Sunday, June 30, 2013

Jusuf Kalla Dapat Maklumat Karut?

Bukan saja sesuatu yang mengejutkan tetapi ia mengaibkan apabila bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa himpunan Black505 yng memprotes keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu dibiayai oleh pihak asing manakala Anwar Ibrahim pula dibantu oleh beberapa pihak khasnya dari Turki, Washington dan Filipina.

Dakwaan Jusuff itu disiarkan dalam sebuah media Penjilat Buntut hari ini yang mementing laporan sebuah protal berita di Jakarta yang mengadakan interviu dengan Jusuf.

Laporan itu juga menyebut Jusuf berkata mungkin bantuan untuk Anwar juga datang dari Thailand dan China. Jusuf dakwa dia mengetahui itu dari rakan-rakan bisnesnya? Iya ke?

Walaupun kenyataan Jusuf itu berbentuk spekulasi dan andaian semata-mata tetapi ia sesuatu yang sungguh keji kerana ia memjantuhkan maruah Anwar dan pengajur himpunan Black505. Jusuf harus sedar siapa dirinya sebelum mengeluarkan tuduhan berkenaan. Persoalannya dari manakah Jusuf mendapat maklumat berkenaan yang tidak disertakan dengan bukti.

Justeru maklumat itu tentu datangnya dari Malaysia juga dan siapakah yang membekalkan maklumat palsu itu kepada Jusuf. Di sini orang boleh beranggapan yang membekalkan maklumat atau 'strategi' demikian kepada Jusuf adalah manusia yang ada dalam 'war room' Najib juga yang diketehui ada hubungan baik dengan oknum di Jakarta.

Sebagai seorang tokoh politik terbilang dan cuba menjadi mediator di antara Anwar dan Najib, Jusuf seharusnya menyelidik mengenai kesahihan maklumat itu. Dengan beliau meratah begitu saja maklumat itu dan dipetik oleh media lain ia memberi gambaran betapa buruknya Jusuf Kalla. Jusuf Kalla boleh dianggap sebagai berua politik serantau.

Tuduhan Jusuf yang berat sebelah itu juga menyebabkan orang boleh mengatakan dia bias kepada Najib. Mungkin hubungi darah beliau sebagai sebangsa, Bugis dengan Najib menjadikan Jusuf mereng dan iseng serta sinting dan apa saja tindakannya sebagai mediator tidak adil dan berpihak.

Ada kemungkinan Jusuf membuat kejutan begitu kerana kecewa apabila usahanya untuk mempersatukan Najib dengan Anwar gagal. Terdengar khabar sebelum ini bahawa Jusuf beriya mahu memperstukan Aawar dengan Najib atas alasan untuk kebaikan agama dan bangsa. Najib dikatakan memohon kebijaksanaan dan hubungan Jusuf dengan Anwar bagi meringan beban politiknya.

Najib tidak sanggup berterusan berdepan dengan ancaman dari Anwar yang memimpin Pakatan Rakyat di mana kalau ia tidak dikendurkan menyebabkan Najib boleh gugur dari jawatannya. Lantas itu Jusuf dikatakan mengemukakan formula agar ada perdamaian di antara Najib dengan Anwar. Adalah difaham perkataan 'perdamian nasional' yang disebut Najib sebaik selesai pilihan raya adalah tajuk rangka damai yang dicipta olehg Jusuf Kalla.

"Frasa perdamian nasional itu adalah bahasa Pak Jusuff, Pak.." demikian kata penutur dari Jakarta kepada saya ketika saya di Jakarta baru-baru ini.

Cadangan itu dipersetujui oleh Najib tetapi khabarnya Anwar menolak kerana ia tidak adil serta tempeng jauh sekali menepati maksud perdamian nasional. Najib mahu kerjasama ke arah kebaikan bangsa dan agama itu hanya dengan Keadilan (Anwar) saja tetapi tidak dengan DAP. Anwar terpaksa menolak kerana DAP adalah rakan Keadilan bersama Pas dalam Pakatan Rakyat.

"Kalau mahu mestilah kerjasama bersama Pakatan Rakyat, bukan terpilih," demikian antara jawaban yang ditutur Anwar. Penolakan berhemat Anwar itu katanya tidak disenangi oleh Jusuf Kalla dan meletakkan usahanya gagal. Katanya Jusuf sangat kcewa atas pendirian Anwar itu.

Mungkin kerana kegagalan dan rasa kecewa itulah maka Jusuf membuat satu kenyataan negatif menuduh Anwar ditaja oleh orang asing. Tujuannya untuk memburukkan Pakatan Rakyat di muka rakyat Malaysia. Jusuf mengetahui bahawa himpunan Black505 adalah atas restu Pakatan Rakyat.

Atas hakikat itu kenyataan Jusuf itu satu pembohongan dan beliau perlu menarik balik. Sebelum anak-anak muda yang terlibat dan menyokong himpunan Black505 melancarkan kempen mengutuk Jusuf elok kalau beliau membuat apologi. Bukan itu saja tindakan Jusuf juga sesuai dengan beliau sebagai seorang mukmin yang mempercayai ajaran Islam Quran dan Hadith di mana si pembohong lidahnya akan dipotong akhirat besok

http://msomelayu.blogspot.com
xxx2

Komen Anda

70 Responses to " Jusuf Kalla Dapat Maklumat Karut? "
mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:09 AM

Manifestasi dari setiap gerakan, perbuatan dan percakapan Anwar, tidak lain dan tidak bukan adalah PENIPUAN yang akhirnya akan menghasilkan kekeliruan, fitnah dan pertentangan pemikiran di kalangan rakyat.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:12 AM

Dalam kamus hidup Anwar, tidak ada istilah “mengakui” tentang sesuatu perkara, jika perkara itu boleh menjejaskan reputasi dan krdibilitinya pada pandangan umum.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:12 AM

Walaupun wajah diphoto itu memang wajahnya sendiri, tetapi jika seandainya photo itu mampu mencalar atau menjejaskan kredibiliti dan reputasinya, dia tidak akan mengaku wajah diphoto itu, wajahnya. Sekurang-kurangnya dia akan berkata, “looks like me, but not sure if its me”.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:12 AM

Perjanjian yang dia tandatangani sendiri pun dia cuba nafikan. Dia sendiri yang minta jumpa Jusuf Kalla, tapi dia kata Jusuf Kalla yang nak jumpa dia. Dia sendiri yang mintak Jusuf Kalla jadi broker mautnya untuk merealisasikan cadangan “perjanjian syaitannya” untuk memerangkap Najib. Dia sendiri yang langgar perjanjian, dia kata Najib yang langgar.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:12 AM

Dia sendiri yang secara sukarela menyatakan akan bersara dari politik jika kalah PRU, dia sendiri yang menarik semula persaraannya.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:12 AM

Dia sendiri yang minta Zaid Mat Arif aturkan untuk jumpa Tun Ghafar untuk minta maaf, dia sendiri yang jaja Tun Ghafar nak jumpa dia dan minta maaf.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:12 AM

Dia sendiri yang berkata tidak akan sesekali memaafkan atau berkompromi dengan Tun Mahathir, dia sendiri yang hantar wakil berjumpa Tun M untuk minta appointment yang sampai 4 kali ditolak oleh Tun M.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:12 AM

Segala bukti dan saksi cukup banyak untuk seluruh rakyat tidak mempercayai apa saja kata-kata yang keluar dari mulut Anwar. Tetapi semua itu tidak mencukupi untuk para penyokongnya berfikir, dan menggerakkan kebolehan akal mereka untuk berfikir.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:13 AM

Apbila berjumpa dengan sekumpulan anak muda penyokong tegar Anwar. Mereka baru pertama kali mengundi. Bila saya sembang dan sebut “semasa Anwar jadi Timbalan Presiden UMNO…bla..bla..bla”, budak2 ni terkejut dan tanya balik, “Anwar pernah jadi Timbalan Presiden UMNO ke bang..? Maknanya, budak ni tahun 1998 umur dalam lingkungan 8 ke 10 tahun.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:13 AM

Inilah jenis anak-anak muda yang sedang diperkotak-katikkan minda mereka hingga begitu taksub dengan Anwar…kalau anak muda melayu sendiri pun tidak tahu latar belakang Anwar, apa lagilah anak-anak muda lain.


mattz sabah said...
July 1, 2013 at 11:13 AM

Jadi tidak menghairankan jika Anwar boleh senang-senang kumpulkan puluhan ribu anak muda jenis “naive” macam ni di tengah padang dan dijamu dengan makanan fitnah dan dusta yang enak-enak.


MV said...
July 1, 2013 at 11:17 AM

Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut.


MV said...
July 1, 2013 at 11:17 AM

Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani “Perjanjian” itu.


MV said...
July 1, 2013 at 11:17 AM

Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan.


MV said...
July 1, 2013 at 11:18 AM

Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terliba tmula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya.


MV said...
July 1, 2013 at 11:19 AM

memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju. Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.


