Wednesday, June 19, 2013

Mengejutkan : Larian Olimpik Tukar Tempat!



Pertukaran saat akhir tempat Larian Hari Olimpik pada Ahad depan dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengejutkan sesetengah pihak.

Malah, ada di kalangan pengguna Internet yang mengaitkannya dengan "konspirasi" bertujuan memberi alasan terbaik kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat.

Tengah hari ini, MOM mengumumkan di Facebook mereka bahawa tapak acara larian mereka yang ditetapkan pada tahun lalu ditukar.

"Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga.

"Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM.

Semakan Malaysiakini di laman web majlis itu dan juga McDonald's sebagai penaja acara jelas menyebut tempatnya di Dataran Merdeka. -mk

xxx2

Komen Anda

9 Responses to " Mengejutkan : Larian Olimpik Tukar Tempat! "
Bella said...
June 21, 2013 at 1:52 PM

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata ini kerana perhimpunan itu tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat sebaliknya hanya menyemarakkan serangan fitnah dan hasutan supaya membenci kerajaan.


Bella said...
June 21, 2013 at 1:53 PM

Walaupun pembangkang mendakwa perhimpunan itu bakal berlaku secara aman, tetapi beberapa siri perhimpunan 'Blackout 505' yang diadakan sebelum ini dipenuhi dengan hemburan fitnah dan berbau hasutan.


Bella said...
June 21, 2013 at 1:54 PM

Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata tidak ada kewajaran bagi pihak berkuasa untuk membenarkan pihak penganjur mengadakan perhimpunan di Padang Merbok kerana niat mereka hanyalah untuk mencetuskan perspsesi negatif rakyat terhadap kerajaan.


Bella said...
June 21, 2013 at 1:55 PM

"Sepatutnya tuntutan itu tidak diberikan layanan, selagi kita layan mereka,selagi itulah mereka mendabik dada dan berani melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan dan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.


Bella said...
June 21, 2013 at 1:55 PM

perhimpunan anjuran pakatan pembangkang itu bukan memenuhi keperluan rakyat sepertimana didakwa oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya sebagai medan terbuka pemimpin mereka mempertikaikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 baru -baru ini.


Bella said...
June 21, 2013 at 1:56 PM

"Kenapa Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak mahu guna saluran yang dibenarkan itu, sebaliknya menggunakan himpunan jalanan, ini bermakna motif mereka bukan menyuarakan kehendak rakyat tetapi cuba menjadikan negara ini kacau bilau," tegasnya.


Bella said...
June 21, 2013 at 1:57 PM

Tambahnya lagi, itulah juga hasrat Anwar yang mahu meruntuhkan kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat secara demokratik menggunakan kaedah revolusi politik seperti yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah.


atom said...
June 23, 2013 at 9:44 AM

Kecenderungan menyalahkan orang lain dan bergantung kepada penyelesaian orang lain terhadap masalah yang berbangkit adalah jalan mudah mencari kambing hitam dalam jalan keluar daripada masalah


atom said...
June 23, 2013 at 9:47 AM

Malah ada kecenderungan yang amat aktif dalam kalangan orang Melayu yang menaja aktiviti budaya popular baik dalam media cetak dan elektronik mahupun dalam bentuk pesta dan festival yang tambah melalaikan dan merosakkan kualiti jiwa dan emosi generasi muda Melayu sehingga akhirnya berbangkit pelbagai masalah yang serius dan menyentuh mengenai jati diri dan kekuatan umat Melayu itu sendiri


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx