Saturday, June 15, 2013

Perang media dan potensi menang PRU14

Apa faktor terbesar Umno-BN masih mengekalkan kuasa dalam PRU13 lebih sebulan lalu? Bagi Dr Mahathir Mohamad, kuncinya terletak kepada ketakutan majoriti pengundi Melayu terhadap kemungkinan Anwar Ibrahim bersama DAP menguasai Putrajaya. Rasa takut "kehilangan hak-hak Melayu" yang dsengaja dicipta ini disuntik melalui propaganda berterusan sehingga membentuk persepsi hodoh kepada Pakatan Rakyat

Namun begitu, ramai tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir itu. Tentulah lebih banyak pihak menyalahkan sistem, proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Dan ketempangan amalan demokrasi itu bukan hanya bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen, tetapi sudah berakar umbi sejak lama, malah dianggap suatu kelebihan buat mana-mana parti pemerintah, yang jarang dibantah secara berkesan.

Saya sedaya upaya tidak mahu mengulangi hujah-hujah basi, tetapi terpaksa juga membawa penekanan hampir sama. Kadang-kadang isu-isu stereotaip terpaksa diulang selagi ia belum ditangani dengan tekun, berhemah dan serius. Kita memang menyenaraikannya sebagai faktor utama kekalahan dalam setiap kali pilihan raya, tetapi ia terus "terbiar" begitu sahaja, dan mengulangi punca-punca itu sebagai daleh tanpa mengatur pelan tindakan lebih bermakna.

Bagi saya -- begitu juga anggapan ramai pemerhati politik -- kekuatan Umno-BN masih terletak kepada penguasaan dan manipulasi media. Tentu ramai yang spontan mengangguk lesu, mengiakan hakikat "padang permainan masih tidak sama rata" ... tetapi apa perancangan strategik Pakatan untuk berdepan dengan serangan, ancaman dan pujukan kuasa media ini?

Dalam pada itu, tidak sedikit penyokong Pakatan akan menyatakan, kita sendiri sudah memiliki senjata paling berkesan, iaitu media baru -- termasuk media sosial yang lebih demokratik dan mudah dicapai -- yang dapat menyalurkan maklumat alternatif, menyanggah tohmahan media tradisional dan seterusnya membentuk persepsi masyarakat.

Saya tidak mahu terperangkap dalam polemik tidak berkesudahan ini. Kesimpulan mudah saya, meskipun capaian dan akses internet lebih menyeluruh, namun pengaruh akhbar, radio dan televisyen tetap menyerlah dan menyengat.

Kalaupun anda mempunyai perbedaan pandangan -- dan tetap berkeras bahawa kian ramai rakyat Malaysia yang tidak lagi melanggan akhbar harian, jarang-jarang sekali menonton siaran berita TV3, apatah lagi terkesan dengan berita radio -- ketepikan sekejap. Ya, mengapa kita tidak boleh sama-sama bersetuju bahawa kita juga berpeluang untuk membangunkan "sistem media" sendiri, yang lebih sofistikated atau sekurang-kurangnya setanding dengan BN?

Baru-baru didedahkan dalam satu forum mengenai persempadanan semula, berdasarkan kawasan pilihan raya sedia ada, Umno-BN boleh mendapat majoriti mudah di Parlimen hanya dengan menguasai kerusi-kerusi yang mempunyai sekitar 20 peratus saja. Dan kebanyakan kerusi terbabit adalah di luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak. Soalnya, setakat mana pengaliran maklumat secara cepat dan mudah di kawasan tumpuan atau "simpanan tetap" BN itu?

Mungkin DAP tidak menghadapi kesukaran berdepan karenah akhbar-akhbar Cina, sepertimana PAS dan KeADILan yang dianggap oleh harian berbahasa Melayu sebagai seteru yang mesti dimusnahkan. Pemimpin DAP masih diberikan liputan sewajarnya oleh akhbar Cina berbanding rakan-rakan mereka dalam Pakatan yang "dihenyak semahunya" oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Okey, saya tidak perlu membazirkan masa melukiskan kembali situasi berat sebelah ini, yang diwarisi zaman berzaman. Kita harus ada pelan bertindak.

Semua akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama Harakah dan Suara Keadilan, amat tidak memadai untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar. Dengan kekerapan penerbitan yang terbatas -- dua kali seminggu untuk Harakah, dan bertaraf mingguan untuk SK -- apatah lagi begitu mudah dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang sedia ada, pengaruh kedua-dua media ini dapat dihadkan.

Justeru, saya menggesa agar tekanan dapat ditingkatkan bagi memastikan semua lidah rasmi parti politik tidak lagi dibataskan hanya kepada ahli-ahli parti sahaja, dan peraturan "karut-marut" itu dimansuhkan. (Pelik memikirkan, mengapa Pakatan seakan-akan memandang sepi gangguan berterusan -- dan sistematik -- terhadap pengedaran lidah rasmi masing-masing).

Serentak dengan itu, rangkaian pengedaran harus diperluaskan dengan pelbagai inovasi baru. Pada hemat saya, selama ini, jaringan itu terbina dengan sendiri atau semulajadi, dengan segala kelemahan dan kekurangan. Pimpinan Pakatan seolah-olah tidak memberi perhatian serius untuk meningkatkan jumlah cetakan (rekod semasa masih terlalu jauh daripada target), termasuk memastikan Harakah dan SK, mengetuk setiap pintu rumah pengundi, khususnya di kawasan tumpuan.

"PAS dan KeADILan harus merancang untuk terbit akhbar harian, sekurang-kurangnya kombinasi di antara kekerapan Harakah dan SK," kata seorang bekas editor kanan, yang percaya masih banyak potensi dalam dunia media yang belum diteroka oleh Pakatan.
"Mungkin Harakah tiga kali seminggu dan SK juga begitu, berselang-seli. Bagi Harakah yang ada permit, boleh difikirkan judul lain, seperti Bangkit dan Inikalilah yang diterbitkan masa kempen PRU13 yang lalu," ujarnya.

"Jangan tunggu PRU14 baru nak aktifkan penerbitan, waktu itu sudah crowded, pengundi pun mungkin pening dengan begitu banyak asakan media, ditambah surat layang atau risalah tidak bertanggungjawab. Lebih penting, usaha mempengaruhi pengundi Melayu memakan masa dan perlu dilakukan secara berterusan dan halus seninya," tambah rakan saya itu, yang kini bersara dari alam kewartawanan.

Seorang pembaca Harakah, berkelulusan jurnalisme, memberi komentar melalui emel: "Kualiti akhbar lebih penting. Laporan Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu, tidak mengulangi kesilapan sama, dan harus ditadbir seperti industri akhbar yang profesional. Karyawannya tidak boleh tangkap muat, mesti hebat dan dihormati, dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama. Brain dan skill terbaik tidak datang menggolek."

Beliau turut menyokong penuh cadangan yang pernah saya luahkan, agar sistem penajaan percuma kepada audien terpilih dilaksanakan. "Saya yakin ramai penyumbang bermurah hati untuk beramal secara lebih praktikal, menaja terus naskhah Harakah kepada sasaran yang dipilih mereka."


Pengalaman saya membuktikannya. Kutipan dana yang dipelopori Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) amat memberangsangkan. Saya terfikir, jika inisiatif mengumpul kewangan untuk penerbitan akhbar seumpama Bangkit dan Inikalilah ini dimulakan daripada sekarang, dan disokong oleh pimpinan tertinggi Pakatan, tentu sambutannya lebih menakjubkan.

Apa pun, bukan hanya penerbitan akhbar parti perlu disusun semula, tetapi dimensi lain yang juga begitu penting, misalnya TV internet dan potensi klip video, belum diteroka sepenuhnya. Aspek kandungan media baru juga seperti terabai walaupun penguasaan teknologi begitu baik sekali.

Setakat ini, saya lebih suka menyalahkan diri sendiri jika peluang untuk menyaingi media UMno-BN tidak diberi perhatian serius. Kita seolah-olah membiarkan sekelompok pengundi yang cukup penting dan kritikal -- kini, pengundi Melayu dan Bumiputera Sabah/ Sarawak -- terus diperbodohkan. Ironinya, kita terus menyalahkan orang lain, tanpa menampilkan gerakerja luarbiasa untuk memetik hasil yang lebih manis.

Oleh Ahmad Lutfi Othman
xxx2

Komen Anda

130 Responses to " Perang media dan potensi menang PRU14 "
Damdiah said...
June 15, 2013 at 8:56 AM

Kemenangan BN adalah atas kepercayaan rakyat terhadap BN dibeberapa kawasan di Malaysia ini. Jadi kita percaya yang mana menang majoriti bukan penentuk kerajaan. Tapi kemenangan kerusi adalah kunci untuk menjadi kerajaan.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 8:56 AM

Jadi kepada PR dan pembangkang sekalian. Sedarlah yang mana rakyat masih tidak memberikan mandat kepada anda sekalian. Tunggu hari lain saja.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 8:58 AM

Tahniah kepada BN kerana banyak menang kerusi pada PRU13. Memang tidak sangka juga BN masih dipercayai.


Karulnaim said...
June 15, 2013 at 8:58 AM

Yang pasti sekarang ini terima keputusan PRU yang telah diumumkan. Kerajaan sekarang adalah kerajaan BN.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 9:01 AM

Dr M adalah pemimpin yang dikenali ramai. Memang usaha beliau selama ini tidak sia-sia. Malaysia sekarang lebih dikenali dimata dunia sehingga sekarang.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 9:02 AM

Walau pun banyak berita yang kurang baik dilaporkan. Namun semua itu bukan penghalang untuk beliau meneruskan usaha sebagai seorang pemimpin nombor 1 negara.


Selasiah said...
June 15, 2013 at 9:02 AM

Mari kita sama-sama membantu kerajaan baru ini untuk memastikan Malaysia terus maju kehadapan dan bukannya mundur kebelakang.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 9:03 AM

Nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kemenangan bergaya BN pada PRU13 ini. Kalau ada pihak yang tidak berpuas hati boleh datang mengemukakan petisyen.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 9:04 AM

Tidak perlulah menggunakan media dengan pelbagai hasutan. Itulah yang berlaku sekarang ini. Terutama sekali mengajak rakyat mengadakan kemusnahan.


Alias Dulah said...
June 15, 2013 at 9:05 AM

Bilalah agaknya Anwar dan pengikutnya berani untuk menerima kebenaran yang mana mereka sudah tidak diterima oleh rakyat.


Hidup Di Sabah said...
June 15, 2013 at 9:06 AM

Dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Amit Jailah said...
June 15, 2013 at 9:07 AM

BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 9:07 AM

Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain.


Firah said...
June 15, 2013 at 9:08 AM

Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia menjadi medium utama memberi kemenangan BN.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 9:08 AM

pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.


Karulnaim said...
June 15, 2013 at 9:08 AM

Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka.


Damdiah said...
June 15, 2013 at 9:08 AM

Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat.


Zamri Ahmah said...
June 15, 2013 at 9:09 AM

Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna.


Salim said...
June 15, 2013 at 9:09 AM

Peperangan di siber ini seperti 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding 'permainan di tempat sendiri'.


Andy T said...
June 15, 2013 at 9:10 AM

pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana.


Andy T said...
June 15, 2013 at 9:10 AM

Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan.


Andy T said...
June 15, 2013 at 9:11 AM

Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka.


Fredenan said...
June 15, 2013 at 9:11 AM

Usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya selepas menghadapi 'garisan penamat' pada PRU Ke-13.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 9:12 AM

Pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat kalau sampai tempoh kempen PRU ke-14 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita.


Hidup Di Sabah said...
June 15, 2013 at 9:13 AM

etua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menerima kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) walaupun dengan majoriti kecil kerana itu adalah pilihan rakyat. Jadi sedarlah Anwar yang telah kalah pada PRU13.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:21 AM

Di Malaysia sudah terlalu banyak kes fitnah baik di alam maya dan realiti sehingga tidak tahu di mana asas dan hujung pangkalnya.

Jadi cadangannya ialah pihak berkuasa perlu ambil tindakan cepat dan jangan bertolak ansur dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan fitnah kerana kalau tidak dibendung, keharmonian negara tergugat dan keadaan boleh menjadi huru-hara, katanya.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:22 AM

Timbalan Pengarah Pejabat Hubungan Industri Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan bekas Ketua Jabatan Komunikasi UIA Dr Norbaiduri Ruslan berkata rakyat di Barat lebih bertanggungjawab dan faham apa hak mereka termasuk mementingkan kebebasan dan privasi di tahap yang tertinggi.

“Kita masih belum lagi berpendidikan tinggi (dalam hal ini),” katanya. “Bila kita sudah sedar hak kita, hak orang lain, maka kita akan tahu jaga perilaku kita di alam maya dan realiti.

“Kempen kesedaran perlu bermula di peringkat sekolah rendah tentang bagaimana cara menjaga tatasusila di alam maya dan Internet kerana ketika ini terlalu banyak pendedahan tetapi kita kurang dan tidak kuat spiritual, personaliti dan lemah psikologi.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:23 AM


Jika kita terlalu ingin sama tahap dengan negara maju, kita akan kehilangan budaya kita.

masyarakat Malaysia perlu dididik dan diperjelaskan apa hak mereka ketika berada di media sosial dan bukan sewenang-wenangnya bersuara tanpa batasan dan mengabaikan undang-undang sedia ada.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:23 AM

Pengamal Undang-Undang Khairul Azam Abd Aziz berkata seseorang penulis termasuk dalam dunia maya perlu bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penulisannya dan bersedia menerima hukuman.

Kalau penulisan membina, tidak perlu takut, tetapi jika mengganggu gugat ketenteraman awam, suatu bentuk peraturan harus dipatuhi.


su jyeah said...
June 15, 2013 at 9:24 AM

Seorang blogger yang hanya mahu dikenali sebagai Hazrey berkata kerajaan perlu mengkaji semula akta sedia ada berkaitan sosial media demi masa depan generasi mendatang.

“Penyalahgunaan media sosial semakin berleluasa, anak muda tidak terkecuali. Apabila orang dewasa sudah buat sesuatu sesuka hati tanpa usul periksa semata-mata kerana menaruh perasaan geram, ia akan menjadi ikutan.

“Di peringkat kanak-kanak akan timbul masalah pembuli siber,” katanya.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:44 AM

beberapa individu Melayu yang dibayar DAP telah diarahkan menjadi koodinator dan ‘muka hadapan’ untuk mengerakkan road show protes jalanan ke arah menumbangkan kerajaan melalui Malaysia Spring.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:45 AM

Malaysia Spring merujuk kepada model revolusi Timur Tengah yang dikenali sebagai Arab Spring.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:45 AM

DAP bijak. Mereka tidak mahu jadi ‘muka hadapan’, walaupun mereka sebenarnya dalang. Jadi mereka arahkan beberapa individu Melayu dibayar jadi ‘muka hadapan’ seolah-olah pengerakan itu digerakkan oleh ‘muka Melayu’.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:45 AM

Kaji sedalam-dalamnya tokoh Melayu mana DAP berkempen bersunguh-sunguh untuk jadi PM ke-7. Kaji balik kenyataan Razali, semua ini ada perkaitan


qwe said...
June 15, 2013 at 9:46 AM

Agendadaily melaporkan Himpunan Blackout 505 di Seremban adalah siri kelima rentetan siri himpunan dari Kelana Jaya ke Batu Kawan, Ipoh dan Kuantan.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:46 AM

Masuk himpunan Blackout 505 yang kelima di Seremban Jumaat malam ada kalangan hadirin yang kedengaran berbisik sesama mereka kesian tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus meroyan hendak juga jadi Perdana Menteri.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:47 AM

Sudah la tu…gandingan setianya sepanjang himpunan ini ialah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:47 AM

Kebetulan kedua mereka ada kes dakwaan melibatkan moral.Satu dengan kes video China Doll dan satu lagi sembang syahdu dan berahi dengan isteri orang di telefon.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:47 AM

Ibarat macam orang yang tak lepas gian,kedua mereka tidak lekang perkataan ‘ tipu..tipu’ semasa berucap membakar semangat penyokong yang terkinja-kinja telan cakap seolah pakatan yang sebenarnya menang PRU13


qwe said...
June 15, 2013 at 9:48 AM

Pada November tahun lepas, bekas blogger reformasi, Ibrahim Baba (IB) mendedahkan sekurang-kurang terdapat 10 individu kanan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah dibayar DAP setiap bulan untuk menjadi jurucakap bagi DAP dalam parti berjenama Islam itu.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:48 AM

IB menamakan salah seorang yang dibayar itu adalah Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:49 AM

Mat Sabu pernah mengaku, ‘ada pihak tolong bayar’ kepada CN Afghani, apabila ahli seumur hidup Pas itu membangkitkan isu kereta baru Honda CR-V yang dipakai oleh Timbalan Presiden Pas itu.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:49 AM

Semasa berkempen dalam PRU 13 baru -baru ini, Mat Sabu mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai adiknya sendiri.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:50 AM

Mat Sabu yang bertanding di Parlimen Pendang, Kedah telah tewas kepada calon BN, Datuk Othman Abdul dengan majoriti 2,638 undi.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:50 AM

Bekas aktivis dan operatif Melayu-DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman mengesahkan Mat Sabu memang dibayar DAP dan beliau sendiri yang menjadi perantaranya.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:51 AM

Sudah 5 tempat Himpunan haram 505 diadakan, semuanya majoriti Cina DAP yang hadir kerana diarah oleh DAP, tukang ucapnya Anwar Ibrahim.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:51 AM

Bahasa kasarnya, Himpunan Haram 505 adalah sebenarnya Himpunan DAP!!! Orang Islam dan orang Melayu kena sedar.


qwe said...
June 15, 2013 at 9:51 AM

Kini semakin ramai pemimpin PAS menerima keputusan PRU13 kerana mereka sudah melihat siapa di belakang 505 ini. Bukannya Anwar tetapi DAP, di mana DAP mengambil kesempatan atas kekecewaan Anwar itu.


PEMERHATI BEBAS said...
June 15, 2013 at 10:13 AM

Jika pada PRU-12 tahun 2008, PAKATAN gemar melancarkan kempen-kempen melalui media internet sehingga mampu menarik pengundi-pengundi baru AKAN TETAPI PRU-13 adalah PRU pertama kali yang di SIFATKAN PILIHAN RAYA MEDIA SOSIAL PERTAMA DI MALAYSIA.

DEMIKIAN PENDAPAT PM

Datuk Seri Najib Razak menjangka Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah 'pilihan raya media sosial' pertama di negara ini berikutan penggunan media sosial sebagai mekanisme penting berkempen.

Perdana Menteri berkata, walaupun media sosial bukan faktor terbesar dalam PRU13, ia meningkatkan perdebatan politik, selain menarik lebih banyak suara di dalamnya.


ME ONLY said...
June 15, 2013 at 10:22 AM

WHY EVERYONE SO "CONCERN" ABOUT BN CYBER-TROOPERS BUT CAN'T THEY SEE PAKATAN CYBER-TROOPERS...SO NOW ALL THE GOODS IS PAKATAN AND THE BAD IS BARISAN NASIONAL.

THEY SAY BN-CT IS SPREAD LIES...PAID TO SPREAD LIES BUT WHAT DO YOU THINK THE PAKATAN-CT SAYING? WELL, CAN YOU SAY THAT IT'S ALL TRUE.

THE BOYCOTT ISSUED...HAHA, PKR..YOU MAKE THE WRONG MOVE..GOOD JOB PALS


viking said...
June 15, 2013 at 10:25 AM

Aplikasi ruang siber melalui penggunaan media alternatif seperti blog, laman web, forum siber, you tube, email, face
book, dan twitter telah memperluas ruang bersuara sekaligus meningkatkan partisipasi politik, mobilisasi sosial dan
demokrasi


viking said...
June 15, 2013 at 10:25 AM

Sebelum ini, selain ceramah, rakyat banyak mendapat maklumat politik melalui media cetak seperti akhbar, majalah dan buku; dan media elektronik khususnya radio dan televisyen. Namun kini, penggunaan internet sebagai cara untuk mencari maklumat menjadi semakin penting. Internet berperanan sebagai ruang siber yang demokratik dan bebas.


viking said...
June 15, 2013 at 10:26 AM

Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis akses dan penggunaan internet serta kesannya ke atas partisipasi politik dalam kalangan penduduk di negeri Johor. Berdasarkan kaji selidik yang melibatkan seramai 3,021 responden (1,502 orang di Kawasan Parlimen Muar dan 1,519 orang di Kawasan Parlimen Kluang) dan pemerhatian di lapangan, kajian ini mendapati bahawa akses dan penggunan internet di kawasan tersebut agak menggalakkan dengan 54.0 peratus di Kluang dan 33.7 peratus di Muar.


viking said...
June 15, 2013 at 10:26 AM

Responden mengakses dan menggunakan internet untuk mendapat maklumat politik. Walau bagaimanapun, pencarian maklumat politik berbeza
mengikut latar belakang pendidikan, peringkat umur, etnik, jantina, pendapatan dan pekerjaan. Dalam ‘politik baru’ hari ini, isu korupsi, penyelewengan dan salahguna kuasa diberi tumpuan dan laungan media alternatif tersebut.


PGDK said...
June 15, 2013 at 10:26 AM

Media propaganda dan alat fitnah pakatan pembangkang pastinya sudah mampu menarik nafas lega apabila kerajaan memutuskan untuk tidak mengikuti langkah negara jiran, Singapura yang sebelum ini mengambil langkah mendaftarkan semua portal berita di negara itu.

Berkuatkuasa 1 Jun yang lalu, kerajaan Singapura telah mengenakan syarat baharu pelesenan terhadap portal berita yang sering memuat naik isu berkaitan republik itu dan mempunyai sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung sebulan, untuk mendapatkan lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA). Dasar baru Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP) itu dilihat bertujuan untuk mengawal penentangan dari kalangan pengguna internet.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Malam Kewartawanan Malaysia 2013 malam tadi.


PGDK said...
June 15, 2013 at 10:27 AM

Ekoran pendekatan baru yang diambil oleh Singapura itu, Menteri Komunikasi Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mengatakan kerajaan mungkin akan menimbang keperluan untuk mewujudkan undang-undang seperti itu di negara ini.

Mungkin kerana takut dan risau dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pantas mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan yang bakal diambil itu. Pelbagai alasan terpaksa diguna pakai seperti hak bersuara, kebebasan media dan sebagainya bagi menggesa kerajaan menolak pendekatan tersebut.


PGDK said...
June 15, 2013 at 10:27 AM

Sekiranya diteliti kenyataan yang mempunyai nada takut itu, ia jelas membuktikan pakatan pembangkang takut dengan bayang-bayang sendiri. Sekiranya benar media pakatan pembangkang telus dan mempunyai kredibiliti dasar baru tersebut seharusnya menjadi mimpi ngeri buat Umno dan Barisan Nasional.

Ini kerana pembangkang sebelum ini berulang kali mengatakan media Umno/BN sering melaporkan berita yang palsu dan salah. Tambahan pula menteri hanya mengatakan kerajaan akan menimbang keperluan tersebut dan bukannya memutuskan untuk mengambil langkah dan pendekatan yang serupa.

Persoalannya siapa yang sering menipu dan melaporkan berita fitnah? Apakah media kawalan Umno/BN atau media yang pro pembangkang? Jawapannya mudah ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’.


James John said...
June 15, 2013 at 10:52 AM

Many would agree that the government should come up with new laws or revise the existing cyber laws to reduce instances of misuse of the Internet and social media sites.


James John said...
June 15, 2013 at 10:54 AM This comment has been removed by the author.

James John said...
June 15, 2013 at 11:06 AM

Some parties also suggest that the culture of local communities must be taken into account when formulating the laws, and that the Internet laws used in the West should be studied before being adopted.


James John said...
June 15, 2013 at 11:06 AM

Nevertheless, the sensitivities of various communities, their history, education levels, and readiness to accept such laws must also be given due consideration.


James John said...
June 15, 2013 at 11:06 AM

The Dean of Universiti Teknologi Mara (UiTM)’s Faculty of Communication and Media Studies, Prof Dr Azizul Halim Yahya, stated that although people in the United States for example have the freedom of expression, whether it be in the real world or in cyberspace, they are still subject to various Acts, such as the Harrassment Act and Invasion of Privacy Act, which are meant to protect them.


James John said...
June 15, 2013 at 11:06 AM

The communities there still have to be careful about what they say, because what they say can be either laughed off as a joke or taken seriously, particularly if it involves national issues, the country’s president, and so on.


James John said...
June 15, 2013 at 11:06 AM

For example, if something defamatory has been said about someone, the person who has been allegedly defamed can challenge or counter the accusation.


James John said...
June 15, 2013 at 11:07 AM

If the accusation is proven to be false and the person who had made the statement is found guilty, he or she would have to face the punishment.


James John said...
June 15, 2013 at 11:07 AM

However, such matters are seldom raised in Malaysia. Many Malaysians are confused about the issues of defamation or harrassment, he noted.