MV said...
July 1, 2013 at 11:19 AM

Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.


MV said...
July 1, 2013 at 11:19 AM

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:20 AM

Jusuf yang diketahui umum rakan baik kedua-dua Anwar dan Najib mendedahkan dalam interbiu dengan akhbar terkemuka ,The Wall Street Journal yang disiarkan Jumaat bahawa perjanjian itu dibuat atas permintaan Anwar sendiri.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:20 AM

Mr. Kalla said the two candidates—whom he said he considered friends of his going back decades—had made a written agreement in April to refrain from personal attacks during the campaign and to accept the outcome, in a deal first proposed by Mr. Anwar.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:20 AM

Beliau menegaskan Anwar telah mungkiri janji berkenaan.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:21 AM

Itu satu hal dan ini satu hal lain.Apa agaknya perasaan Jusuf bila Anwar bertegas kata perjanjian bertulis itu dibuat atas cadangan bekas Naib Presiden Indonesia itu dan bukan datang darinya.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:21 AM

Siapa yang cakap benar dan siapa yang bohong? Kalau membaca penuh laporan Wall Street Journal,akhbar itu dengan jelas memetik Jusuf sebagai berkata " Mr. (Jusuf) Kalla said Mr. Anwar approached him about an agreement two months ago, and they met at his Jakarta home. Mr. Anwar asked him to reach out to his opponent and secure his commitment for a peaceful election outcome, Mr. Kalla said.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:21 AM

Menurut akhbar itu sebaliknya Anwar pula kata ' it was Mr. Kalla, not him, who first proposed the pact'. Dalam pada itu isu pendedahan Jusuf dalam interbiu dengan The Wall Street Journal telah mencuri perhatian ramai. Kebanyakan terkejut bagaimana satu perjanjian sulit yang berprofail tinggi boleh ' dilanggar' begitu saja.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:21 AM

Sana sini kedengaran orang mempersoalkan gelagat Anwar yang mungkir janji dan membuat perhimpunan demi perhimpunan untuk mendakwa Pakatan Rakyat menang atas dasar ' undi popular' sedangkan sistem itu tidak digunapakai di Malaysia.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:22 AM

Lebih dari itu ia boleh memalukan rakan baiknya yang berstatus bekas Naib Presiden sebuah negara besar dan jiran serumpun Malaysia.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:22 AM

Cara Anwar menafikan beliau yang cadangkan perjanjian itu menampakan seolah Jusuf pembohong.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:22 AM

Kalangan pemerhati politik pula menilai ini satu hal yang serius jika benar Anwar ' pusing cakap' hingga cetus situasi yang memalukan Jusuf.


Poyo said...
July 1, 2013 at 11:23 AM

Menurut mereka atas dasar apa sekalipun bekas Naib Presiden Indonesia itu telah mainkan peranan yang patut dihargai untuk memastikan Malaysia tidak bergolak selepas PRU13. Mungkin Jusuf sendiri tidak sangka beliau boleh ' kena main' .


Candy said...
July 1, 2013 at 11:51 AM

Ikatan Muslimin Malaysia mendesak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperjelaskan dakwaan ke atasnya berhubung bantuan dana asing dalam perhimpunan Blackout yang didakwa Jusuf Kalla.


Candy said...
July 1, 2013 at 11:58 AM

Ketua Biro Politik ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahya berkata, ISMA melihat tindakan menerima dana asing semata-mata untuk kepentingan peribadi disifatkan sebagai tidak patriotik dan hanya mahu mengkucar-kacirkan negara.


Candy said...
July 1, 2013 at 12:01 PM

Jika benar, maka ini satu tindakan yang sangat tidak patriotik kerana tidak memikirkan kepentingan negara, sehingga lebih mementingkan peribadi.


Candy said...
July 1, 2013 at 12:02 PM

Jika benar, maka ini satu tindakan yang sangat tidak patriotik kerana tidak memikirkan kepentingan negara, sehingga lebih mementingkan peribadi.


Candy said...
July 1, 2013 at 12:05 PM

Datuk Seri Anwar perlu mendedahkan apa agenda dan perjanjian yang sebenarnya antara beliau dan negara asing yang memberi dana supaya rakyat menilai samada perkara itu boleh diterima ataupun tidak.


Candy said...
July 1, 2013 at 12:14 PM

Pencerobohan di Lahad Datu juga didakwa melibatkan campurtangan kawan2 Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besr di Filipina.


Candy said...
July 1, 2013 at 12:18 PM

Perlukah bantuan negara lain jika mahu berjuang di negara sendiri?Apa yang terjadi seolah-olah beliau seperti boneka dan orang suruhan untuk perjuangan orang lain.


Candy said...
July 1, 2013 at 12:21 PM

Rakyat perlu fikir dan tahu tidak ada negara yang membenarkan dana asing masuk kerana salah dari segi kedaulatan negara, samada isu pencerobohan Lahad Datu, Blackout 505 atau sebagainya.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:10 PM


Pendedahan Jusuf Kalla: Karpal Perlu Soal Siasat Anwar


Saya yakin Pengerusi DAP, Karpal Singh marahkan Anwar selepas bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan beberapa fakta dan aktiviti “politik gelap” Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di negara jiran itu.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:11 PM


Dalam kenyataan terbaru Karpal mengenai pendedahan Jusuf itu, dia menganggap bahawa segala yang berlaku itu mampu menjejaskan Pakatan Haram dan bekas Naib Presiden itu tidak wajar mendedahkan perkara tersebut kepada umum.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:12 PM

Katanya lagi, cerita benar dari Jusuf itu mampu menjejaskan kreadibiliti Anwar dan sekaligus menimbulkan kesan kepada parti-parti di dalam Pakatan Haram.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:12 PM

Selebihnya, Karpal mahu Jusuf meminta maaf pada Anwar kerana mendakwa Ketua Pembangkang itu menerima bantuan dana asing dari pelbagai negara luar, khususnya bagi membantu Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang lalu.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:12 PM

Pertamanya, DAP sebelum ini begitu gemar memberitahu rakyat Malaysia, khususnya orang Cina bahawa merekalah yang paling telus dan berintegriti dalam semua hal. Kononnya mereka tidak pernah sembunyikan sesuatu dari rakyat.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:13 PM

Sampaikan pada satu-satu tahap, mereka tergamak mendesak Kerajaan untuk mendedahkan rahsia-rahsia kerajaan pada khalayak umum sedangkan apa yang mereka desak itu tidak wajar didedahkan dan tertakluk di bawah akta OSA.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:13 PM

Tapi bila Jusuf Kalla memberitahu dunia tentang betapa pembelitnya gerakan politik Anwar, mengapa pula Karpal Singh nak melatah?

Patutnya Karpal berterima kasih pada Jusuf kerana mendedahkan tindakan “gelap” Anwar yang dilakukan di belakang DAP dan PAS. Saya yakin, kalau Jusuf tidak dedahkan rahsia Anwar itu, sudah tentu Karpal dan PAS tidak tahu kegiatan “gelap” Anwar yang membelakangkan mereka itu, bukan?


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:14 PM

Kedua, apa salahnya Jusuf dedahkan kejijikan perangai seorang pengkhianat negara jirannya? Bukankah itu satu tindakan yang wajar dilakukan? Bukankah itu juga menunjukkan ketelusan dan integriti? Kenapa DAP nak meradang pada Jusuf pula?

Kesan apa yang Karpal maksudkan bila perkara ini terdedah? DAP dan PAS tidak percaya lagi pada Anwar?


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:14 PM

Saya yakin, DAP sejak awal lagi tidak pernah percaya pada Anwar. DAP Cuma berlakon percaya saja, tidak lebih dari itu. Itupun hanya sekadar “tahaluf siyasi” DAP yang mahu membonekakan Anwar untuk seumur hidup.


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:14 PM


Hanya PAS saja yang percaya sepenuhnya pada Anwar. Orang-orang PAS di negara kita ini, kalau Anwar cerita dia merupakan jelmaan Ultraman Taro pun mereka akan percaya… Tidak perlu pertikai tahap IQ yang ada pada puak-puak PAS. Lihat saja Mahfuz Omar, dia contoh terbaik…


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:14 PM

Ketiga, kenapa pula Jusuf perlu memohon maaf pada Anwar tentang dana-dana asing yang didakwa diterima Anwar pada PRU ke-13 yang lalu? Bukankah selama ini DAP begitu vokal mahu segala dakwaan kontroversi mengenai pemimpin politik di negara ini didedahkan dengan telus dan adil?


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:15 PM

Jusuf tidak menuduh, tapi beliau suruh kita siasat. Jadi, apa kata kalau DAP syorkan pada Rafizi Ramli untuk mendesak Kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Jusuf itu?


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:15 PM

Bukan apa, dakwaan itu melibatkan hubungan dua hala di antara dua bekas orang besar negara. Seorang bekas Naib Presiden dan seorang lagi bekas Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini mampu timbulkan ketegangan, bukan?


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:15 PM

Lagipun, DAP memang suka desak Kerajaan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Kalau kes penjenayah mati dilokap polis pun mahu ditubuh Suruhanjaya, longkang pecah pun mahu ditubuh Suruhanjaya, mengapa tidak desak Kerajaan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk kes ini?


Anonymous said...
July 1, 2013 at 1:16 PM


Nampak sangat Karpal bersikap “double standard” dalam hal ini. Apakah integriti dan ketelusan itu membolehkan kita bersikap “double standard”? Atau DAP memang dari awal tidak punya integriti dan tidak telus? Berterus terang sajalah….


gojes said...
July 1, 2013 at 1:48 PM

The Wall Street Journal (WSJ) reported yesterday Jusuf had revealed that a written agreement was made between Najib and Anwar in April, refraining from personal attacks during the campaign and to accept the outcome of the May 5 polls, which was first proposed by Anwar.


gojes said...
July 1, 2013 at 1:49 PM

According to Jusuf, Anwar approached him on the agreement two months ago, asking the latter to reach out to his opponent and secure his commitment for a peaceful election outcome.


gojes said...
July 1, 2013 at 1:50 PM

However, WSJ said Anwar had claimed that Jusuf was the one who reached out to him to offer his assistance in ensuring an orderly outcome to the elections.


gojes said...
July 1, 2013 at 1:50 PM

It reported that Anwar acknowledged he had made the agreement with Najib, with Jusuf as mediator, but he claimed that the Barisan Nasional (BN) had revoked it by the way it ran its campaign.


gag said...
July 1, 2013 at 1:51 PM

Jusuf also said that he had contacted Anwar, a day after the May 5 polls, to ask the opposition leader to accept the result.


gojes said...
July 1, 2013 at 1:51 PM

"We had a commitment," Jusuf was quoted as saying. "On Monday, I asked Anwar to accept it and look at reality. But they said, 'No, no, no, no."


gojes said...
July 1, 2013 at 1:52 PM

The general election saw Najib-led Barisan Nasional returned to power by winning 133 of the 222 parliamentary seats, which saw the dissatisfied Anwar and Pakatan Rakyat staging rallies across the country since May 8.


gojes said...
July 1, 2013 at 1:52 PM

Without criticising any party, Jusuf said he felt that both sides met their commitment to refrain from personal attacks during the campaign.


gojes said...
July 1, 2013 at 1:53 PM

Jusuf had brokered peace agreements in various conflicts across the troubled Indonesian archipelago during his time as vice-president from 2004 to 2009, and had roles in peace negotiations in Thailand and Sri Lanka.


Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim said...
July 3, 2013 at 10:44 PM

Sebagai seorang politik yang pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Indonesia, tentulah Jusuf Kalla begitu arif sekali dengan dana-dana yg diperolehi dari asing samada di Indonesia maupun di Malaysia. Dalam kes Anwar yg juga merupakan rakan karibnya, tentulah Jusuf Kalla mempunyai bukti yg kukuh bagi mengeluarkan kenyataan yg sedmikian rupa.

Ikutilah ulasan saya sepenuhnya dalam

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/pendedahan-bekas-naib-presiden.html


Anonymous said...
July 12, 2013 at 12:13 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memberi input berkaitan sektor itu dan strategi keusahawanan dalam mewujudkan syarikat bertaraf dunia


Anonymous said...
July 12, 2013 at 12:14 PM

Perdana Menteri berkata pengumuman penubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 12:14 PM

Panel ini akan terdiri daripada usahawan yang terbukti kejayaannya dan tidak semestinya mereka yang terkenal tetapi mempunyai rekod prestasi yang baik serta berkebolehan dan mempunyai masa untuk menyumbang kepada perjalanan panel penasihat ini


Anonymous said...
July 12, 2013 at 12:14 PM

Ahli Panel itu akan dibentuk juga daripada kalangan mereka dari luar negara, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan di sini kelmarin.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 12:15 PM

Panel ini akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan saya juga telah menyatakan kesanggupan untuk menerima dan mendengar laporan mereka dari masa ke semasa


xppixma said...
July 12, 2013 at 12:15 PM

Menurut Perdana Menteri, penubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.


xppixma said...
July 12, 2013 at 12:16 PM

Sebanyak 155 program telah dirancang dengan komitmen kewangan berjumlah RM18.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada 467,838 PKS


Anonymous said...
July 12, 2013 at 12:16 PM

Perdana Menteri berkata, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang pertama dalam memberi akses kepada pembiayaan, sektor PKS juga telah mendapat kelulusan keseluruhan kekal tinggi pada 88 peratus.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx