Kemelut UMB..Tun Faisal bedal siapa?

Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.



Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.

"Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB.

"Tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...," tulis Tun Faisal dalam laman blognya tunfaisal.blogspot.com tetapi tidak merujuk secara khusus terhadap individu yang dimaksudkannya.

Tun Faisal juga mendedahkan UMB sering dijadikan "kambing hitam" oleh blogger upahan apabila berlaku sesuatu kegagalan dalam sesuatu misi walhal kumpulan tersebut menerima arahan dan peruntukkan daripada pihak atasan.

"UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka," kata beliau.

"Mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata kami bukan jentera parti, apa jentera parti buat? Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti," tambahnya lagi.

Disamping itu, Tun Faisal juga mempertahankan blogger-blogger yang berada dalam UMB sebagai individu yang berpengalaman diperingkat akar umbi dan memahami keadaan semasa, bukannya seperti blogger upahan yang disifatkannya sebagai mereka yang seronok sendiri walaupun mempunyai pengalaman dan pengaruh yang luas di alam maya.

"Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.

Terdapat kira-kira 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, dengan 64 peratus terdiri daripada mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun, menurut sumber Socialbakers yang merupakan sebuah syarikat pemantau media sosial.

Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun. Malahan, "Tsunami Politik" pada Pilihan Raya 2008 lalu juga dikatakan berpunca daripada peranan media baru yang terdiri daripada Facebook, Twitter, blog dan banyak lagi, dimana menyaksikan BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009.

Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah.

Susulan keputusan mengejutkan tersebut, pemimpin atasan kerajaan pemerintah mula menyedari tentang peranan media baru tersebut dan telah membelanjakan jutaan wang untuk memperkuatkan jentera siber mereka pada pilihan raya 5 Mei lalu.

Walaubagaimanapun, keputusan sebaliknya yang berlaku apabila BN masih gagal menyaingi kekuatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang lebih ke depan dalam perang siber dimana ia sendiri diakui oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebelum Pilihan Raya 2013 lalu.

Selepas pilian raya 5 Mei lalu, BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. PR berjaya menambahkan tujuh kerusi menjadikannya 89.

Buat pertama kali BN hilang undi popular semenjak tahun 1969 walaupun masih kekal memerintah negara.

Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan ~ The Malaysian Insider
SHARE

Milan Tomic

Hi. I’m Designer of Blog Magic. I’m CEO/Founder of ThemeXpose. I’m Creative Art Director, Web Designer, UI/UX Designer, Interaction Designer, Industrial Designer, Web Developer, Business Enthusiast, StartUp Enthusiast, Speaker, Writer and Photographer. Inspired to make things looks better.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

54 comments:

  1. sy kenal Ustaz ni.. dia bukan suka mengadu! silap2 TMI & Sabahdaily boley kena saman akibat adu domba macam nih!!

    hati2 sampaikan cerita, bro..

    ReplyDelete
  2. Tindakan DAP menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang cybertrooper digelar ‘Red Bean Army’ oleh Utusan Malaysia yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu memang sudah dijangka, kerana tindakan penafian ini memang merupakan standard operation prosedur (SOP) pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  3. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini merupakan SOP mereka untuk menutup segala kesalahan yang mereka buat, khususnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  4. Mereka akan menafikan terlibat, kemudian mereka akan salahkan orang lain dan menuduh orang lain khususnya menuduh UMNO kononnya mereka-reka cerita.

    ReplyDelete
  5. Modus operasi Read Bean Army memang jahat. Mereka menipu dan membuat fitnah-fitnah jahat malah ada antara mereka yang berani mengugut dan mengancam orang lain khususnya mereka yang menyokong BN.

    ReplyDelete
  6. Jelas beliau lagi beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, namun ianya merupakan akaun-akaun palsu yang dimiliki oleh beberapa orang pejuang siber yang dipercayai dibiayai DAP.

    ReplyDelete
  7. Red Bean Army bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka. Mereka adalah tentera siber yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pembaca atau 'viewers'.

    ReplyDelete
  8. Red Bean Army ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta kita percaya kumpulan ini turut dibayar gaji tetap untuk membuat kerja-kerja jahat ini.

    ReplyDelete
  9. Selain itu lagi, Pakatan Rakyat, yang sering digelar Pakatan haram ini memang diketahui seringkali menganjurkan tema kebencian untuk menghasut rakyat Malaysia membenci UMNO, BN dan pemimpin-pemimpinnya. Toksah nak mengelak, memang ini kesnya.

    ReplyDelete
  10. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kalau di laman media sosial pro Pakatan haram ini seperti Facebook umpamanya, ayat-ayat yang digunakan sebagai tajuk ‘group’ pakat-pakat ini banyak yang berbunyi seperti ”Benci”, “Hancur”, “Musnah” dan seumpamanya untuk menggambarkan penentangan mereka terhadap UMNO.

    ReplyDelete
  11. Semua ini memang menjurus kepada politik kebencian menebal yang cuba dipupuk dikalangan generasi muda.

    ReplyDelete
  12. Malah kalau kita lihat dalam rusuhan Bersih 3.0 yang lepas, inilah pun pendekatan yang dipilih, merusuh dan mengganas. Semua ini apa lagi kalau bukan manifestasi kepada benih politik kebencian yang mula rancak disemai sejak Mac 2008.

    ReplyDelete
  13. Di pihak Pas yang konon-kononnya memperjuangkan Islam itu begitu juga. Semua ahli UMNO dikata akan masuk neraka, yang sokong dia akan masuk syurga.

    ReplyDelete
  14. Adakah orang baik-baik yang masuk neraka itu? Sudah tentulah orang jahat dan berdosa, pendek kata dia gambarkan orang UMNO ini jahatlah.

    ReplyDelete
  15. Jadi janganlah hairan dan terkejut bila ada hamba Allah yang konfius dengan semua cacamarba yang dicetuskan Pakatan haram ini, terdorong untuk membawa pedang samurai, buka baju dan mengamuk di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  16. Menilai dari tulisan dalam blognya juga secara jelas merujuk kepada keadaan jiwa yang kacau dan tidak tenteram.

    ReplyDelete

  17. Paling kelakar, dia cakap hebat pasal Islam, gambar profil dia sendiri tidak menutup aurat (pusat nampak). Apa pun itu urusan antara dia dan Allah swt sekarang.

    ReplyDelete
  18. Kalau boleh penulis ringkaskan dari kejadian yang berlaku di JPM:-

    1. Alasan mengamuk, kerajaan ini tidak Islamik kerana tidak melaksanakan perundangan Islam (hudud), adalah sinonim dengan perjuangan Pas.

    2. Semua orang salah dia saja betul, sinonim dengan kaedah DAP.

    3. Buat bini orang macam bini sendiri, sinonim dengan PKR, dan Pas (kalau boleh disebutkan).

    ReplyDelete
  19. huiiyooo!!! aku bangga jadi ahli umno & sokong umno BN!!!

    HIDUP UMNO!!!! MOGA PERJUANGAN AKU DAPAT DITERUSKAN KE ANAK CUCU AKU.

    ReplyDelete
  20. jumpa la terus dengan pihak yang berkenaan.. tidak perlulah hebahkan di blog.. tak pasal2 jadi isu panas..

    ReplyDelete
  21. pemimpin2 politik pun jangan la salahkan blogger bila kalah.. tanpa penyokong dikalangan blogger, lagilah teruk kekalahan yang ditanggung..

    ReplyDelete
  22. Saya ada baca UMB punya blog dan kenyataan mengenai semua ini. Memang semua yang disampaikan oleh TMI adal fitnah.

    ReplyDelete
  23. Semua ini hanya tipu dan rekaan daripada TMI dan Sabahdaily. Itulah yang disampaikan oleh penulis blog faizal dalam blognya.

