Wednesday, June 26, 2013

Malaysia dalam laporan AS membimbangkan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa sekali lagi, bagi tahun keempat
berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan dedua, senarai pemerhatian (tier 2, watch list) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013 kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).

Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya.

Dalam laporan ATIP 2013 tersebut, Jabatan Negara AS memberikan penilaiannya terhadap rekod pemerdagangan

orang di Malaysia termasuk usaha yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu, pendakwaan,
perlindungan dan pencegahan yang sebahagian daripada isu-isu tersebut pernah diutarakan oleh suruhanjaya

menerusi laporan tahunan, dan juga dialog serta perbincangan meja bulat bersama agensi-agensi Kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain.

Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh melalui sesi dialog bersama pelbagai pihak berkepentingan dan lawatan ke rumah perlindungan mangsa pemerdagangan, pihak suruhanjaya telah menghasilkan syor berikut:

(1) Bahawa kerajaan mengukuhkan mekanisme berhubung dengan pendakwaan ke atas pesalah, perlindungan ke
atas mangsa dan pencegahan insiden-insiden baru penyeludupan melalui kerjasama dengan kumpulan

masyarakat sivil dan misi diplomatik, serta pihak-pihak berkepentingan serantau dan antarabangsa;

(2) Bahawa NGO perlu disediakan satu saluran untuk menawarkan kepakaran mereka kepada Majlis bagi Antipemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO) kerana ramai mangsa lebih cenderung mendapatkan khidmat mereka untuk bantuan;

(3) Bahawa semua mangsa disediakan dengan pemeriksaan kesihatan serta-merta setibanya di pusat-pusat perlindungan, serta lawatan berkala oleh kakitangan perubatan;

(4) Bahawa mangsa dimaklumkan status kes mereka dan sebuah mahkamah khas diwujudkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes berkaitan antipemerdagangan orang;

(5) Bahawa kerajaan menyediakan latihan yang ekstensif untuk meningkatkan kemahiran pegawai penguatkuasa
undang-undang di seluruh negara, terutamanya di barisan hadapan, mengenai cara-cara untuk mengenal pasti mangsa yang disyaki terbabit dalam penyeludupan manusia;

(6) Bahawa kerajaan meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (akta 670) dengan membenarkan mangsa untuk menerima pampasan dan untuk bekerja sementara menunggu penyelesaian kes-kes
mereka; mewartakan rumah-rumah perlindungan yang dikendalikan oleh NGO, memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai kes-kes penyeludupan manusia dan penyeludupan migran iaitu Seksyen 12 dan 13 di bawah Akta ATIP; serta penjelasan mengenai peranan Suruhanjaya dan keanggotaannya dalam majlis;

(7) Bahawa kerajaan mengkaji semula Seksyen 2(1) Akta Kerja 1955 yang membenarkan "kontraktor bagi buruh' yang mungkin boleh mengakibatkan eksploitasi pekerja oleh pihak agensi pengambilan pekerja dan majikan; dan

(8) Bahawa kerajaan menyertai Konvensyen Antarabangsa Hak Asasi Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka serta Konvensyen Berkaitan dengan Status Pelarian.

Memandangkan Malaysia merupakan negara destinasi dan transit bagi kebanyakan pekerja migran, suruhanjaya menyeru agar kerajaan mempertingkatkan usahanya dalam memberi perlindungan yang lebih baik kepada mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan di semua peringkat, selari dengan standard antarabangsa yang ditentukan oleh Protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdagangan orang terutama yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

TAN SRI HASMY AGAM pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

29 comments:
Write comments
  1. Hairan betul ya, kita mempercayai laporan dari US yg sememangnya beribu kilometre dari M/sia. Sebagai rakyat M/sia kita yg tahu sendiri sejauh mana kebenarannya.Adakah laporan sedemikian tujuan utamanya untuk menjatuhkan nama M/sia? ataupun ekonomi M/sia?...jadi tuan2 fikirlah baik2 yaa...

    ReplyDelete
  2. Graded together with Malaysia under Tier 2 Watch List in the Asean Region are Thailand and Myanmar.

    Under this grouping, the governments do not fully comply with the Trafficking Victims Protection Act’s (TVPA) minimum standards, but are making significant efforts to bring themselves into compliance with the standards.

    ReplyDelete
  3. The report also alleged that the government made no tangible improvements to its inadequate system for identifying and protecting trafficking victims.

    However, the report said the government had made modest overall progress in addressing human trafficking through law enforcement means.

    ReplyDelete
  4. “During 2012, the government convicted 11 sex trafficking offenders and 10 labour trafficking offenders, compared to the 17 sex trafficking convictions and zero labour trafficking convictions obtained in 2011,” the report said.

    ReplyDelete
  5. This grading riled Home Affairs Deputy Minister Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar who said it was unfair to put Malaysia under Tier 2 Watch List as it did not reflect the nation’s genuine stance and stringent laws against human trafficking.

    ReplyDelete
  6. He said Malaysia had been adopting a humanitarian approach in dealing with illegal immigrants, which constitute the bulk of the so-called ‘human trafficking’ cases in the country.

    Wan Junaidi revealed that currently there are some 1.5 million illegal immigrants in the country.

    ReplyDelete
  7. “Malaysia is a major hub for people in this region to look for better prospects in life. Of course there are many who take advantage of our humanitarian approach and overstayed and this is a problem that we have to face.

    ReplyDelete
  8. “At the same time we cannot simply throw these people back to the sea otherwise we will be labelled us inhumane,” Wan Junaidi told The Borneo Post here yesterday.

    ReplyDelete
  9. He said the government had initiated dialogues with other countries in the region especially Asean countries to find solutions to the problems.

    “We will continue to organise initiatives with other Asean members as most of our illegal immigrants are from these countries especially from Myanmar,” he said.

    ReplyDelete
  10. Wan Junaidi also revealed that one of the reasons for foreigners to enter Malaysia easily was because its borders were porous.

    “While we have sufficient laws to curb human trafficking, it’s not easy to enforce it as in many cases it involved illegal immigrants who are forced to come here due to many unforeseen circumstances. For that reason our detention camps are now flooding with illegal immigrants including some 200,000 illegal Myanmarese,” he said.

    ReplyDelete
  11. Under Tier 1, are countries whose governments fully comply with the TVPA minimum standards. Most of the developed countries fall under this tier.

    ReplyDelete
  12. Tier 2 are countries whose governments do not fully comply with the TVPA’s minimum standards, but are making significant efforts to bring themselves into compliance with those standards. Most Asean countries such as Singapore, Indonesia, the Philippines and Vietnam fall under this category.

    ReplyDelete
  13. Countries in Tier 3 are those whose governments do not fully comply with the minimum standards and are not making significant efforts to do so.

    ReplyDelete
  14. Malaysia is a destination, and to a lesser extent, a source and transit country for men, women, and children who are subjected to conditions of forced labor, and women and children subjected to sex trafficking.

    ReplyDelete
  15. A small number of Malaysian citizens are reportedly trafficked internally and abroad to Singapore, China, and Japan for commercial sexual exploitation. Malaysians from rural and indigenous communities tend to be more vulnerable to trafficking.

    ReplyDelete
  16. laporan AS bkan boleh dipercayai

    ReplyDelete
  17. Macam la di Amerika tu tiada pemerdagangan manusia... mungkin lebih teruk dari negara lain.

    ReplyDelete
  18. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:31 PM

    KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Mereka dijanjikan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di luar negara tetapi sebaik tiba di destinasi mereka dipaksa untuk melakukan aktiviti seks atau buruh paksa yang kini dianggap sebagai satu bentuk perhambaan moden.

    Mereka adalah mangsa satu jenayah terancang dikenali sebagai pemerdagangan manusia, yang kini adalah ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api.

    Pemerdagangan manusia adalah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad lepas. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 sahaja dianggarkan 700,000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks.

    Bagaimanapun, amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk menjalankan aktiviti mereka.

    ReplyDelete
  19. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:32 PM


    REKOD MALAYSIA DALAM PEMERDAGANGAN MANUSIA

    Ini telah menjejaskan reputasi negara dan usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menjaga imej negara.

    Langkah serius kerajaan menangani isu pemerdagangan manusia telah menaikkan taraf Malaysia ke Tahap (Tier) 2 daripada Tahap 3 dalam Laporan Senarai Pemerhatian Pemerdagangan Malaysia (TIP) 2010.

    Laporan TIP adalah senarai kedudukan negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan manusia.

    Pada tahun 2009, kedudukan Malaysia merosot dari Tahap 2 pada 2008 ke Tahap 3 pada 2009.

    ReplyDelete
  20. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:33 PM


    MUDAH TERDEDAH

    Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka peluang kepada kerancakkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

    Kedatangan pelancong dan pekerja asing di Malaysia menambahkan lagi sindiket pelacuran yang membawa masuk secara sah ataupun haram gadis seperti dari China, Indonesia, Thailand, negara-negara Balkan dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan.

    Tidak ketinggalan juga di bandar kecil yang terdapat ramai buruh asing di sektor perladangan, perindustrian dan pembinaan juga terdapat aktiviti kurang sihat ini yang melibatkan pemerdagangan manusia.

    Pada masa yang sama, lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut di seluruh negara memberi gambaran permintaan yang tinggi terhadap perniagaan tersebut hingga meningkatkan juga permintaan dan kemasukan wanita muda oleh sindiket pemerdagangan manusia yang sama.

    ReplyDelete
  21. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:34 PM

    Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya antara lokasi stategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

    Menyedari masalah itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan namun ia masih belum cukup kuat untuk menghalang kemasukan sindiket yang membawa wanita dan gadis muda bagi tujuan pelacuran dan buruh domestik.

    Lagipun, modus operandi sindiket membawa masuk mangsa adalah sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini memasukki negara ini menggunakan pas lawatan sosial atau pun pas pelajar.

    ReplyDelete
  22. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:34 PM

    LELAKI DAN KANAK-KANAK TIDAK TERKECUALI

    Bukan hanya wanita, lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh paksa. Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu.

    Malah lebih menyedihkan mereka turut dipaksa bekerja untuk tempoh panjang sehingga lebih 18 jam sehari tanpa dibayar upah.

    Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri.

    Menurut statistik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan.

    Daripada jumlah itu, 1,930 mangsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) manakala 708 lagi perintah perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit terlibat dalam eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan manusia (24)dan penjualan bayi (11).

    ReplyDelete
  23. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:35 PM


    MASIH KURANG KESEDARAN

    Kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu pemerdagangan manusia masih lagi rendah malah masih ramai yang tidak memahami definisi sebenar yang dimaksudkan dengan pemerdagangan orang.

    Selain skopnya yang luas, aktiviti pemerdagangan orang adalah lanskap jenayah yang masih dianggap baru yang menyebabkan pemahamannya masih kurang, kata Pengerusi Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), Datuk Seri Mahmood Adam yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

    Dalam satu temubual bersama sebuah media tempatan baru-baru ini, beliau berkata kurang pemahaman itu bukan sahaja di kalangan orang ramai, malah ia berlaku di kalangan penguatkuasa sendiri.

    Istilah penyeludupan dan pemerdagangan manusia juga membawa dua maksud yang berbeza walaupun kedua-duanya kelihatan sama.

    Pemerdagangan orang membawa maksud merekrut, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi di mana modus operandinya termasuk penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko atau rawan dan memberi atau menerima pembayaran.

    ReplyDelete
  24. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:36 PM

    Ia digunakan untuk tujuan mengeksploitasi pelacuran, eksploitasi seksual, buruh paksaan atau khidmat layanan paksa dan perhambaan.

    Manakala penyeludupan membawa maksud mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warga negara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu tidak sah.

    Ini juga membawa maksud mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perkara di atas.

    Namun begitu tidak dinafikan aktiviti penyeludupan orang menjadi punca kepada akiviti pemerdagangan manusia kerana kebiasaannya penyeludupan orang berpotensi menjadi sebahagian aktiviti pemerdagangan orang.

    ReplyDelete
  25. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:37 PM


    KERAJAAN SERIUS PERANGI PEMERDAGANGAN MANUSIA

    Berikutan itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah dipinda bagi memasukkan kesalahan penyeludupan migran untuk dijadikan akta baru yang kini dikenali sebagai Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 yang dikuatkuasakan pada 15 Nov lepas.

    Pindaan itu bagi menangani sindiket antarabangsa yang menjadikan negara ini sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk membawa mangsa ke negara ketiga terutama Australia.

    Kebanyakan mangsa adalah dari Afganistan, Pakistan dan Myanmar yag dibawa masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ke Indonesia dan seterusnya ke Australia.

    ReplyDelete
  26. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:37 PM

    Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberi jaminan polis akan mengambil langkah berterusan memerangi pemerdagangan manusia dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket.

    Lebih ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan panas sindiket itu seperti di perairan negara di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk utama sindiket itu sebelum mangsa diperdagangkan ke negara destinasi.

    ReplyDelete
  27. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:38 PM


    Kerajaan juga turut mengambil tindakan yang lebih teratur melalui Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang.

    Pelan yang dirangka bagi tempoh lima tahun (2010-2015) itu adalah antara usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras masalah pemerdagangan orang.

    ReplyDelete
  28. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:39 PM


    Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej, prestasi dan nama baik negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

    ReplyDelete
  29. Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan ManusiaSeptember 30, 2013 at 5:40 PM

    Sasaran Malaysia untuk Tahap 1 pada tahun ini mungkin akan tercapai jika kerjasama dan komitmen semua pihak digembelengkan dalam usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.