Umno tidak dapat mengelak lagi daripada kritikan rakyat. Tiada apa yang dituntut mereka diturunkan oleh Kerajaan BN melainkan “kangkung”. Ia dibaca oleh rakyat sebagai suatu sindiran yang tajam. Lain yang diminta, yang lain pula diberikan.
Akibatnya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dicemuh, dan dipersenda oleh rakyat.
Beliau dilihat tersilap memberi signal dengan menamakan “kangkung” sebagai hujah senario turun naik harga barangan di negara ini.
Selain laman sosial dibanjiri komen-komen tentang kangkung, juga diselitkan parodi video kangkung, tindakan orang ramai mengadakan “flash mod” bantahan kenaikan harga barang di seluruh negara tidak dapat disekat.
Mereka marah, rasa terhina apabila seorang Perdana Menteri tidak berusaha untuk menurunkan kos sara hidup asas seperti tarif letrik, gula, minyak, cukai pintu dan lain-lain. Sebaliknya, ia terus dipertahankan oleh kerajaan.
Tindakan YB Lee Khai Loon, Adun Machang Bubuk daripada Ke- ADILan mengadakan “flash mod” membantah kenaikan harga barang akhirnya menjadi isu perkauman.
“Flash mob” tersebut adalah suatu bentuk bantahan yang terbuka buat semua pihak untuk dilakukan.
Apatah lagi “flash mob” tersebut adalah berkaitan ekspresi bantahan anak muda dan rakyat terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Sesiapapun tidak mempunyai masalah dengan usaha demontrasi balas yang dilakukan oleh pihak- pihak tertentu yang bertujuan membantah “flash mob” tersebut kerana ini adalah hak mereka untuk berhimpun, menyatakan pandangan dan membantah.
Namun, rakyat tidak boleh bersetuju jika demontrasi yang diadakan bersifat rasis-perkauman dan ganas seperti yang dianjurkan oleh Umno Pulau Pinnag pada Santu, 18 Januari lalu. Adakanlah bantahan secara aman tetapi tidak menukar kepada isu rasis antara Melayu dengan Cina.
Adalah lebih baik jika pemimpin Umno dan juga NGO terlibat turut bersama rakyat mengadakan bantahan dalam isu kenaikan kos hidup rakyat berbanding cuba untuk membawa isu “flash mob” ini sebagai isu perkauman.
Rakyat dan anak muda harus lebih peka terhadap isu keperluan rakyat berbanding cuba untuk mengeruhkan suasana dengan mengheret isu “flash mob” ini menjadi isu perkauman.
Perkasa mempunyai pandangan senada dengan Umno Pulau Pinang. Pertelingkahan berhubung isu “kangkung” boleh mengundang peristiwa seperti 13 Mei sekiranya terus digembargemburkan.
Mereka mendakwa isu ini sudah menjadi isu perkauman dan pertentangan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, lalu untuk mempertahankan diri daripada diejek oleh rakyat, mereka mengungut dengan Tragedi Berdarah 13 Mei yang amat menjelekkan.
Macam isu kangkung kalau keterlaluan, sampai kata orang ‘telunjuk mencucuk mata’ maka, tidak mustahil kata Umno dan Perkasa, peristiwa yang cuba dielak seperti rusuhan 13 Mei akan berulang.
Namun yang memberi reaksi melampau ialah Umno. Himpunan mereka mempertahankan Perdana Menteri daripada diejek, dihina pada 18 Januari lalu dilihat perkauman dan tiada kaitan dengan “kangkung”.
Selabiknya, sepanduk kontroversi berbunyi: “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi ka?” diusung seolaholah Umno sudah bersedia untuk mencabar dan melakukan tindakan balas.
Sebagai salah seorang anggota dalam Pakatan Rakyat, rasa marah serta khuatir dengan tindakan Umno dan penyokongnya yang selalu memainkan isu perkauman untuk mengalihkan fokus, mencengkam kuat.
Dalam pelbagai himpunan yang diadakan Umno dan bersekutu mereka seringkali penuh dengan perkauman dan keganasan. Orang ramai memang tidak berpuas hati dan bantah perbuatan Umno yang ganas dan keras.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan “sebagai seorang Melayu, saya tidak terasa terhina” kerana “flash mob” kangkung adalah simbolik yang mengharapkan Perdana Menteri boleh prihatin terhadap perasaan rakyat yang susah dan tidak bermaksud untuk menghina sesiapa.
“Flash mob” tersebut adalah respon kepada isu harga barang naik dan ia merupakan isu rakyat yang mempengaruhi semua kaum. -DD
Tuesday, January 28, 2014
Isu harga barangan naik terkena semua kaum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.