KETIKA mesyuarat kali ke 18 Persidangan UMNO Parlimen Semporna, saya menerima panggilan telefon daripada seorang mantan Pemimpin UMNO Semporna yang bergelar Datuk, memaklumkan bahawa dalam Ucapan Pembukaannya, Ketua UMNO Semporna, Datuk Shafie Afdal menjanjikan kepada Ahli-Ahli UMNO di Parlimen itu bahawa Jambatan Pulau Bum Bum akan dibina pada tahun ini juga dengan SERTA MERTA.
Alhamdulillah, jambatan yang ditunggu-tunggu itu akan menjadi kenyataan dengan janji seorang Ahli Parlimen yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Masyarakat Semporna.
Sebelum ini bernama Dewan Datuk Haris Salleh tetapi Datuk Ainal Abdul Fattah yang mencadang supaya nama Dewan ini diganti dengan nama Dewan Masyarakat Semporna telah diluluskan oleh UMNO Bahagian Semporna dalam Mesyuarat yang diketuai oleh Tun Sakaran Dandai pada masa itu.
Jambatan Pulau Bum Bum yang menjadi isu hangat sebelum ini yang ditulis oleh Abbas Ahmad (Ahli Persatuan Bloggers Sabah) dalam ruangan Sabahkini.net yang bertajuk Pulau Bum Bum Jadi Bom Jangka PRU Ke 13
Nampaknya, tulisan tersebut mendapat perhatian dari menteri berkenaan kerana antara lain memaklumkan kepada Ahli UMNO Bahagian Semporna supaya jangan khuathir kerana kepimpinan Datuk Najib sebagai Perdana Menteri adalah kukuh dan stabil, sambil memaklumkan bahawa kerajaan banyak wang yang tersedia dan mampu membina jambatan ini pada tahun ini juga.
Adalah menjadi harapan masyarakat Semporna supaya jambatan berkenaan menjadi kenyataan akhirnya dan tidak menjadi janji ‘bulan bintang’ atau ‘terang bulan’ sajian kepada ahli-ahli UMNO di kawasan berkenaan dari semasa ke semasa; setelah Ketua Ketua cawangan UMNO di bahagian berkenaan nampak muak dengan tingkah laku MP ini yang dilihat hanya melayan orang Pala’u dari Bangau-Bangau dan PATI jika datang ke Semporna.
Laporan blog dan laman sosial mengenai perkara ini sangat panas sehingga perhimpunan agung UMNO yang dijadualkan hari ini di Parlimen ini mendapat liputan laman sosial Facebook dari beberapa anak Semporna yang celik IT dalam masa dua atau tiga hari yang lalu.
Ada di antara anak Semporna yang melaporkan dalam blog-blog sosial ini sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan Ahli Parlimen berkenaan yang dijadikan Dewan Perhimpunan Janji Terang Bulan dan sekadar ‘Melepas Batuk Di Tangga’ dari Dulu, Kini Dan Selamanya; selaras dengan Cogan kata UMNO di bahagian berkenaan.
Ahli Ahli UMNO dan anak semporna sudah muak dengan kepimpinan yang hanya pandai bercogan kata dan berbaju putih seluar hitam yang macam ‘Tahi Lalat’ itu.
Oleh: SAMAD SADIKUL
Friday, July 2, 2010
SHAFIE TERUS JANJI BULAN BINTANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan membuat perjanjian kosong jika tidak mampu melaksanankan, datuk.
ReplyDeletepemimpin seharusnya menunaikan janji2 mereka terhadap rakyat.
ReplyDeletekita masih belum tahu samada ia hanya sekadar janji kosong atau tidak.. apa2pun diharapkan janji itu akan ditunaikan memandangkan sokongan penduduk Semporna semakin pudar..
ReplyDeletesaya nasihatkan supaya umno tidak bermain2 dengan setiap janji mereka kepada rakyat. ingatlah, rakyat semakin bijak dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan masa depan mereka..
ReplyDeleteBetul tue 2718. Rakyat semakin bijak. Pemimpin tidak harus membuat sebarang perjanjian kalau tidak dapat menunaikannya. Membuat perjanjian kosong hanya akan menyebabkan rakyat kehilangan kepercayaan terhadap pemimpin.
ReplyDeletejanji tersebut akan ditunaikan juga, lagipun projek pembinaan jambatan ni bukan projek yang boleh dibuat dalam masa ayang singkat, ia perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harap penduduk Semporna dpt bersabar, jambatan itu akan dibina!
ReplyDeletekerajaan haruslah menunaikan janji kepada rakyat, jangan biarkan rakyat marah dengan kerajaan. janji tetap janji, sekiranya tidak pasti jangan janji kerana rakyat jenis setia menagih janji. oleh itu jangan membuat janji sekiranya tidak pasti.
ReplyDeletejika dah berjanji kena ditunaikan, janji itu ibarat hutang, mesti dilangsaikan!
ReplyDeletebuat masa ini elakkan dahulu persepsi negatif dan beri ruang kepada Datuk Shafie menunaikan janjinya.. rasanya masih terlalu awal untuk kita buat kesimpulan..
ReplyDeleteTunaikanlah janji sebagai seorang pemimpin. jangan janji tinggal janji..Tunaikan seadanya..
ReplyDeletePromises, promises and more promises. Act on it or it will be just an empty promises.
ReplyDeleteJanji tetap janji, tapi janji tidak mengatakan untuk segera dilaksanakan, so saya rasa tunggu la beberapa hari kalau sudah sampai berbulan2, ada point suda mau cakap. Tapi, setiap janji perlu dikotakan.
ReplyDeleteDon't make empty promises. Everyone will get hurt.
ReplyDeletewhat is delaying with the construction of the bridge? if thegovernment have the funds, than they can do it :)
ReplyDeletesesuatu janji adalah tidak pasti...janji boleh dibuat berkali-kali tetapi tindakan tiada...maksud di sini, janji yang dibuat harus dipastikan menjadi realiti.
ReplyDeletekalau janji tidak tertunai, padah selalu menanti orang-orang yang menabur janji sebegini.
ReplyDeletepemimpin yang dihormati rakyat adalah mereka yang menunaikan dan menepati janji
ReplyDeleteRasanya hal tu pasti ditunaikan ba tapi ambil masa la. hehhee
ReplyDeleteSo janganlah fikir yg bukan2. Kalau masih juga tak puas hati, jumpa datuk tu ja la tanya apa perkembangan janjinya. hehhee
Apapun saya harap, setiap hal yg dijanjikan dapat dikotakan supya takda pihak yang sakit hati ataupun menjadikan hal sebegini sebagai bahan utk membuat serangan :P
ReplyDeleteDiharapkan pemimpin boleh melaksanakan semua perjanjian mereka supaya rakyat tidak akan hilang kepercayaan ataupun keyakinan mereka terhadap pemimpin mereka.
ReplyDeleteJanji mesti ditunaikan supaya tidak hilang kepercayaan dan penghormatan dari rakyat.
ReplyDeleteRakyat didahukukan juga kena diutamakan. Menyediakan infrasruktur demi kemudahan rakyat harus diberi perhatian apatah lagi yang sudah dijanji.
ReplyDelete