Wednesday, June 12, 2013

Sokong CEO AirAsia X, adik Najib pula dikecam NGO dan Blogger pro UMNO

Gabungan NGO Islam hari ini menyelar adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak ekoran sokongannya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang baru-baru ini dikritik akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan kumpulan Melayu berhaluan kanan ekoran kenyataannya di laman Twitter.

Semalam, Nazir yang juga merupakan Eksekutif CIMB Bank Berhad memuji Azran dengan melabelnya sebagai "tanda sebagai pemimpin" kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disukai ramai orang.

"Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti kacang lupakan kulit'.

"Justeru kami ingin sarankan agar Nazir dan Azran bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka," kata Dzulkarnain Taib dalam satu kenyataan media mewakili gabungan pertubuhan tersebut.

Presiden Wartawan Muda Malaysia itu membidas Nazir kerana tidak mementingkan sensitiviti kaum Melayu sendiri, disamping mendakwa adik kepada Datuk Seri Najib Razak tersebut tidak pernah memahami rasa susah payah kerana dibesarkan dalam keluarga bangsawan.

"Tidak ramai orang Melayu bernasib baik seperti Nazir yang dilahirkan di dalam keluarga bangsawan.

"Kami sangat kesal dengan kenyataan Nazir kerana walaupun menerajui sebuah konglomerat bank yang terkemuka di rantau ASEAN, malangnya beliau terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa Melayunya sendiri," katanya lagi ~ The Malaysian Insider

Sementara itu seorang Blogger Pro UMNO juga turut membidas adik Najib itu, serta turut mendedahkan apa yang pernah beliau katakan dalam satu wawancara pada tahun 2010 mengenai Dasar Ekonomi Baru..

Antara apa yang ditulisnya..
Saya tidak terkejut dengan pujian terbaru DS Nazir Razak terhadap CEO AirAsia X yang dikritik hebat kerana "mengutuk Utusan Malaysia" secara melampau - pada saya yang pernah bertemu dan mewawancara DS Nazir Razak - sikap beliau tersebut adalah "normal" - kerana sejak tahun 2008 lagi, sewaktu saya bertandang ke pejabat beliau, beliau secara tersirat sememangnya telah menunjukkan sedikit sebanyak sikap "kurang senang"nya dengan beberapa agenda yang jelas membantu orang Melayu.

Nazir Razak pernah mengkritik DEB dan mendakwa dasar tersebut sebenarnya telah banyak merugikan orang Melayu, malah sewaktu saya mewawancara beliau, secara peribadi beliau telah meminta agar kenyataannya berhubung DEB tidak akan saya paparkan di dalam rencana utama Majalah Dewan Ekonomi - walaupun saya tidak mengendahkan permintaan beliau dan menerbitkan juga rencana tersebut - setidak-tidaknya sejak tahun 2008, saya sudah dapat menghidu gaya "pemikiran" beliau terhadap segala dasar kerajaan yang selama ini begitu banyak membantu orang Melayu.

Mungkin DS Nazir Razak mempunyai hujahnya tersendiri - tetapi harus diingat, asal-usul segala dasar tersebut adalah daripada ayahnya sendiri juga!

Menurut blogger tersebut adik Najib pernah menyatakan bahawa "DEB seolah-olah dilihat dipernyataan-haramkan (Bastardisation)" .. sepenuhnya silalah baca di SINI

Aku letak link ke blog dia sebab dia menulis tak serupa lain-lain blogger UMNO yang penuh dengan maki hamun dan carut marut...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com
xxx2

Komen Anda

2 Responses to " Sokong CEO AirAsia X, adik Najib pula dikecam NGO dan Blogger pro UMNO "
arafat said...
June 12, 2013 at 10:20 AM

Aku tak nampak apa yg salah pd Nazir atau Azran tu


Anonymous said...
June 14, 2013 at 10:51 AM

Tolong pertahankan Ketuanan DUSUN


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx