Saturday, June 1, 2013

Antara Nurul Izzah dengan pengganas Sulu

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah.

Demikian pandangan yang dilontarkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Naib Presiden PKR itu dihalang dari memasuki Sabah.

“Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dihalang dari memasuki negeri Sabah.

Beliau dilaporkan akan dihantar balik oleh imigresen Sabah sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Tindakan ini semestinya menggemparkan negara. Bahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, daripada BN sendiri merasa terkejut denagn tindakan ini dan segera memohon maaf kepada Nurul Izzah dengan menyelar tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Negeri Sabah adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Kebebasan warganegara untuk melancong, merantau dan pergi ke mana-mana sahaja negeri dalam negaranya sepatutnya tidak terbatas pada sesetengah negeri sahaja.

Sabah bukannya sebuah republik atau negara lain yang boleh menentukan siapa yang boleh atau tidak datang ke negaranya.

Selagi warganegara tersebut memiliki kad pengenalan yang sah, tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah apa-apa dengan kerajaan Malaysia, apa hak Sabah untuk menghalang seseorang warganya untuk datang ke negeri tersebut?

Tatkala pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di daerah Lahad Datu, bertapak beberapa minggu sehingga akhirnya mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara, Nurul Izzah pula yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Ahli Parlimen yang sah dinafikan hak untuk sampai ke Sabah.

Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini!

Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah.

Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki ke negeri tersebut.

Insiden ini menunjukkan ada dendam yang tersimpan dari lubuk hati pemimpin negeri tersebut, maka mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan lagi datang ke Sabah pasca PRU13 kerana ia boleh membawa malapetaka yang besar kepada BN di sana.

Tsunami PRU13 sudah melanda Sabah, dan hampir sahaja ia menenggelamkan ‘deposit tetap’ BN di sana.

Demokrasi hitam yang melanda semenanjung kini telah menjalar jauh sampai ke Borneo, dan Sabah membuktikan bahawa perlunya reformasi keseluruhan dalam sistem pemerintahan negara.

Rakyat wajar bangkit menuntut perubahan dan keadilan untuk keluar dari penjara demokrasi sempit yang dicipta oleh pemerintahan BN. Kerana itulah juga rakyat Sabah telah telah melaungkan suatu kalimat yang menggetarkan dan bersemangat sebagai tanda kebangkitan rakyat di seluruh negara: Ini kali lah! -HD

66 comments:
Write comments
  1. PTI YANG PATUT DIHARAMKAN DI SABAH DAN DIHANTAR KE PLIPIN KERANA MEREKA INI BERBAHAYA BUKAN AHLI PERLIMEN PR YANG DIPILIH RAYAT.MASALAH UMNO PENDEK AKAL.

    ReplyDelete
  2. Sabah for sabahan..guna akta imgresen sabah..kawal malaya datang sabah

    ReplyDelete
  3. Sabah for sabahan..guna akta imgresen sabah..kawal malaya datang sabah termasuk Najib?

    ReplyDelete
  4. Orang asing indonesia dan Filipin boleh masuk senang tapi orang semenanjung di soal. Kita tak pernah halau pemimpin dan rakyat Sabah/Serawak datang ke semananjung.hai pemimpin 2S iaitu Sabah dan Serawak orang u dah benci, cukup lah menipu dan mencuri selama ini.Orang u banyak berhijrah ke sini dan kami tak sekat.Tujuan sekat pemimpin pembangkang memang ada ajenda menbodohkan rakyat 2S. kami kesian melihat rakyat senegara hidup dalam kemiskinan yang ketara. Cuba tanya rakyat 2S yang berkerja di sini, itu lah cerita nya susah, susah dan susah.Jadi rakyat 2S mesti campakkan pemimpin yang tidak membenar pemimpin PR melawat ke negeri 2S.Dalam Islam yang miskin mesti bantu yang susah baru negara aman tenteram tak macam sendiwara sulu untuk menakutkan rakyat yang tentera asing nak ceroboh sabah dan dengan menyokong nya kita tak boleh di ceroboh.Hai ingat di malaysia ada jutaan warga asing yang sah dan haram. Jika 1000 mereka angkat senjata kan itu ancaman bagi kita.Soal warga asing mesti di atasi segera agar negara tak tergugat.Jangan nak kaya cepat jadi agen warga asing masuk, nanti mereka membelot habis.Tak payah hantar tentera, bekal senjata habis lah Malaysia.

    ReplyDelete
  5. No komen..sebab apa, sebab mandat dah diberi sekali lagi kpd BN. Samada mandat tipu atau betul,perkara kedua tetapi ramai rakyat Sabah yg undi BN maka inilah hasilnyer. PTI dibenarkn brlluasa memasuki Sabah tetapi rakyat Msia ( ahli parlimen lagi ) dihalang masuk ke 'Msia' sendri. Bahalolkn undang2 Msia.

    ReplyDelete
  6. Rakyat Sabah masih budu dalam menilai yang mana intan apa pun nak buat macam mana lagi.

    ReplyDelete
  7. The president of Kimaragang Association of Malaysia Datuk Haji Abdul Latiff Kandok supports the efforts of Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman and his government in preserving peace and harmony in Sabah.

    “Peace and harmony are the key to a nation’s strength and stability,” he said in a statement here yesterday.

    Latiff said this was also part of the 1Malaysia concept.

    ReplyDelete
  8. And, he also expressed full support for the Chief Minister’s remarks last Saturday that Sabah and its people did not need the opposition’s endless propaganda to incite hatred and mistrust among the people against the Barisan Nasional goverment.

    “The election is over…we must now move on,” he stressed.

    ReplyDelete
  9. Latiff also said the opposition must learn from other nations such as the U.S. where the loser would accept and respect the decision of the people after the election.

    ReplyDelete
  10. On Sunday the acting president of the Federation of Chinese Associations of Sabah, Datuk TC Goh said the state government must be respected for its right to preserve and harmony in the state.

    The people, he said, should be allowed to move on with their lives without the endless political propaganda by the opposition.

    “The govenrment makes decision based on necessity to uphold the prevailing peace and harmony in accordance with the law which has been observed since the formation of Malaysia in 1963.

    “And this should be respected and not twisted for malicious reasons,” Goh said.

    ReplyDelete
  11. The Sabah government should be respected for its right to preserve peace and harmony in the state, Federation of Chinese Associations of Sabah (FCAS) acting president Datuk TC Goh urged.

    Goh said the people in the state should be allowed to move on with their lives without the endless political propaganda to incite hatred and mistrust among themselves.

    ReplyDelete
  12. Backing Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who made a similar call, he said the government made decisions based on the necessity to uphold prevailing peace and harmony in accordance with the law which had been observed since the formation of Malaysia since 1963.

    “This should be respected and not ‘twisted’ for malicious reasons.

    “Sabah has always been a state that is renowned for its unity and taunted to be the place where the people exemplify the real meaning of 1Malaysia.

    ReplyDelete
  13. “This should be protected and preserved by all means possible and if the government believes its actions to be necessary, then it should be respected because they are the ones given the mandate by the people to administer the state.

    “Like what our Chief Minister has said, there is a lot that needs to be done; the country needs to be administered; the economy needs to grow and the welfare of the people needs to be taken care of,” he said.

    ReplyDelete
  14. “The election is over and we need to move on. The people of the state and the country had enough of all the politicking during the last two years, since rumours began of an early polls which did not turn out to be true,” Goh said in a statement yesterday.

    “It has taken much time and effort from all sides and now that everything is over, work should be allowed to continue and wounds allowed to heal until the next round,” he added.

    ReplyDelete
  15. Cubaan untuk mengeksport Blackout 505 ke Sabah, nampaknya telah gagal sama sekali.

    ReplyDelete
  16. Anwar Ibrahim yang cuba menggunakan anak perempuannya sebagai umpan untuk Blackout 505, tapi gagal apabila Nurul Izzah tidak dibenarkan menjejakkan kaki keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

    ReplyDelete
  17. Anwar Ibrahim telah mengutuskan anaknya, Nurul Izzah ke Sabah sebagai persiapan untuk melancarkan kunjungannya ke Sabah pada 8 Jun nanti.

    ReplyDelete
  18. Nurul Izzah diharap dapat menarik golongan muda untuk berhimpun dan cuba menggerunkan Kerajaan Negeri Sabah menerusi pelbagai tohmahan seperti penipuan SPR, penipuan BN dan sebagainya.

    ReplyDelete
  19. Anwar Ibrahim melihat ‘kejayaannya’ membuat perhimpunan haram atau lebih dikenali sebagai ‘Himpunan Black 505′ di semenanjung perlu dipanjangkan ke Sabah

    ReplyDelete
  20. Sabah adalah negeri yang sangat ingin dikuasainya

    ReplyDelete
  21. Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati dan gagal mengakui kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu sekaligus merencatkan cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  22. Pakatan Rakyat kerap kali mempotretkan rakyat Sabah sebagai golongan bodoh yang boleh diperbodoh-bodohkan dengan sedikit tipu daya.

    ReplyDelete
  23. sesuatu yang tidak mereka sangka sama sekali ialah, rakyat Sabah yang biasanya pasif dan kurang bertindak, kali ini telah mendesak pihak Imigresen agar melakukan sesuatu untuk menyekat niat jahat Pakatan Rakyat,

    ReplyDelete
  24. Nurul Izzah di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 4:30 petang, dia telah tidak dibenarkan masuk (Not To Landed) dan diarahkan pulang semula ke KualaLumpur

    ReplyDelete
  25. Tindakan pihak berkuasa yang menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah adalah untuk menghalang anak perempuan Anwar Ibrahim itu daripada mencetuskan huru hara dan berbuat sesuka hati

    ReplyDelete
  26. Seharusnya, selesai sahaja pilihanraya, semua pihak perlu menerima apa-apa sahaja keputusan rakyat dan tidak perlu lagi berkempen atau membuat perhimpunan yang menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  27. PRU13 bukannya penamat memandangkan dalam tempoh lima tahun lagi, PRU14 pula akan menjelang.

    ReplyDelete
  28. Dalam Facebook, Nurul Izzah mendakwa sepanjang dia ditahan, dia langsung tidak diberi makan. Bagaimanapun bukti yang dihantar kepada SEL13.COM menunjukkan Nurul Izzah melantak ayam KFC dan diberi pula minuman yang nampaknya dibeli khas untuknya.
    Kalau dah jenis pembohong, semua benda pun hendak dibohonginya.

    ReplyDelete
  29. Yang pastinya, Nurul Izzah tak guna melalak menyalak. Bukankah dia dan gerombolan PKR bukan main kuat lagi membuat temberang kononnya Sabah tidak mempunyai sebarang kuasa autonomi.

    ReplyDelete
  30. Apa agaknya yang hendak diterangkan oleh Nurul Izzah bagaimana Jabatan Imigresen Sabah boleh menahannya dan tidak membenarkan dia memasuki Sabah walhal di Semenanjung dia bebas bergerak dari satu negeri ke satu negeri tanpa perlu melalui pintu Imigresen?

    ReplyDelete
  31. Sebanyak 20 perjanjian yang telah dicapai antara Sabah dan Sarawak dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Sabah hendak menyertai Persekutuan Malaysia.

    ReplyDelete
  32. Apabila semua pihak telah bersetuju, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

    ReplyDelete
  33. Salah satu perkara (perkara 6) yang dipersetujui adalah kawalan imigresen. Di mana dalam perjanjian itu telah dinyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen sendiri untuk menghalang atau membenarkan orang dari negeri luar daripada memasuki negeri mereka.

    ReplyDelete
  34. Perkara ini sudah berjalan 50 tahun dan Kerajaan Persekutuan tidak pernah cuba untuk menghalang atau membatalkan perkara tersebut. Kerana itu adalah perjanjian dan hak Sabah.

    ReplyDelete
  35. Jadi kerajaan pusat kena hormat walaupun gaji kakitangan imigresen itu dibayar oleh kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  36. Tak perlu untuk kita nak bincang jauh-jauh sebab apa dia dihalang masuk Sabah atau sebagainya. Cukup itu sahaja. Itu hak Sabah dan itu undang-undang mereka.

    ReplyDelete
  37. Sabah boleh halang sesiapa dan mereka boleh benarkan sesiapa sahaja orang luar dari memasuki negeri mereka. Tolong belajar hormati hak orang. Jangan hanya fikirkan hak kamu sahaja.

    ReplyDelete
  38. Nurul Izzah mungkin terlupa bahawa bapanya salah seorang 'Jurutera' di belakang tabir dalam 'Ops Durian Buruk' terutama usaha merampas kuasa daripada Kerajaan PBS pada 1994.

    ReplyDelete
  39. Kebolosan sempadan bukan sahaja berlaku di Sabah, malah sehingga ke Lembah Kelang (Chow Kit dibanjiri PATI); bukan kerana Sabah gagal menjaga sempadan dan kedaulatan negara tetapi kerana kekangan Akta Imigresen yang bolos;

    ReplyDelete
  40. ia termasuk 'tidak ada undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa menangkap PATI ketika berada di Perairan Negara, melainkan setelah PATI berkenaan mendarat'.

    ReplyDelete
  41. PATI ramai di Sabah kerana terlalu dekat dengan Sempadan Indonesia dan Filipina, serta banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di Sabah sehingga 'Orang Malaya' juga berpusu datang ke Sabah, sekalipun dihalang melalui kuasa Imigresen.

    ReplyDelete
  42. Persoalan yang terlupa kita fikir ialah siapa yang beri kebenaran kepada 'Orang Malaya' termasuk Nurul izzah masuk sesuka hati ke Sabah dan seenaknya memaki Anak Negeri Sabah dan pemimpinnya dengan pelbagai gelaran dan panggilan

    ReplyDelete
  43. Rayat sabah sayang pati dan pemimpin Sabah pun sayang ini PTI dan penganas pilipin boleh runding lagi tapi dengan rayat dan MP pilhan rayat malaysia tak boleh runding tanpa sebab tapi peliknya dan sedihnya orang senanjung tak pernah halau rayat sabah cari makan disana.sungguh memamalukan tindakan ini.

    ReplyDelete
  44. INI MENTERA MUNGKIN ADA KETURUNAN PATI KALI ITULAH DIA BIAS SAMA INI PELIPIN,NAH ANAK2 PELIPIN DAH MULA PANDAI BERSUARA LANTANG DAN AKAN DATANG ANAK BUMIPUTER AKAN JADI KULI SAMA INI PELIPIN DAN MALAHAN BANYAK SUDAH ANAK PELIPIN SUDAH BERKERJA SEKTOR PENJAWAT AWAM.

    ReplyDelete
  45. Apabila fahaman liberalnya terdedah, Nurul Izzah pantas menuding jari kepada akhbar berbahasa Melayu pro-kerajaan sebagai memutar-belit kenyataannya berkenaan hak menukar agama bagi umat Islam

    ReplyDelete
  46. Hairan sekali kerana, kenyataan yang sama juga telah dipetik oleh Malaysiakini tetapi Nurul Izzah langsung tidak menyalahkan Malaysiakini.

    ReplyDelete
  47. Malaysiakini mengambil inisiatif memaparkan transkrip penuh soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum tersebut dan ternyata tiada apa yang disalahlapor atau diputarbelit oleh mana-mana pihak seperti yang didakwanya.

    ReplyDelete
  48. Kemudian, muncul pula seorang peguam meluahkan rasa kecewa terhadap Nurul Izzah kerana membuat pusingan 180 darjah di akhbar sedangkan beliau yang menjadi peserta forum adalah antara yang mengemukakan soalan kepada Nurul Izzah berkenaan isu tersebut.

    ReplyDelete
  49. Untuk berlaku adil kepada Nurul Izzah, beliau juga ada menambah bahawa semuanya terpulang kepada kualiti seorang Muslim untuk tidak mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.

    ReplyDelete
  50. Namun, untuk berlaku adil juga kepada media yang dituduh memutarbelit kenyataannya, Nurul Izzah tidak pernah menambah kenyataan berikut ketika di dalam forum itu, iaitu,“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,” sepertimana yang dinyatakannya di media.

    ReplyDelete
  51. Jelas, Nurul Izzah, semakin menyerupai bapanya Anwar Ibrahim yang terkenal sebagai talam berpuluh-puluh muka. Memandangkan forum diadakan di gereja, maka Nurul Izzah merasakan ‘selamat’ dan sesuai untuk menunjuk keterbukaan dan menyerlahkan fahaman liberalnya. Tujuannya pastilah untuk meraih sokongan penganut Kristian dan juga golongan liberal.

    ReplyDelete
  52. Tetapi, Nurul Izzah telah gagal melihat beberapa langkah ke depan untuk mencongak kesannya terhadap masyarakat dan umat Islam apabila kenyataannya disebarkan oleh media. Nampaknya, dalam keghairahan untuk meraih sokongan satu golongan, Nurul Izzah telah terlupa bahawa di zaman IT ini, apa saja yang dikatanya, tidak akan habis di situ sahaja, tetapi akan tersebar dengan pantas dan luas.

    ReplyDelete
  53. Kini, yang dipersoalkan bukan lagi sama ada Nurul Izzah seorang liberal yang mempunyai pendirian ‘longgar’ terhadap murtad atau sama ada beliau seorang Muslimah sejati yang berpegang kuat kepada syariat dan tidak akan berkompromi dalam soal akidah umat Islam.

    ReplyDelete
  54. Tetapi, apa yang terserlah kini ialah sikap Nurul Izzah yang suka membelit kenyataan sendiri, sama seperti bapanya. Seperti yang kita tahu, sikap suka membelit dan berbohong selalunya datang dalam satu pakej. Dalam kes ini, kita tidak tahu yang manakah atau siapakah dan apakah pendirian Nurul Izzah sebenarnya. Atau, yang mana satu pendiriannya yang sebenar dan yang mana satu hanya lakonan atau pembohongan.

    ReplyDelete
  55. Umat Islam juga tidak boleh mempercayainya kerana beliau boleh berkata apa saja untuk menjaga dan menarik hati kita.

    ReplyDelete
  56. Nurul Izzah perlu memilih satu watak sahaja jika ingin berjaya sebagai seorang ahli politik.

    ReplyDelete
  57. KAMU ORANG SABAH PILIH LAH PTI BER IC BIRU BERBANDING ORANG SEMANANJUNG KITA LIHAT SEKARANG PUN BANYAK DAH ANAK PTI BERKERJA DIPENJAWAT AWAM DAN MUNGKIN BERFORUM DISINI MEREKA YANG BANYAK ITULAH SUARA MEREKA DAH LANTANG.HATI HATI ORANG SABAH BAHAYA ORANG PTI PILIPIN NIE MEREKA INI BIASA BAERSENJATA DAN MEMBUNUH SEPERTI DITEMPAT MEREKA DI KEPULAUAN PILIPIN.

    ReplyDelete
  58. Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri meminta Pengarah Jabatan Imigresen Negeri menghalang naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah semalam.

    ReplyDelete
  59. Beliau berkata kuasa menghalang seseorang daripada memasuki Sabah disebut dengan jelas oleh Seksyen 66 Akta Imigresen.

    ReplyDelete
  60. Bagaimanapun, peruntukan undang-undang berupa rayuan, sentiasa ada bagi Nurul Izzah. Saya percaya keputusan ini bukan bersifat politik, tetapi untuk menjaga kepentingan dan kestabilan Sabah.

    ReplyDelete
  61. Sabah perlu menyekat kemasukan mana-mana ahli politik dari luar negeri ini tanpa mengira kecenderungan politik mereka, yang datang ke negeri kami dengan niat untuk menanam perasaan curiga dan benci dalam kalangan rakyat kami," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

    ReplyDelete
  62. Sambil menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak mahu mengamalkan budaya politik 'pecah dan perintah' seperti yang terdapat di tempat lain, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata Sabah merupakan sebuah negeri yang sentiasa aman serta harmoni dan "kami berbangga dengan perpaduan dalam kepelbagaian kami

    ReplyDelete
  63. Kami tidak boleh membiarkan kepentingan Sabah dipermainkan oleh ahli politik tidak jujur dari Semenanjung Malaysia yang ingin memburu kemegahan politik peribadi

    ReplyDelete
  64. Sabah Barisan Nasional component parties have been urged to remain united and steadfast, and must not be afraid to rebuke the opposition for their lies and slander against the government.

    ReplyDelete
  65. The BN election machinery must be in a strong position, united and ready to take on the opposition in the coming general election.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.