Saturday, June 1, 2013

Milik siapakah kerajaan hari ini?!

PERSOALAN ini mungkin mudah untuk dijawab sekarang. Apatah lagi dalam keadaan kita baru sahaja selesai PRU13.

Parti Barisan Nasional telah mengisytiharkan mereka berjaya membentuk kerajaan bagi memerintah Malaysia buat penggal yang seterusnya. Namun, apakah kerajaan ini akan kekal buat selama-lamanya? Sudah pasti tidak. Tiba masanya ia akan tamat atau ditamatkan.

Tiba masanya ia akan berubah atau diubah. Sama ada kerajaan yang ada pada hari ini diubah dan diganti dengan parti lain yang menjadi kerajaan, atau pun ia akan hancur dan musnah bersama hancur dan musnahnya dunia ini.

Kerajaan ALLAH tetap teguh

Jadi, milik siapakah kerajaan pada hari ini? Persoalan ini perlu dijawab dengan jiwa yang penuh keinsafan. Mengiktiraf kekerdilan diri sebagai seorang hamba di hadapan Tuhan.

Menyedari tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi milik ALLAH. Mempercayai bahawa di sana adanya sebuah kerajaan yang jauh lebih hebat dan perkasa. Kerajaan tersebut tidak akan musnah kerana ia milik Yang Maha Gagah. Kerajaan tersebut akan terus kekal, kerana ia milik Yang Maha Kekal. Ia tetap berdiri teguh, di saat dunia telah hancur luluh.

Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Pada hari itu, tidak ada satu pun kerajaan yang kekal. Walaupun di dunia dahulu, mereka dianggap sebagai kerajaan yang kuat, stabil dan sukar digugat. Namun, apabila dunia sudah berakhir hayat, tidak akan ada yang terus berkuasa sampai ke akhirat. Ketika itu, akan ditanya “Milik siapakah kerajaan pada hari ini?”. Sudah pasti, ia adalah milik ALLAH, Tuhan Yang Maha Perkasa.

Di dalam surah al-Mukmin atau dinamakan juga surah Ghafir, ayat 13-16, ALLAH SWT menjelaskan:

“Dialah yang memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaanNya) dan menurunkan untukmu rezeki dari langit. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang-orang yang kembali (kepada ALLAH).

Maka sembahlah ALLAH dengan memurnikan ibadat kepadaNya, sekali pun orang-orang kafir tidak menyukainya.

Dialah Yang Maha Tinggi darjatNya, Yang mempunyai ‘arash, Yang mengutus Jibrail dengan (membawa) perintahNya kepada siapa yang dikehendakiNya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat).

Iaitu hari ketika mereka keluar (dari kubur), tiada suatu pun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi ALLAH. (Lalu ALLAH berfirman): MILIK SIAPAKAH KERAJAAN PADA HARI INI?!. Ia milik ALLAH Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”.

Tidak ada manusia mampu mendabik dada

Pada hari itu, tidak ada seorang pun yang mampu berdalih lagi. Tidak ada yang mampu untuk menipu. Tidak ada yang masih mendabik dada bahawa dialah manusia yang hebat, walaupun di dunia dahulu dia seorang yang berpangkat dan disanjung rakyat. Tidak kira siapa pun kita di atas dunia, pemimpin atau rakyat marhaen, orang biasa atau sultan yang bertakhta, si miskin atau pun si kaya, semua kita akan dibalas terhadap apa yang telah kita lakukan di dunia.

Oleh sebab itu, selepas ALLAH menegaskan bahawa kerajaan pada hari akhirat, ialah milik ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa, terus disambung dengan ayat berikut:

“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya ALLAH amat cepat hisabnya”. (Surah Mukmin: 17).

Mahu atau tidak mahu, semua kita pasti bertemu detik itu. Bersedia atau pun tidak, hakikat ini tidak mampu untuk ditolak. Inilah hari pembalasan bagi setiap perbuatan.

Setiap keikhlasan, kejujuran, keadilan dan amal kebaikan, balasannya jua kebaikan. Kezaliman, penindasan, penipuan, penyelewengan dan amal keburukan, balasannya jua keburukan. Melainkan jika si pelakunya mati dalam keadaan bertaubat, mudah-mudahan rahmat dan pengampunan Tuhan menjadi pengubat.

ALLAH, Tuhan yang kita sembah, sama sekali tidak akan tersilap dalam menjatuhkan hukuman di hari akhirat kelak. ALLAH, Tuhan Yang Maha Adil, tidak akan sama sekali menzalimi hamba-hambaNya. Sekiranya ALLAH mengazab manusia disebabkan dosa kejahatan yang dilakukan, sememangnya ALLAH berhak melakukannya, kerana Dia adalah Tuhan kita, Pencipta kita dan kita adalah hambaNya.

HukumanNya itu sama sekali tidak akan tersilap. Sekiranya ALLAH mengampunkan dosa keburukan yang manusia lakukan, sememangnya ia berhak, kerana Dia adalah Tuhan Yang Pengampun.
Renungi ungkapan Nabi Isa ibn Maryam yang membuktikan penyerahannya kepada ALLAH SWT memberikan balasan terhadap perbuatan kaumnya:
“Sekira ENGKAU menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Maidah: 118)

ALLAH, Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi, tidak akan memungkiri janjiNya. Setiap janji yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis, pasti akan ditepati. Mereka yang benar dan mempertahankan kebenaran akan mendapat nikmat yang membahagiakan. Oleh sebab itu, di dalam ayat 119-120, surah al-Maidah dinyatakan: “ALLAH berkata: “Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka.

Bagi mereka balasan syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ALLAH reda terhadap mereka dan mereka pun reda terhadapNya. Itulah keuntungan yang paling besar.

Kepunyaan ALLAH kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.
Kerajaan ALLAH dan kebesaranNya mengatasi segala kerajaan dan kebesaran manusia yang ada di atas muka bumi ini.

Jika harta yang kita miliki akan musnah, jika pangkat yang kita sayangi akan punah, jika kekuasaan yang kita banggakan akan tersungkur rebah, maka apa yang akan kekal di saat kita menghadap ALLAH?
Percayalah, yang kekal hanyalah jiwa yang tenang, menghadap Pencipta dengan penuh harapan, menantikan nikmat ganjaran di atas amal kebaikan yang dilakukan. “Hari itu tidak lagi berguna harta dan anak pinak.

Kecuali orang-orang yang menghadap ALLAH dengan jiwa yang bersih”. (Surah al-Syu’ara’: 88-89).
Jika segala kuasa, pangkat, kekuasaan dan kebesaran yang kita miliki hari ini tidak akan kekal, maka adakah layak untuk kita sombong dan bongkak sesama manusia? Adakah patut untuk kita menindas hak manusia lain?

Pada hari itu, yang dizalimi akan mendapat keadilan, yang teraniaya akan terbela. Jika kita kecewa dengan penindasan di dunia, usah berputus asa. Teruskan usaha menegakkan hak dan keadilan, berpandukan syariat yang ditetapkan.

Bakinya, serahkan kepada ALLAH, Tuhan Yang Maha Bijaksana. Tidak akan ada satu pun yang akan terlepas. Tidak ada satu pun yang dapat disembunyikan. Semuanya akan dihisab dan dibicarakan, di bawah kerajaan ALLAH, Yang Maha Adil. “Milik siapakah kerajaan pada hari ini?. Milik ALLAH Yang Maha Esa, dan Maha Mengalahkan”.


Oleh ABD RAZAK MUTHALIB
Penulis adalah Perunding Latihan dan Motivasi, RK Training & Management merangkap Pensyarah di International Islamic College (IIC).
xxx2

Komen Anda

36 Responses to " Milik siapakah kerajaan hari ini?! "
Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:34 AM

Seorang pemikir Islam Ibn Khaldun (1322-1406) telah mendedahkan pemerhatiannya di berkaitan realiti ini di dalam falsafah sejarahnya menerusi al-Muqaddimah, sebuah pengenalan tentang kisah jatuh bangun kerajaan-kerajaan di dunia ini sepanjang pengentahuannya.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:35 AM

Ternyata, menurut Ibn Khaldun, kerajaan yang bertahan ialah kerajaan yang ‘baik’ di dalam segala urusan kenegaraanya. Kerajaan yang baik tentu sekali akan disukai rakyatnya. Sebuah kerajaan yang disukai rakyatnya sudah pasti akan dipertahankan dari tersungkur dari putaran perjalanan sejarah bangsa manusia. Begitulah sedikit gambaran mudah untuk kita memahami maksud di sebalik teori jatuh bangun bangsa yang diperkenalkan Ibn Khaldun.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:36 AM

Sekiranya kita mendalami pemikiran beliau dengan lebih mendalam, kita akan menemui satu prinsip yang dikenali sebagai ‘asabiyyah’ sebagai tonggak yang akan menentukan tahap kekuatan dan kelemahan sesebuah kerajaan atau tamadun.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:36 AM

Asabiyyah ialah sebuah istilah sosial yang memberi maksud tentang semangat kesalingan hidup antara anggota sesebuah perkumpulan masyarakat. Dalam kata lain, assabiyyah atau semangat kesalingan sebagai satu realiti yang wujud di alam kehidupan sosial berada pada tingkat-tingkat yang berbeza.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:37 AM

Apabila asabiyyah terjelma atau tercapai di puncak tertinggi, maka ia adalah gambaran bahawa sesebuah kerajaan atau sesuatu bangsa itu berada pada tahap keutuhan yang terbaik. Begitulah sebaliknya. Persoalan penting di sebalik falsafah ini ialah tentang faktor yang boleh membawa semangat kesalingan hidup masyarakat atau asabiyyah ini mencapai tahap tertinggi? Faktor tersebut menurut Ibn Khaldun ialah ‘akhlak’. Akhlak yang dimaksudkan di sini ialah satu bentuk tatakelola kehidupan yang dipandukan oleh nilai-nilai mulia yang tercerna di dalam segenap sudut dan ruang perjalanan kemanusiaan.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:38 AM

Akhlak meliputi hal ehwal perhubungan manusia sesama manusia dan perhubungan manusia dengan Penciptanya. Di dalam aspek perhubungan manusia sesama manusia, akhlak juga melewati tahap perhubungan antara rakyat dan kerajaannya. Dalam kata lain, kedua-dua unsur ini iaitu rakyat dan kerajaan haruslah sentiasa berada di dalam satu bentuk tatakelola perhubungan yang berakhlak sepanjang masa.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:39 AM

Sebuah kerajaan yang baik yang dimaksudkan disini boleh difahami juga sebagai sebuah kerajaan yang berakhlak terhadap rakyatnya. Maka, sekiranya demikian akhlak yang ditunjukkan sebuah kerajaan, maka rakyat secara langsung akan menyukainya. Sebuah kerajaan baik dan berakhlak akan mendorong rakyat membalas kebaikan kerajaan dengan akhlak yang baik juga. Balasan baik rakyat ini termasuklah dengan mempertahankan kerajaan yang disukainya dan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran kerajaan tersebut.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:40 AM

Pertama, kerajaan yang berkeadilan (al-adl) dan kedua kerajaan yang berkebajikan (al-ihsan). Kerajaan yang adil meletakkan kedudukan hukum pada tahap tertinggi dan tidak ada sesiapa yang mampu melepasinya. Keadilan kerajaan terjelma di dalam memberikan kesaksamaan ruang dan peluang di dalam segenap bidang meliputi sosial, perekonomian dan politik kepada seluruh rakyatnya.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:40 AM

Kerajaan yang adil memastikan setiap rakyat terhindar dari sebarang bentuk penganiyaan dan kezaliman. Manakala kerajaan yang berkebajikan bersifat pemurah dan pengasih kepada rakyatnya. Kebajikan kerajaan tergambar di dalam keutamaannya di dalam dasar-dasar pembangunan dan pentadbirannya. Kerajaan berkebajikan mengutamakan rakyat bawahan yang berada di dalam keadaan yang daif di samping menggalakkan kemajuan golongan pertengahan dan tinggi.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:40 AM

Kebajikan kerajaan tercerna di dalam sikap tegas dasarnya bagi memastikan peluang pekerjaan yang mencukupi, sumber makanan yang meluas dan murah serta kemudahan penginapan yang mampu dimiliki.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:41 AM

Rakyat yang berada di dalam sebuah kerajaan berkebajikan sentiasa berada di dalam keadaan tenteram, damai dan aman kerana keyakinan terhadap kemurahan dan sikap berkepedulian kerajaan yang menaunginya. Begitulah antara ciri-ciri sebuah kerajaan yang baik dan berakhlak yang disukai oleh rakyat.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:41 AM

Kemelut yang terjadi di Timur Tengah terutama di Mesir dan Tunisia sejak akhir-akhir ini terjadi kerana kerajaan yang menaungi rakyatnya sudah tidak lagi berkelakuan baik atau berakhlak. Hal keadaan pemerintahan di kedua negara ini yang bersifat menekan, menindas dan menzalimi rakyatnya sendiri adalah satu rahsia umum yang telah lama dibincangkan. Akibatnya, rakyat yang sepatutnya mengasihi kerajaannya bertukar menjadi musuh.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 10:42 AM

Mereka memberontak diatas kecuaian kerajaan mereka memberikan peluang pekerjaan yang saksama, kemudahaan pendidikan yang selesa, kebajikan perumahan yang wajar serta penglibatan terbuka di dalam penyataan pendapat dan pembangunan negara. Rakyat merasakan diri mereka dipermainkan dan tidak dihormati oleh kerajaan sendiri malah pada satu tertentu rasa terhina berada di negara sendiri. Ternyata, sesebuah kerajaan yang tidak berakhlak seperti ini dibenci oleh rakyat.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 9:08 AM

byk kerajaan agung ketika dulu telah jatuh, tiada kerajaan yang kekal kecuali kerajan Allah swt


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:51 PM

Baru sebulan lebih Datuk Paduka Mukhriz mentadbir Kedah, dah macam macam puak puak PR lancarkan serangan peribadi terhadap beliau, bermula dengan kenduri rakyat, Datuk Mukhriz bercuti, kuliah agama di Seri Mentalon diharamkan dan terbaru pelaburan bernilai 1.2bilion di Langkawi..


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:51 PM

Kesemua isu isu diatas telah dijawab dengan fakta yang jelas dalam artikel aku sebelum ni.. Tapi tuduhan paling tak boleh blah dari beloger Pas Kedah ialah terhadap isteri MB, kononnya isteri MB sewa bot mewah untuk ke Langkawi.. Ce hangpa pikiaq, buat apa isteri MB sewa bot mewah kalau guna flight dan heli lebih cepat.. ?? Naik bot mewah macamana pun tetap lambat jugak sampai.. Nampak tak kebodohan tahap cipanzi beloger Pas kedah ni ??


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:51 PM

Walaupun keputusan PRU 13 telah diwartakan, nampaknya jentera serangan dan propaganda pembangkang tidak henti-henti menyerang dan 'mengebom' musuh.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:51 PM

Di pihak Barisan Nasional terutamanya Pemuda, tiada pula kelihatan sama ada mereka cuba mempertahankan pihak mereka atau menyerang kembali pihak lawan. Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Sungguh GENTLEMAN...


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:52 PM

Umum mengetahui bahawa tuduhan pengundi BANGLA merupakan satu fitnah. Malah beberapa pengundi berkulit gelap yang ditahan oleh penyokong pembangkang bukan pengundi hantu tetapi rakyat Malaysia berketurunan India atau India Muslim.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:52 PM

Namun, Pemuda MIC atau KIMMA tidak nampak bangkit memperjelaskan kepada kaum India bahawa pembangkang telah bertindak RASIS dengan mengatakan bahawa yang gelap itu rakyat Asing. Sungguh GENTLEMAN...


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:52 PM

Dalam bab serang menyerang pembangkang sudah di OUTSOURCEKAN kepada NGO atau Blogger. Hanya beberapa orang pemimpin Pemuda BN yang kelihatan LANGSI dan terkeluar dari arus POLITIK GENTLEMAN seperti YB Khairy, Tun Faisal, Saudara Razlan, Sheik Hussein Mydin dan beberapa pemimpin lain yang lebih kehadapan.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:53 PM

Oleh kerana terlalu GENTLEMAN, macai yang tak habis belajar macam Adam Adli lebih popular dari GENTLEMAN dalam Pemuda BN terutamanya dalam parti komponen BN yang lain. Blogger seperti Shizone atau Shen Yee Aun lebih vokal dan popular dari pemimpin yang mengamalkan POLITIK GENTLEMAN.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:53 PM

amalan POLITIK GENTLEMAN tak salah cuma kurang sesuai apabila berhadapan dengan musuh seperti Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:53 PM

amalan POLITIK GENTLEMAN tak salah cuma kurang sesuai apabila berhadapan dengan musuh seperti Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 3:53 PM

DAP telah mula mendaftarkan pengundi baru sebagai persediaan menghadapi PRU 14. Adakah kita mahu lihat rekod pendaftaran pengundi seperti ini akan berulang?


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:15 PM

Rakyat sekali lagi memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. Majoriti pengundi di DUN Kuala Besut memilih calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan menolak calon PAS, Endot @ Azlan Yusof, pada pilihan raya kecil kelmarin.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:16 PM

Berikutan keputusan itu, BN kembali menguasai 17 kerusi di DUN Terengganu, manakala pembangkang kekal 15 kerusi, iaitu 14 PAS dan satu PKR. Keputusan 8,288 pengundi memilih Tengku Zaihan itu menafikan harapan pakatan pembangkang untuk mengikat kedudukan dalam DUN Terengganu kepada 16:16, sekali gus menutup kemungkinan pilihan raya negeri perlu diadakan selepas ini.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:16 PM

Biarpun keputusan penting itu dibuat sekumpulan kecil pengundi, ia memberi kesan besar kepada nasib dan masa depan rakyat dan negeri Terengganu.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:17 PM

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemenangan itu bukan saja membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah tetapi adalah petanda sokongan dan keyakinan rakyat Terengganu terhadap Kerajaan BN untuk membela nasib dan negeri mereka.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:17 PM

Bayangkan apa akan terjadi jika PAS menang pilihan raya kecil itu dan kedudukan di DUN Terengganu terikat. Tanpa kerjasama atau kerajaan negeri campuran, pilihan raya negeri perlu diadakan semula.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:18 PM

Tanpa kerjasama atau kerajaan negeri campuran, pilihan raya negeri perlu diadakan semula. Ini bukan saja mengganggu urusan pentadbiran dan pembangunan Terengganu, tetapi memerangkap rakyat dalam kancah politik yang tiada kesudahan. Apa akan terjadi jika kedudukan di DUN Terengganu masih juga terikat?


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:18 PM

Apakah akan terus diadakan pilihan raya negeri sehingga ada pemenang mutlak? Apakah akan ada kerajaan negeri campuran antara UMNO dan PAS? Berdasarkan kenyataan dan perlakuan pemimpin pembangkang, harapan untuk melihat terbentuknya kerajaan perpaduan UMNO-PAS hampir tiada.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:18 PM

Terlalu banyak pihak yang tidak mahu melihat perpaduan orang Melayu dan Islam kembali utuh dan mengukuhkan kerajaan BN yang diterajui UMNO.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:19 PM

Mereka hanya mahu orang Melayu berpecah belah dan lemah supaya mudah untuk mereka berkuasa kelak. Pilihan raya sudah berakhir, hentikan retorik politik.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:19 PM

Kini masanya untuk BN membuktikan ia kerajaan yang berwibawa dan berupaya membawa kemakmuran serta menepati segala janji yang diberi.


BN pilihan RAKYAT!! said...
October 20, 2013 at 10:19 PM

Tadbirlah dengan baik dan biar rakyat melihat sendiri kesan keputusan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Buktikan pilihan 8,288 pengundi di DUN Kuala Besut adalah tepat dan wajar dijadikan pedoman oleh jutaan pengundi lain di seluruh negara pada masa depan.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx