Tuesday, June 4, 2013

Mengapa Pengerusi, timbalan SPR mesti singkir?

PILIHANRAYA bukanlah segala-galanya dari erti demokrasi. Sesungguhnya demokrasi mempunyai pelbagai juzuk penting selain pilihanraya. Namun pilihanraya berkala yang adil, bebas dan bersih adalah sangat mustahak bagi rakyat selaku pengundi, mengangkat atau menurunkan sesebuah kerajaan.

Pilihanraya yang adil, bebas dan bersih juga adalah penentu kepada keabsahan sekaligus memberi legitimasi kepada kerajaan yang memenangi sesuatu pilihanraya umum (PRU). Dengan kata lain ditakuti, andainya pilihanraya itu tidak adil, tidak bebas dan tidak bersih, sebaliknya sarat dengan kepincangan serta penipuan, maka keabsahan (atau kehalalan) kerajaan yang di'pilih’ tidak dapat dijamin. Kerajaan terpilih akan berdepan dengan status ‘tak sah taraf’ macam anak luar nikah juga.

Malangnya, PRU ke-13 yang dilalui baru-baru ini telah pun menjadi semacam yang ditakuti ini!

Sejurus selepas debu perang mendap dan euporia kemenangan mula berlalu, Perdana Menteri DS Najib tampaknya faham benar implikasi yang parah ini lantas bergegas bertindak mengelakkan krisis legitimasi ini.

Mentelahan kini hampir semua rakyat tahu, bahawa kerajaan Najib hanya disokong oleh minoriti rakyat seluruh Persekutuan Malaysia yakni hanya 47% sahaja, meskipun beliau mempunyai 60% kerusi di Dewan Rakyat.

Justeru kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah ‘Constitutional Guardian’ atau ‘Penjaga Amanah berperlembagaan’ kepada segala tata-kelola serta tadbir-urus pilihanraya, maka SPR adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjalanan sesebuah pilihanraya.

Terkini bukan sahaja pelbagai petisyen dimajukan oleh calon-calon Pakatan Rakyat, bahkan lebih dari 50 petisyen katanya akan dihadapkan ke mahkamah dalam pelbagai dakwaan salahlaku oleh pihak Barisan Nasional sendiri. Petisyen terbanyak dalam sejarah negara. Amat malang!

Apakah Najib benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan ke atas pasukan SPR kali ini? PM Najib tampaknya tidak punya pilihan kalau mahu selamatkan kerajaan ‘minoriti’nya yang sangat mahukan ‘Reconciliation’ atau ‘Genjatan bagi menumpukan kebangunan semula negara’.

Pihak Pakatan Rakyat pastinya akan tolak ‘agenda’ Najib ini, andainya syarat utama yakni penambahbaikan sistem pilihanraya tidak dijamin Najib terlebih dahulu. Bagaimana untuk disusun-atur dalam satu ‘construct’ baru SPR boleh difikirkan bersama secara ‘bi-partisan’ dalam perbahasan di parlimen.

Yang pentingnya Pengerusi dan Timbalannya mesti di'pecat' dan disingkirkan dahulu! Sebabnya?

Mereka telah ternyata GAGAL melaksanakan dan menjaminkan sebuah PRU yang ADIL, BEBAS dan BERSIH. Tanpa membazir wang pembayar cukai untuk mengadili mereka atau ditribunalkan, cukup dengan rakyat dan pengundi mempertikaikan satu persoalan sahaja di sini yakni tuntutan ‘Capaian media secara ‘adil’.

Sebuah pilihanraya yang ‘adil’, antara yang erpentingnya, memerlukan parti-parti yang bertanding mendapat ‘capaian atau akses kepada media’ yakni media arus-perdana yang dibiayai oleh pembayar cukai. Pilihanraya adalah proses rakyat selaku pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat. SPR wajar mempastikan maklumat tidak dikekang dan dikongkong.

Ini ditegaskan dalam tuntutan Bersih 2.0. Paling mutakhir sebelum pembubaran parlimen Pengerusi SPR telah menjamin bahawa beliau telah pun berbincang dan meminta Menteri Penerangan memberi laluan ‘air-time’ yang ‘adil’ (tidak minta sama pun) kepada parti-parti bertanding dan laporan yang ‘balanced’ atau berimbang (3 Mac, 2013, The Edge).

Pengerusi SPR mesti dipertanggungjawabkan tentang kegagalan ini. Kepincangan dalam memberi parti-parti bertanding dalam sesuatu pilihanraya dikategorikan sebagai amalan sebuah demokrasi ‘pilihanraya autokrasi-kukubesi’ atau ‘electoral authoritarianism’ oleh disiplin ilmu Sains Politik contohnya oleh Professor Andreas Schedler. Sifat-sifat negara itu adalah seperti berikut:

“..privileged ruling parties oppress the opposition, elections are unfair, the judiciary is biased and citizens lack freedom of assembly, speech and access to the press”. Malang Malaysia masih digolong dalam kelompok ini seperti juga Singapura, Kemboja, Vietnam dan Myannmar. Indonesia tidak lagi tersenarai dalam ketegori ini.

Satu laporan kajian kerjasama (21 April, 2013) yang dibuat oleh University Nottingham dan Centre for Independent Journalism (CIJ) dalam projek “Watching the Watchdog” tentang hal trend media dan pola pelaporan seluruh media di antara pembubaran parlimen dan hari penamaan calon, merumuskan perkara berikut. “Rakyat Malaysia (pengundi) adalah ternafi dari mendapat maklumat tentang parti-parti yang bertanding secara adil dan objektif dalam media perdana. Sementara media on-line portals membuat liputan hampir sama untuk kedua-dua koalisi kerajaan (BN) dan pembagkang (PR)”.

Cukup ciri ini sahaja untuk melayakkan pentadbir SPR digantung untuk disingkirkan dalam waktu sesegera mungkin bagi memberi laluan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya Baru sesuai dengan semangat Rekonsialiasi Najib.

Tentunya ramai masih lagi tidak berpuas hati selagi tidak dihukum Pengerusi dan Timbalan SPR atas pelbagai kepincangan penjalanan pilihanraya. Isu dakwat kekal yang tidak kekal, dakwaan tentang pemberi kerakyatan kepada warga asing yang belum layak tetapi menjadi pengundi, daftar pemilih yang belum BERSIH termasuk nama pengundi-pengundi akibat Projek IC Sabah yang sedang dalam siatan RCI, kaedah berkempen yang paling kotor mengheret pertentangan kaum dan agama serta penggunaan keganasan sekaligus tidak memenuhi kriteria pilihanraya yang BEBAS- dari intimidasi termasuk takut-takutkan pengundi dengan rusuhan ala 13 Mei dan Negara kristian dan pelbagai yang lain.

Yang jelas dan muktamadnya, Pengerusi dan Timbalan SPR mesti meletakkan jawatan segera kalau tidak mahu dipecat oleh PM Najib ataukah mahu sahaja disingkir melalui sebuah Referendum atau Tribunal Rakyat!

Oleh Dzulkefly Ahmad
xxx2

Komen Anda

59 Responses to " Mengapa Pengerusi, timbalan SPR mesti singkir? "
Anonymous said...
June 5, 2013 at 6:01 AM

SPR = SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:12 PM

A study on the redelinenation of electoral constituencies, which was postponed two years ago, will begin soon, said Election Commission (EC) deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:18 PM

He said the redelineation of electoral constituencies and boundaries could be carried out in accordance with Article 113 (2) (ii) of the Federal Constitution as the last exercise was done eight years ago.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:19 PM

“The last exercise should have been conducted in 2011 as the last one was done in 2003, but we had to postpone it until the 13th general was over.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:21 PM

“The review and redelineation of the parliamentary and state constituencies has to be carried out as the constitution stipulates than the EC has to carry out the exercise once every eight years.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:22 PM

“So we will carry out the exercise gradually before submitting it to Parliament,” he said.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:23 PM

He said the redelineation exercise was very important because the country had undergone many changes, including migration of people from city to city, over the last 10 years.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:26 PM

“For example, when we review the electoral boundaries in 2003, Kota Damansara was not as advanced as it is now. There was no Mutiara Damansara then and many squatter settlements had been cleared to make way for apartments, so definitely the number of voters have changed,” he said.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:27 PM

Commenting on Pakatan Rakyat’s call for the EC chairman and him to resign, claiming fraud in GE13, he said it was disrespectful of the constitution and the Yang di-Pertuan Agong.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:27 PM

He said as an independent body that did not represent any party and appointed by the Yang di-Pertuan Agong after consultation with the Conference of Rulers, the EC’s role should not be undermined.


Anonymous said...
June 5, 2013 at 1:28 PM

“This call comes from narrow minded people. We had done our best. If we are not transparent and if the EC is in favour of Barisan Nasional, how come they could win 89 seats, and wrested Selangor and Penang easily?” he said. Wan Ahmad said he believed the opposition had another agenda in mind or wanted to create havoc by inciting the people, particularly the younger generation by inflaming hatred.


Scarlett Newton said...
June 5, 2013 at 3:08 PM

Jangan Asyik Ghairah Berhimpun….Tempoh Petisyen Berbaki 14 Hari Lagi

Pemimpin parti pembangkang diingatkan agar tidak melupakan tempoh untuk mengemukakan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang masih berbaki 14 hari supaya segala dakwaan mereka dapat dikemukakan secara jelas menerusi saluran yang dibenarkan.

Exco Pemuda UMNO Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata dalam keghairahan mereka untuk mengadakan perhimpunan dan sebagainya seperti yang dilaporkan oleh media, janganlah sesekali melupakan tempoh yang ada itu kerana ianya adalah jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak.

Menurut beliau segala dakwaaan seperti pengundi hantu, lampu padam dan sebagainya lagi perlulah dikemukakan dengan jelas dan janganlah membawa politik kotor yang tidak ada faedahnya sebaliknya menyusahkan rakyat.

“Tempoh yang ada itu kumpullah sebaik mungkin segala bukti yang ada dan kemukakan menerusi saluran yang telah dibuka itu dan masih lagi berbaki 14 hari. Bawalah segala bukti berkenaan dan kemukakan sebaik mungkin.


Scarlett Newton said...
June 5, 2013 at 3:08 PM

Jangan Asyik Ghairah Berhimpun….Tempoh Petisyen Berbaki 14 Hari Lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya merupakan orang yang pernah duduk dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan nombor dua dalam negara maka beliau sepatutnya lebih arif dan faham bagaimana pembentukan sebuah kerajaan dan tahu soal petisyen dan sebagainya.

“Namun hari ini beliau menjadi manusia yang cukup berbeza sedangkan beliau tahu dalam soal tersebut. Jadi gunalah tempoh yang ada ini sebaik mungkin dan itu adalah lebih baik daripada berhimpun yang saya fikir hanya menyusahkan rakyat dan sebagainya. Tidak lebih daripada itu,” katanya.

Megat seterusnya melihat perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang hanyalah sekadar untuk menutup kegagalan mereka untuk menawan Putrajaya.

Katanya apa yang diimpikan selama ini tidak menjadi kenyataan setelah rakyat sekali lagi memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan dan Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

“Hentikanlah, cukup-cukuplah politik sebegini. Bercakap soal politik sepanjang hari dan sepanjang masa tidak akan kemana, sepatutnya fikirkan bagaimana kita sama-sama mahu memacu negara selain menunaikan khidmat bakti kepada rakyat.

“Apa pun saya yakin dan cukup percaya rakyat boleh menilai perkara ini, mana yang baik untuk mereka dan mana yang tidak elok untuk negara,” katanya


Scarlett Newton said...
June 5, 2013 at 3:09 PM

Pembangkang Perlu Buktikan Penipuan PRU Di Mahkamah, Bukan Di Jalanan

Sejak keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diwartakan pada 23 Mei lalu, mana-mana pihak mempunyai tempoh selama 21 hari untuk mengemukakan sebarang petisyen mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta 5. Selepas PRU, pembangkang juga telah menjelajah dari satu negeri ke satu negeri mengadakan perhimpunan haram 505 bagi membantah keputusan PRU-13 yang kononnya tidak telus namun sehingga kini tempoh yang ada masih berbaki 13 hari tetapi masih tiada satu pun patisyen yang telah dikemukakan sebagai bantahan kepada keputusan PRU-13.

Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakyat tertunggu-tunggu bilakah pembangkang yang begitu lantang bersuara untuk menfailkan petisyen tersebut.

“Kita masih terus tunggu. Masih ada tempoh untuk mereka failkan sebarang bantahan itu pun jika ada. Tapi kita sedar dan tahu pembangkang ini selalunya sekadar cakap dari segi bantahan. Setakat ini tidak ada yang jelas. Mereka telah pusing banyak negeri mengatakan ada penipuan, ada pengundi hantu… jadi buktikanlah… jangan sekadar cakap.


Scarlett Newton said...
June 5, 2013 at 3:10 PM

Pembangkang Perlu Buktikan Penipuan PRU Di Mahkamah, Bukan Di Jalanan

“Kalau ada pengundi bangla 40 ribu mana dia… kita nak tahu senarai pengundi itu dimana… dimana mereka mengundi yang sudah termasuk dalam daftar pemilih, jika benar maka mereka kena buktikan. Kalau tidak benar, kita akan saman mereka.”

Katanya, tuduhan terbabit adalah satu penipuan sehingga membolehkan mereka berjaya untuk meraih undi daripada rakyat di peringkat akar umbi.

“Jangan hanya cakap, jangan hanya menggunakan media sosial atau portal yang ada untuk menabur fitnah sehingga rakyat terikat, terpikat. Mereka lakukan pembohongan kononnya ada berpuluh ribu pengundi bangla yang kita (BN) sudah daftarkan jadi pemilih jadi buktikanlah di mahkamah.

“Anwar dalam ucapannya cakap macam-macam… itulah inilah… kita nak tahu mana dia pengundi-pengundi bangla ini.”

Ujar beliau lagi, UMNO juga akan melihat kalau ada pengundi-pengundi yang sebenarnya tidak etika ketika melaksanakan tugas sebagai pengundi dalam PRU lalu.


Scarlett Newton said...
June 5, 2013 at 3:10 PM

Pembangkang Perlu Buktikan Penipuan PRU Di Mahkamah, Bukan Di Jalanan

"Contohnya yang berada di Singapura, asal dari Pulau Pinang atau Melaka, bekerja dan menetap di Singapura tetapi mengundi di Johor, kita akan lihat perkara ini dan akan teliti kalau-kalau kita juga akan buat bantahan,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Teringgi UMNO mendesak agar pembangkang menggunakan tempoh 21 hari ini dengan sebaik mungkin bagi membuktikan memang terdapat penipuan seperti yang dicanang mereka.

“Macam saya cakap tadi, sekiranya mereka gagal mengemukakan sebarang petisyen selepas tamat 21 hari maka bersedialah untuk di saman,” jelasnya lagi


Nameless said...
June 5, 2013 at 4:29 PM

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa Anwarlah yang cuba menipu rakyat hari ini dengan mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkomplot dengan Barisan Nasional (BN) menipu undi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Tambah beliau lagi, Anwar telah menjadikan SPR sebagai kambing hitamnya dalam usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes-kes jenayah seksual yang menyelubungi dirinya hari ini.


Nameless said...
June 5, 2013 at 4:29 PM

“Kita semua tahu, apa yang Anwar lakukan hari ini adalah semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes jenayah seksual yang dihadapinya.

“Selain itu, ia juga juga bertujuan untuk menutup penipuan Pakatan pembangkang yang mendakwa kononnya berlaku penipuan undi, blackout dan sebagainya, namun sehingga ke hari ini mereka masih lagi gagal membawakan bukti yang kukuh atas dakwaan mereka itu,” ujarnya


Nameless said...
June 5, 2013 at 4:29 PM

Beliau turut mengesyorkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, yang kini secara berterusan memburukkan imej badan tersebut.

Katanya, SPR perlu bertindak tegas dengan menyaman Ketua Pembangkang sebagai satu pengajaran agar Anwar berhenti daripada terus menabur fitnah dan memburukkan imej SPR di mata rakyat di negara ini.


Nameless said...
June 5, 2013 at 4:29 PM

“Saya sendiri pun tak tahu kenapa SPR lambat mahu bertindak untuk memfailkan saman terhadap Anwar. SPR sepatutnya tak boleh biarkan Anwar terus-terusan memburukkan imej SPR dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar,” jelasnya.

Beliau seterusnya mempersoalkan sampai bila SPR harus membiarkan Anwar melempar dakyah dan tohmahan terhadap badan tersebut sehingga sedikit sebanyak hari ini penipuannya itu telah mempengaruhi segelintir dari rakyat di negara ini.


Nameless said...
June 5, 2013 at 4:30 PM

“SPR tidak perlu tunggu lagi. Anwar dan pembangkang telah memburukkan imej SPR sebelum pilihanraya lagi, dan hari ini mereka masih lagi menjaja cerita tidak benar tentang SPR di dalam ceramah-ceramah mereka. Saya harap, SPR perlu lakukan sesuatu dengan kadar segera agar fitnah dan tohamahan itu dapat dihentikan.

“Tindakan Anwar yang mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU ini bukan saja menjatuhkan imej SPR, tetapi sebenarnya turut memburukkan imej kerajaan Malaysia,” tegasnya.


mahmud said...
June 5, 2013 at 6:06 PM

Sejak keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diwartakan pada 23 Mei lalu, mana-mana pihak mempunyai tempoh selama 21 hari untuk mengemukakan sebarang petisyen mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta 5. Selepas PRU, pembangkang juga telah menjelajah dari satu negeri ke satu negeri mengadakan perhimpunan haram 505 bagi membantah keputusan PRU-13 yang kononnya tidak telus namun sehingga kini tempoh yang ada masih berbaki 13 hari tetapi masih tiada satu pun patisyen yang telah dikemukakan sebagai bantahan kepada keputusan PRU-13.


mahmud said...
June 5, 2013 at 6:06 PM

Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakyat tertunggu-tunggu bilakah pembangkang yang begitu lantang bersuara untuk menfailkan petisyen tersebut.

“Kita masih terus tunggu. Masih ada tempoh untuk mereka failkan sebarang bantahan itu pun jika ada. Tapi kita sedar dan tahu pembangkang ini selalunya sekadar cakap dari segi bantahan. Setakat ini tidak ada yang jelas. Mereka telah pusing banyak negeri mengatakan ada penipuan, ada pengundi hantu… jadi buktikanlah… jangan sekadar cakap.


mahmud said...
June 5, 2013 at 6:07 PM

“Kalau ada pengundi bangla 40 ribu mana dia… kita nak tahu senarai pengundi itu dimana… dimana mereka mengundi yang sudah termasuk dalam daftar pemilih, jika benar maka mereka kena buktikan. Kalau tidak benar, kita akan saman mereka.”


mahmud said...
June 5, 2013 at 6:08 PM

Katanya, tuduhan terbabit adalah satu penipuan sehingga membolehkan mereka berjaya untuk meraih undi daripada rakyat di peringkat akar umbi.

“Jangan hanya cakap, jangan hanya menggunakan media sosial atau portal yang ada untuk menabur fitnah sehingga rakyat terikat, terpikat. Mereka lakukan pembohongan kononnya ada berpuluh ribu pengundi bangla yang kita (BN) sudah daftarkan jadi pemilih jadi buktikanlah di mahkamah.


mahmud said...
June 5, 2013 at 6:09 PM

“Anwar dalam ucapannya cakap macam-macam… itulah inilah… kita nak tahu mana dia pengundi-pengundi bangla ini.”

Ujar beliau lagi, UMNO juga akan melihat kalau ada pengundi-pengundi yang sebenarnya tidak etika ketika melaksanakan tugas sebagai pengundi dalam PRU lalu.


mahmud said...
June 5, 2013 at 6:09 PM

“Contohnya yang berada di Singapura, asal dari Pulau Pinang atau Melaka, bekerja dan menetap di Singapura tetapi mengundi di Johor, kita akan lihat perkara ini dan akan teliti kalau-kalau kita juga akan buat bantahan,” ujarnya


mahmud said...
June 5, 2013 at 6:10 PM

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Teringgi UMNO mendesak agar pembangkang menggunakan tempoh 21 hari ini dengan sebaik mungkin bagi membuktikan memang terdapat penipuan seperti yang dicanang mereka.

“Macam saya cakap tadi, sekiranya mereka gagal mengemukakan sebarang petisyen selepas tamat 21 hari maka bersedialah untuk di saman,” jelasnya lagi.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:00 AM

Jelas..Melayu bertambah dan kekal yakin dengan UMNO dan Cina mula tinggalkan BN dan ingin bersama pakatan haram atas sebab DAP kononnya adalah 'ketua' sebenar pakatan haram.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:00 AM

Anwar hanya boneka ! Cina mula tunjukkan riak dan bongkak setelah 50 tahun lebih mereka akhirnya berjaya MONOPOLI ekonomi Malaysia yang asasnya amat MUDAH.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:00 AM

Polisi Kerajaan BN membuka ruang dan peluang seluasnya kepada semua bangsa mengaut kekayaan d bumi yang satu ketika dulu namanya Tanah Melayu !


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:01 AM

Polisi Kerajaan BN yang terbuka dan adil sejak dari awal Merdeka adalah kerana saat itu nilai kerjasama antara kaum apatah lagi komitmen semua kaum ingin Merdeka secara aman d ambil kira.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:01 AM

Semua kaum bersama bina negara d saat itu dan Kerajaan BN melihat betapa pentingnya POLISI semua kaum ada hak dan semua kaum tidak berhak USIK peruntukan khas kaum lain.


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:01 AM

Apa saja keputusan yang Najib buat d perlihatkan kononnya PM Najib 'tinggalkan' Melayu atau membelakangi Melayu..Gerakan ini dah mula berjalan sejak Isu Blackout menemui jalan buntu..dead end !! Alasan Bangla d angkut..letrik padam dan segala isu kononnya BN menipu dalam PRU dah tak dapat nak hancurkan keputusan PRU13..hinggalah Kerajaan Australia sendiri akui PRU Malaysia bersih !


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:01 AM

Anwar dan hantu kacang merah pakatan haram dah hilang akal..maka last try..racun Melayu agar bencikan Najib..seolah-olah PM Najib GAGAL memandu BN masa PRU dengan mencipta PERSEPSI negatif..mereka lupa..angka UNDI Melayu tidak menipu..angka undi cina juga tidak menipu..PM Najib berjaya bawa Melayu kepada sokong UMNO dan BN !


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:02 AM

Kini..tentera hantu kacang merah..tentera komunis alam cyber mula mempamirkan 'aksi Melayu'..aksi kononnya merekalah suara akar umbi UMNO..akar umbi Melayu yang sayangkan UMNO dan tak rela PM Najib beri muka pada Cina..kononnya merekalah selama ini yang sokong PM Najib dan akhirnya PM Najib hampakan mereka..perghhh nice try..


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:02 AM

Kini..tentera hantu kacang komunis takkan berenti..puok kera ni akan berterusan meracuni pejuang UMNO yang tulin..aakj bimbang..akan ada yang termakan RACUN ini..dah ada tanda-tanda..semua dah lupa betapa tentera cyber milik pakatan haram ini mampu buat apa saja..harap semua berhati-hati..


Anonymous said...
June 6, 2013 at 8:02 AM

Dah ada tanda-tanda racun puok kera ni dah mula meresap ke minda pejuang UMNO yang tulin..kalau tak d bendung maka UMNO sendiri akan lenyap !! puok kera ni akan laga-lagakan antara pemimpin UMNO..yakinlah..


mantera said...
June 8, 2013 at 9:43 AM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan tidak ada keperluan untuk beliau dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof melepaskan jawatan yang disandangnya kini seperti yang didesak pemimpin parti pembangkang.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:44 AM

Malah, Wan Ahmad berkata pelantikan tersebut terletak di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:44 AM

Justeru tidak timbul soal sama ada beliau atau pengerusinya Abdul Aziz perlu melepaskan jawatan tersebut semata-mata bagi memenuhi kehendak pakatan pembangkang.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:44 AM

Katanya lagi, kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan kemenangan di beberapa buah negeri seperti di Selangor, PulauPinang dan Kelantan adalah bukti jelas bahawa SPR telah menjalankan proses pilihan raya secara telus mengikut peraturan yang ditetapkan.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:44 AM

Kenapa kita perlu letak jawatan kerana kita (SPR) telah menjalankan pilihan raya dengan betul dan diterima rakyat.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:44 AM

Kita dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, kalau YDPA titah kita letak jawatan lain ceritalah," tegasnya.


mantera said...
June 8, 2013 at 9:45 AM

Pembangkang yang kata kita buat pilihan raya tidak berjaya tetapi seluruh dunia dan negara mengiktiraf pilihan raya yang SPR lakukan dan negeri yang mereka (pembangkang) perintah pun mereka iktiraf kemenangan mereka sebab itu cepat-cepat mereka terima keputusan dan angkat sumpah menjadi kerajaan negeri," katanya kepada Antarapos.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:04 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang kali ini dikatakan panas dan penuh pertandingan getir menjadi pertandingan yang terbaik, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:04 AM

SPR ingin menjadikannya PRU13 yang terbaik, terkemas, tersusun dan terancang dengan banyak perubahan yang datang daripada parti politik sendiri termasuk pembangkang. Untuk itu semua parti jangan berterusan mempolitikkan apa yang SPR laksanakan.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:05 AM

Kata Abdul Aziz, beliau tidak setuju dakwaan yang mengatakan PRU13 akan menjadi yang terkotor. "Saya ingin mempersoalkan siapa yang mengotorkannya. SPR seberapa boleh menjadikannya yang terbaik, terkemas, tersusun dan terancang".


Liz said...
June 10, 2013 at 11:09 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan berintegriti walaupun sebelum dan selepas PRU-13 ia dikecam dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:13 AM

USUL DAN CADANGAN PRU-14

Kabinet mestilah mantap dan jitu. Calun-calun Kabinet mestilah mereka yang rakyat boleh terima.

Perwakilan Cina dalam kerajaan perlu di kaji semula waima mereka pernah bantu BN pada 1999 tapi pengundi tersebut kini sudah di telan pengundi Cina yang baru.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:14 AM

USUL DAN CADANGAN PRU-14

Calun-calun PRU 14 mestilah mengikut pilihan rakyat dan bukan pilihan hirarki parti. Pemimpin UMNO melakukan pengorbanan dalam hal ini.

DS Najib perlu dengar nasihat ramai orang. Jangan lagi biarkan Penasihat bertanding.

Perkhidmatan perundingcara perlu ditamatkan segera.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:14 AM

USUL DAN CADANGAN PRU-14

Jenayah perlu ditangani dengan kewibawaan seorang Menteri KDN yang benar-benar ampuh dan jitu. Kerajaan perlu tegas dalam tindakan dan tidak terlalu longgar dengan DAP PKR PAS PSM.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:15 AM

USUL DAN CADANGAN PRU-14

Korupsi, Najib perlu tegas dalam hal ini dan tidak memilih mana-mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan korupsi.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:16 AM

USUL DAN CADANGAN PRU-14

Calon-calon PRU 14 mestilah muka baru dan benar-benar bersih serta di pilih oleh rakyat.


Liz said...
June 10, 2013 at 11:17 AM

Semoga PRU-14, BN akan dapat perbaiki prestasi mereka dan sokongan rakyat bertambah kuat.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 3:55 PM

Malaysia’s gross domestic product (GDP) expanded by 4.1 per cent in the first quarter 2013, amid the weaker external environment.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 3:56 PM

This is in contrast to the 5.1 per cent in the same quarter 2012 and 6.5 per cent in the fourth quarter.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 3:56 PM

Bank Negara Malaysia Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (pictured) said the GDP was supported by stronger domestic demand that expanded by 8.2 per cent during the quarter.


Anonymous said...
November 11, 2013 at 3:56 PM

Domestic demand remains robust, increasing by 8.2 per cent during the quarter compared with the 7.8 per cent recorded in the fourth quarter of last year


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx