Saturday, June 1, 2013

Sejuta Laporan Polis pun tidak akan mengubah PRU-13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata laporan polis mengenai dakwat kekal tidak akan cukup untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13, kerana dakwat itu hanya satu elemen tambahan untuk proses pilihan raya.



Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata demikian bagi mengulas laporan polis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwat kekal yang dibuat dalam tempoh tiga minggu selepas hari mengundi pada 5 Mei.

"Dia menggunakan isu dakwat kekal kerana Pakatan Rakyat kehabisan idea.

"Dakwaan Pakatan bahawa lebih 45,000 warga Bangladesh adalah pengundi hantu telah menjadi satu bahan ketawa kerana ia tidak masuk akal sama sekali," kata Wan Ahmad berkata seperti yang dilaporkan oleh portal berita, The Mole.

"Anwar membuat laporan polis dan mengarahkan penyokong-penyokongnya untuk melakukan perkara yang sama hanya kerana mereka mahu memastikan petisyen mereka akan disokong oleh sebab yang kukuh.

"SPR mengakui bahawa terdapat kes-kes di beberapa kawasan yang pekerja kita mempunyai beberapa masalah dengan dakwat. Tetapi seperti yang kita kata banyak kali, dakwat kekal digunakan sebagai satu elemen ditambah bagi mengelak pengundian berganda, "


Wan Ahmad juga berkata tidak ada cara untuk pengundi untuk membuang undi mereka dua kali kerana nama mereka akan diperiksa dan dipotong oleh kakitangan SPR dan ejen parti politik.
xxx2

Komen Anda

53 Responses to " Sejuta Laporan Polis pun tidak akan mengubah PRU-13 "
Anonymous said...
June 2, 2013 at 5:41 PM

Spr kerajaan.... selagi spr tidak tulus sampai bila bila pun malaysia tidak akan dapat menegakkan demokrasi sebenar....


gag said...
June 3, 2013 at 1:34 PM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.


gag said...
June 3, 2013 at 1:34 PM

Dalam titah itu, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.


gag said...
June 3, 2013 at 1:39 PM

“Oleh kerana itu, Beta mahu semua pihak mengekalkan dan memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan yang sedia wujud,” titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara


gag said...
June 3, 2013 at 1:40 PM

Seri Paduka turut mengingatkan sesetengah pihak yang cuba membaja permusuhan dan persengketaan di kalangan rakyat demi kepentingan agenda sempit mereka, supaya segera menghentikan perbuatan yang tidak berperlembagaan itu. Seri Paduka bertitah usaha pengukuhan perpaduan nasional tidak boleh dianggap sebagai tugas serta tanggungjawab pihak tertentu sahaja, sebaliknya ia menjadi agenda setiap warganegara.


gag said...
June 3, 2013 at 1:40 PM

“Beta berkehendakkan agar kerajaan pimpinan Mamanda Perdana Menteri Beta supaya memastikan setiap dasar pembangunan negara hendaklah berpandukan kepada prinsip meraikan kemajmukan.


gag said...
June 3, 2013 at 1:40 PM

“Realitinya, masa depan kita saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Semua rakyat Beta, tanpa mengira kaum dan agama seharusnya mendapat pembelaan,” titah baginda.


gag said...
June 3, 2013 at 1:41 PM

Tuanku Abdul Halim melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis.

Baginda turut mengulangi agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.


gag said...
June 3, 2013 at 1:41 PM

“Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.


gag said...
June 3, 2013 at 1:41 PM

“Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka juga berharap agar kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus mendukung cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, beretika, bermoral tinggi dan rakyatnya dikenali sebagai bangsa yang berakhlak, bermaruah serta disegani.


gag said...
June 3, 2013 at 1:42 PM

Pakatan pembangkang diseru menghormati serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya mula berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang dimenangi mereka.


gag said...
June 3, 2013 at 1:43 PM

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, usaha pakatan pembangkang menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati atas kegagalan mereka adalah perkara sia-sia.


gag said...
June 3, 2013 at 1:43 PM

"Sedangkan ahli jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akur dan menerima keputusan pilihan raya lalu malah menolak rancangan demonstrasi Bersih 4.0 yang hangat diperkatakan oleh pakatan pembangkang.


gag said...
June 3, 2013 at 1:44 PM

"Mengapa pakatan pembangkang lebih rela berdemonstrasi dan melanggar undang-undang sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara hanya demi menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang sah?,"


gag said...
June 3, 2013 at 1:44 PM

Menurut Seai Kie, tindakan berdemonstrasi di negara jiran juga memalukan apabila pihak berkuasa Singapura mengambil tindakan terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan kerana mengadakan demonstrasi haram di republik itu sebagai membantah keputusan pilihan raya lalu.


gag said...
June 3, 2013 at 1:45 PM

"Malangnya, pakatan pembangkang masih tidak dapat menerima kegagalan mereka dan terus menolak keputusan pilihan raya yang diiktiraf secara meluas di peringkat global,"


anti said...
June 3, 2013 at 6:24 PM

gag ini mangkok ayun mana ha semua comment dia yg buat ? tak tahuke sial Kie tu lah yg cakap negara@ hukum islam memundurkan negara. bengong punya gag...


Anonymous said...
June 3, 2013 at 8:17 PM

Bukan kata 1juta laporan polis...beratus juta laporan polis ponnn BN/SPR tak heran. Bodoh yg buat laporan polis tu. Dlm Msia ni,sebut polis nampak Umngok, sebut SPR nampak Umngok, sebut kerajaan nampak Umngok.Sebut le apa apa pon,semua nampak UMNgok. So ??? apa ada dlm laporan polis tu? Ki ki kiii


Anonymous said...
June 3, 2013 at 8:18 PM

GAG yg banyak copy-paste kat atas tu bangsat dr negara mana?


darul said...
June 4, 2013 at 4:56 PM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail berkata, kini hanya tinggal 10 hari lagi bagi Pakatan Pembangkang mengemukakan sebarang bukti bagi mengesahkan dakwaan mereka berlakunya penyelewengan dan ketidaktelusan ketika berlangsungnya Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 baru-baru ini.


darul said...
June 4, 2013 at 4:56 PM

Menurut beliau, jika benar seperti mana dakwaan Pakatan Pembangkang berlakunya penipuan dan penyelewengan seperti pengundi hantu, ‘blackout’ dan sebagainya, maka mereka perlulah menampilkan bukti-bukti kukuh bagi menyokong dakwaan tersebut.

“Hari ini sudah terbukti, dakwaan mereka kononnya wujud pengundi hantu dari Bangladesh seramai 40,000 orang itu ternyata tidak benar dan disanggah sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh sendiri.


darul said...
June 4, 2013 at 4:57 PM

“Malah, dakwaan mereka berlakunya ‘blackout’ ketika waktu pengiraan undi juga dinafikan oleh calon-calon daripada Pakatan sendiri. Jadi, jika dalam masa terdekat ini, tidak ada sebarang bukti baru bagi menyokong dakwaan mereka, ternyatalah mereka ini memang suka menggembar gemburkan cerita yang tidak ada asasnya,” ujarnya
Justeru itu, beliau yakin bahawa rakyat juga tertunggu-tunggu sebarang bukti berhubung penyelewengan yang berlaku ketika PRU ke 13 baru-baru ini di mana atas sebab itu, Ketua Pembangkang menghasut rakyat untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan PRU ke 13 ini.


darul said...
June 4, 2013 at 4:58 PM

“Apa yang saya lihat, komen-komen dari pemerhati politik dan pemimpin negara luar juga mengiktiraf ketelusan sistem pilihanraya kita. Jadi saya tak tahu apa bukti dan dari mana bukti itu datang yang bakal dijadikan hujah Pakatan bagi menyokong dakwaan mereka itu.

“Mereka telah gagal untuk membuktikan dua perkara, iaitu isu pengundi hantu dari Bangladesh dan juga isu ‘blackout’ ketika pengiraan undi. Kini dalam tempoh 10 hari lagi, kita akan menunggu bukti dari Pakatan bagi dakwaan lain mereka itu. Saya yakin, rakyat di negara ini juga turut tertunggu-tunggu bukti-bukti tersebut,” ujarnya.


darul said...
June 4, 2013 at 4:58 PM

Jika Pakatan Pembangkang gagal untuk membuktikan segala dakwaan mereka itu dalam tempoh yang telah diberikan, maka tegas beliau terbuktilah Pakatan Pembangkang hanya sengaja menimbulkan perkara tersebut untuk mengelirukan rakyat.

“Memang pembangkang kerjanya adalah mengelirukan rakyat. Bila rakyat keliru, maka senanglah mereka untuk meracuni pemikiran rakyat dengan memburuk-burukkan imej BN, kononnya tidak telus dan menipu dalam pilihanraya.

“Saya berharap agar rakyat di negara ini tidak menelan bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Siasat dan teliti terlebih dulu. Saya yakin, rakyat akan dapat melihat sejauh mana kebenaran dakwaan mereka itu sekiranya setiap dakwaan pembangkang itu diteliiti dan dikaji dengan pemikiran yang rasional tanpa dipengaruhi emosi,” ujarnya


Anonymous said...
June 4, 2013 at 6:28 PM

Komen dan kata2 diats semuanya mgaRUT DN DIREKA2 TANPA USUL PERIKSA DN MEMAKSA TERIMA PERKARA CAKAP LAIN TAPI DIBUAT LAIN!!!!!!Contohnya, Jk telus dn bersih UMNO/BN tewas dn kalah dalm PRU13 TETAPI menang TIPU dn tdk telus!!! SPR mnjd DALANG penipuan BESAR PRU13 dg mggunakn taktik paling KOTOR bnyk cara!!!!!. Yg jels nyata Disemua kawasan mgundi, selain drpd pgundi hantu bnyk ujud dn TONG UNDI SPR TLH TUKAR!!!!!! KERTAS UNDI POS LBH TERBNYAK DRPD ORG MGUNDI POS!!!!!!!!! PRU TADI BOLH DBUAT BALIK SEGERA UNTK MEYAKINKAN RAKYAT TDK ADA BERLAKU PENIPUAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.


Anonymous said...
June 4, 2013 at 6:33 PM

NYATA DN JELAS PRU13 BERLAKU PENIPUAN BESAR DN SPR MNJADI DALNG DG BNYAK CARA MENIPU DN TDK TELUS!!!!Pemimpin UMNO/BN ketakutan dn tdk dapt menerima perubahn rakyt telah menolak kepimpinan UMNO/BN yg rosak dn penuh penipuan dn kezaliman!!!!!!


Anonymous said...
June 5, 2013 at 9:50 AM

Langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya mengetengahkan isu dakwat kekal sahaja jelas menggambarkan bahawa pemimpin pembangkang itu tidak yakin dengan hujah atau bukti isu-isu lain yang disebar luas.Isu dakwat kekal boleh dijadikan bahan yang nyata jelas untuk membuktikan dakwaan kegagalan pihak SPR.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 9:51 AM

Namun ia jelas telah diambil tindakan oleh SPR apabila Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 21 Mei lepas, mengumumkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 tidak kekal lama selepas dicalit.Ia jelas membuktikan kesungguhan badan bebas seperti SPR untuk menyiasat bagi merungkai persoalan yang dialami oleh hampir semua pengundi pada 5 Mei lepas.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 9:52 AM

Persoalan sekarang bagaimana pula dengan dakwaan-dakwaan lain yang dijadikan modal untuk pihak-pihak pembangkang untuk membuat himpunan haram ‘Blackout 505’.Mereka perlu berani membuat laporan dan petisyen secepat mungkin bagi menyokong hujah-hujah mereka.Sekiranya mereka masih berlengah-lengah dan mengambil kesempatan lagi jelaslah ia menggambarkan permainan politik pihak pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti SPR dan Kerajaan.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 9:52 AM

Pihak pembangkang terutama PKR jelas hanya mahu menarik simpati rakyat dengan sedaya upaya menanam persepsi negatif bagi menjatuhkan kerajaan secara senyap. Ia mungkin berjaya secara halus tetapi ia jelas menujukan kepada semua betapa terdesaknya pihak pembangkang untuk berkuasa yang sanggup melakukan apa jua muslihat untuk berkuasa.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:47 AM

kena terima keputusan PRU, ia adalah keputusan rakyat


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:06 PM

seharusnya beliau mempelajari semua ini dari kesilapan bapanya iaitu seseorang ahli politik tidak boleh memilih untuk melakonkan semua watak kerana lambat laun, beliau pasti akan membelit diri sendiri. Akibatnya, beberapa pihak di barat telah pun menarik diri dari Anwar dan mendedahkan betapa Anwar seorang penipu. Malah, gelaran talam dua muka dan sesumpah juga adalah diberi oleh penulis-penulis di barat.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:06 PM

Sementara teman-teman ABIM juga mula menjauhkan diri, dan seorang demi seorang dari ‘inner-circlenya’ keluar parti.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:07 PM

Nurul Izzah perlu membuat keputusan apakah pendiriannya atau sekurang-kurangnya watak apakah yang ingin dimainkannya untuk hari ini dan selama-lamanya. Apakah beliau benar-benar percaya kepada pluralisme agama, dan rela membuka ruang murtad dengan membenarkan semua agama berdakwah secara terbuka, atas alasan ayat AlQuran yang menegaskan tiada paksaan dalam beragama?


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:07 PM

Apa jua, Nurul Izzah perlu tahu bahawa isu di sini bukanlah tentang iman dan akidahnya kerana itu adalah antara beliau dengan Allah SWT., tetapi isu ini adalah berkenaan pendiriannya atau siapa dirinya. Rakyat dari semua golongan perlu tahu siapa yang menjadi pemimpin mereka agar tidak tersalah memilih si ular sawa


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:07 PM

Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:08 PM

Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, “Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:08 PM

Soalan yang sama itu kata Siti Kasim pernah dikemukakan kepada bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun gagal mendapat jawapan yang benar-benar konkrit.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:08 PM

Dalam masa sama, Siti Kasim mendakwa dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mengecualikan Melayu daripada mengamalkan kebebasan beragama.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:08 PM

individu-individu yang mengkritik Nurul Izzah adalah golongan konservatif yang mahu agama versinya diterima sebagai agama yang benar.


Anonymous said...
June 12, 2013 at 4:08 PM

Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.


avast said...
July 1, 2013 at 3:28 PM

Datuk Seri Musa Haji Aman mengingatkan agar semua jajaran barisan kerajaan berkerja bersungguh-sungguh bagi menepati janji-janji kerajaan kepada rakyat.


avast said...
July 1, 2013 at 3:29 PM

Musa memberitahu demikian semasa majlis perlantikan setiausaha-setiausaha politik di berbagai Kementerian termasuk Jabatan Ketua Menteri.


avast said...
July 1, 2013 at 3:30 PM

Menurut Musa, Piliahanraya ke-13 sudah berlalu, barisan kabinet telahpun dibentuk dan setiausaha-setiausaha poltik telahpun dilantik, atas sebab itu masa berkerja adalah menjadi keutamaan.


avast said...
July 1, 2013 at 3:31 PM

Pada PRU-13 lalu, BN Sabah menang dengan kuasa 2/3 Dewan undangan Negeri, apabila memenangi 48 kerusi daripada 60 DUN Sabah.


avast said...
July 1, 2013 at 3:32 PM

Pada Majlis semalam, seramai 14 setiausaha-setiausaha politik telah dilantik, di mana diantaranya lapan muka baru


avast said...
July 1, 2013 at 3:32 PM

Tuan Haji Nizam Datuk Haji Abu Bakar Titingan telah dilantik semula ke jawatan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, walaupun sebelum itu ada spekulasi bahawa beliau akan mengetuai salah satu GLC milik kerajaan Negeri.


avast said...
July 1, 2013 at 3:33 PM

Salah seorang setiausaha politk yang dilantik semalam, adalah mantan pegawai di Jabatan Ketua Menteri Mohd Joh Haji Wid dan kini dilantik sebagai setiausaha politik di Kementerian Kewangan.


avast said...
July 1, 2013 at 3:33 PM

Sementara itu, Datin Maizatul Akmam Haji Alwi dikekal di Kemenetrian Kewangan, demikan juga Datuk Amisah Yasin kekal di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar


Anonymous said...
November 6, 2013 at 11:25 AM

BN must be together as one to face the opposition in the upcoming general election which was considered the most crucial as well as very important for the future of the people and country.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 11:25 AM

BN has a remarkable track record that saw many development projects and programmes being implemented for the benefit of the people over the last 50 years.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 11:26 AM

The Chief Minister also urged the people not to gamble on their future solely for the personal interest of certain leaders.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 11:26 AM

The BN government, he assured, would continue to implement more development projects and fulfil its promise to develop the whole of Sabah.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx