Saturday, June 15, 2013

Zahid Perlu Dicutikan Sehingga 2 Kes Memalukan BN Selesai

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN iaitu Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta iaitu melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman web beliau sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

Katanya, dalam video terbabit, beliau juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.

Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 “pekerja pilihan raya” sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi – bererti lebih daripada seorang “pekerja pilihan raya” diperlukan beliau untuk memenangi satu undi dan perkara ini boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

“Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mengikut surat terbuka itu Mat Zain menyebut:

“PDRM tidak akan mampu meyakinkan orang ramai bahawa ia bersikap adil dan berpegang pada undang-undang jika ia gagal mengheret Zahid ke mahkamah, terutama ketika bekas ketuanya sendiri (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor) telah dituduh atas kesalahan yang sama.

“PDRM akan kehilangan asas moralnya memandangkan ia tidak mampu menjustifikasi kegagalannya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang, jika ia tidak mampu mengambil tindakan terhadap Menterinya sendiri yang telah dinilai sebagai seorang penjenayah oleh mahkamah.” -Roketkini.

90 comments:
Write comments
  1. Mesyuarat Himpunan 505 di Petaling Jaya semalam menghasilkan beberapa keputusan drastik ekoran Ketegasan Datuk Zahid Hamidi.

    ReplyDelete
  2. Pertama, semua himpunan haram 505 telah ditukar tajuk kepada berunsur santai seperti "Pesta" rakyat.

    ReplyDelete
  3. Kedua, oleh kerana ketegasan Datuk Zahid Hamidi, IGP baru dan dasar-dasar yang semakin tegas Anwar dan Lim Kit Siang telah memutuskan supaya semua Himpunan Haram diberi tanggungjawab kepada NGO dengan panglimanya Chegu Bard.

    ReplyDelete
  4. Tujuannya untuk mengelak mereka sebagai YB ditangkap dan hilang kelayakan sebagai YB jika ditangkap dan dibicarakan. Mereka melihat penangkapan Adam Adli dan Nik Nazmi amat-amat menakutkan

    ReplyDelete
  5. Jika Chegu Bard ditangkap pun dia bukan YB pun, itulah modus operasi mereka kali ini.

    ReplyDelete
  6. Pada hujung minggu ini 25 Mei 2013, mereka mengubah lokasi Himpunan Haram 505 itu di padang berdekatan AmCorp Mall di Petaling Jaya dengan tema "pesta".

    ReplyDelete
  7. Himpunan tersebut dibuat pada 25 Mei 2013 supaya lebih ramai orang datang dari seluruh negara yang kebetulan PKR melaksanakan Kongres PKR di Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  8. Yang paling mengejutkan, Lim Guan Eng akan "melarikan" diri ke London menjelang 25 Mei 2013 meninggalkan Himpunan Haram 505 atau pesta itu, meninggalkan Anwar meroyan seorang diri di Petaling Jaya itu.

    ReplyDelete
  9. Kasihan Anwar orang Melayu yang mudah ditipu, Lim Guan Eng.

    ReplyDelete
  10. Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh

    ReplyDelete
  11. Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum

    ReplyDelete
  12. Dalam pada itu DAP dan Lim Kit Siang turut berubah nada, DAP dilihat telah berubah nada, daripada kenyataan asalnya mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka kini menuntut pula ruang satu hari penuh pada minggu pertama berdebat dalam sidang Parlimen.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya, tindakan Anwar menipu rakyat dan penyokongnya untuk hadir ke perhimpunan 505nya dibalas dengan ditinggalkan sendirian oleh Lim Guan Eng yang akan berangkat ke London hujung minggu ini. Bye Bye Anwar...

    ReplyDelete
  14. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertindak tegas terhadap kumpulan yang melakukan perhimpunan tanpa mendapatkan permit polis. tindakan kumpulan terbabit bukan sahaja menjejaskan ketenteraman awam, malah boleh membawa kepada keruntuhan ekonomi paling dahsyat jika tidak dikawal apabila pelabur asing memindahkan pelaburan mereka ke negara lebih aman, tenteram dan selamat.

    ReplyDelete
  15. “Tindakan mereka ini dianggap mensabotaj pertumbuhan ekonomi negara sekali gus menggamit campurtangan kuasa asing. Kumpulan terbabit hendaklah didakwa dan dijatuhkan hukuman berat sekiranya mereka didapati bersalah melanggar undang-undang peraturan ketenteraman awam sedia ada,” katanya di sini.

    ReplyDelete
  16. Banyak program transformasi ekonomi yang akan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan pendapatan negara dan rakyat akan terjejas apabila kadar jumlah pelaburan asing merosot.

    ReplyDelete
  17. Beliau berkata berdasarkan tinjauan sendiri, beliau mendapati sebahagian besar rakyat pelbagai kaum terutamanya orang Melayu di negara ini bersetuju dengan kenyataan dan tindakan tegas tanpa amaran yang akan dilaksanakan Ahmad Zahid melalui undang-undang sedia ada di bawah KDN.

    ReplyDelete
  18. Penyokong pembangkang di ingatkan supaya bermuhasabah terutama penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar mempunyai jati diri yang tinggi terhadap negara dan menerima sistem demokrasi sedia ada mengikut acuan sendiri

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya ada orang cemburu dengan beliau itu. Bukan kerana apa pun.

    ReplyDelete
  20. Yang pasti sebaiknya kita tunggu saja kebenaran dalam hal ini. Sekarang ini macam-macam berita sengaja dikhabarkan dan tidak pasti lagi akan kebenaran dalam semua itu.

    ReplyDelete
  21. Banyak lagi berita yang tidak pasti dikhabarkan. Maka sebaiknya yang terbaik adalah kita tunggu saja siasatan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  22. Banyak juga duit dibelanjakan. Benarkah semua ini? Macam tidak benar saja cerita ini.

    ReplyDelete
  23. Kalau aku kena bagi RM100 aku ambil saja. Rezeki itu. bukan selalu dapat duit free macam tu. hehe

    ReplyDelete
  24. Sebaiknya pembangkang terima saja kekalahan yang dihadapi pada PRU13 yang lepas.

    ReplyDelete
  25. Lagi satu, kalau benar pun semua itu kemukakan petisyen mengenai semua kesalahan pada PRU13. Sana kita lihat hasil siasatannya nanti.

    ReplyDelete
  26. Datuk Zahid jangan putus asa pertahankan pendirian yang mana semua ini hanyalah permainan politik.

    ReplyDelete
  27. Faham juga rakyat dengan situasi sekarang ini yang mana pembangkang semakin terdesak sekarang ini untuk mendapatkan Putrajaya.

    ReplyDelete
  28. Tidak akan dihairankan jika semua ini berlaku. Maka kita harap pihak berkuasa akan menjalankan tanggungjawab mereka menyiasat apa pun perkara yang dibangkitkan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  29. Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan 4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan msendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat,

    ReplyDelete
  30. tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau

    ReplyDelete
  31. untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan,dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

    ReplyDelete
  32. Tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya, mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak boleh didaftarkan

    ReplyDelete
  33. atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau dipilih dalam sesuatu pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari sabitan itu, dan
    jika pada tarikh itu dia telah pun dipilih dalam sesuatu pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu.

    ReplyDelete
  34. Belanja yang lebih daripada maksimum ialah perbuatan yang
    menyalahi undang-undang

    (1) Tertakluk kepada apa-apa kecualian sebagaimana yang dibenarkan menurut Akta ini, tiada wang boleh dibayar dan tiada belanja boleh dilakukan oleh seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau oleh ejen pilihan rayanya, selepas tarikh notis mengenai pilihan raya itu disiarkan dalam Warta, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya itu, yang lebih daripada

    ReplyDelete
  35. (a) dua ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat;
    (b) satu ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu Dewan Undangan;
    (c) sepuluh ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu pihak berkuasa tempatan selain sesuatu majlis tempatan;
    (d) tiga ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu majlis tempatan:
    Dengan syarat bahawa perenggan (c) dan (d) tidak boleh terpakai bagi Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  36. (2) Mana-mana calon atau ejen pilihan raya yang dengan diketahuinya bertindak berlanggaran dengan seksyen ini bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

    ReplyDelete
  37. Kegagalan perbincangan “Penganjur Perhimpunan Black505” dengan DBKL pada hari ini dalam mendapat kata sepakat berkenaan dengan lokasi penganjuran himpunan tersebut pada 22 Jun ini yang mahu diadakan Padang Merbok telah pun dapat dijangka dengan lebih awal. Ini kerana pihak pengajur sememangnya sedia maklum bahawa permohonan mereka ini merupakan permohonan yang diletakkan sebagai syarat dan wayang bagi menampakkan kepada rakyat adanya proses perbincangan dengan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

    ReplyDelete
  38. Hasrat penganjur ingin turut ke jalan raya bagi membawa mood kekecewaan yang kalah dalam piliharaya tidak pernah padam sebenarnya. Himpunan yang diadakan sebelum ini sebenarnnya sudah cukup untuk menunjukkan solidariti rakyat kononnya bersama mereka walaupun hakikatnya sokongan yang diperolehi semakin pudar jika dilihat dari jumlah kehadiran. Bagi meneruskan babak dan skrip yang sememangnya dirancang pihak penganjur cuba untuk menganjurkan beberapa siri ‘flashmob’ yang bermula esok di Jalan Tunku Abdul Rahman. Tindakan ini boleh dikategorikan sebagai cubaan menghasut orang awam selain menggangu hujung minggu warga kota.

    ReplyDelete
  39. Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib memandang serius perkara seperti ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya dengan menggunakan akta dan peruntukkan undang-undang yang sedia ada bagi membendung perkara ini dijadikan budaya oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  40. Imej dan peranan sebenar KDN menjaga keselamatan dan keharmonian di dalam negara perlu dikembalikan supaya dapat mengembalikan maruah kerajaan. Zaman “AMARAN KERAS” oleh KDN telah pun berlalu kini rakyat dahagakan TINDAKAN seperti yang dibuat baru-baru ini oleh KDN sebaik sahaja Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerajui KDN.

    ReplyDelete
  41. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed pada hari ini juga menyeru agar KERAJAAN TIDAK LAGI memberi MUKA kepada pembangkang. Kerajaan yang TEGAS yang sentiasa MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG adalah salah satu ciri yang boleh menjamin kestabilan. Ayuh BERTINDAK!!!

    ReplyDelete
  42. Telah menjadi resam politik di seluruh dunia, takkala musim pilihan raya serangan bersifat peribadi bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti calon-calon bertanding semakin menjadi-jadi. Apa yang membezakan senario politik di Malaysia berbanding negara-negara maju ialah kempen dan serangan bermotifkan politik ini tiada musimnya. Dalam erti kata lain, ia berlaku hampir sepanjang masa tidak mengira pilihan raya atau hari raya.

    ReplyDelete
  43. Hari ini rasuah dan politik ibarat isi dengan kuku. Sudah menjadi kelaziman apabila menyebut politik pasti dirantai dan dikaitkan dengan rasuah. Sehubungan ini, menyentuh isu imej dan kredbiliti pemimpin atau parti politik pula, rasuah merupakan senjata bahaya yang mampu meragut pemimpin dan kepimpinan yang ada.

    ReplyDelete
  44. Ada tiga strategi yang digunakan oleh ahli-ahli politik dalam penggunaan isu rasuah ini.

    Pertama, merekayasa fitnah yang berbentuk tohmahan dengan menuduh seseorang calon, pemimpin atau parti politik mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai senjata menjatuhkan kredibiliti pihak lawan.

    ReplyDelete
  45. Kedua, menjadikan usaha memerangi rasuah sebagai manifesto perjuangan bagi meraih simpati dan undi rakyat. Nampak semacam strategi yang dicadangkan merupakan yang terbaik untuk mengubah kehidupan rakyat dan menghapuskan rasuah.

    ReplyDelete
  46. Ketiga, dengan cara menunjukkan ketidakstabilan politik, menyerang agensi-agensi kerajaan tertentu sebagai lemah, tidak berfungsi dan di bawah telunjuk pemerintah bertujuan untuk meruntuhkan dan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan dan kehakiman yang sedia ada.

    ReplyDelete
  47. Sejarah membuktikan kepada kita jika isu rasuah ini dipolitikkan, ia bukan sahaja dapat meruntuhkan kerajaan, malah menimbulkan kebencian serta perpecahan di kalangan rakyat yang akhirnya mewujudkan ketidak stabilan politik, ekonomi dan sosial. Kita harus sedar dan belajar daripada pengalaman negara-negara jiran seperti di Filipina, Indonesia dan Thailand.

    ReplyDelete
  48. Isu rasuah dimanipulasi sehingga berjaya meruntuhkan kepimpinan Presiden Ferdinand Marcos. Senjata yang sama digunakan oleh Fidel V Ramos untuk menjatuhkan Corazon Aquino (yang sebelum ini menggunakan isu rasuah bagi menjatuhkan Marcos). Joseph Estrada, seorang pelakon yang turut menggunakan isu rasuah dan penyelewengan untuk mengambil alih kepimpinan Fidel V Ramos turut tersungkur atas isu rasuah yang diperjuangkan oleh seorang wanita kerdil bernama Gloria Macapagal Aroyo.

    ReplyDelete
  49. Lihat apa yang terjadi pada penghujung karier politik Aroyo, beliau turut disiasat dan dikenakan hukuman penjara atas isu rasuah oleh Presiden Benigno Aquino III. Isu rasuah menjadi manifesto utama Presiden Benigno Aquino III dalam meraih undi dan simpati rakyat dengan menegaskan akan memberi keutamaan untuk membanteras rasuah dalam pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Beitu juga dengan Pengerusi Parti Komunis China, Xi Jinping yang menegaskan bahawa masalah utama beliau ialah membersihkan rasuah termasuk ahli politik dan pegawai kerajaan.

    ReplyDelete
  50. Pengajaran yang diperolehi hasil dari pengalaman yang dilalui rakyat Filipina, kegemilangan Filipina sebagai salah satu negara ASEAN yang maju dan membangun di era pemerintahan Ferdinand Marcos tidak berterusan dan jatuh merudum selepas itu. Selalunya pertukaran kepimpinan dan kerajaan yang lemah tersebut tidak menjanjikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi, politik dan sosial di Filipina. Hari ini, Filipina jauh lebih mundur berbanding dengan kemajuan Malaysia atau Negara-negara ASEAN yang lain.

    ReplyDelete
  51. Senario politik jatuh dan menjatuhkan kepimpinan dengan menggunakan isu rasuah tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat. Apatah lagi, jika isu-isu rasuah yang dibangkitkan merupakan tohmahan liar dan fitnah yang sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan seseorang pemimpin. (SPRM) melakukan penyiasatan ke atas semua aduan rasuah tetapi terdapat kes rasuah yang telah disiasat dan tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat Peguam Negara kerana berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi serta tidak mendapat kerjasama daripada saksi.

    ReplyDelete
  52. Home minister Ahmad Zahid Hamidi has been told to go on leave until two cases involving him were settled.

    ReplyDelete
  53. According to veteran DAP leader Lim Kit Siang, Zahid (pic) had caused major embarrassment to the Barisan Nasional government over his involvement in an assault case as well as the revelation that he spent more than the spending limit during his election campaign in Bagan Datoh.

    ReplyDelete
  54. Ahmad Zahid Hamidi should go on leave as Home Minister until two cases causing major embarrassment to the Barisan Nasional government had been settled," said Lim today.

    ReplyDelete
  55. In 2006, Zahid was accused of causing hurt to Amir Abdullah Bazli, and the Appeal Court had ordered him to answer charges by Amir.

    ReplyDelete
  56. The case drew concern from former Kuala Lumpur CID director Mat Zain Ismail, who questioned why the police had failed to take action against Zahid.

    ReplyDelete
  57. More recently, Zahid was found to have spent over RM2 million - ten times the limit allowed for a candidate's campaign expense.

    ReplyDelete
  58. Video clips posted by him on his official website confirmed this, in which he admitted giving RM100 and 5kg bag of rice to some 24,000 people in his constituency.

    ReplyDelete
  59. Zahid recently drew condemnations after he told Malaysians who were not satisfied with the country's electoral system to migrate.

    ReplyDelete
  60. The Video Clips posted by the opposition does not necessary prove anything, we will still need to wait for further investigation first.

    ReplyDelete
  61. The Electoral Commission had also denied the allegation of the opposition regarding Ahmad Zahid Hamidi's campaigning during the GE-13.

    ReplyDelete
  62. Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan menuntut tiga pemimpin tertinggi DAP meletak jawatan kerana gagal memberi penjelasan mengenai isu penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) cawangan parti itu yang didakwa diadakan tanpa notis sah.

    ReplyDelete
  63. Menurut beliau, keengganan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Penasihat parti, Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberi penjelasan berhubung isu itu membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.

    ReplyDelete
  64. "Adakah mereka tidak mahu mengakui kesilapan yang telah berlaku? Jika mereka tidak mahu bertanggungjawab dan memberi penjelasan, mereka patut meletakkan jawatan kerana terbukti kenyataan saya sebelum ini adalah benar," katanya

    ReplyDelete
  65. Pada 6 Jun lalu, Ramanan mencabar tiga pemimpin tertinggi DAP itu meletak jawatan serta-merta sekiranya benar parti itu mengadakan AGM tanpa mengeluarkan notis kepada beberapa cawangannya.


    ReplyDelete
  66. Cabaran itu dikemukakan ekoran pendedahan Utusan Malaysia mengenai kemelut dalaman DAP kerana keputusan 'tergesa-gesa' kepemimpinan tertinggi parti itu untuk mengadakan AGM di setiap cawangan sejak dua minggu lalu.


    ReplyDelete
  67. Difahamkan, beberapa cawangan tidak dimaklumkan mengenai AGM itu bagi membolehkan kepimpinan tertinggi DAP 'mencantas' cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember tahun lalu.

    ReplyDelete
  68. Menurut Ramanan, beliau tidak akan bersuara sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh mengenai perkara tersebut.

    ReplyDelete
  69. "Pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini boleh mengadakan banyak sidang akhbar sehingga mengenai isu cuaca pun mahu dimaklumkan kepada media, jadi mengapa dalam isu ini mereka tidak mahu menyahut cabaran saya, adakah mereka takut?" katanya.

    ReplyDelete
  70. Dalam perkembangan berkaitan, Ramanan memberitahu, beliau memperoleh maklumat sebanyak 11 ahli DAP yang dipecat baru-baru ini kerana tidak tunduk kepada Dinasti Lim yang dinaungi Kit Siang dan Guan Eng.

    ReplyDelete
  71. "Maklumat yang saya peroleh mereka dipecat kerana menyokong Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau.

    ReplyDelete
  72. Semalam, Ketua Wanita DAP Pandan, Dorothy Chong Chye Wah mendedahkan, pemecatan beliau serta sebanyak 10 ahli parti DAP lain baru-baru ini dibuat tanpa mengikut lunas-lunas Perlembagaan parti itu.

    ReplyDelete
  73. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

    ReplyDelete
  74. Beliau berkata, sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

    ReplyDelete
  75. "Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sistem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

    ReplyDelete
  76. Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk Transforming A Nation: The Malaysian Experience, Dr. Mahathir berkata, pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  77. Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

    ReplyDelete
  78. Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad has urged the government to no longer be soft towards the Opposition who continue to insult the nation’s democratic system.

    ReplyDelete
  79. He said the opposition who wanted to recognise the people’s choice changed overnight when they failed to get majority support in the 13th general election (GE13).

    ReplyDelete
  80. they wanted to recognise the people’s choice but now they want to topple the government. They reject the democratic system and opt for street demonstration.”

    ReplyDelete
  81. Dr Mahathir said proper implementation and coordination by the government benefited the people and the nation’s economy.

    ReplyDelete
  82. Dulu, Zahid ni org kanan Anwar pon. Setelah mahathir tangkap semua pengikut Anwar ke dalam ISA selepas Anwar dihina oleh Mahathir,trmasuk dgn dia ni le ISA. Harta banyak kat rumah dan dlm bank, so...kena twist le tinggal Anwar. SB senang je utk handle kes tahanan org2 kenamaan ni. Dia tanya nak senang atau nak susah? Zahid tu ada 10 m/sikal kuasa besar kat rumahnya di Kuarters kerajaan Presint 10,Putrajya. Kereta dan MPV jgn dikira le banyak nyer. Duit kat rumah main tarik dlm bagasi je keluar dr almari. Jd, sapa mau susa beb !! Jom lari tnggal kn kawan. Si Amir Bazli tu kena tumbok smpai pecah muka sebab katanya nak 'berkawan' dgn anak zahid yg gemuk tu...Kalau beliau lari tinggalkn UMNO,sekarang jugak kena lock up, confirm.

    ReplyDelete
  83. yang tak tahu malu - umno, yang rasist mengaku juara perpaduan -umno, yang menipu mengaku jujur - umno, yang perangai cam lanun mengaku berakhlak - umno, yang menolak hukum islam mengaku pejuang islam - umno, yang tak berpelajaran mengaku pandai - umno, yang jahil mengaku warak - umno, yang gila kuasa mengaku berjuang untuk rakyat - umno, yang menyeleweng mengaku bersih - umno, yang laknat mengaku saleh pun umno, yang menghabiskan Tanah rezab melayu - umno jugak, yang memaksa putri umno jadi habuan seks - umno lagi. Ada sesiapa yang nak tambah - silakan

    ReplyDelete
  84. mana ada sejarah, umno memberi cuti kpd menteri nya..menambah projek adalah...Tetapi ingat Kebenaran tak pernah hilang tetapi yg selalu melayang ialah kebathilan., kerna dtg nya kebenaran, kebathilan tetap terhumban.

    ReplyDelete
  85. Zahid tak perlu nk buat begitu.

    ReplyDelete
  86. Perhimpunan Hitam mungkin satu cara untuk golongan yang tidak puas hati dengan aktiviti tidal halal dalam PRU13.

    ReplyDelete
  87. SPR harus kaji kelemahan dalam PRU13 dan memastikan kelemahan ini diperbaiki di masa akan datang.

    ReplyDelete
  88. Demokrasi harus diperliharakan.

    ReplyDelete
  89. Petisyen suadah dibuat, kini serahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  90. anuar pula guna berapa ya...rakyat nak tau jg ni...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.