Tuesday, June 18, 2013

15 Peserta Flashmob Diberkas

Tindakan polis memberkas 15 peserta ‘flashmob’ di depan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan menahan mereka hampir lapan jam di Balai Dang Wangi pada Sabtu lalu disifatkan sebagai satu tindakan gila.

“Namun kejadian itu sama sekali tidak mungkin berjaya menakut-nakutkan anak muda untuk terus beraksi dalam banyak lagi siri ‘flashmob’ selepas ini menjelang himpunan 22 Jun nanti,” kata Edy Noor Reduan, pengarah propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa sebenarnya tidak ada perhimpunan pada hari itu. Jika ada perhimpunan sekalipun, ia bukan berlangsung di depan Sogo tetapi di Padang Merbuk Jalan Parlimen pada 22 Jun nanti.

“Di depan Sogo tempohari hanyalah sebuah aksi spontan yang dipanggil ‘flashmob’,” terang beliau.

Menurutnya, polis tidak memahami konsep ‘flashmob’ apabila cuba menggunakan Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman yang menetapkan notis sepuluh hari untuk sebarang perhimpunan.

“Jika beri notis 10 hari, itu bukan ‘flashmob’. Malah dalam akta yang sama, polis tiada peruntukan untuk membuat tangkapan,” katanya.

Edy Noor menerangkan bahawa jika diarahkan bersurai sekalipun, peserta ‘flashmob’ bertekad tidak akan meninggalkan kawasan tersebut

“Ini kerana sangat jelas mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak mengganggu orang awam, tidak mengganggu lalu lintas malah keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman sememangnya sesak setiap hari Sabtu,” tambahnya.

Menurutnya, ‘flashmob’ Sabtu lalu bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa pilihan raya umum padad 5 Mei lalu dijalankan dengan penuh kecurangan.

Panik

Katanya, sikap panik kerajaan hingga menangkap peserta ‘flashmob’ dengan isyarat ugutan sebenarnya telah berjaya membangkit lebih banyak aksi ‘flashmob’ di seluruh negara.

Sehari selepas tangkapan ‘flashmob15′, beberapa flashmob dilancarkan termasuk salah satunya di depan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Hari ini juga katanya, satu ‘flashmob’ anak muda di Ipoh, esok di beberapa lokasi lagi termasuk di pekan Sungai Besar, Selangor.

Rabu ini, fasa kedua ‘flashmob’ seperti yang dijadualkan di Jalan Tun Perak akan tetap diteruskan bermula jam 5 petang, juga akan berlangsung di Bandar Melaka.

Khamis pula di Flashmob Kuala Terengganu, Kemaman, Port Dickson dan pekan Pontian, semua bermula jam 5 petang.

Lebih banyak lokasi ‘flashmob’ pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari besar #KL622 – Hari Rakyat Lawan Penipuan SPR, katanya. -FMT
xxx2

Komen Anda

11 Responses to " 15 Peserta Flashmob Diberkas "
PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:34 PM

Lahabau, bodoh, menyusahkah rakyat! Inilah ungkapan yang sesuai untuk para peserta perhimpunan haram yang diadakan di hadapan kompleks SOGO dan berlarutan hingga ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur hari ini.


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:34 PM

Pemikiran apakah ini? menyusahkan orang ramai terutamanya pemandu-pemandu jalan-raya sekitar pusat bandar.


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:35 PM

Dalam keadaan orang ramai sedang dalam proses mengubah gaya hidup dan berjimat cermat si ketua perhimpunan lahanat ini dan konco-konconya mengadakan perhimpunan haram hingga menjadikan keadaan penuh sesak yang berlarutan lebih 2 jam di semua jalan masuk dan keluar ke pusat bandar.


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:35 PM

Inikah yang mereka mahukan? menyusahkan orang ramai. Konon nak membantah kenaikan harga minyak, tapi dengan tindakan mereka hari ini, nyata menunjukkan kebusukan hati dan terencatnya minda setiap seorang dari mereka yang memulakan perhimpunan haram ini.


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:36 PM

Mereka bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan-raya, tetapi turut menyusahkan pihak polis yang terpaksa meninggalkan post kerja harian mereka menjaga keamanan dalam negara serta membendung jenayah semata-mata terpaksa mengawal lalu-lintas akibat dari kebodohan penyokong perhimpunan yang sama-sekali mementingkan diri sendiri serta menunjukkan kebodohan minda mereka.


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:36 PM

dakah ini caranya? Soalan ini kalau beri pada orang cerdik mudah sahaja jawapannya tetapi kalau ditanya pada mereka yang memulakan perhimpunan haram ini, jawapanya satu sahaja - meyakitkan hati serta memaparkan kelemahan minda mereka sepenuhnya.


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:37 PM

ya..memang la mereka ni bodoh bebal..pemimpin pas cakap umno bodoh,jumud san sebagainya apsal penyokong pas diam je.bila kita cakap diorang bodoh tau plak bagi respon..

sebenanye perhimpunan tu saje je ngade2..nak tunjuk lagak, berlagak, konon2 mereka lah hero, konon2 pembela rakyat..dah takde keje lain nak buat. kat RTM haritu terang2 salahudin ayub kene bantai dgn shahir pasal isu minyak..tak terjawab pon salahudin tu..lagi nak tegakkan benang basah..dah la wahai penyokong pakatan rakyat..tak payah la nak tunjuk jadi hero,tunjuk konon hebat, berlagak nak mamposs..pegi la buat keje lain daripada nak berhimpun buang masa,menyushkan orang, oarng pon sumpah seranah korang..


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:37 PM

bila PM cabar mereka untuk rendahkan minyak di 5 negeri pimpinan mereka, banyak pulak alasan dan cekadaknya. Konon bukan kerajaan pusatlah dan macam-macam alasan yang memanaskan hati. Dari alasan-alasan tersebut, nampak sangat yang mereka pun tak ada mekanisme untuk selesaikan isu minyak ni. Cuma yang mereka tahu pandai mengutuk dan mengkritik.


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:38 PM

Malaysia ni da terlalu aman agaknya, sehingga kita perlu reka huru-hara..pasal hari2 kita tgk kt tv negara org lain macama tu..nak ke jadi macam negara yg huru hara,rakyat memprotes di sana sini sehingga tidak aman ntuk kita keluar dari rumah??

ape effect perhimpunan ini?

adakah mendatangkan lebih byk kebaikan atau keburukan? yg lebihnya hanya kesan negatifnya sahaja. Bila polis menghalau kata polis ganas ah, tp cuba korg sendiri berada di tempat mereka..cara camne lagi ntuk meredakan perhimpunan ini


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:39 PM

jangan mudah terperdaya dgn kata2 org yg inginkan perubahan tp sebenarnya inginkan kepentingan mereka sendiri. Petronas sendiri menyalurkan berjuta2 ringgit kembali kepada negara, tp org kita sibuk isi minyak di mana?? Shell, Esso yg mmg dikuasai oleh kaum asing yg tidak ingin pun melabur kembali kepada negara..

itu baru satu aspek, ketidakamanan ni sendiri akan menjejaskan ekonomi, pasaran saham mungkin akan merundum sekiranya pelabur menyaksikan ketidakamanan sesebuah negara, industri pelancongan, tenaga kerja, duit cukai rakyat di abiskan untuk membetulkan kerosakan yg telah dilakukan diorg ni...tolonglah pikir, ada akal jgn asik nak memberontak je, pikirlah jalan terbaik untuk integrasikan idea yg ada itu dgn cara yang betul..bukan dgn sewenang2 nya


PESERTA perhimpunan haram Bodoh!! said...
October 17, 2013 at 10:39 PM

malaysia ini sudah terlalu aman, sehingga rakyat kita sendiri perlu reka huru-hara, sehingga anak-anak muda (termasuk dibwh 18thn) terpengaruh, tp jika kita tanya mereka tahu x kenapa perhimpunan ni diadakan..satu bende pun diorg x tahu, yg diorg tahu seronok join perhimpunan ni, wat kerosakan ni..ini generasi akan datang yang kita mahu??? inikah contoh yg ingin kita tunjukkan kepada mereka setelah mereka skrg ni dihujani dgn pengaruh2 negatif seperti merempit?? pikirlah..malaysia kita masih lagi aman..perlu sgtkah keadaan huru hara di negara kita yang tercinta???


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx