Saturday, January 18, 2014

Pertembungan ego jejaskan imej PKR

Ramai menganggap pertelingkahan antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali adalah pertembungan ego. Walaupun hanya pertelingkahan kecil tetapi ia telah menjejaskan imej PKR bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh negara.

“Ini bukan soal jawatan. Apa sangat jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS bukan boleh dibawa menyamun. Selain kerana kedua mereka ini memang ego besar, barangkali juga terselindung agenda lain, samada di pihak Azmin atau Khalid,” kata seorang pemerhati.

“Jika seorang pemimpin yang ada jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Presiden parti boleh “dipecat” dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, bayangkan jika status cuma sekadar penyokong tegar, ketua ranting atau ketua cabang parti sahaja. Apa pandangan ahli PKR?” ujarnya lagi

Bagaimana agaknya jika Pakatan Rakyat yang diterajui PKR memerintah negara. apakah tidak akan berlaku pertembungan ego antara pemimpin PKR dengan PAS atau DAP sedangkan di kalangan mereka juga tidak boleh berkompromi?

Begitulah persoalan ramai terhadap isu yang melanda PKR Selangor hari ini. Ramai menduga PKR bukan sahaja terjejas imejnya, malah tidak mustahil parti itu bakal kehilangan pemimpin kanan jika campurtangan Anwar Ibrahim kelihatan memihak kepada pemimpin tertentu.

Ketua Umum telah keluarkan arahan untuk batalkan pemecatan Azmin Ali kerana ada angin yang membawa berita timbalan presiden itu akan meninggalkan PKR jika kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam parti tidak dihormati. Apa pula reaksi Khalid kerana ternyata arahan Anwar memihak kepada Azmin Ali?

-Mosli Oli

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.