anwar untuk dapat publisiti murahan dari media.

Bukan dia betul-betul nak boikot pun.


double standard said...
June 13, 2013 at 5:41 PM

Orang PKR yang bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar dalam soal boikot setakat ini hanyalah orang macam Tian Chua, sementara yang menunjukkan bantahan selain Azmin sendiri ialah Zuraidah Kamarudin yang juga Ketua Wanita PKR. Ironinya, Tian Chua diketahui duduk dalam kem Wan Azizah yang pro Anwar, sementara Zuraidah duduk dalam kem Azmin.

Keadaan itu sahaja menunjukkan bahawa perpecahan dalam PKR yang berlaku sebelum dari hari penamaan calon dulu, masih berterusan dan semakin memburuk sehingga sekarang.


double standard said...
June 13, 2013 at 5:42 PM

Lagipun, bukanlah satu rahsia, hanya ada beberapa orang sahaja dalam PKR yang berani menyanggah Anwar, dengan Azmin adalah salah seorang darinya. Dikatakan, Presiden PKR, Wan Azizah pun tak seberani Azmin. Maklum sajalah, siapa Azmin, siapa Wan Azizah!!

Ini tak payah cerita panjanglah, semua orang pun tahu sejarah antara mereka berdua.


double standard said...
June 13, 2013 at 5:42 PM

Nak diikutkan, ini bukan kali pertama Anwar buat gempak macam ini, sebelum ini pun dah banyak kali. Dari kerajaan BN nak runtuh 16 September 2008, hinggalah kepada pengundi hantu 40,000, blackout dan sebagainya. Tapi dalam semua kes tersebut, pemimpin pembangkang, PKR terutamanya membiarkan rakyat percaya dengan semua tohmahan tersebut sebelum beri apa-apa kenyataan.

Sekarang ini, tak sempat Anwar nak gempak lama-lama, Azmin awal-awal dah tong sampahkan gimik terbaru Anwar. Paling tidak pun, ikut macam Tian Chua main ayat-ayat spin sikit atau lebih baik, berdiam diri. Tapi bukan itu kisahnya sekarang, Azmin sanggah Anwar secara terang-terang, tak bagi peluang langsung Anwar nak mengelirukan rakyat.


double standard said...
June 13, 2013 at 5:42 PM

Tambah buruk keadaan, orang Azmin macam Zuraidah pun dah berani sanggah Anwar juga. Maklum sajalah, dari 30 ahli parlimen PKR sekarang (kurang satu berbanding 2008), lebih separuh daripada mereka adalah orang-orang Azmin, itu yang buat Azmin berani tunjuk belang tu.

UMNO patut ambil peluang dari ketegangan yang berlaku antara Anwar dengan Azmin ini untuk kepentingan parti tersebut. Macam mana nak buat tu, terpulanglaj, tapi penulis melihat ini adalah peluang untuk mengurangkan lagi pengaruh parti yang hanya berperanan menguatkan lagi DAP.

Sementara dia sendiri makin lemah dari hari ke hari.


may said...
June 27, 2013 at 3:41 PM

Cubaan pembangkang menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar bagi memaksa bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu membuat kenyataan palsu mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bukan sesuatu yang pelik.


may said...
June 27, 2013 at 3:41 PM

Bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin berkata, beliau tidak terkejut dengan pendedahan cubaan sogokan bernilai RM3 juta kerana sewaktu mengendali kes Ketua Pembangkang dulu, memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri.


may said...
June 27, 2013 at 3:42 PM

Malah katanya, usaha terancang untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia tersebut telah didedahkan secara panjang lebar oleh beliau sewaktu persidangan Dewan Rakyat penggal lalu sehingga mengejutkan banyak pihak.


may said...
June 27, 2013 at 3:43 PM

Saya langsung tidak terkejut mengenai cubaan untuk menyogok keluarga Sirul dengan menawarkan wang tunai RM3 juta. Ini kerana memang sejak dahulu Anwar dan pemimpin pembangkang lain merancang untuk memfitnah Perdana Menteri menggunakan isu pembunuhan Altantuya.


may said...
June 27, 2013 at 3:43 PM

Sekarang keadaan lebih terdesak kerana Anwar dan pembangkang sudah kehabisan isu untuk menipu rakyat. Jadi untuk menghidupkan kembali isu, mereka cuba menyogok agar Sirul membuat kenyataan palsu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


may said...
June 27, 2013 at 3:44 PM

Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul dengan wang tunai RM3 juta agar bersetuju membuat kenyataan palsu ke atas Najib.


may said...
June 27, 2013 at 3:44 PM

Dalam pada itu, Zulkifli menyelar sikap membisu Jabatan Peguam Negara yang sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan, walaupun telah seminggu pendedahan mengenai rancangan mensabotaj kes pembunuhan Altantuya dengan cubaan sogokan wang tunai dibuat.


may said...
June 27, 2013 at 3:45 PM

Katanya, kegagalan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak secara proaktif dan tegas dalam banyak perkara yang berkait dengan pembangkang, meskipun jelas menyalahi undang-undang menimbulkan persepsi salah iaitu mereka bebas melakukan apa sahaja.


may said...
June 27, 2013 at 3:45 PM

Kini wujud persepsi di kalangan rakyat bahawa Jabatan Peguam Negara memilih bulu dalam melaksanakan tugasnya kerana pantang ada silap dilakukan pemimpin kerajaan pasti ada pendakwaan tetapi apabila membabitkan pembangkang mereka membisu


may said...
June 27, 2013 at 3:46 PM

Bagi penulis agak hairan jugalah apabila kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr.Khir Toyo, Peguam Negara dalam masa 24 jam memberikan respon untuk mengulas hukuman yang dijatuhkan terhadap Dr.Khir Toyo


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:03 AM

SABAH remained an attractive investment destination after being named by the Ministry of International Trade and Industry as the third highest in terms of investments among the states, amounting to RM13.7 billion last year.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:03 AM

State Industrial Development Minister Datuk Raymond Tan said despite some shortcomings the potential that Sabah has continued to be an attraction for domestic and international investors.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:04 AM

In his winding up speech, Tan attributed the achievement to the prosperity, peace, unity, stability and smart leadership of Sabah, especially the Chief Minister.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 10:04 AM

Sabah would be able to capture the hearts of investors and that the economic recovery in developed countries would be sustained.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx