Thursday, January 16, 2014

Suruhanjaya & ISP Kangkung Pun Ada?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) supaya menyekat sebuah artikel di lamanweb BBC mengenai kangkung yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Merujuk kepada artikel bertajuk “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach”, Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sheikh Raffie berkata, SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ISP atau mana-mana pihak untuk menyeka artikel itu.

Bagaimanapun, beliau "tidak pasti" sama ada ISP telah menyekat sendiri artikel itu tanpa pengakuan pihak berkuasa itu.

Artikel tersebut "tidak lagi disekat" pada jam 11.51 pagi ini selepas pelbagai laporan berita dan aduan daripada warga siber memenuhi beberapa forum dalam talian sejak malam tadi. -mk

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.