Facebook kini menjadi sumber utama ketika membuka internet. Sebaik desktop atau telefon dibuka, Facebooklah yang dibuka terlebih dahulu.
Ia bukan menjadi apabila Malaysia antara negara yang paling ramai mengakses Facebook bagi setiap penduduknya. Kira-kira 13 juta atau 50% penduduk negara ini memiliki dan berfacebook secara aktif. Jadi, laman sosial tersebut menjadi pusat maklumat dan informasi utama kepada pengguna di negara ini.
Kesemuanya dikongsi di Facebook. Apa-apa saja yang terlintas atau artikel atau video dan banyak lagi dikongsi di laman sosial yang diperkenalkan Mark Zuckerberg tersebut. ‘Timeline’ atau susur masa Facebook kita sudah pasti penuh dengan pelbagai cerita atau perkongsian.
Dari video yang menjadi viral atau nasihat-nasihat ‘Ustad Facebook’ tetapi pada hakikatnya banyak juga informasi yang mengganggu fikiran atau video yang jelik untuk ditonton.
Persoalannya, bagaimana anda mahu menjadikan timeline atau susur masa bersih dari informasi yang anda tidak suka?
Blog Daunpisang ingin memberi satu tip mudah tetapi sebelum itu lebih baik kita belajar sedikit bagaimana Facebook bekerja.
Cara informasi dilonggokkan di timeline anda adalah bergantung kepada tabiat surfing atau pelayaran internet. Artikel yang diklik, tag dari rakan, jumlah like yang banyak, page yang diikuti dan pelbagai lagi. Dalam erti kata lain, Facebook sebenarnya membaca fikiran anda dan meletakkan apa yang mereka rasa anda minat berdasarkan algoritma pelbagai di status anda.
Oleh itu, cara paling mudah untuk menjadikan timeline bersih ialah ‘memberitahu’ Facebook anda tidak suka akan sesuatu artikel, video dan sebagainya. Bagaimana? (Lihat gambar di sebelah untuk memaklumkan Facebook apa yang anda tidak suka)
Selepas dua atau tiga kali anda membuat perkara sama kepada video, artikel dan sebagainya, Facebook sendiri akan faham keyword tertentu seterusnya tidak meletakkannya di page utama anda pada masa akan datang.
Contohnya, jika anda tidak suka ‘ICE BUCKET CHALLENGE’, selepas anda membuat langkah di atas, Facebook tidak lagi akan menghantar apa-apa saja berkaitan ICE BUCKET CHALLENGE di wall anda berdasarkan keyword tersebut.
-daunpisang
Saturday, September 13, 2014
Membuang artikel atau video yang anda tidak suka di Facebook?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.