Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras kepada mana-mana pengguna yang menyalahgunakan media sosial untuk tujuan menghina atau menghasut.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pelaku kesalahan itu dan akan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka.
“Tiada maaf lagi kepada sesiapa juga yang menyalahgunakan rangkaian media untuk menghina atau mengutuk dan menghasut.
“Tunggu tindakan polis,” katanya yang dipetik melalui kemaskini status Twitternya, semalam.
Sebelum ini, pemilik akaun yang menggunakan nama Nasrul Omar, menulis di Twitter dengan kata-kata makian terhadap Khalid.
Twitter itu ditulis dipercayai susulan penahanan 154 ahli Unit Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh pihak berkuasa pada Ahad.
Selain Nasrul, seorang lagi pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada PDRM dan menyamakan Khalid seperti pemerintahan Nazi di Jerman.
Susulan dua kenyataan biadab itu, Khalid menerusi Twitternya Ahad lalu telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis PDRM supaya mengenal pasti individu di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, polis sedang menunggu masa untuk menahan suspek dalam masa terdekat.
-sinar harian
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.