Sunday, June 30, 2013

Rumah Khairy Dimasuki Perompak, Kerugian RM24,000

Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata, ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka,” katanya di sini, hari ini.

Ku berkata, pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri. Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama

71 comments:
Write comments
  1. Kadar jenayah di bandaraya sgt tinggi berbanding di kampung disebabkan kepesatan n kesibukan tugas harian...perompak sentiasa mencari peluang yg sesuai. Apapun setiap perbuatan takkan terlepas drp hukum Allah....

    ReplyDelete
  2. PAS menegaskan persaingan amat getir bagi parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu yang harus diadakan pada 27 Ogos ini.

    ReplyDelete
  3. Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kawasan tersebut yang terdiri daripada 97% pengundi Melayu dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN)

    ReplyDelete
  4. Ia adalah kawasan luar bandar dan kami menjangkakan persaingan akan menjadi sengit

    ReplyDelete
  5. Tidak mudah untuk menang di kawasan luar bandar

    ReplyDelete
  6. PAS tiada keputusan dibuat mengenai calon yang akan diturunkan untuk bertanding di sana

    ReplyDelete
  7. Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undang Negerinya (Adun) Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada Rabu lalu.

    ReplyDelete
  8. Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu selepas menewaskan calon PAS, Napisah Ismal dengan memperoleh 2,434 majoriti undi.

    ReplyDelete
  9. Kekosongan itu meletakkan BN berada dalam keadaan tidak selamat kerana kegagalan untuk mempertahankan kerusi itu akan menyebabkan DUN tergantung di Terengganu.

    ReplyDelete
  10. Sekiranya Pakatan Rakyat menang, ia akan menyebabkan kedua-dua parti memperoleh keputusan seri, sama-sama memenangi 16 DUN.

    ReplyDelete
  11. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemungkinan keadaan DUN tergantung tidak akan berlaku kerana parti pilihan di kawasan tersebut masih BN.

    ReplyDelete
  12. BN mempunyai kelebihan di sana

    ReplyDelete
  13. The number of crimes in Sabah has dropped by 531 to 5,548 cases from January to November 2012 as compared with 6,079 cases during the same period last year.

    ReplyDelete
  14. Sabah is not exempted from human trafficking as 31 cases were recorded from 2008-2010, involving 87 victims or 9.25 per cent of the average national rate.

    ReplyDelete
  15. Abdul Rahim also urged the community to notify and help the government to combat human trade if they come across any information of such activities.

    ReplyDelete
  16. Memang tiada kerja lain selain daripada merompak??makanlah hasil rompakan tu di penjara nanti.

    ReplyDelete
  17. Perompak mungkin sudah lama mencari masa yang sesuai.Rasanya bukan susah untuk cam dan tangkap mereka kalau alat2 keselamatn sudah dipasang seperti CCTV.

    ReplyDelete
  18. Mungkin lepas ni kawalan keselamatan akan diperketatkan lagi seperti mengambil pengawal keselamatan.

    ReplyDelete
  19. JENAYAH dan kegiatan berkaitannya telah menjadi satu isu yang membelenggu semua rakyat Malaysia.

    Kejadian jenayah yang membabitkan keganasan dan trauma mesti dilihat pada sudut yang lebih serius bukan sahaja daripada pihak kerajaan, pihak penguat kuasa dan kehakiman malah oleh keseluruhan masyarakat.

    ReplyDelete
  20. Tidak ada sehari pun berlalu tanpa kejadian jenayah dan dalam ketidaktentuan ekonomi, peningkatan kes dadah serta kemasukan pendatang tanpa izin, jenayah akan terus meningkat di sebalik usaha gigih Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi jenayah.

    ReplyDelete
  21. Berlakunya kejadian jenayah adalah sebagai peringatan bahawa masyarakat tidak boleh mengabaikan keselamatan mereka.

    ReplyDelete
  22. Setiap kali berlakunya jenayah kejam maka ia akan menimbulkan kemarahan masyarakat dan menjadikan orang ramai menempelak serta menuding jari kepada beberapa pihak.

    ReplyDelete
  23. Persoalannya, adakah kita telah melakukan secukupnya sebagai kerajaan, komuniti dan institusi keluarga untuk menangani isu serta punca berlakunya jenayah?

    ReplyDelete
  24. Memerangi jenayah adalah perlu, mencari punca adalah penting, dan pencegahan jenayah adalah satu perkara yang lebih penting. Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah oleh PDRM diharapkan boleh merungkai segala punca jenayah dan berusaha menanganinya secara berkesan.

    ReplyDelete
  25. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpendapat bahawa masalah penagihan dadah adalah punca utama kepada kes jenayah seperti ragut.

    ReplyDelete
  26. Selagi tiada kejayaan menangani isu penyalahgunaan dadah, masalah jenayah berkaitan dadah akan terus berlaku.

    ReplyDelete
  27. Satu lagi punca jenayah adalah berkaitan keruntuhan nilai moral yang serius yang membelenggu golongan remaja akibat keruntuhan keupayaan kekeluargaan dan panduan untuk membolehkan anak-anak kita melakar perjalanan yang betul.

    ReplyDelete
  28. Pembangunan ekonomi dan teknologi yang pesat tidak seimbang dengan pembangunan nilai moral dan pembangunan insan. Kita bukan hendak menafikan kepentingan ICT dalam era teknologi maklumat tetapi kita perlu sedar pada masa sama kita perlu menegaskan intipati pembangunan moral dan nilai sangat penting demi mencapai pembangunan negara seimbang.

    ReplyDelete
  29. Pembangunan ekonomi dan teknologi hendaklah dicapai tanpa mengorbankan nilai moral dan pembangunan insan yang juga sangat diperlukan di samping kita menangani pelbagai permasaalahan sosial yang menghantui masyarakat.

    ReplyDelete
  30. Mendapat bahan lucah dengan mudah, saya percaya adalah penyebab utama kepada peningkatan jenayah seksual. Bahan lucah melalui VCD cetak rompak dijual dengan harga murah dan senang untuk diperolehi bukanlah menjadi masalahnya sahaja. Ketagihan seks siber, teman seks, laman web lucah dan sebagainya merosakkan minda remaja dan mengakibatkan kemunculan gejala sosial.

    ReplyDelete
  31. Terdapat juga masalah pil ekstasi dan pelbagai pil perangsang yang boleh di dapati di pusat-pusat hiburan yang tidak terkawal.

    ReplyDelete
  32. Kita perlu menangani jenayah dari pelbagai sudut dan pendekatan :

    1. Dari sudut pendidikan kita memerlukan program secara berterusan untuk mendidik remaja dan belia kita untuk menjauhi diri daripada gejala sosial dan jenayah.

    ReplyDelete
  33. 2. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu sentiasa memikirkan tentang keselamatan anak-anak mereka semasa mereka berada di luar rumah mahupun di sekolah. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah semasa anak-anak membesar dan perlu memainkan peranan membantu membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan yang baik dan berguna.

    ReplyDelete
  34. 3. Kerajaan harus dengan segala upaya menguatkuasakan undang-undang secara efektif demi kepentingan ketenteraman awam dan pencegahan jenayah. Undang-undang hendaklah dikuatkuasakan secara adil dan tanpa pilih kasih.

    ReplyDelete
  35. 4. Sekolah pula hendaklah mengetatkan disiplin terhadap murid melalui kerjasama guru, ibu bapa dan pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  36. 5. Peranan badan kehakiman juga harus menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan penjenayah. Mengawasi keselamatan negara melibatkan lebih daripada sekadar anggota yang bersenjata dan kereta peronda. Apa yang kita perlukan adalah kemampuan berkomunikasi, kaunseling dan psikologi untuk anggota polis, perubatan forensik, teknologi komunikasi, ilmu sains sosial dan integriti.

    ReplyDelete
  37. 6. Kesedaran akan keselamatan peribadi dan keselamatan sosial tidak hanya terbatas pada aspek fizikal, tetapi juga keprihatinan alam siber, kerana kita hidup di dunia di mana maklumat dan teknologi komunikasi yang sentiasa berubah pada kelajuan yang sangat pantas. Ia adalah punca penyebab yang serius yang perlu diambil kira akibat peningkatan jenayah siber, di mana kita boleh menjadi mangsa kecurian identiti dan penipuan serta pelbagai hal lain.

    ReplyDelete
  38. Usaha memerangi jenayah adalah satu ‘peperangan’ yang memerlukan komitmen dan sokongan berterusan daripada semua lapisan masyarakat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  39. Beliau berkata penyertaan daripada masyarakat secara aktif dan proaktif dan bukannya dalam bentuk pasif atau “lip service” adalah perlu bagi membantu menjayakan hasrat kerajaan mewujudkan perasaan selamat, tenteram dan bebas daripada perasaan takut ketika berada di negara ini.

    ReplyDelete
  40. Beliau turut menegaskan bahawa kadar penurunan jenayah bukanlah muktamad berdasarkan statistik dan perangkaan yang dicapai hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif sejak ia dilancarkan pada tahun 2010.

    ReplyDelete
  41. “Penyertaan secara aktif dan proaktif oleh masyarakat bukan dalam bentuk pasif atau lip service. Kalau kita sebagai individu dapat melakukan penyertaan masing-masing secara proaktif dan aktif, saya percaya sokongan dan dokongan daripada komuniti adalah asas yang amat penting yang boleh membawa kepada kejayaan kita memerangi jenayah,” katanya.

    ReplyDelete
  42. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen Bersatu Menentang Jenayah anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di KLCC Park dahulu.

    ReplyDelete
  43. Dalam menyeru semua lapisan masyarakat supaya bersatu memerangi jenayah, Perdana Menteri turut meminta pihak swasta khususnya pemilik pusat beli-belah meningkatkan tahap keselamatan di premis mereka seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dan menyediakan lebih ramai pengawal keselamatan.

    ReplyDelete
  44. “Jangan fikir mengenai keuntungan sahaja, kena juga fikir mengenai sumbangan perangi jenayah. Kalau pusat membeli-belah itu selamat dari jenayah, ia akan lebih popular. Kita mesti lihat dari sudut tersebut,” katanya.

    ReplyDelete
  45. Katanya pemaju perumahan juga perlu membina projek-projek perumahan yang menerapkan ciri-ciri komuniti selamat seperti mengelak daripada membina lorong-lorong sunyi. “Ini adalah satu peperangan yang hanya akan berjaya jika semua lapisan rakyat mendokong dan menyokongnya (usaha). Kalau kita tidak bersatu perangi jenayah, jenayah akan menghantui kita,” katanya.

    ReplyDelete
  46. Selain itu, Najib juga menyarankan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji cadangan mewujudkan talian khas kecemasan yang disambungkan terus ke Bukit Aman supaya tindakan pantas dapat dilaksanakan dalam tempoh masa lebih singkat.

    ReplyDelete
  47. Beliau berkata cadangan itu dibangkitkan oleh seorang bekas pegawai tertinggi polis dalam satu perjumpaan veteran polis bersama beliau baru-baru ini.

    ReplyDelete
  48. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

    ReplyDelete
  49. Kempen Bersatu Menentang Jenayah telah dilancarkan Mac lepas dan orang ramai boleh membuat ikrar untuk memerangi jenayah melalui laman webwww.unitedagainstcrime.com.my.

    ReplyDelete

  50. Setakat ini, sejuta orang dan 30 syarikat swasta telah mengatakan ikrar mereka terhadap tujuan tersebut.

    ReplyDelete
  51. Semoga kejadian ini jug dijadikan iktibar supaya semua orang berjaga-jaga dan waspada terhadap kemungkinan ancaman serta mengambil langkah keselamatan.

    ReplyDelete
  52. Kecuaian pemilik rumah adalah antara faktor yang menyumbang kepada kes pecah masuk rumah terutama pada musim perayaan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

    ReplyDelete
  53. Beliau berkata kepulangan warga kota ke kampung halaman memberi peluang kepada penjenayah termasuk rakyat asing untuk mencari duit poket dengan cara mudah iaitu memecah masuk ke kediaman mangsa terutama rumah yang mempunyai sistem kawalan keselamatan lemah.

    ReplyDelete
  54. "Keadaan kawasan kediaman yang lengang dan tiada berpenghuni memudahkan lagi kerja mereka untuk memecah masuk kediaman itu," katanya kepada pemberita selepas sesi tinjauan mesra di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

    ReplyDelete
  55. Beliau berkata bagi mengekang kejadian itu, pemilik rumah perlu memaklumkan ketiadaan mereka kepada polis dan jiran terdekat selain memastikan rumah sentiasa dalam keadaan berkunci.

    ReplyDelete
  56. Mohd Bakri berkata polis memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada penduduk untuk memudahkan mereka membuat rondaan dan berkawal.

    ReplyDelete
  57. "Pemilik rumah perlu memberi maklumat seperti alamat tempat tinggal dan tempoh mereka tiada di rumah kepada balai polis terdekat, manakala jiran yang tidak pulang ke kampung, kami minta segeralah menghubungi polis jika terlihat orang asing atau keadaan mencurigakan di kawasan kejiranan masing-masing,"

    ReplyDelete
  58. Beliau berkata bermula dari Januari hingga Julai tahun ini, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes pecah masuk rumah masih terkawal iaitu kes pecah rumah yang direkod ialah 14,291 kes berbanding yang dicatat dalam tempoh sama tahun lepas iaitu 18,171 kes.

    ReplyDelete
  59. Saban tahun setiap kali menjelang musim perayaan bukan sahaja suasana raya dirasai oleh masyarakat berbilang kaum tetapi turut ‘dirayakan’ penjenayah yang mengambil peluang melakukan jenayah pecah rumah ketika penghuni meninggalkan rumah dan pulang ke kampung.

    ReplyDelete
  60. Bagi membanteras kegiatan jenayah ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap tahun melancarkan Kempen Rumah Selamat dalam usaha memastikan harta benda masyarakat yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.

    ReplyDelete
  61. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kes pecah rumah sering berlaku ketika penghuni tiada di rumah tidak kira waktu siang atau malam.

    ReplyDelete
  62. Katanya, kurangnya tahap kerjasama, tidak mengenali sesama jiran selain timbulnya tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan menambahkan lagi risiko rumah dipecah masuk.

    ReplyDelete
  63. "Perkara pertama yang perlu dilakukan penghuni adalah memaklumkan ketiadaan mereka kepada polis supaya rondaan lebih kerap dapat dilakukan di rumah mereka.

    ReplyDelete
  64. Menurutnya, kerjasama penduduk untuk melaporkan perkara itu jika terserempak dengan orang yang dicurigai amat diperlukan bagi membolehkan suspek terlibat diberkas.

    ReplyDelete
  65. nteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

    ReplyDelete
  66. Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

    ReplyDelete
  67. Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

    ReplyDelete
  68. Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

    ReplyDelete
  69. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

    ReplyDelete
  70. Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

    ReplyDelete
  71. Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.