Wednesday, June 26, 2013

Singapura Dilanda Hujan Batu

Penduduk di Jurong di sini hari ini mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini Seloasa petang.

Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu mengenai hujan batu itu.

"Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh dari langit," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia.

Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.

Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.

Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam ialah dalam lingkungan 52 hingga 59.

Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu.

Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu 51-100. -Bernama

50 comments:
Write comments
  1. peringatan dari Allah! LUNASKAN HUTANG NEGARA SINGAPORE YG LEBIH RM 500 BILLION ITU. Negara kecik, hutang belambak-lambak. hehehe

    ReplyDelete
  2. Sementara itu, di Singapura, penduduk bahagian barat melaporkan kawasan mereka dilanda hujan batu sebesar syiling 20 sen dan 50 sen.

    Hujan lebat bersama angin kencang dilaporkan berlaku sekitar pukul 3 petang tadi.

    Menurut penduduk, kawasan yang dilanda hujan batu termasuk Jurong dan Bukit Batok.

    Ada yang mendakwa cuaca terbabit berlaku antara lima sehingga 10 minit.

    Hujan sederhana hingga ribut petir diramal melanda Selatan, Timur dan Tengah Singapura antara 3.25 petang hingga 4.25 petang.

    Lembaga Utiliti Awam Republik itu, PUB turut mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku banjir kilat. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/luar-negara/Hujan_Batu_Di_Singapura.html#sthash.dWCgMHR4.dpuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hari kejadian, Di Malaysia pun ada sedikit hujan air batu di Presint 15 Putrajaya.

      Delete
  3. Setelah beberapa hari kita dilanda jerebu, Allah SWT menurunkan hujan rahmat di seluruh negara. Apabila turunnya hujan ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurang kadar IPU jerebu di semua kawasan.

    ReplyDelete
  4. Seperti yang kita maklum, ketika semenanjung Malaysia dilanda hujan untuk mengurangkan jerebu, namun di Singapura lain pula jadinya apabila hujan batu menghujani negara tersebut. Air hujan yang berdiameter sebesar dalam lingkungan 5mm-10mm menghujani sempat dirakamkam pengguna jalan raya dan penduduk.

    ReplyDelete
  5. Punca Kejadian Hujan Batu

    Kejadian itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Perubahan fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia.

    ReplyDelete
  6. Kombinasi seperti angin, hujan dan faktor ketinggian awan diperlukan dalam proses pembentukan air batu ketika hujan lebat. Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.

    ReplyDelete
  7. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang diselar di atas talian kerana komen tidak semengahnya mengenai jerebu, akan terbang ke Jakarta esok dan keutamaannya adalah untuk “memadamkan api”.

    ReplyDelete
  8. Beliau mengatakan Malaysia mahukan penyelesaian serta merta kepada krisis dan tugasan utamanya adalah untuk membantu kerajaan Indonesia memadamkan kebakaran di sekitar Riau, Sumatera.

    ReplyDelete
  9. Palanivel enggan menyatakan secara pelan tindakannya secara teliti apabila bertemu rakan sejawatannya dari Indonesia Balthasar Kambuaya tetapi berkata dia telah "menyediakan semua nota".

    ReplyDelete
  10. Malaysia mempunyai pengalaman dalam menangani kebakaran tanah gambut dan kami bersedia menawarkan kepakaran kami ke Indonesia untuk membantu mereka menyelesaikan masalah antara negara dan merentasi sempadan.

    ReplyDelete
  11. Malaysia dan Singapura tidak berpuas hati dengan Indonesia disebabkan pelbagai masalah yang dialami oleh kedua-dua negara kerana jerebu. Kita mahu mencari penyelesaian secepat mungkin

    ReplyDelete
  12. Palanivel berkata, jika syarikat-syarikat Malaysia didapati terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembakaran haram, pemerintah Indonesia tidak perlu teragak-agak untuk mendakwa syarikat-syarikat itu.

    ReplyDelete
  13. Palanivel berkata, beliau tidak akan mengeluarkan apa-apa kata dua kepada pihak berkuasa Indonesia mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  14. ia terpulang kepada Indonesia tetapi kita perlu mencari penyelesaian kekal kepada masalah ini dan bukannya berurusan dengannya setiap tahun

    ReplyDelete
  15. Beliau berkata terdapat rancangan untuk membawa perkara ini ke hadapan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan pada pertengahan Julai dari bulan Ogos.

    ReplyDelete
  16. alanivel berkata beliau juga akan berbincang dengan Balthasar tentang Indonesia mengesahkan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (Seatha) pada 2002

    ReplyDelete
  17. Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kekal pada kategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatat 452 dan 322

    ReplyDelete
  18. portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan tiga kawasan di Selangor iaitu Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

    ReplyDelete
  19. Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas terus menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan IPU terus menurun iaitu 127, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas.

    ReplyDelete
  20. Setakat 2 petang ini, 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 26 sederhana dan dua kawasan iaitu di Limbang, Sarawak dan Tawau, Sabah adalah baik.

    ReplyDelete
  21. Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah USM (113), Perai (112), Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (123); Jalan Tasek, Ipoh (156), SK Jalan Pegoh, Ipoh (200), Kampung Air Putih, Taiping (153), Tanjung Malim di Perak (177); Petaling Jaya, Selangor (185).

    ReplyDelete
  22. Tempat lain ialah Batu Muda (174), Cheras di Kuala Lumpur (155); Putrajaya (180); Nilai (153), Seremban (141), Port Dickson di Negeri Sembilan (148); Bukit Rambai (147) dan Bandaraya Melaka (127). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

    ReplyDelete
  23. Syarikat Malaysia perlu mengambil kesempatan peluang yang muncul daripada perbelanjaan besar kerajaan Ecuador terutamanya dalam sektor pembinaan dan pengangkutan awam.

    ReplyDelete
  24. Bahagian kerjasama berpotensi lain termasuklah penggalakan perdagangan dan pelaburan bersama, pembinaan perusahaan kecil dan sederhana dan perkhidmatan kejuruteraan, tenaga dan bioteknologi.

    ReplyDelete
  25. Syarikat-syarikat Malaysia harus merebut peluang ini. Kita kini ada satu syarikat Malaysia yang berminat melaksanakan projek monorel di sana dan kami berharap Ecuador akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada syarikat itu

    ReplyDelete
  26. Susulan ini, satu kumpulan kerja yang terdiri daripada para pegawai kanan daripada sektor awam dan swasta kedua-dua negara akan dibentuk bagi melaksanakan MOU tersebut yang disasarkan untuk menjalin hubungan ekonomi lebih rapat antara kedua-dua negara.

    ReplyDelete
  27. Ecuador merupakan rakan dagangan ke-11 terbesar Malaysia dalam kalangan negara Amerika Latin selepas Brazil, Mexico, Costa Rica, Argentina, Chile, Columbia, Venezuela, Panama, Peru dan Haiti.

    ReplyDelete
  28. Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ecuador berkembang lebih daripada 10 kali ganda kepada RM220.72 juta pada 2012 daripada RM30.64 juta yang dicatatkan pada 2011.

    ReplyDelete
  29. THE recent afternoon downpours and light drizzle in the southern state was a relief for the majority of us caught in the hazy spell.

    ReplyDelete
  30. In many ways, the haze in Johor has been a yearly affair, but not as serious as the present situation where several districts here, namely Muar and Ledang, were enveloped in thick haze.

    ReplyDelete
  31. And it was the first time in 10 years that two districts were under "health emergency" when the Air Pollutant Index (API) breached dangerous levels with a reading of 700 and above last week.

    ReplyDelete
  32. This time around, the haze brought back memories of the one we had back in 1997.

    Back then, talk of cloud-seeding and even API were unheard of. It was the first time the haze hit our country in a big way.

    ReplyDelete
  33. Due to our inexperience in handling the situation then, the measurement of the haze was made through visibility in kilometres. The API was only used as an official gauge later on.

    ReplyDelete
  34. I remember vividly that the Klang Valley was shrouded in haze, from Petaling Jaya to Kuala Lumpur. Even in Shah Alam, the roads and buildings were blotted out by the haze.

    Like the present day, the haze then made headlines, too.

    ReplyDelete
  35. Donning face masks was a new thing for Malaysians, as well as mist sprinklers to reduce the haze in certain areas.

    Malaysians were unprepared at that time to handle the haze as it also coincided with the hot spell. Cloud-seeding was also seen as a technical space-age method of inducing rain and was not a feasible solution yet.

    ReplyDelete
  36. The government was pro-active at that time to seriously educate the public on open burning and conserving the environment in an effort to seriously look into the matter. For many, the ban on open burning was a relief during the hazy spell.

    ReplyDelete
  37. During the height of the haze situation last weekend, newly minted Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin was quick to issue a statement reminding Johoreans of the ban on open burning.

    "Those caught flouting the ban face a RM500,000 fine or a five-year jail or both.

    "There is also a maximum compound fine of RM2,000 for every offence conducted," he said through his Facebook page.

    ReplyDelete
  38. We must understand that the world is getting hotter due to human activities, among them the burning of fossil fuels like coal and oil, leading to a dramatic increase in greenhouse gases, primarily carbon dioxide, in the atmosphere.

    These greenhouse gases absorb and radiate heat, and are reconfiguring the earth's climate.

    ReplyDelete
  39. The current haze is another part of global warming.

    The "slash and burn" technique employed in Indonesia and domestic open burning contribute to the haze in Johor and the rest of Peninsular Malaysia.

    So as responsible Malaysians, we should do our part to combat the haze together.

    ReplyDelete
  40. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:28 PM

    Pada penghujung tahun lalu, beribu-ribu penumpang penerbangan terkandas dan aktiviti penduduk bandar raya Moscow terjejas berikutan gangguan bekalan elektrik disebabkan hujan air batu telah melanda kawasan itu. Laporan akhbar melaporkan, seramai 27 orang daripada penduduk di situ telah mengalami kecederaan setelah dihempap pokok yang tumbang akibat dahannya sarat dengan ketulan air batu.

    ReplyDelete
  41. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:29 PM

    Hujan air batu tidak hanya terjadi di kawasan sub-tropika sahaja tetapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. Di Malaysia, pada tahun 2007, hujan batu telah melanda kawasan Sungai Buloh dan Damansara di Selangor. Ketulan ais sebesar duit syiling 20 sen jelas kelihatan di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  42. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:29 PM

    Berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Perubahan fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia.

    ReplyDelete
  43. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:29 PM


    Menurut Prof. Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Pengarah Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kombinasi seperti angin, hujan dan faktor ketinggian awan diperlukan dalam proses pembentukan air batu ketika hujan lebat.

    ReplyDelete
  44. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:30 PM

    Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.

    ReplyDelete
  45. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:31 PM

    Kejadian hujan batu yang terkini telah melanda daerah Jerantut di negeri Pahang pada 28 September 2009. Lebih 4,000 penduduk di lima kampung dan satu tanah rancangan Felda di Tembeling Tengah gempar apabila kediaman mereka rosak teruk akibat hujan air batu. Pejabat Meteorologi Kuantan Pahang melaporkan, hujan batu adalah kerpasan yang terdiri daripada ketulan ais berdiameter purata antara 5 hingga 50 milimeter. Ia hanya boleh terjadi dari awan Kumulonimbus (awan petir).

    ReplyDelete
  46. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:31 PM

    Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air yang terlampau dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Disebabkan itulah, semasa ia turun ke aras yang lebih rendah, suhu relatif panas tidak berupaya mencairkan ketulan ais ini sepenuhnya.
    Justeru, tidak hairanlah ketulan ais sebesar penumbuk orang dewasa terhasil dalam kejadian ribut di Tembeling Tengah. Kejadian ini berlaku selama 35 minit dan ia bermula dengan hujan lebat dengan disusuli angin kencang.

    ReplyDelete
  47. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:32 PM

    Dalam laporan itu juga menyatakan proses lain yang menyebabkan hujan batu adalah riming, di mana wap air terlampau dingin cenderung tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Disebabkan terjadinya proses embun secara tiba-tiba maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar. Sementara itu, faktor daripada Taufan Ketsana juga memberi kesan sampingan ke atas keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia ketika kejadian.

    ReplyDelete
  48. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:40 PM

    Hujan lebat dan ribut petir disertai air batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun. Menurut Prof. Dr. Alauddin, sehingga kini tiada laporan terperinci bagi negara-negara yang dilanda hujan air batu kerana kebanyakan kajian dilakukan secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  49. Bagaimana Hujan Batu boleh terhasil.October 16, 2013 at 8:40 PM

    Hujan air batu juga dianggap sebagai ‘natural hazard’ atau tabi’i yang akan berlaku dan tiada sebarang konotasi lain meskipun ketulan air batu boleh membahayakan orang dan persekitaran. Di negara yang mengalami iklim sejuk turut mengalami hujan air batu. Namun keadaan ini disebut ‘sleet’ iaitu kejadian hujan yang turun berserta salji atau lebih dikenali dengan nama hujan ais.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.