Wednesday, January 22, 2014

Kurangkan beban rakyat atau tewas pilihan raya

Datuk A Kadir Jasin memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar beliau membantu mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat atau mengundur diri jika Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, beliau diajukan soalan mengenai kepimpinan Najib dan masa hadapannya daripada ahli Umno dan seteru politik berikutan rungutan rakyat dengan kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.

"Satu PM perlu berubah dan melakukan perkara yang betul untuk mengurangkan beban rakyat," katanya dipetik daripada laman blog miliknya, The Scribe.

"Dua, beliau perlu ditukar jika enggan berubah, dan ketiga, tiada yang berubah, dan BN akan tewas PRU akan datang," katanya.

Veteran Umno menyuarakan kebimbangan mereka terhadap program rasionalisasi subsidi Najib dalam perbelanjaan awam untuk memastikan Malaysia mendapat rating positif dalam agensi rating antarabangsa.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut memberi amaran sebelum ini, bahawa polisi BN akan memberi kesan terhadap peluang BN dalam pilihan raya akan datang yang dijangka pada 2018.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata Putrajaya perlu mengambil langkah untuk berubah atau tewas dalam pilihan raya.

BN tewas tujuh lagi kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2013 dengan memperolehi hanya 133 kerusi, berbanding Pakatan Rakyyat (PR) yang menambah sehingga 89 kerusi.

PR merampas majoriti dua pertiga BN di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila memperolehi 82 daripada 222 kerusi Parlimen.

Kadir berkata, melalui pertemuannya dengan pekerja syarikat berkaitan kerajaan dan pemimpin BN, tindakan Najib yang lebih gemar membisu itu menimbulkan kerisauan, terutama dengan isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan di seluruh negara.

"Jika beliau percaya tindakannya membisu (kecuali untuk bertenang dan menunggu keputusan kes mahkamah) akan melenyapkan isu, beliau silap," katanya.

Katanya, tindakan Najib "mengambil jalan selamat" tidak akan berjaya dan Najib perlu meninggalkannya.

Beliau berkata, Najib juga kelihatan seperti hilang sentuhan apabila rakyat tidak lagi "sensitif" dengan langkah Putrajaya merasionalisasikan subsidi dalam tempoh singkat berbanding melakukannya secara berperingkat untuk membolehkan pengguna menanganinya.

Katanya, ia tidak akan membantu kerajaan apabila tugas penjelasan dilakukan dengan teruk dan subsidi tidak sesuai untuk jangka masa panjang.

"Kami melakukannya dan rakyat faham. Namun mengumpulkannya sekali gus pada penghujung tahun ketika rakyat memerlukan keperluan yang tinggi untuk anak kembali ke sekolah, itu tidak sensitif," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ekonomi tidak terlalu teruk.

Kadir berkata, kerisauannya ialah kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan mahasiswa Bumiputera dengan kadar 51,000 iaitu peningkatan sehingga 30% sejak Najib menjadi perdana menteri pada 2009.

"Kuota Bumiputera dalam ekonomi terlalu kecil untuk masyarakat Bumiputera yang membentuk lebih 60% populasi dan kita juga antara yang termiskin.

"Syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan tidak cukup untuk menampung populasi Bumiputera," katanya.

Berdasarkan prestasi Najib, Kadir turut mempersoalkan komitmen pemimpin berkenaan dan Kabinetnya, terutama ketika berhadapan dengan krisis.

"Saya dimaklumkan menteri yang kekal terpaksa menjaga beberapa portfolio. Seorang perlu bertanggungjawab lebih daripada 10 kementerian.

"Boleh tidak kalau mereka tidak melakukan seperti itu lagi? Atau mereka tidak kisah,” katanya.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.