James John said...
June 15, 2013 at 11:07 AM

Prof Dr Azizul said the freedom of expression must be accompanied by a sense of responsibility, including being prepared to be taken to the court.


James John said...
June 15, 2013 at 11:08 AM

Recently, Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the government will be studying the Internet regulations of three countries – the United States, Britain and Australia – in its efforts to tackle the issue of social media abuse in the country.


James John said...
June 15, 2013 at 11:08 AM

In spite of the freedom given to the people to express their views on the federation and states, the use of Internet in the US comes under the jurisdiction of a set of laws.


James John said...
June 15, 2013 at 11:08 AM

The authorities there have the power to confiscate the domain profile and computer of a user without notice and ban the website’s operations.


James John said...
June 15, 2013 at 11:08 AM

In Australia, Internet content is monitored by the Australian Communications and Media Authority (ACMA), which has the power to censor Internet content in the country.


James John said...
June 15, 2013 at 11:08 AM

The ACMA can also blacklist foreign websites, apart from censoring their content.


James John said...
June 15, 2013 at 11:09 AM

It has banned many sites, mostly containing child pornography, sexual violence and illegal activities, after Internet users report such sites to the government.


James John said...
June 15, 2013 at 11:09 AM

Meanwhile, in Britain, Internet censorship measures include blocking access to websites, enforcing the laws on publishing offences, or having materials classified as defamatory, copyright infringement, harassment and child pornography.


James John said...
June 15, 2013 at 11:11 AM

The Internet Watch Foundation (IWF) was set up there to compile and maintain blacklisted URLs, mostly webpages containing child pornography.


James John said...
June 15, 2013 at 11:11 AM

Prof Dr Azizul said while Malaysia has adopted laws similar to Britain’s, such as the new 2013 Harrassment Act, the latter dealt with such cases faster and more efficiently than Malaysia, because Britain had been practising the law for a long time.


James John said...
June 15, 2013 at 11:12 AM

The authorities, therefore, should take quick action against perpetrators, because if the trend is not nipped, the country’s harmony will be compromised – and that could give rise to unrest.


James John said...
June 15, 2013 at 11:13 AM

Meanwhile, the Deputy Director of Universiti Islam Antarabangsa (UIA)’s Department of Industrial Relations, Dr Norbaiduri Ruslan, said the people in the West are more responsible, better understand their rights, and give priority to freedom and privacy.


James John said...
June 15, 2013 at 11:14 AM

We are yet to be well informed (in this area). When we realise our rights and other people’s rights, then we will know how to be mindful of our actions, both in the virtual and real world, he stated.


Myra said...
June 15, 2013 at 11:15 AM

Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan daripada segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


James John said...
June 15, 2013 at 11:16 AM

The awareness campaign on how to be civic-minded in the cyberspace and Internet must start at the primary school level. Currently, there is too much exposure around the world, but our exposure is still limited. We are not strong in the areas of spirituality and personal development, and we are weak psychologically, Norbaiduri pointed out.


James John said...
June 15, 2013 at 11:16 AM

If we struggle too much to be on a par with the advanced countries, we will lose our culture, she warned.


James John said...
June 15, 2013 at 11:16 AM

Malaysians need to be aware of their rights while operating on the social media, and they should not take it for granted that they can say anything without being mindful of the country’s laws.


Myra said...
June 15, 2013 at 11:17 AM

Beliau berkata, landskap politik negara yang terus berubah pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihatkan formula yang diguna pakai BN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.


James John said...
June 15, 2013 at 11:17 AM

A legal practitioner, Khairul Azam Abd Aziz, said writers must be responsible for what they write irrespective of the medium they use and they should also be prepared to face the consequences.


James John said...
June 15, 2013 at 11:18 AM

If the writing is constructive, there is no reason to worry, but if it is to disturb or jeopordise public peace, some form of regulation must address that issue.


James John said...
June 15, 2013 at 11:18 AM

Meanwhile, a blogger, who wanted to be identified only as Hazrey, said the government should review all existing Acts relating to the social media for the benefit of future generations.


Myra said...
June 15, 2013 at 11:18 AM

"Kita tidak boleh anggap apa yang telah diguna pakai selama ini dianggap sesuai pada masa akan datang, kita mesti bersikap terbuka, pragmatik dan bukannya dogmatik," katanya.

Beliau berkata, kejayaan BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas memperlihatkan bahawa ia adalah sebuah parti yang cukup unik.


Myra said...
June 15, 2013 at 11:19 AM

"Tiada parti politik dalam demokrasi parlimen terbuka boleh mengekalkan rekod kejayaannya sepertimana yang dicapai BN. BN berjaya mempertahankan rekod kecemerlangan secara tidak putus, sambung-menyambung," katanya.


James John said...
June 15, 2013 at 11:19 AM

The abuse of social media is getting increasingly rampant now. When an adult resorts to doing something (on the Net) without any care or concern and merely to take revenge for something, it can become a trend. The younger generation is no exception, either. The government can circumvent this by enacting some laws.


James John said...
June 15, 2013 at 11:19 AM


At the children’s level, this can even give rise to the problem of cyber bullies. So we need a near future solution to this.


Myra said...
June 15, 2013 at 11:20 AM

Najib berkata, apa yang penting BN perlu berani membawa unsur-unsur perubahan yang segarkan imej parti supaya terus diterima rakyat kerana pilihan raya akan datang dilihat akan lebih mencabar.

"Kita kena berani berubah sebelum rakyat berubah, lakukan perubahan lebih pragmatik sebab sekali pun kita berkuasa sekian lama, budi yang kita tabur bukanlah hak kita untuk kita terus memimpin (untuk dipilih)," kata beliau.


Myra said...
June 15, 2013 at 11:21 AM

Najib berkata, BN juga perlu mengenal pasti sebab musabab mereka yang tidak menyokong parti itu pada PRU13.

"Dalam demokrasi terbuka, mustahil bagi kita untuk dapatkan sokongan 100 peratus tetapi kalau ada kesungguhan, ikhlas, berdiri atas kebenaran, rakyat akan sokong kita akhirnya," katanya.



Myra said...
June 15, 2013 at 11:22 AM

Najib turut mengingatkan semua pihak supaya merapatkan kembali barisan, mengambil yang jernih dan buang yang keruh selain meningkatkan kekuatan sedia ada dan menangani kelemahan bagi menghadapi cabaran PRU akan datang.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 11:40 AM

Pemimpin dan ahli DAP akan mula membuat persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dengan dua matlamat – membuat perubahan di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri Sabah, kata Ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 11:47 AM

Dewan Rakyat telah dibubarkan pada 13 Februari 2008 dan diikuti oleh Dewan Undangan Negeri di seluruh negara bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.


Anonymous said...
June 15, 2013 at 11:49 AM

SPR telah menetapkan tarikh hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 dan hari pengundian pada 8 Mac 2008 dengan tempoh berkempen selama 14 hari sahaja.


kalubilangbah said...
June 15, 2013 at 11:53 AM

Bilangan kerusi Dewan Rakyat untuk dipertandingkan telah meningkat daripada 219 kepada 222 manakala kerusi DUN kekal sebanyak 505. Dun Sarawak masih tidak terlibat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.


kalubilangbah said...
June 15, 2013 at 11:56 AM

Dewan Rakyat ke-10 telah dibubarkan 4 Mac 2004. SPR menetapkan hari penamaan calon pada 13 Mac 2004 dan hari mengundi pada 21 Mac 2004 untuk seluruh negara dengan tempoh berkempen selama lapan hari sahaja.


kalubilangbah said...
June 15, 2013 at 11:59 AM

Satu perubahan ketara yang berlaku adalah buat pertama kalinya DUN Sabah menyertai pilihan raya umum bersama dengan DUN-DUN di Semenanjung


Anonymous said...
June 15, 2013 at 12:01 PM

Dun Sarawak masih tidak terlibat dalam pilihan raya umum ini. Bilangan kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan telah meningkat kepada 219 manakala kerusi DUN telah meningkat kepada 505. peningkatan bilangan kerusi ini berlaku berikutan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya di seluruh negara kecuali Sarawak yang diadakan pada tahun 2003.


nazir said...
June 15, 2013 at 5:18 PM

Desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar seluruh kepemimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana tidak boleh menerima kekalahan adalah idea bodoh dan mereka yang membuat desakan tersebut tidak layak menjadi Ahli Parlimen.

Timbalan Wrip Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) sehubungan itu berkata, jemaah menteri tidak akan sesekali tunduk kepada desakan bodoh berkenaan kerana tidak mungkin sistem pilihan raya di Malaysia berlaku penipuan seperti dituduh pembangkang.


nazir said...
June 15, 2013 at 5:18 PM

Jelasnya, pilihan raya umum di Malaysia baik di peringkat persekutuan dan negeri berlangsung secara serentak oleh pengundi sama, diperhati wakil ejen setiap calon bertanding, ada senarai daftar pemilih serta dakwat kekal yang tidak memungkinkan sebarang penipuan berlaku.

"Macam mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sudah angkat sumpah? Macam mana yang mereka menang sah, yang kalah tidak sah? Inilah kebodohan dan orang ramai yang waras jangan terpengaruh dengan kebodohan ini.


nazir said...
June 15, 2013 at 5:19 PM

"Waktu mengundi setiap parti berhak meletakkan ejen. Pembangkang mereka memiliki wakil ejen lebih ramai berbanding calon BN kerana mereka tidak bertanding di bawah satu lambang, kalau ada penipuan masa pilihan raya saya nak tanya adakah ejen-ejen pembangkang ini tidur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan program Kembara Dunia 1Malaysia yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.



nazir said...
June 15, 2013 at 5:20 PM

Mengenai tindakan 88 ahli Parlimen pembangkang tidak hadir sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat kelmarin dan kemungkinan mahu memboikot proses angkat sumpah 24 Jun ini, Mohamed Nazri berkata, ia satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta rakyat.

Katanya, jika pembangkang terus berdegil dan tetap tidak mahu mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, mereka bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki Dewan Rakyat tetapi kelayakan sebagai ahli Parlimen akan terbatal dalam masa enam bulan.


nazir said...
June 15, 2013 at 5:20 PM

"Pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lupa yang dia ini umur sudah dekat 70 tahun tapi nak berlagak macam ketua pelajar. Saya dulu pun ketua pelajar tapi zaman kita dah berlalu, kita kena sedar sudah tua. Janganlah buat perangai macam tak sedar diri.

"Kalau sudah kalah terimalah kekalahan. Apa Anwar ingat dia boleh menang? Rakyat tak mahu pembangkang hendak cukuplah. Rakyat pilih mereka menjadi wakil rakyat untuk berkerja sebagai ahli Parlimen bukan membuat benda-benda bodoh seperti ini," ujarnya.



nazir said...
June 15, 2013 at 5:21 PM

Menyentuh mengenai siri demonstrasi pembangkang pula, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan secara sinis berkata, beliau berhajat untuk menjadikan demonstrasi itu sebagai salah satu produk pelancongan jika pelancong mahu melihat demokrasi Malaysia.

"Kalau mereka boleh buat selalu demonstrasi ini, saya nak buat sebagai produk pelancongan bagaimana demokrasi di Malaysia berjalan sebab selepas pilihan raya pun masih berlaku demonstrasi dengan perangai ala-ala Orang Utan pemimpin pembangkang," katanya sinis.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 5:59 PM

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the media played an important role towards making Malaysia a modern, liberal and progressive country.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:00 PM

However, he said this needed to be treaded carefully because the process would not be easy based on the current situation in the country which was very highly complex.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:00 PM

"This is also the main challenge for the government and so is it with media practitioners and journalism in the country because many things can change and become negative in the complex environment we are in," he said at the Media Perdana 2011 event at Dewan Perdana Felda here tonight.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:00 PM

Also present were his wife Datin Seri Rosmah Mansor and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:03 PM

He said in the challenging political situation in the country now, the media also had a role to play in ensuring a healthy political atmosphere prevailed.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:08 PM

He added that the government was looking into doing away with the requirement for newspapers to renew their publishing permits annually besides a comprehensive review of the Printing Presses and Publications Act 1984 for greater press freedom.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:08 PM

"However, (once the changes come into effect) it does not mean you can do as you like as on your shoulders lie the responsibility to produce a Malaysian society all can be proud off," he said.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:12 PM

The event was the first media night organised by the Prime Minister's Department in cooperation with all the ministries.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:13 PM

At the function, Najib also presented certificates of appreciation to all the volunteers including media members who participated the humanitarian mission in Somalia in August.


Perang Sosial said...
June 15, 2013 at 6:15 PM

He also made a personal contribution of RM11,000 to TV3 cameraman Aji Saregar Mazlan who was injured in the mission.


sad said...
June 16, 2013 at 11:34 PM

Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menjadikan mereka antikerajaan.


sad said...
June 16, 2013 at 11:34 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, fitnah dan pembohongan yang dilempar pembangkang khususnya berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar yang menerima bulat-bulat dakyah tidak berasas itu.


sad said...
June 16, 2013 at 11:35 PM

Antara fitnah pembangkang yang tidak masuk akal dan tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini tegas Najib, ialah tuduhan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.


sad said...
June 16, 2013 at 11:35 PM

"Ini satu fitnah dan pembohongan. yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir. Rupanya ada orang tak boleh fikir. Saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir.


sad said...
June 16, 2013 at 11:36 PM

"What is wrong with them (apa masalah golongan ini)? What is wrong to the level of inteligent and rasionality (apa sudah jadi dengan tahap kebijaksanaan dan rasional mereka) yang tak boleh fikir soal ini," katanya.


natasha said...
June 17, 2013 at 9:32 AM

PRU13 disyaki tidak amanah, apakah komen?


Kelvin said...
June 17, 2013 at 9:34 AM

Meida memainkan peranan penting untuk menyampaikan info dan maklumat, jika salah digunakan, parah juga akibatnya.


Jimmy said...
June 17, 2013 at 9:36 AM

Serahkan bukti jika ada. Tuduhan tanpa bukti merupakan fitnah sebenarnya.


Peng Sen said...
June 17, 2013 at 9:59 AM

Malaysia berkembang atas landasan yang betul.


Win said...
June 17, 2013 at 10:01 AM

Demon harus dielakkan. Tuntutan harus dibuat dengan cara yang lebih positif.


mantera said...
June 17, 2013 at 11:05 AM

Facebook, Instagram dan Twitter kini digunakan dalam organi-sasi awam untuk menangani cabaran ‘perang persepsi’ daripada rakyat tentang perkhidmatan yang disampaikan.


mantera said...
June 17, 2013 at 11:06 AM

“Media massa terutama media sosial berupaya membentuk impak dan kesan yang dikehendaki daripada pembaca dan menjadikan ia sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu atau memberi tekanan terhadap sesuatu isu.


mantera said...
June 17, 2013 at 11:06 AM

Galakan penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dalam menyampaikan khidmat nasihat dan urus tadbir akan membantu meningkatkan imej perkhidmatan awam sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kita.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx