Friday, June 21, 2013

Keputusan tidak boleh berhimpun muktamad kata Polis

Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini Sabtu ini.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini.

Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan.

"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak.

"Itu selari dengan kehendak Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayub Yaakob di sini hari ini ~ Lidah Rasmi UMNO
xxx2

Komen Anda

123 Responses to " Keputusan tidak boleh berhimpun muktamad kata Polis "
oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Orang ramai diingatkan tidak terpengaruh dengan tindakan pembangkang yang cuba menggugat keamanan negara melalui perhimpunan dan demonstrasi haram kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum lalu.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Abdul Muis Picho berkata, tindakan menganjurkan perhimpunan haram itu jelas menunjukkan pembangkang tidak tahu menghargai keharmonian dan keamanan negara yang dikecapi selama ini.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Katanya, penganjuran itu bukan sahaja menunjukkan sikap tidak profesional dalam kalangan pemimpin pembangkang malah menimbulkan pelbagai permasalahan dan menyusahkan banyak pihak.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Tindakan mereka tidak lebih daripada mahu menghina kerajaan dan pihak berkuasa, malah cuba menghasut, memfitnah serta memburuk-burukkan imej negara kepada negara luar.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Mereka tidak menghargai keharmonian yang kita kecapi selama ini. Apa yang cuba mereka lakukan adalah mengkucar-kacirkan perpaduan rakyat dan mahu melihat rakyat memberontak.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Ini sesuatu yang perlu kita hindari, katanya ketika berucap merasmikan Mega Karnival Perkasa 2013.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Sehubungan itu, katanya, rakyat di negeri ini perlu menolak sekeras-kerasnya fahaman songsang pembangkang yang cuba mengganggu-gugat keharmonian masyarakat terutama di negeri ini yang mempunyai pelbagai kaum dan kepercayaan.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Jelasnya, orang ramai di negeri ini diingatkan terus bersatu hati bagi memantap lagi perpaduan kaum serta bersama menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Sementara itu, Abdul Muis yang juga Timbalan Ketua UMNO Kalabakan turut melahirkan penghargaan kepada Perkasa atas sokongan padu mereka kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.


oska dahoya said...
June 21, 2013 at 10:55 AM

Beliau berharap sokongan padu itu dapat diberikan secara berterusan seluruh ahli Perkasa dan masyarakat supaya lebih banyak perancangan dan agenda pembangunan dapat dirangka kerajaan BN sekali gus boleh dilaksana dalam tempoh lima tahun ini.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 10:56 AM

Rancangan Majalah 3 terbitan TV3 memaparkan mengenai kehidupan anak-anak muda di Bandung, Indonesia yang terpaksa bermain muzik di jalanan demi mencari sesuap nasi. Mereka yang digelar 'pengamen' berada di jalan-jalan utama di bandar itu untuk meraih simpati berikutan kesusahan hidup.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:01 AM

Mereka tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran atau terkandas dalam pelajaran kerana kemiskinan. Justeru dengan berbekal peralatan muzik seperti gitar atau biola, mereka menyanyi di pinggir-pinggir jalan bagi mencari sumber kewangan.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:01 AM

Tetapi pada hari yang sama di Kuala Lumpur pula, sekumpulan anak muda termasuk antara mereka penuntut universiti mengadakan perhimpunan haram di hadapan pusat beli-belah Sogo, kononnya sebagai 'pemanas' bagi merancakkan kempen untuk menggalakkan orang ramai ke perhimpunan haram pada Sabtu ini di Padang Merbuk.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:01 AM

Jelas sekali, kelompok anak-anak muda ini sudah terpengaruh dengan mainan politik sempit pembangkang sehingga tidak tahu mensyukuri segala nikmat biar pun hidup jauh lebih selesa, aman dan selamat berbanding anak-anak muda di Bandung.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:01 AM

Kelompok ini terpengaruh dengan satu kumpulan yang menamakan diri mereka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Solidariti ini biar pun mengiktiraf diri mereka sebagai badan bukan kerajaan (NGO) tetapi ia adalah hasil produk 'kilang' perjuangan politik sempit Parti Keadilan Rakyat (PKR).


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:01 AM

Mereka inilah yang bertanggungjawab menganjurkan forum yang dipenuhi dengan kata-kata hasutan untuk mengajak rakyat turun ke jalanan kononnya bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang didakwa dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Hakikatnya, mereka bukanlah pejuang rakyat apatah lagi penegak keadilan tetapi mereka sekadar menjadi 'hamba' kepada agenda politik sempit PKR yang kecewa berikutan kegagalan pemimpin utama mereka ditabalkan sebagai Perdana Menteri.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Difahamkan, 'flashmob' itu akan diadakan sekali lagi pada Jumaat ini di Jalan Tun Perak dan Puduraya, ia sebelum itu akan dimulakan dengan pidato Perdana di Sungai Besar, Selangor pada Khamis dan di Temerloh, Pahang pada Khamis dan di Kuala Lumpur pada Jumaat.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Aneh sekali, kesemua acara ini diadakan dengan tujuan kononnya untuk membantah keputusan PRU-13 sedangkan ketika puak-puak 'solidariti' dan PKR ini begitu ghairah mahu berbuat demikian dalam masa yang sama kesemua pemimpin pakatan pembangkang sudah sepakat untuk menghadiri majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Oleh itu, jelaslah anak-anak muda yang kononnya mahu memperjuangkan keadilan tersebut hakikatnya tidak menyedari mereka sekadar boneka yang diperalatkan oleh ahli-ahli politik pembangkang khususnya PKR bagi melahirkan perasaan mereka.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Kalau betullah apa yang diperjuangkan oleh solidariti itu mewakili pakatan pembangkang, kenapakah perhimpunan di Sogo tersebut tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang hadir? Ketika kesemua mereka disumbat ke dalam trak polis kerana mengingkari arahan supaya bersurai, pemimpin-pemimpin pembangkang bersenang lenang menyaksikan peristiwa itu.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Selain itu, kalau benarlah apa yang diperjuangkan oleh solidariti itu membawa suara anak muda kenapakah anak muda yang hadir hanya 'beberapa kerat' sahaja? Jelaslah nama solidariti anak muda itu sendiri hanya menampakkan sikap 'syok sendiri' sedangkan terdapat majoriti anak muda tidak akan menghabiskan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti bodoh seumpama itu.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Turut mendapat perhatian, tidakkah kelompok yang bergabung dalam solidariti itu tidak faham bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang tanpa disedari. Ia memandangkan kalau betullah pembangkang tidak mengiktiraf keputusan PRU-13, kenapakah mahu mengangkat sumpah anggota Parlimen?


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Bukankah dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut, mereka menyeru supaya semua pemimpin pembangkang tidak berbuat demikian sebagai tanda protes kepada kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Justeru janganlah memperbodohkan diri sendiri dan membiarkan diri dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Adalah lebih baik soal politik diserahkan kepada orang politik untuk menguruskannya.


tuni stak said...
June 21, 2013 at 11:02 AM

Janganlah hanya menjadi boneka apatah lagi robot yang boleh diarah melakukan kerja-kerja tidak berfaedah seolah-olah diri kita tidak mempunyai maruah diri.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:04 AM

Kepada pemimpin-pemimpin pembangkang pula, mereka janganlah berasa syok sendiri dengan andaian kononnya perhimpunan haram yang dilakukan oleh anak-anak muda itu menunjukkan golongan muda menyokong mereka.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Keputusan PRU-13 sudah membuktikan hanya segelintir sahaja yang menyokong mereka dan pembangkang beruntung apabila kaum Cina yang sudah menerima pelbagai nikmat hasil pemerintahan BN turut mengundi mereka.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Jika benarlah pembangkang memperjuangkan demokrasi, maka gunakanlah saluran demokrasi untuk menyelesaikan masalah bukannya terus menghasut rakyat untuk turun mengadakan demonstrasi pada 22 Jun ini.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Perhimpunan pada tarikh berkenaan sudah sah akan menjadi perhimpunan haram kerana Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan Padang Merbuk digunakan manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula tidak akan mengeluarkan permit.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Oleh itu, kalau pakatan pembangkang mahu juga meneruskan hasrat mereka maka jelaslah mereka bukan sahaja tidak menghormati demokrasi malahan bersedia meletakkan diri dalam kelompok yang tidak tahu menghormati undang-undang.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Berikutan kedegilan tersebut, maka mereka perlu bersedia untuk menerima apa juga tindak balas daripada pihak berkuasa yang akan bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Tindakan tegas pihak polis khususnya dalam menyuraikan perhimpunan haram itu pasti akan disokong oleh rakyat yang cintakan keamanan.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Kita tidak mahu huru-hara yang berlaku di negara-negara tertentu akibat demonstrasi yang berasaskan politik merebak ke negara ini.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Malah di negara-negara berkenaan, tidak ada polis hanya sekadar menjadi pemerhati, mereka pasti bertindak tegas untuk menyuraikan perhimpunan haram seumpama itu.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:06 AM

Apa pun kepada golongan muda yang bergabung dalam solidariti, jadilah insan dewasa dalam melakukan tindakan.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:07 AM

Cukup-cukuplah kita menyaksikan 'kelahiran' beberapa individu yang mendakwa mahasiswa sanggup menggadaikan masa depan mereka semata-mata terhasut dengan politik pembangkang.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:07 AM

Solidariti yang kalian sokong tidak akan mampu mengubah keputusan pilihan raya umum lalu. Kerajaan BN sudah pun mentadbir dan ahli-ahli Parlimen pembangkang sudah bersedia untuk mengangkat sumpah manakala di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, PKR, Pas dan DAP sedang mentadbir tanpa sebarang masalah melalui penubuhan sebuah kerajaan hasil satu pilihan raya umum yang kalian terpekik terlolong di pinggir-pinggir jalan kononnya berlaku penipuan.


gazi hardy said...
June 21, 2013 at 11:07 AM

Adalah lebih baik jika solidariti yang ditubuhkan itu digerakkan bagi tujuan mensejahterakan negara dan bukannya menganggu gugat ketenteraman awam sehingga gerakan pertubuhan itu dianggap solidariti menghancurkan masyarakat.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 11:35 AM

SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat
PDRM- Anjing UMNGok


Khiel said...
June 21, 2013 at 12:19 PM

Pada 16 Mei lepas, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh membantah perhimpunan seumpamanya kerana sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa mudarat kepada negara dan mencetus kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.


Khiel said...
June 21, 2013 at 12:19 PM

Sebaliknya, Karpal Singh menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan PRU13.


Khiel said...
June 21, 2013 at 12:20 PM

Sekutu PKR dan DAP, PAS pula menyatakan akan berpegang teguh pada prinsip demokrasi dan tidak akan terlibat dalam sebarang tindakan yang boleh menimbulkan suasana huru-hara dan kacau-bilau di dalam negara ini.


Khiel said...
June 21, 2013 at 12:21 PM

Sebaliknya, Md Shukri berkata Anwar perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan pakatan di beberapa negeri seperti di Perak dan Kedah selain menumpukan usaha memajukan negeri yang dimenangi pakatan pembangkang.


Khiel said...
June 21, 2013 at 12:22 PM

Pada masa sama, katanya, pembangkang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perpecahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana tindakan mereka yang suka menabur fitnah dan spekulasi telah menimbulkan huru-hara kepada masyarakat.


Khiel said...
June 21, 2013 at 12:23 PM

“Pembangkang merupakan ejen paling berkesan memecahbelahkan rakyat kerana sering memainkan isu yang sememangnya sudah termaktub di dalam perlembagaan negara seperti hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


Khiel said...
June 21, 2013 at 12:23 PM

Pembangkang turut menyalahgunakan amalan demokrasi sebagai elemen perpecahan di mana semua rakyat berhak bersuara sehingga boleh bertindak menggulingkan kerajaan.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 12:24 PM

Pensyarah Sains Politik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata tindakan menggulingkan atau cuba menjatuhkan kerajaan secara kekerasan merupakan perbuatan bertentangan dengan norma politik Islam.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 12:25 PM

Katanya pada zaman khalifah Islam terdahulu, meskipun pemerintah disifatkan sebagai zalim, namun para ulama tidak sampai ke tahap untuk menggulingkan secara kekerasan kerana sedia maklum akan wujud keadaan kacau-bilau disebabkan tiada kerajaan yang memerintah.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 12:25 PM

“Penggulingan sesuatu yang dibenci oleh Islam dan tidak pernah disokong oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah… soal penggulingan memang mudah dilakukan namun selepas itu apa yang akan berlaku (kesannya) terhadap rakyat dan negara tidak pula difikirkan,” katanya.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 12:26 PM

Ahmad Fauzi turut mempersoalkan tindakan Anwar yang mengheret rakyat untuk bersama-sama menggulingkan kerajaan atas alasan tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 12:26 PM

“Kenapa perlu penggulingan? Lihat kepada trend pengundi pakatan pembangkang ia meningkat sejak 2004, 2008 dan 2013… prestasi bertambah baik. Jadi saya percaya mereka tidak perlu gulingkan kerajaan cuma perlu usaha lagi sekiranya ingin menang dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 12:27 PM

“Anwar mungkin mempunyai agenda peribadi (ingin jadi Perdana Menteri). Dengan faktor usia, beliau tidak boleh menunggu lebih lama untuk mencapai hasratnya sedangkan pemimpin pakatan yang lain tidak kisah sekiranya Anwar tidak menjadi Perdana Menteri kerana masih ramai pemimpin muda dalam pakatan,” katanya.


banawas said...
June 21, 2013 at 1:16 PM

Badrul Hisham Saharin @ CheguBard, Pengerusi SAMM bohong! Dalam laporan terbaru, calon PKR yang kalah di Sungai Acheh, Pulau Pinang itu berbohong mengatakan bahawa perhimpunan Black 505 di Padang Merbok 'tidak bertentangan Akta Perhimpunan Aman'


banawas said...
June 21, 2013 at 1:16 PM

Walhal, Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu.


banawas said...
June 21, 2013 at 1:16 PM

Dalam isu perhimpunan di Padang Merbuk, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di Padang Merbok dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak untuk menolak.


banawas said...
June 21, 2013 at 1:17 PM

Nampaknya, perhimpunan haram Black505 menemui jalan buntu dan MiM difahamkan semakin banyak NGO yang menarik diri daripada menyertai perhimpunan itu.


banawas said...
June 21, 2013 at 1:17 PM

Perkara ini tidak mengejutkan kerana suara mereka sendiri tidak dipedulikan oleh Pakatan Pembangkang. Buang masa sahaja menyokong ahli politik pembangkang yang tidak menyokong gesaan mereka supaya boikot majlis angkat sumpah di Parlimen.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:00 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

In an attempt to justify his reason, Anwar had dismissed the king's speech as a "text prepared by the government".


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:00 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

KUALA LUMPUR: DAP chairman Karpal Singh has reiterated his objection towards street protests to show dissatisfaction over alleged irregularities in the 13th General Election.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:00 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

However, he said until all election petitions were filed and the matter becomes sub-judice, "the government should be liberal in allowing permits of mega rallies indoors".


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:01 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

Karpal had stated on numerous occasions that he was against calls for street protests to deal with the issue.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:01 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

"It is not the way out," he said yesterday, adding that if necessary, DAP would take any issues up to the election judges who would soon be appointed to declare the election results based on the petitions filed.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:01 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

Karpal said while Barisan Nasional had said they would be filing over 50 election petitions, the number of petitions filed by Pakatan might exceed 80.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:01 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

He said this in response to a rally planned to be held on June 15, as part of the "Black 505" mass gatherings which began three days after the May 5 polls.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:02 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Pakatan could hold their rally on June 15 as long as they obeyed the provisions under the law and followed the procedures stipulated in the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:02 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

"If (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) is going to have it (rally) within the premise of PAA, the police will allow," he told reporters here yesterday.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:02 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

Zahid was answering questions on whether the police would issue a permit for the mass rally in the city on June 15 as announced by Anwar.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:02 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

Among the provisions in PAA 2012 is that the rally organiser must notify the police at least 10 days before their proposed gathering.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:03 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

The gatherings cannot be in the form of a street rally and also cannot be participated by anyone below age 15.


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:03 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

In Alor Star, Kedah Gerakan vice-chairman Tan Keng Liang said Pakatan's unbending stand to stage the rally amounts to an act of treason against Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,


Ibliza said...
June 21, 2013 at 3:03 PM

KARPAL SINGH OBJECTS TO STREET PROTEST

Tan said the opposition had disobeyed the advice of the king who recently called his subjects to accept the result of the elections.


Anonymous said...
June 21, 2013 at 5:43 PM

nak tergelak aku baca paper hari ni 21/6/13 ms 4 berita harian (berita Hairan lagi mnghairankan)...SPR akan tubuhkan pasukan khas tuk siasat dakwat tak kekal...dari petikan timabalan nya berkata "petugas SPR ni macam-macam, kita tidak tahu niat mereka"......aduh poyo nyer laa....hai.....ari tu bila org komplen melenting bagai.....pas tu kesal dan menyesal...sekarang salahkan petugas SPR plak.....wkakakakakakaka......pada aku jawapan nya senang jer SPR ni nak buat wayang cerita BODOHHH.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 8:59 PM

City Hall has rejected Pakatan Rakyat's application to hold its Blackout 505 rally at Padang Merbok on June 22, but allowed it to proceed on the same date at a more conducive venue.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:00 PM

KL Mayor Datuk Seri Ahmad Phesal Talib cited several reasons why Padang Merbok was not a suitable venue, namely because its location within the heart of KL would cause massive traffic congestion.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:00 PM

"The opposition wants to hold their rally between 11am and 6pm, and there is heavy traffic during those hours.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:01 PM

"Many hawkers and traders have also applied to open stalls on that day, so we must ensure they are given a conducive area to operate. An open space like Padang Merbok will not suit them," he told reporters at his office today.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:02 PM

Phesal said the open field had also been rented out to the Olympic Council of Malaysia on June 23.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:03 PM

"They would need the field one day before to make logistical preparations for their event. And they have applied for the venue since the end of last year."


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:04 PM

Despite rejecting their choice of venue, Phesal said he was prepared to sit down with representatives from the opposition and the police to discuss a suitable alternative.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:06 PM

"We will send them an official invite to have a sit down with us on June 14 to discuss a mutual agreement so that the rally can go ahead.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:06 PM

"Both City Hall and the police have given the green light for the rally, it is only the venue which we disagree with. They should consider a closed venue, such as Stadium Titiwangsa or Stadium Merdeka, as previous rallies have successfully been held there," he added.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:07 PM

KL Mayor Datuk Seri Ahmad Phesal Talib cited several reasons why Padang Merbok was not a suitable venue, namely because its location within the heart of KL would cause massive traffic congestion.


Flash Mob said...
June 21, 2013 at 9:11 PM

It's best not to take part in this sort of demonstration as it benefits no one.


Nathan said...
June 22, 2013 at 2:38 PM

Perhimpunan ini cuma membawa masalah keselamatan dan kesesakan jalan raya. Harus mencari jalan lebih wajar untuk bersuara dan menuntut.


Andrew said...
June 22, 2013 at 2:40 PM

Sindiket penipuan masih dalam siasatan, semoga siasatan tersebut dapat mengesan dalangnya.


Syahmil said...
June 22, 2013 at 2:41 PM

Isu bekalan elektrik terputus adalah amat diragui sebab berlaku pada masa yang tidak betul, memang akan disyaki.


Chong said...
June 22, 2013 at 2:42 PM

"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu".

Harus mendapat kelulusan terlebih dahulu.


Hiro said...
June 22, 2013 at 2:44 PM

Perhimpunan harus dikurangkan, tiada manfaat juga perhimpunan selain mendatangkan masalah kesesakan, ketenteraman dll.


Anonymous said...
June 22, 2013 at 2:50 PM

Sekarang ini orang ramai adalah milik pakatan.... demokrasi adalah milik orang ramai... polis dan kerajaan tiada hak menolak kehendak rakyat... black 505 tetap berlangsung...


yus said...
June 22, 2013 at 8:47 PM

Dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya peserta yang terkorban sewaktu menyertai perhimpunan Blackout 505 esok sebagai mati syahid, jelas menunjukkan pemikirannya yang berkecamuk dan terpesong sehingga sanggup mempergunakan agama demi kepentingan politik.



yus said...
June 22, 2013 at 8:47 PM

Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berkata, kenyataan Husam yang cuba menyamakan situasi di negara ini dengan keadaan di negara Arab juga amat mengarut dan tidak masuk akal sama sekali.



yus said...
June 22, 2013 at 8:48 PM

"Saya hendak tanya dia, ayat al-Quran, hadis atau ijmak ulama mana yang dia ambil untuk merujuk kenyataan seperti itu? Buku apa yang dia baca sehingga boleh mengatakan sesiapa yang terkorban dalam perhimpunan itu adalah bersifat jihad kepada fisabilillah?.


yus said...
June 22, 2013 at 8:48 PM

"Dia cuba hendak memanipulasi semangat rakyat. Dia juga cuba melakukan sebagaimana ulama terkenal Yusof Qardawi memfatwakan bahawa sesiapa yang berjuang di Syria adalah jihad kepada Allah," katanya



yus said...
June 22, 2013 at 8:49 PM

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan terakhir Blackout 505 di Padang Merbok di sini dianggap sebagai mati syahid.



yus said...
June 22, 2013 at 8:49 PM

Bagaimanapun kenyataan Husam itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan Blackout 505.


yus said...
June 22, 2013 at 8:50 PM

Shahbudin berkata, tindakan Husam untuk cuba menyamakan situasi di Malaysia dengan Arab Spring yang berlaku di beberapa negara Arab adalah sesuatu yang dangkal.



yus said...
June 22, 2013 at 8:50 PM

"Isu sekarang adalah mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan tidak ada kena-mengena dengan pemerintah negara ini.



yus said...
June 22, 2013 at 8:51 PM

"Jadi kita minta orang muda tidak terpengaruh dengan kenyataan dangkal seperti itu kerana jika mereka mati, mereka mati sia-sia bukan untuk apa-apa," katanya.



Anonymous said...
October 11, 2013 at 4:39 PM

This figure is among the highest from a global survey of 14,780 employees from 32 countries, with respondents across the region less confident about their prospects of a pay rise in China (82 per cent), Singapore (76 per cent), Australia (75 per cent), New Zealand (69 per cent) and Japan (42 per cent).


Anonymous said...
October 11, 2013 at 4:39 PM


Randstad Malaysia Director Jasmin Kaur said this sentiment was in line with the solid financial performance of businesses across Malaysia, with four in five (82 per cent) of employees surveyed indicating their company performed well this year despite the global economic challenges.


Anonymous said...
October 11, 2013 at 4:40 PM

To ensure continued productivity in the workplace, employers need to create a smart work culture so that employees will not become “burnt out”


Anonymous said...
October 11, 2013 at 4:49 PM

The survey of 405 Malaysian employees also highlighted that seven in 10 (71 per cent) of employees expect to receive a gift this year such as a Christmas package or gift voucher and 94 per cent expect to receive a one-time financial reward.


Anonymous said...
October 11, 2013 at 4:58 PM

The country’s growth momentum has continued into the first quarter of this year with gross domestic product (GDP) expanding 4.7%, reflective of strong domestic demand and sustained trade performance.


Anonymous said...
October 11, 2013 at 4:59 PM

growth for the whole year was projected at 4% to 5%. “We are monitoring global developments closely as there are significant downside risks facing the global economy.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:34 PM

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:34 PM

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:35 PM

“Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:35 PM

“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:36 PM

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut
melainkan petugas SPR dan ejen calon.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:36 PM

“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:36 PM

“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:37 PM

Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:37 PM

“Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:38 PM

“Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat ‘tweet’ mengatakan lampu padam oleh ‘cybertrooper’ yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai
Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,” katanya.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:38 PM

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:38 PM

Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:39 PM

“Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:39 PM

“Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:39 PM

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:40 PM

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.


MANA BUKTI BLACKOUT??! said...
October 19, 2013 at 11:40 PM

“Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,” katanya.


ANuswar said...
October 19, 2013 at 11:41 PM

Datuk seri anwar ibrahim boleh ditabalkan sebagai Raja Fitnah nombor


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx