Thursday, January 16, 2014

#BBCTrending, Isu kankung "Harum"kan Nama Negara?

Sejak isu "kangkung" meletup awal minggu ini, nampaknya PM Kangkung telah berjaya "mengharumkan" nama negara.

Portal berita BBC yang berpusat di London menyatakan Najib kini dibelasah hebat dengan isu kangkung - dan BBC mengangkat isu kangkung tersebut sebagai BBCTrending untuk minggu ini.



Dengan kerajaan kini diserang hebat akibat kenaikan harga dalam keperluan asas seperti minyak dan elektrik, Najib telah memilih untuk menonjolkan pengurangan dalam kos sayur hijau bernama "kangkung", menurut laporan tersebut. Kangkung - yang dimakan secara meluas di Malaysia, dimasak sebagai tumis dengan sedikit bawang putih atau cili.

Namun harganya murah, tumbuh meliar di tepi-tepi sungai, sawah padi dan parit-parit, namun ia bukanlah makanan utama bagi rakyat.

Sejurus selepas video Perdana Menteri mengenai pengurangan harga kangkung disiarkan, pelbagai sindiran dan jenaka mula menjadi trend di media sosial di Malaysia.

Terdapat ribuan tweet, laman Facebook yang wujudkan - dengan mempunyai lebih 10,000 pengikut - remix video mengenai ucapannya dimuatnaik ke YouTube, lirik untuk lagu-lagu rakyat yang popular dan tradisional telah dibikin semula (lihat video di bawah) dan kemeja-T tertera tulisan "Bertenang dan makan kangkung" beredar laju di pasaran.

Fenomena "kangkung-gate", seperti yang digelar oleh sesetengah pihak, telah membangkitkan kemarahan orangramai yang kini sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, geram dengan gejala rasuah dan perbelanjaan mewah oleh kerajaan Najib.

Kisah kangkung ini begitu meletup di dalam media sosial yang ramai juga yang telah telah mengadu garis masa (timeline) di FB mereka jadi tersumbat. "Obsesi kangkung ini begitu pantas menjadi satu bahan ketawa", tambah laporan BBC itu.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.