Malam ini, kedua- dua pasukan itu akan bertembung di pentas suku akhir yang boleh diibaratkan umpama aksi final berdasarkan reputasi hebat dimiliki mereka.
“Kami sedar Belanda sebuah pasukan yang sukar untuk ditentang. Gaya bola sepak mereka mirip cara permainan pasukan dari Amerika Selatan.
“Mereka tidak akan cuba untuk kekal bertahan dan bergantung harap kepada corak hantaran jauh sahaja.
“Mereka memiliki kualiti teknikal dan kami perlu sedia menghadapinya,” kata jurula- tih Brazil, Dunga.
Dalam tiga pertemuan Piala Dunia melibatkan Brazil dan Belanda sebelum ini, pemenang perlawanan tersebut telah mara sehingga ke perlawanan akhir.
Kali ini, pemenang akan berdepan sama ada Uruguay atau Ghana pada aksi separuh akhir awal pagi Rabu depan.
Brazil bakal turun tanpa kelibat Elano pada aksi malam ini kerana mengalami kecederaan buku lali.
Bagaimanapun, ketiadaan Elano memberi motivasi tambahan buat penyerang Brazil, Robinho untuk mendapat lebih peluang bagi menyerlahkan kemampuannya pada kejohanan kali ini.
“Saya gembira kerana menjaringkan satu gol ketika kami menewaskan Chile 3-0, Isnin lalu.
“Tetapi saya perlu melakukan yang lebih baik dan saya tahu yang saya mampu melakukannya,” kata Robin- ho.
Pada kempen Piala Dunia 2006, Brazil terkandas pada peringkat suku akhir setelah tewas 0-1 kepada Perancis. – AP
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.