Thursday, June 6, 2013

UMNO BN Menang Tapi Masih Berantakan Dan Meroyan

Selepas keputusan PRU13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadikan BN parti tunggal.

Selain itu, ada cadangan membubarkan semua parti komponen menjadi satu sahaja seperti yang disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini ditambah pula kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan Umno menang bukan kerana kuat, tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno pada PRU13.

“Sampai bila Melayu hendak ditakutkan kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai, sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada hantu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Umno berada pada situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi kerana Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut.

Katanya, mereka sedar, Melayu musnah semuanya angkara Umno.

Beliau berkata, golongan ini mula mempersoalkan kenapa setelah 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang.

Ini, katanya kerana Umno telah khianat amanah untuk membantu orang Melayu.

“Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik.

“Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat?” tanya beliau.

Beliau menambah, Melayu terpelajar sudah menganggap, Umno mesti bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa kepada orang Melayu.

“Mereka mahu Melayu yang bermoral dan telus untuk memimpin negara. Umno telah meninggal rekod yang terlalu buruk kepada sejarah perjuangan orang Melayu di negara ini,” ujarnya lagi. -HD

38 comments:
Write comments
  1. Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tidak akan mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan presiden Umno tahun ini, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Datuk A Kadir Jasin

    ReplyDelete
  2. Persaraan awal Abdullah dari jawatan perdana menteri memberi laluan kepada Najib mengambil alih jawatan paling berkuasa di Malaysia itu sehingga kini, walaupun Barisan Nasional (BN) yang beliau pimpin semasa Pilihan Raya 2013 mendapat keputusan terburuk dalam sejarah negara.

    ReplyDelete
  3. Muhyiddin dan Dr Mahathir masih memegang kunci ajaib itu

    ReplyDelete
  4. Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyddin Mohd Yassin, tidak akan mencabar Mohd Najib. Namun peranan Muhyiddin sebagai ‘penyelamat’ Umno ketika hari-hari gelap Barisan Nasional selepas PRU 2008 terus diingati dan diiktiraf

    ReplyDelete
  5. ahli akar umbi Umno seharusnya diberikan hak untuk menentukan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden boleh dicabar atau tidak dalam pemilihan parti itu yang perlu diadakan akhir tahun ini.

    ReplyDelete
  6. Umno tidak akan mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat berbanding 79 kerusi yang mereka perolehi pada 2008 tanpa sokongan ahli.

    ReplyDelete
  7. Wajar sangatlah mereka diberikan hak menentukan sama ada mereka mahu Mohd Najib dicabar atau tidak kerana Umno tidak akan memperoleh 88 kerusi keramat itu kalau ahli dan penyokong Umno tidak membulatkan tekad memangkah BN pada 5 Mei lalu

    ReplyDelete
  8. Mereka juga perlu diberikan ruang dan peluang menyelami hati sanubari mereka sendiri sama ada mereka mahu Mohd Najib yang lebih rendah pencapaiannya kekal sebagai Presiden (dan seterusnya sebagai Perdana Menteri) setelah mereka menunjukkan pintu keluar kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang menang lebih besar pada 2008

    ReplyDelete
  9. kini terdapat satu teori baru iaitu Najib tidak akan diubah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi beliau akan disyaratkan berubah.

    ReplyDelete
  10. Pihak polis sedang menyiasat lima pemimpin Pakatan Rakyat kerana menghadiri himpunan lilin pada 22 Mei lalu

    ReplyDelete
  11. Let see how the election go in UMNO?

    ReplyDelete
  12. I think the majoriti still go for Najib.

    ReplyDelete
  13. Darah baru harus diberi peluang.

    ReplyDelete
  14. Tan Sri Muhyiddin Yassin jika tidak diberi peluang, rasa-ras peluang untuk menjadi PM semakin terhad.

    ReplyDelete
  15. Ada juga mengesahkan banyak yang tidak menyokong UMNO. Benar ke?

    ReplyDelete
  16. Memperbaiki UMNO itu bukan seperti memperbaiki ‘remos’ dikepala. Kalau memperbaiki remos sahaja maka cukup jika kita bawa sikat dan minyak rambut sahaja. UMNO sekarang ibarat kepala yang sudah tidak ada remos lagi. Jadi apa yang hendak diperbaiki keatas remos itu kerana remosnya pun sudah tiada.

    Bagi setengah persepsi orang, UMNO sudah tidak lagi boleh diperbaiki dan parti itu hanya menunggu waktu untuk jatuh secara rasmi sahaja. Jadi kalau UMNO masih dengan kepimpinan yang sama dari acuan yang sama, maka ia bukan perubahan atau penambah-baikan.

    ReplyDelete
  17. Selepas 67 tahun penubuhannya, Umno masih kekal sebagai sebuah parti yang kukuh dan berjaya tetapi perlu memikirkan kelemahan parti jika ingin mendapat sokongan berterusan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  18. Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, parti itu yang diberi mandat untuk tempoh lima tahun akan datang perlu merendah diri dan menghormati kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  19. "Kita berkumpul di sini sebagai sebuah parti yang kuat. Keputusan pilihan raya menyaksikan kita memenangi 88 kerusi Parlimen, prestasi yang meningkat berbanding hanya 79 kerusi pada 2008.

    ReplyDelete
  20. Mari kita perbaiki kelemahan parti, terima kasih kepada mereka yang setia bersama kami dan mencari jalan untuk memenangi hati rakyat yang belum menyokong kita pada pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-67 di sini.

    ReplyDelete
  21. Najib berkata Umno yang mengekalkan pemerintahan untuk lebih enam dekad boleh dianggap sebagai parti politik paling berjaya di dunia.

    ReplyDelete
  22. Beliau turut mengulangi bahawa Umno bukan parti rasis tetapi sebuah parti yang inklusif dan sederhana.

    "Kami menjamin keadilan kepada semua pihak yang mempunyai hak tanpa mengira sesiapa saja sebagai rakan kongsi kita. Kami akan mempertahankan polisi yang adil saksama dan sederhana," katanya.

    ReplyDelete
  23. Najib turut berikrar bahawa Umno dan Barisan Nasional tidak akan membenarkan 'politik oportunis' Pakatan Rakyat untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan.

    "Walaupun kami menerima cabaran sengit pada pilihan raya lalu, akhirnya, rakyat Malaysia memutuskan mereka inginkan kesinambungan dan kestabilan," katanya.

    ReplyDelete
  24. Ini akan membenarkan Umno untuk menjadi sebuah parti politik Melayu, Islam dan Malaysia yang lebih dinamik, inklusif dan berwawasan supaya parti ini boleh menjadi universal dari segi perjuangan tanpa melupakan matlamat asal," katanya.

    ReplyDelete
  25. Masalah-masalah dalaman yang menyelubungi parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri kini, tidak akan menjejaskan pencapaian BN.

    ReplyDelete
  26. Bahawa BN akan tetap bersatu walaupun masalah dalaman berlaku di kalangan para pemimpin parti.

    ReplyDelete
  27. Kami cukup kukuh… sudah tentu ada masalah dengan parti komponen lain tapi itu pasti dapat diselesaikan. Perkara yang utama adalah bersatu.

    ReplyDelete
  28. bersama BN boleh maju ke hadapan dan harapan mereka akan dipenuhi, mereka percaya BN dapat menghadapi semua cabaran dan membawa perubahan serta transformasi kepada negara dan menaikkan tahap sosioekonomi rakyat.

    ReplyDelete
  29. Masalah dalaman yang dihadapi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah jauh lebih besar daripada Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  30. Pengerusi BN itu mengakui bahawa partinya juga berdepan dengan sedikit masalah dalaman di sesetangah tempat pada peringkat awal namun sebahagian besar telah diselesaikan.

    ReplyDelete
  31. Seridak-tidaknya, kita tidak ada parti komponen yang lawan sesama sendiri tetapi mereka tidak dapat menyelesaikan perkara.

    ReplyDelete
  32. Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya masalah dalaman parti seperti sabotaj mesti dibendung bagi memastikan BN mencapai kemenangan cemerlang.

    ReplyDelete
  33. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, beliau melihat momentum rakyat kepada BN adalah baik dan kedudukan parti itu semakin meningkat termasuk berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada BN di banyak tempat.

    ReplyDelete
  34. Dengan muka tebal, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, Isnin lalu walaupun pada awalnya beliau menggesa semua Ahli Parlimen pembangkang untuk memboikot upacara itu.

    ReplyDelete
  35. Usaha beliau dan pembangkang untuk memaksa Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersara awal juga gagal. Siri perhimpunan Blackout 505 juga terpaksa dihentikan kerana semakin kurang sambutan. Dengan kedatangan Ramadan sekitar dua minggu lagi, tentulah aneh bagi beliau, beberapa kerat pemimpin pembangkang dan penyokong Melayu berarak ke stadium dan berteriak memaki hamun, manakala umat Islam lain ke masjid dan surau mengerjakan ibadat Tarawih.

    ReplyDelete
  36. Seorang aktivis politik yang mengikuti beberapa perhimpunan anjuran Anwar sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mengakui bahawa ia gagal merapatkan hubungan antara kaum seperti yang didakwa. Jamal Ibrahim, bekas pengacara radio yang sering kritikal kepada kerajaan, berkata Perhimpunan 709, 428, 112, 508 dan sebagainya tidak membantu merapatkan, apatah lagi menyatupadukan rakyat, malah membuktikan bahawa jurang perbezaan kaum tetap jelas dan nyata. Jamal ialah anak bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Mohamed.

    ReplyDelete
  37. Berdasarkan pemerhatiannya, majoriti orang Cina yang hadir ke perhimpunan sebegitu bagaikan ke pesta ria, beberapa kerat Melayu seolah-olah hadir majlis gotong-royong, manakala orang India jarang kelihatan. Mereka yang hadir duduk dalam kelompok kaum masing-masing, tanpa sebarang interaksi bermakna.

    ReplyDelete
  38. Menurut Najib lagi, pendirian kerajaan ialah untuk berpegang kepada prinsip dan undang-undang yang ditetapkan. Kita telah menjalankan pilihan raya dengan adil dan bebas. Namun, jika pihak pembangkang masih mahu mempertikai, mereka harus mengemukakan bukti yang kukuh. Ini pendirian kita. Jangan main tuduh dan dakwa sembarangan saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.