Wednesday, June 12, 2013

Najib Mahu Singkir 5 Yang Kalah PRU?

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.

Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.

Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib (gambar) kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.

BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno, tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008.

Akan tetapi sesetengah veteran parti telah menyalahkan prestasi kurang memberangsangkan parti itu dan BN kepada ahli strategi “bilik perang” Najib, dan memberikan petunjuk perdana menteri mungkin ditunjukkan pintu keluar jika tidak menyingkirkan ahli strateginya kerana nasihat buruk.

Dua pegawai khas Najib, Shahlan dan Latt Shariman,
dikalahkan oleh calon PAS di Kedah, walaupun BN berjaya merampas semula negeri jelapang padi itu dari Pakatan Rakyat (PR).

Shahlan kalah dengan 3,935 undi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Latt Shariman dikalahkan oleh Mohd Nasir Mustafa dengan 1,044 undi di kerusi Dewan Undangan Rakyat (DUN) Kubang Rotan.

Mohd Shafei yang merupakan setiausaha politik Najib di Kementerian Kewangan, kalah kepada Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari PKR dengan 5,511 undi di kerusi Parlimen Kuala Lumpur, lebih besar dari kekalahan 2008.

Mohamad Fatmi dan Mohamed Suffian
 masing-masing kalah di kerusi Parlimen Kota Baru dan Kuantan.

Penyingkiran mereka yang kalah, adalah petanda pertama Najib serius menyingkirkan penasihatnya, ramai telah dipersalahkan kerana salah baca akar umbi menjelang pilihan raya paling sengit itu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya.

Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Seri Alies Anor Abdul, Pengarah Petronas Omar Mustapha Ong, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan “senarai putih” 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

Perdana menteri keenam turut diberi tekanan dari Umno untuk menjauhkan dirinya daripada perancang bilik perang seperti Alies Anor, Omar dan Jamaluddin, kata sumber dalaman parti kepada The Malaysian Insider.

Beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lalu bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013 menegaskan mahu memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penganalisis dan pemerhati politik telah mengatakan kepimpinan Najib dalam Umno mungkin akan dicabar dalam pemilihan akhir tahun ini, yang boleh menggugat kedudukannya untuk mempimpin gabungan 13 parti itu sekaligus kehilangan jawatan. -TMI

102 comments:
Write comments
  1. Ketua Pemuda SUPP Tan Kai yang tewas dalam perebutan kerusi Parlimen Bandar Kuching tidak akan berhenti setakat itu sahaja dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  2. Katanya beliau amat menghargai sokongan yang diberikan kepadanya oleh seramai 10,491 pengundi di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baharu lepas.

    ReplyDelete
  3. “Undi yang diberikan pengundi sangat penting dan ia memberikan ke-kuatan untuk meneruskan agenda parti meskipun kalah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
    Sambil berterima kasih dengan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokong parti, beliau berkata akan bergerak membantu orang ramai atas kapasitinya sebagai ketua Pemuda SUPP.

    ReplyDelete
  4. Tan Kai gagal dalam usaha BN merampas kerusi Parlimen Bandar Kuching daripada DAP apabila Chong Chieng Jen menang dengan majoriti 19,642 undi.

    “SUPP tidak akan begitu mudah menyerah kalah terutama dalam memberikan khidmat kepada orang ramai,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Wan Salwati Abdullah akan terus memberi khidmat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, biarpun tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

    Katanya, seorang pemimpin tidak boleh kecewa berpanjangan sekali gus mengganggu hasrat dan matlamat parti menunaikan 45 aku janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan seperti yang dibentangkan kepada rakyat sebelum ini.

    ReplyDelete
  6. "Saya menerima kekalahan ini dengan penuh reda. Biarpun tidak menjadi pilihan kepada rakyat di DUN Sikamat, tetapi sebanyak 8,074 pengundi yang memilih saya perlu dijaga hati mereka.

    "Saya akan terus berkhidmat di situ dan mendengar permasalahan rakyat untuk bawa ke pengetahuan kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas ini,"

    ReplyDelete
  7. Wan Salwati tewas dengan majoriti kecil sebanyak 510 undi kepada penyandang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Aminuddin Harun yang mendapat 8,584 undi.

    Beliau juga tidak menafikan wujud sentimen dalam kalangan pengundi di DUN Sikamat dan ada antaranya yang membuat keputusan memilih kerana tidak berpuas hati dengan BN.

    ReplyDelete
  8. "Saya optimis ada pengundi di DUN Sikamat ini memang benar-benar mahukan perubahan dengan memilih BN dan menolak pembangkang. Golongan ini akan kita hargai," katanya.

    Tambah Wan Salwati lagi, kajian akan dilakukan terhadap gelombang pengundi muda yang dilihat condong kepada pembangkang berikutan banyaknya fitnah dan tohmahan buruk terhadap BN diperoleh mereka melalui laman sosial.

    ReplyDelete
  9. "Saya memohon maaf kepada pengundi kerana tidak dapat merealisasikan kehendak mereka menjadi wakil rakyat BN di DUN Sikamat ini.

    "Saya berharap, mereka akan terus menyokong dasar BN dan tekad di hati inilah parti yang dapat mensejahterakan mereka, katanya.

    ReplyDelete
  10. Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berjanji untuk terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu atas kapasiti sebagai pemimpin UMNO walaupun beliau tewas pada pilihan raya umum Ahad lalu.

    Katanya, beliau akan terus membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meneruskan agenda mendahulukan rakyat.

    Mengenai kemungkinan dilantik menyertai Kabinet, beliau berkata, jawatan menteri sepatutnya disandang oleh seorang Ahli Parlimen dan beliau tidak mahu pembangkang menggunakan isu kekalahannya untuk menghentam perdana menteri.

    ReplyDelete
  11. Raja Nong Chik juga kesal keluarganya difitnah sepanjang kempen pilihan raya sebelum beliau tewas kepada Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 1,847 undi.

    "Pihak Nurul sebelum kempen sudah berjanji untuk tidak membuat serangan peribadi. Selepas mendapat tahu beliau menfitnah saya, saya membuat penjelasan di Malaysiakini tetapi akhbar itu yang kononnya adil tidak menyiarkan penjelasan saya,"

    ReplyDelete
  12. "Sebagai contoh, Nurul mengaitkan tuduhan bahawa anak saya mendapat projek bernilai RM30 juta semasa saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sedangkan projek itu sudah lama iaitu saya belum menjadi menteri lagi dan projek itu berada di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan," katanya.

    Menurutnya, sepanjang kempen, beliau tidak mengaitkan Nurul Izzah dengan apa-apa video yang bertebaran di dalam internet atau menyerang peribadi bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    "Saya lebih mengkritik sikap Nurul Izzah yang tidak pernah turun padang melawat rakyat, saya kritik caranya bekerja," katanya

    ReplyDelete
  13. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia menurut laman pemantau internet, Sosialbakers.

    Najib ketika diminta mengulas tentang pemantauan itu berkata: “11 itu nombor kegemaran saya, hari ini mungkin lebih tinggi.”

    ReplyDelete
  14. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika ditemui berkata, laporan ranking itu menunjukkan Najib popular dalam kalangan generasi muda di negara ini yang banyak mengakses media sosial.

    “Ini menggambarkan Perdana Menteri populis (popular) bukan sahaja di Malaysia malah juga di seluruh dunia,” katanya.

    ReplyDelete
  15. Tokoh-tokoh politik Malaysia lain yang turut tersenarai dalam laman web tersebut dengan pengikut Twitter yang ramai ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan 479,856 pengikut dan ranking ke-38 dunia.

    Ia kemudiannya diikuti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hanya 281,146 pengikut di tempat ke-69 di dunia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan 265,606 pengikut di tempat ke-76 di dunia.

    ReplyDelete
  16. Berdasarkan ranking tersebut, Najib turut meninggalkan selebriti terkemuka tanah air seperti Lisa Surihani (1.3 juta), Zizan Razak (1.2 juta), Shaheizy Sam (1.01 juta) dan Datuk Siti Nurhaliza (926,809).

    Akaun Twitter Perdana Menteri itu terbukti mempunyai pengaruh yang besar dalam komuniti siber memandangkan beliau setakat ini hanya menghantar 3,797 komen dan memperoleh 1.51 juta pengikut berbanding dengan 27,656 komen dalam akaun twitter Anwar yang hanya mampu menarik 281,146 pengikut.

    ReplyDelete
  17. Seorang blogger terkemuka, Fatin Liyana Asri ketika dihubungi Kosmo! berkata, laporan tersebut menunjukkan Najib merupakan seorang pemimpin yang mudah untuk didekati oleh seluruh rakyat Malaysia.

    “Pada masa kini, media sosial menjadi medium utama kepada semua pihak menyuarakan pendapat mereka dan dengan adanya laman sosial seperti Twitter, ia akan memudahkan rakyat negara ini untuk mengetahui segala perkembangan mengenai Perdana Menteri.

    “Ia juga membuktikan bahawa beliau benar-benar komited untuk mendekati rakyat dan seterusnya berusaha untuk menyelami masalah mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  18. Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir has expressed his willingness to shoulder responsibility as chairman of Kedah Umno and Kedah Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  19. Mukhriz, who is currently deputy chairman of Kedah Umno said it is up to the party leadership to appoint him to replace Kedah Umno chairman Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

    ReplyDelete
  20. terpulanglah pada najib apa dia mahu buat.. yang pasti beliau tidak seperti anwar yang lebih mengutamakan kroni dan keluarga berbanding dengan kepentingan rakyat..

    ReplyDelete
  21. najib perlu juga singkirkan mana2 pemimpin yang berpotensi melakukan sabotaj dan yang kuat melobi jawatan..

    ReplyDelete
  22. Singkir untuk napa?

    ReplyDelete
  23. The Gerakan party election at the national level, which has been postponed since 2011 to concentrate on the 13th general election (GE13) on May 5, will be held on Oct 26.

    ReplyDelete
  24. DEMAM pemilihan semakin menarik perhatian terutama yang melibatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Kecuali MIC, pemilihan parti komponen lain akan berlangsung selewat-lewatnya hujung tahun ini. Terdapat juga desakan supaya MIC turut menyelesaikan pemilihan pada tahun ini.

    ReplyDelete
  25. Mungkin ini satu cadangan yang baik, kerana parti komponen memerlukan satu barisan kepemimpinan yang mantap untuk meneruskan perjuangan parti dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) berikutnya. Masa semakin singkat.

    ReplyDelete
  26. Empat tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang bagi parti-parti politik membina keyakinan baru untuk rakyat menyokong mereka pada PRU.

    ReplyDelete
  27. Eloklah pada pemilihan kali ini, parti-parti komponen turut membuat penilaian dan melakukan tindakan susulan berdasarkan pencapaian parti pada PRU 5 Mei lalu. MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

    ReplyDelete
  28. Gerakan menang satu daripada 11 kerusi Parlimen dan tiga daripada 31 kerusi DUN sementara MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan tujuh daripada 19 kerusi DUN.

    ReplyDelete
  29. Berdasarkan pencapaian ini, Gerakan dan MCA perlu bekerja lebih keras untuk meneruskan survival parti serta memastikan ia terus relevan.

    ReplyDelete
  30. Kedua-dua parti komponen itu tidak boleh ‘cuci tangan’ dengan prestasi yang merudum. Tidak dinafikan, transformasi perlu dilakukan oleh parti-parti berkenaan tetapi perlukah diwujudkan hanya parti tunggal yang menggabungkan semua komponen BN?

    ReplyDelete
  31. Gerakan sendiri sudah merupakan parti pelbagai kaum, sama seperti PKR dan DAP. MCA pula mewakili masyarakat Cina dan UMNO Melayu serta bumiputera.

    ReplyDelete
  32. Di bawah lambang BN, parti komponen itu menjadi satu apabila bertanding pada PRU berbanding PKR, Pas, DAP yang menggunakan lambang parti masing-masing di kertas undi.

    ReplyDelete
  33. Adakah nasib parti komponen akan berubah jika masing-masing menggunakan lambang sendiri pada PRU? Apakah tidak timbul masalah apabila semuanya menjadi satu? Mungkin MCA, Gerakan tidak terasa kehilangan parti itu tetapi apa pula nasib UMNO? Mungkinkah ini peluang `menamatkan riwayat’ UMNO?

    ReplyDelete
  34. Gerakan dan MCA perlu melihat di manakah kelemahan sendiri ketika UMNO masih diterima baik oleh pengundi-pengundi Melayu sementara MIC pula mendapatkan kembali sokongan masyarakat India berbanding PRU 2008.

    ReplyDelete
  35. Maka pemilihan yang melibatkan parti komponen kali ini bukan sekadar memilih pemimpin - mengganti yang lama atau mengekalkan yang ada - sebaliknya memilih pemimpin yang dapat bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjadikan BN terus relevan.

    ReplyDelete
  36. Bukan sekadar meriah pada hari pemilihan tetapi selepas itu, kerja dan tanggungjawab tidak sehebat yang diharapkan.

    ReplyDelete
  37. No need to chase them out la.

    ReplyDelete
  38. Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof today said the EC leadership will not resign just to meet the demand of those who are dissatisfied with the election results.

    ReplyDelete
  39. He said the EC line-up, comprising him, his deputy and five others, were appointed according to the Federal Constitution with the approval of the Yang di-Pertuan Agong and the Council of Rulers.

    ReplyDelete
  40. The resignation of members of the EC, which is an independent body, cannot be made by force

    ReplyDelete
  41. He said only the King has the power to order the commissioners to step down from their posts if they are found to have violated the election regulations and the Constitution.

    ReplyDelete
  42. Will Prime Minister Najib Tun Razak measure the criticism and 'recommendation' to clean up his office and his 'war room' by getting rid of the humps that almost trip him during the 13th general election?

    Reading some portals and blogs and after weighing what former Finance Minister Daim Zainuddin said recently, I believe Mr PM has drawn the card and charted what is best for him, the administration and Barisan Nasional.

    However, I still believe it is his prerogative rights to make the necessary adjustments, especially after taking into account the impact and thrums he received thus far.

    ReplyDelete
  43. Some attributed BN's poor showing in the 13th GE to wrong advice and deceptive leads provided by some of his advisers and campaign managers. Most of the information did not gel with the actual sentiment on the ground but what got to the boss was fabricated in order 'to please him' that everything was under control.

    In fact, people at the 'war room' failed to feed him with precise information which led to some BN leaders believed that the ruling party would win between 145 and 167 parliament seats.

    Fellow blogger Another Brick in The Wall who produces an interesting analysis of the situation, attributed the jittery to Najib's 'war room' people and the level of 'over confidence' that filled up the prophecy during the national poll.

    ReplyDelete
  44. Can't agree more. Some heads must roll if Najib wants a more responsive and effective advisory team. He also needs to try out a few new buds and consider other options too, among which are:

    - revamping the whole structure of Jabatan Hal-Ehwal Khas or JASA, the think-tank wing under the Ministry of Communications and Multimedia. Its reports and recommendation over the years were 'out of range' and can be disputed. We need a new team to lead JASA.

    - restructure the role of Kemas and its info machinery.

    - the role of Information Department must be re-defined. It was not very effective in the last two or three general elections as the people at the top were not very attentive to the task given. Change some people at the top, if there is a need to do so.

    - revise the role and function of the New Media Team or UMB at the PMO. Engage capable personnel from outside the PMO to manage it and not the people who are already employed as secretaries and other positions (they will have nothing better to do except attending to the big purse allocated for bloggers and the propaganda unit).

    - Umno also needs a new information chief, someone senior enough, with vast experience and not someone who goes around boasting about his personal achievements and the number of seminar and brainstorming session he had organised.

    - Umno too must be open to good suggestion from the ground. A mechanism must be established to avoid more lies from finding its way up to the top leadership.

    ReplyDelete
  45. Datuk Seri Najib Tun Razak says Bursa Malaysia’s surge of more than 100 points, closing out the biggest one-day gain in its history a day after Barisan Nasional retained power in the last 13th general election, indicated the market preference on the government’s economic agenda over the Opposition’s.

    ReplyDelete
  46. “It was tempting to see the rally as an endorsement of the path we have chosen for Malaysia.

    ReplyDelete
  47. “But it was also an expression of relief. After a year of growing uncertainties, political risks have eased,” the Prime Minister, who is also Finance Minister,said in his keynote address at the Invest Malaysia 2013 Conference organised by Bursa Malaysia and co-sponsored by Maybank Investment Bank here today.

    ReplyDelete
  48. May 6, a day after the general election, the FTSE Bursa Malaysia KLCI closed at a historic high of 1,752.02 points, with analysts attributing it to the victory by the pro-business BN, which would continue to be in power.

    ReplyDelete
  49. Analysts said the bourse would continue its ascension, with investors starting to deploy their cash, which had been sidelined, awaiting the outcome of the election results They said that thereafter, there would be a surge in buying activities led by foreign and local institutional investors.

    ReplyDelete
  50. The market is currently trading at 1,756.18 points. Going forward, the Prime Minister said, the next five years would present the government with opportunities to set Malaysia’s path for decades to come.

    ReplyDelete
  51. “I understand and acknowledge the message from voters; that as we proceed along this path, we must be transparent and accountable, and that the benefits of economic transformation must flow to all Malaysians.

    ReplyDelete
  52. “I will work to ensure our national success leaves no one behind,” he said. In an uncertain world, he said, Malaysia stood out as an attractive investment destination, home to one of the leading capital markets in the region, boasting the fourth most active corporate bond market in Asia and the fifth largest IPO market in the world.

    ReplyDelete
  53. “Combined, they are two-and-a-half times greater than the gross domestic product (GDP), providing vital funding for domestic and international businesses.

    ReplyDelete
  54. “Indications are that this interest in Malaysia will be sustained. The primary market is expected to remain robust this year, with the bulk of funding coming from the bond market (and) the IPO pipeline anticipated to remain strong, with even more issuers than last year.

    ReplyDelete
  55. “This year, foreign participation on Bursa Malaysia topped US$1 billion for the first time. Companies listed on the KL Composite Index now generate 45 per cent of their revenue from overseas.

    ReplyDelete
  56. He said this year has already seen large net foreign inflows into both markets, with assets under management having grown to RM505 billion and the unit trust net asset value rising steadily, reaching 20 per cent of equity market capitalisation.

    ReplyDelete
  57. Najib said the launch of alternative structures like business trusts would further open up the capital market.

    ReplyDelete
  58. Tindakan pembangkang ingin memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 jun ini bukan sahaja menghina sistem demokarasi yang telah diamalkan sejak merdeka, sebaliknya mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad menyifat apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang itu sebagai kebudak-budakan dan menjadi kan perkara itu sebagai isu menunjukkan aras tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya lalu.

    ReplyDelete
  59. Tidak perlu memboikot, letak sahaja jawatan termasuk jawatan menteri besar dan ketua menteri yang mereka pegang di negeri yang mereka menangi jika masih tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya, tak perlulah mengugut mana-mana pihak macam budak-budak.

    “Mereka yang ingin membuat sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan amanah terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka, apakah mereka ini layak untuk dipanggil wakil rakyat apabila lebih mengutamakan kepentingan lain daripada mandat yang diberikan,” katanya.

    ReplyDelete
  60. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir pembangkang yang ingin memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU 13 serta tuntutan yang tidak dipenuhi.

    Menurutnya, pembangkang perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan amanah serta kepercayaan yang diberikan kerana mereka telah dipilih untuk membela nasib pengundi yang memilih mereka.

    ReplyDelete
  61. “Sikap yang dilakukan oleh pembangkang itu tidak membawa sebarang kebaikan, malah yang rugi adalah rakyat apabila orang dipilih tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

    “Selain itu, apa yang cuba dilakukan pembangkang itu adalah untuk mencemarkan nama baik negara ini dan sudah menjadi tabiat mereka sejak dahulu yang sengaja ingin memburuk-burukkan negara dalam apa sahaja isu untuk mendapat perhatian negara luar,”katanya.

    Normala berkata, pembangkang boleh menggunakan Dewan Rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan mereka bukannya melakukan suatu tindakan bodoh yang akhirnya bukan sahaja merugikan mereka tetapi rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  62. Kerajaan Sabah komited untuk membantu usahawan bumiputera menjadi kontraktor yang benar-benar berjaya dan berwibawa, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Hamisa Samat.

    ReplyDelete
  63. Beliau berkata sehingga bulan ini, seramai 1,184 peserta telah menyertai kursus kontraktor berbanding 1,038 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.

    ReplyDelete
  64. Hamisa berkata kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan dan keistimewaan bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

    ReplyDelete
  65. "Antara sumber yang digunakan agar terus kekal dalam bidang ini ialah memodenisasikan sistem kerja yang melibatkan peningkatan teknologi, pembangunan sistem maklumat urus niaga yang cekap, pengukuhan sumber manusia, peningkatan kualiti kerja serta mengutamakan pelanggan," katanya.

    ReplyDelete
  66. "Setiap ahli kontraktor memikul tanggungjawab dan amanah yang besar bagi menjayakan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam tempoh Dasar Pembangunan Nasional.

    ReplyDelete
  67. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    GOPENG: Yew Sau Kham atau lebih mesra dipanggil `Kham Che' (kakak Kham), bukan lagi asing dalam kalangan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teja, Perak.

    ReplyDelete
  68. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    Berbadan kecil dan bercermin mata, Yew, calon Barisan Nasional (BN) di DUN Teja dengan senyuman manisnya begitu mesra bertegur sapa dengan penduduk pelbagai kaum yang bersarapan di deretan kedai makan di Lawan Kuda, di sini.

    ReplyDelete
  69. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    Pada 2008, Yew yang kalah tipis kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dengan majoriti 175 undi, tetapi dia tidak patah semangat untuk terus berkhidmat di kawasan DUN Teja.

    ReplyDelete
  70. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    "Walaupun kalah pada 2008, saya tetap berkhidmat untuk rakyat di kawasan ini, saya tidak pernah berhenti kerana saya sayangkan penduduk DUN Teja dan Parlimen Gopeng, dan mahu kawasan ini terus maju," katanya.

    ReplyDelete
  71. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    "Saya anak tempatan, rumah saya di sini, keluarga saya di sini. Sepanjang lima tahun lepas, kami memberikan perkhidmatan, dan pusat perkhidmatan kami tidak pernah ditutup,” katanya.

    ReplyDelete
  72. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    Ternyata sikap ramahnya amat disenangi penduduk tempatan yang kebanyakannya bekerja sendiri.

    Berkempen dari rumah ke rumah, Yew berganding bahu dengan wakil-wakil dari parti komponen BN lain, mendekati pelbagai lapisan masyarakat di sini.

    ReplyDelete
  73. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    Beliau meminta pengundi menilai sendiri prestasi dan sumbangan penyandang DUN itu sepanjang lima tahun lalu.

    "Apabila rakyat memerlukan pertolongan, mereka asyik bersandiwara dan meminta penduduk tempatan mendapatkan bantuan daripada pihak lain termasuk BN," katanya.

    ReplyDelete
  74. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    Rashidah Maidin, 57, dari Desa Lawan Kuda, berkata: "Saya sudah duduk di sini hampir 30 tahun dan hanya wakil-wakil BN yang sentiasa berkhidmat untuk penduduk.

    "Insya-Allah, BN boleh menang di DUN Teja dan terus memberi perkhidmatan terbaik lepada kami," katanya.

    ReplyDelete
  75. SEMUA CALON BN YG KALAH PATUT CONTOHI KAKAK KHAM...

    Harapan itu dikongsi John Chew, 67, yang turut tidak berpuas hati dengan apa yang dianggapnya sebagai sikap lepas tangan apabila berdepan dengan masalah penduduk setempat.

