LEBIH 200 pengusaha bas dari Tuaran, Telipok, Menggatal dan Tuaran menggesa Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Edmund Chong Ket Wah dan Pengarah Lembaga itu, Yozimah Jasni meletakkan jawatan sekiranya mereka gagal menarik balik permit yang membenarkan syarikat pengendali ‘City Bus’ untuk beroperasi di kawasan Telipok Ria memandangkan perkhidmatan bas yang sedia ada di kawasan berkenaan sudah mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.
Ini berikutan bantahan keras terhadap sikap LPKP yang masih memberi kebenaran kepada syarikat tersebut meskipun surat rasmi protes sudah dikemukakan kepada lembaga itu, baru-baru ini.
Pengusaha terbabit mendakwa kelulusan permit tersebut yang menurut LPKP sebagai sementara, bukan satu keperluan mendesak malah ia bercanggah dengan pendirian LPKP sebelum ini yang telah membeku pengeluaran permit baru di kawasan bandaraya.
Wakil pengusaha-pengusaha tersebut, Dullah Bache, berkata mereka terkejut dengan tindakan LPKP yang terus memberi kebenaran itu kepada syarikat tersebut untuk beroperasi ke Telipok Ria walaupun pengusaha-pengusaha telah membuat bantahan sebelum ini.
"Bagaimana boleh LPKP memberi kelulusan permit sementara itu sedangkan bilangan bas yang beroperasi di kawasan Telipok Ria dan Jalan Lama Tuaran lebih daripada mencukupi. Kami meminta mereka turun padang melihat sendiri keadaan bas di laluan berkenaan. Adalah tidak masuk akal, syarikat berkenaan diberi keistimewaan melampau di mana ia boleh memperoleh permit sekelip mata mengikut kemahuannya," kata beliau.
Dullah berkata, berdasarkan perjumpaan dengan semua pengusaha bas terlibat minggu lepas, mereka sebulat suara sekali lagi menyuarakan bantahan keras mereka dan seterusnya meminta LPKP menggunakan bidang kuasanya untuk membatalkan kebenaran tersebut.
"Terdapat lebih 200 bas bumiputera menjalankan perkhidmatan di sepanjang Jalan Tuaran, Telipok, Menggatal dan Inanam termasuk yang beroperasi di kawasan Taman Telipok Ria. Bilangan ini sangat besar dan tiada keperluan untuk mengeluarkan permit baru lagi, apa lagi kepada syarikat ‘City Bus’ yang sudah diberi ganjaran memonopoli bas pengantara di bandaraya," kata beliau.
"LPKP haruslah menghormati pengusaha yang sedia ada dan memberi layanan yang adil bukannya memberi keistimewaan kepada syarikat tertentu seperti syarikat City Bus. Kehadiran syarikat ini telah banyak menimbulkan kesengsaraan kepada pengusaha Bumiputera," tegas Dullah lagi.
Dullah berharap LPKP berusaha menyelesaikan masalah itu dengan seberapa segera sebelum pengusaha bas di negeri ini hilang keyakinan kepada kerajaan dan mengalih sokongan mereka.
"Rata-rata kami telah bertungkus-lumus memberi sokongan kepada kerajaan selama ini tetapi sikap LPKP ini bukan sahaja tidak menghargai sumbangan kami dalam industri pengangkutan awam malah mereka seolah-olah cuba menaburkan pasir ke dalam periuk kami. Saya fikir ini harus dihentikan," katanya.
"Kami merasakan Pengerusi LPKP, Datuk Ir. Edmund Chong dan Pengarah LPKP, Yozimah Jasni harus bertanggungjawab di atas masalah yang dihadapi pengusaha bas Bumiputera ini dan jika mereka gagal menangani masalah tersebut, mereka harus melepaskan jawatan masing-masing," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, pengorbanan pengusaha Bumiputera ini tidak berbaloi dengan layanan yang diberikan kepada mereka di mana ketika negeri ini dikuasai PBS sebagai pembangkang pada lewat 80-an, bas-bas mini yang ada sekarang ini telah dikerah tanpa mengira waktu untuk membawa penyokong-penyokong BN dalam kempen mereka dan hari pengundian.
"Semua ini bukan cerita dongeng, kita boleh tanya kepada bekas-bekas Pengerusi LPKP seperti Datuk Ampong Puyon sekarang masih Ketua Umno Bahagian Sandakan, Datuk Nurnikman Abdullah (sekarang Pengerusi SAFMA) dan Datuk Bung Moktar Radin, Anggota Parlimen Kinabatangan," tegas beliau.
Pengerusi LPKP sekarang, Datuk Edmund yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi dan Bendahari Agung PBS patut menyemak sejarah lalu dan tidak mudah lupa sejarah kerana sejarah inilah yang membolehkan beliau menduduki kerusi empuk Pengerusi LPKP di atas kepayaan pengusaha yang tak lekang menerima tekanan orang yang berkedudukan tinggi.
Dullah bagaimanapun menghargai sokongan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sepanggar yang juga Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Jumat Idris merestui bantahan mereka sekali gus mahu LPKP mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
Friday, July 2, 2010
PENGERUSI LPKP SABAH DISARAN LETAK JAWATAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
City bus ini dibantu oleh mayor KK, menyebabkan banyak pemandu bas lain sengasara. Lagipun, di kawasan tertentu, bas dah mencukupi, ditambah lagi city bus menyebabkan pemandu bas berkurangan pendapatan. Ini tidak adil untuk pemandu bas lain. LPKP mesti memikirkan impak suatu tindakan terhadap semua pihak, bukan hanya melindungi syarikat yang tertentu sahaja.
ReplyDeleteLPKP perlu mendengar suara pengusaha2 bas ini. syarikat City Bas memang diketahui memonopoli pengangkutan di kawasan Bandaraya. ia memberi saingan kuat kepada pengusaha2 bas lain untuk mendapatkan penumpang. selain itu, diharap City Bas dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka.
ReplyDeletedengan adanya bantahan lebih 200 pengusaha bas, saya rasa cukup untuk memaksa LPKP mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ini.. jika mereka melakukan sesuatu seperti mogok atau boikot, cukup untuk memberi kesan kepada sistem pengangkutan di sekitar Kota Kinabalu.
ReplyDeleteBuat apa mahu menghantar bus ditempat yang bertimbun sudah bus. ini akan membuat jalan sesak saja nahu hantar bus banyak2 disana. oleh iut, LPKP haruslah mencari penyelesaian terhadap masalah ini. jangan rakyat hilang kepercayaan kepada LPKP.
ReplyDeletepengusaha2 bas perlu ada persatuan yang kuat bagi menyampaikan suara mereka terhadap LPKP, dgn adanya persatuan ini ia dpt menyatukan pengusaha2. LPKP juga seharusnya mendengar suara pengusaha2 bas sekitar bandaraya. tanpa mereka akan pincanglah sistem pengangkutan di Kota Kinabalu.
ReplyDeletediharapkan ada tindakan selepas ini yang menyebelahi pengusaha2 bas yang kecewa dengan tindakan LPKP ini. pihak2 yang berkenaan wajar memberikan perhatian terhadap kekecewaan mereka memandangkan mereka pernah menyumbang dan merupakan penyokong kuat kerajaan.
ReplyDeleteharap LPKP akan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah2 pengusaha2 bas di kota kinabalu.
ReplyDeleteLPKP haruslah jujur dalam hal ini. tindakan patu diambil untuk menangani hal ini.
ReplyDeleteEvery problem, there will always be a solution or two. Solve this problem and settle it immediately through discussion.
ReplyDeleteini mungkin ada sebab lain yang berlaku kenapa berlaku semua ini. mungkin juga kerana laporan dari penumpang bus yang menyatakan Bus tidak cukup dikawasan tersebut, bus macam dalam sardin sudah penuh mahu disumbat lagi. itu mungkin tidakkan yang di ambil oleh pihak berkuasa. tapi apa pun pihak berkuasa akan mencuba untuk mencari penyelesaian berhubung kes ini..
ReplyDeleteSetuju, mesti memberikan semua orang keadilan.Tidak perlu sampai meletak jawatan pula.
ReplyDeletemeletakkan jawatan tidak akan mendatang faedah. Pengerusi LPKP harus mencari kaedah/cara yang baik dan tidak menyusahkan atau menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada semua orang yang menggunakan atau menguruskan perkhidmatan bas
ReplyDeletesaya pasti banyak lagi kawasan yang perlukan perkhidmatan bas. Oleh itu, tempat-tempat ini harus diberikan perhatian.
ReplyDeletekepentingan pengusaha2 bas terbabit harus diambil kira..diharap LPKP segera menyelesaikan hal ini dan jika gagal, haruslah meletak jawatan dengan serta-merta.....
ReplyDeleteKalau mahu LPKP tarik balik tu city bus, saya sokong jugalah dgn syarat pengusaha bas @ pemandu kenderaan awam jadi pemandu yg sopan dan berhati-hati di jalan raya... Kalau perangai mcm $%^#$$%#@, bagus lagi naik city bas; ada aircond lagi. hehehe
ReplyDeleteApapun bagi saya, letak jawatan bukanlah penyelesaian yg terbaik bah. Better suruh LPKP selesaikan hal ni dgn baik umpama tarik rambut dalam tepung - rambut tak putus, tepung tak berselerak. hehehe
ReplyDeleteWalau apa apa pun, diharapkan rakyat diberikan keutamaan dahulu. Janganlah menaruh garam atas luka.
ReplyDeleteBudaya bertanggungjawap tidak diamalkan di negara ini. Itulah sebab jawatan tinggi yang dipegang orang yang tidak berkemampuan banyak ternampak dalam sistem pentadbiran negara.
ReplyDeleteJika benar beliau tida mampu menyelesai dan meningkatkan mutu kerja, beliau harus sedar diri dan mengundur.
ReplyDelete