    ReplyDelete
  24. Silap-silap memang kena saman ini TMI. Faisal ada cakap sedang berbincang dengan pihaknya mengenai untuk menyaman atau tidak.

    ReplyDelete
  25. Seperti apa yang dikatakan oleh Faisal aziz mungkin TMI ini akan mengikut jejak Harakah yang pernah disaman oleh adik Faisal aziz dan menang saman sebanyak RM50,000.

    ReplyDelete
  26. Saya sokong apa yang dibuat oleh faisal. Kerana beliau perlu menegakkan kebenaran dengan fitnah yang diberikan ini.

    ReplyDelete
  27. Tidak perlulah cepat terpedaya dengan semua ini. Semua ini hanyalah permainan yang direka-reka semata-mata.

    ReplyDelete
  28. KErajaan BN telah pun memberikan yang terbaik. Yang penting sekarang ini kerajaan BN meneruskan usaha mencari kelemahan dalam apa yang berlaku dalam PRU13.

    ReplyDelete
  29. Teruskan usaha demi kepentingan rakyat. Itulah yang perlu dilakukan oleh kerajaan BN. Tidak perlulah sangat mendengar dengan fitnah yang dibuat oleh pihak pembangkang ini.

    ReplyDelete
  30. Yang lucunya juga sekarang ini. Kenapa tidak ada petisyen pun yang dikemukakan mengenai bangla dan blackout. Itu yang menjadi tanda tanya sekarang ini.

    ReplyDelete
  31. Kita percaya yang mana kerajaan BN telah pun berusaha semampu mereka itu. Jadi kita tidak patut salahkan mana-mana pihak. Ini adalah keputusan rakyat. Jadi terimalah seadanya dengan keputusan tersebut.

    ReplyDelete
  32. PRU-13 ataupun dikenali sebagai‘ibu segala pilihan raya’. Penganalisis politik masih lagi mengulas dan mengkaji keputusan PRU13. Ada yang kalah tapi tidak menerima kekalahan. Ada yang menang tetapi tidak nampak bagai pemenang.

    ReplyDelete
  33. Belum apa-apa sudah cuba untuk memberikan kenyataan yang tidak sepatutnya. Jangan biarkan orang seperti ini terlepas. Ini akan memburukan nama baik TMI sendiri.

    ReplyDelete
  34. PRU ini juga menunjukkan jurang yang semakin membesar di kalangan masyarakat, di antara bandar dan luar bandar, di antara kelas menengah dengan kelas bawahan, di antara yang berpelajaran dengan tidak, di antara yang mempunyai akses kepada internet dan yang offline. Kita masih belum memahami sepenuhnya apa maksud dan kesan sebenar keputusan PRU13 ini.

    ReplyDelete
  35. Tetapi apa yang pasti PRU ini adalah PRU media sosial, seperti mana PRU12 merupakan PRU di mana blog memberi impak yang begitu besar. Kempen pilihan raya dibawa ke alam maya. Kita dapat saksikan bagaimana Facebook, Twitter dan Instagram menjadi ‘medan pertempuran’ pihak-pihak yang bertanding.

    ReplyDelete
  36. Tun faisal tunggu apa lagi. Teruskan meyaman mereka yang telah membuat fitnah ini.

    ReplyDelete
  37. Mereka yang bukan politikus juga berpolitik melalui media sosial. Penuhlah susur masa dengan kicauan Twitter yang mengulas tentang manifesto parti politik. Penuhlah newsfeed Facebook dengan video Youtube yang dibuat sendiri. Penuhlah Instagram dengan gambar-gambar ceramah di seluruh negara.

    ReplyDelete
  38. Warga Malaysia berpesta demokrasi dengan video, foto dan kata-kata. Penggunaan media sosial ini berkait rapat dengan orang muda. Dari apa yang diluahkan dan dipaparkan melalui media sosial, kita sedikit sebanyak dapat mengukur sentimen anak muda.

    ReplyDelete
  39. Harapan dan aspirasi mereka, serta apa yang mereka rasa jijik dan meluat. Melalui media sosial, kita dapat sedikit sebanyak memahami apa yang anak muda mahu. Ada parti politik yang beranggapan media sosial boleh ‘ditakluki’, bahawa mereka boleh memenangi ‘pertempuran’ media sosial dengan cara media tradisional, iaitu menyebarkan mesej mereka berkali-kali, dengan harapan ia akan diterima ramai hanya kerana ia diulang berkali-kali.

    ReplyDelete
  40. Ruang internet dipenuhi dengan mesej, sebagai sebahagian daripada ‘strategi media sosial’ mereka. Tetapi pengguna media sosial tidak suka dipaksa menerima sesuatu. Mereka sedar bahawa dengan media sosial, semua boleh menjadi penerima maklumat dan semua juga boleh memberi maklumat.

    ReplyDelete
  41. Untuk menjadi efektif, sesuatu mesej itu harus menjadi viral, dikongsi oleh semua, bukan setakat datang daripada satu sumber. Video yang menelan belanja berjuta-juta tidak semestinya menjadi viral.

    ReplyDelete
  42. Kicauan propaganda yang mencanangkan slogan tidak semestinya di retweet berkali-kali, sama ada sesuatu mesej itu akan tersebar tidak mengikut satu garis panduan yang tetap; ia lebih organik dan datang secara semula jadi. Amat sukar mereka suatu mesej untuk menjadi viral.

    ReplyDelete
  43. Bandingkan pula mesej yang datangnya daripada pengguna media sosial sendiri. Sesuatu mesej, sekiranya datang daripada seseorang yang benar-benar percaya akan mesej tersebut, jauh lebih berkesan berbanding dengan mesej yang datang daripada bilik gerakan.

    ReplyDelete
  44. Propaganda parti politik melalui media sosial ditenggelami dengan kandungan yang dibuat oleh pengguna (user made content). Propaganda parti politik hanyut dibawa arus tsunami maklumat yang datangnya daripada orang ramai.

    ReplyDelete
  45. Penulis percaya, apabila data berkenaan dengan pengundi muda seluruh negara diteliti, kita akan dapati bahawa untuk menarik pengundi-pengundi muda yang mempunyai akses internet dan menggunakan media sosial memerlukan cara berkempen yang berlainan daripada yang selama ini digunakan media tradisional.

    ReplyDelete
  46. Penulis juga percaya, bahawa sekiranya data sama dikaji, kita akan dapati bahawa bilangan pengundi muda keluar mengundi pada kali ini jauh lebih tinggi. Ini semua disebabkan momentum yang terjana melalui media sosial.

    ReplyDelete
  47. Teruskan usaha demi menyebarkan fakta sebenar untuk menepis pelbagai fitnah yang direka-reka.

    ReplyDelete
  48. Semakin membimbangkan jika tidak ditepis pelbagai penipuan yang dibuat oleh pihak pembangkang ini.

    ReplyDelete
  49. Jadi begitu bergunanya blog positif demi membantu mengimbangkang info di laman sosial dan media ini yang dijadikan senjata oleh pembangkang untuk memfitnah.

    ReplyDelete
  50. 1 Malaysia Foundation trustee Tan Sri Lee Lam Thye yesterday called on all Malaysians to continue fostering inter-racial harmony, integration and unity which are vital ingredients for the success of our multi-racial nation.

    ReplyDelete
  51. The general election is now all over. The voters have expressed their wishes though the ballot box which must be respected by all. Important lessons have to be learnt from the concluded general election.

    ReplyDelete
  52. The nation has to come together and move on. This is not the time for more bickering, provocation and divisiveness which will make the country more polarized

    ReplyDelete
  53. Lee added the Prime Minister had heard and seen the election results. He should be given an opportunity to do what needs to be done to build a better Malaysia for all. The GE13 outcome should not be looked at from a racial perspective.

    ReplyDelete
  54. unity is indeed an invaluable gift and it must never be taken for granted. It has to be zealously guarded, protected and preserved.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.