    ReplyDelete
  76. Kita lihat sajalah nanti, adakah hal ini akan berlaku?

    ReplyDelete
  77. PM Najib: Govt won't impose licensing for news portals

    KUALA LUMPUR: The Government will not impose licensing requirements for news portals, as implemented by neighbouring countries, said the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    "Instead, to maintain the country's harmony, the federal government will enforce laws already in place to ensure that action is taken against anyone who fans hatred and racial sentiments or belittles the monarchy, and those who try to subvert the parliamentary democracy," he added.

    Najib said this in his speech at the presentation ceremony of the Malaysian Press Institute (MPI)-Petronas Malaysian Journalism Awards 2012 here Wednesday.

    He said the people must be mature and ensure social media was not misused.

    "We must create an environment where there are principles and values as well as responsibility towards anything published in social media," he said.

    He suggested a "positive control" to ensure that there was responsibility and that information published did not go against any laws.

    The Singapore government recently announced that online news portals that regularly reported on the city state would be required to procure a licence, effective June 1.

    ReplyDelete
  78. Semoga tidak ada pihak yang menyalahggunakan niat baik Najib ni pula.

    ReplyDelete
  79. Apapun yang Najib lakukan sebgaai PM, saya yakin dia melakukannya itu secara wajar setelah membuat penelitian yang serius.

    ReplyDelete
  80. Bukan senang mahu jadi pemimpin nombor 1 negara. Tidak menghairankan sekiranya ada saja isu yang mahu ditimbulkan untuk memburukkan nama Najib.

    ReplyDelete
  81. Amboi!!! semuanya dato dato..tapi otak yg Allah berikan kamu guna untuk.........

    ReplyDelete
  82. PENUBUHAN Jawatankuasa Khas bagi mengambil tindakan termasuk menyingkir mana-mana ahli yang mengkhianati dan mensabotaj parti dilihat mampu mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap masa depan UMNO

    ReplyDelete
  83. penubuhan jawatankuasa berkenaan membuktikan UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan sangat serius menangani anasir-anasir perosak dalam parti.

    ReplyDelete
  84. mana-mana ahli UMNO yang mengkhianati dasar perjuangan parti sememangnya wajar disingkirkan sama ada diperingkat cawangan, bahagian dan pusat.

    ReplyDelete
  85. tidak menafikan kebanyakan yang bertukar menjadi pengkhianat terdiri daripada mereka yang memegang jawatan penting dalam parti.

    ReplyDelete
  86. Lazimnya yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam UMNO, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi

    ReplyDelete
  87. Mereka yang tidak dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat harus disingkirkan dari senarai.

    ReplyDelete
  88. Perosak parti harus disingkirkan agar tidak menjejaskan imej baik parti tersebut.

    ReplyDelete
  89. Pasti ada komen negatif dan positif terhadap PM.

    ReplyDelete
  90. Najib akan melantik golongan yang benar dapat kerjasama dalam satu pasukan dengannya.

    ReplyDelete
  91. Adakah semua oragn boleh faham tujuan Najib berbuat demikian?

    ReplyDelete
  92. Jika benar tidak dapat berfungsi dengan baik, lebih baik disingkirkan.

    ReplyDelete
  93. Pengkhianat harus disingkir.

    ReplyDelete
  94. Pasukan Najib sudah pasti dilantik secara mendalam.

    ReplyDelete
  95. Najib is smart enough to setup his own team. Those who has been disqualify, there must be a reason.

    ReplyDelete
  96. The media should report wisely. Do not manipulate the story that may confuse the people.

    ReplyDelete
  97. Seorang lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dijangka menyerah diri Sabtu ini selepas pulang dari luar negara.

    ReplyDelete
  98. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis dimaklumkan wanita itu akan memberi keterangan kepada polis sejurus tiba di negara ini.

    ReplyDelete
  99. Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

    ReplyDelete
  100. Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda pada hari itu, dan turut menerima respons yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan FBnya.

    ReplyDelete
  101. Susulan itu, polis menerima 35 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun FB itu serta mereka yang menyokong kenyataan berbaur hasutan berkenaan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.