Wednesday, July 28, 2010

JAPARI PERALAT PEMUDA UNTUK ISI KOCEK?

KETUA Pemuda UPKO Bahagian Beaufort, Japari Kunin bukan sahaja menerima kritikan hebat daripada kalangan pemimpin UMNO Bahagian Beaufort baru-baru ini kerana dilabelkan sebagai ‘Orang Suruhan’ wakil rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing; malah kalangan anggota jawatankuasa dalam pergerakan pemuda yang diketuainya turut mempersoalkan kewibawaannya memimpin pergerakan tersebut.

Japari, seorang kakitangan di Pejabat Daerah Kuala Penyu cuba tampil mengeluarkan kenyataan untuk membela YB berkenaan yang menerima kecaman kerana gagal menyelesaikan masalah remeh seperti permintaan penduduk Kampung Tempurung yang mahu beliau mengambil insiatif membaik-pulih jambatan mereka yang rosak.

Rintihan penduduk kampung terbabit disuarakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Beaufort, Awang Damit Jion yang juga merupakan penduduk kampung tersebut dalam media masa dan internet sebelum ini, selepas menyedari tiada sebarang insiatif diambil oleh pihak wakil rakyat untuk menyelesaikan keadaan jambatan yang menjadi kemudahan penduduk.

Bagaimanapun, ia mengundang reaksi daripada Ketua Pemuda UPKO Bahagian Beaufort itu yang menyelarkan pemimpin UMNO bahagian itu dengan menyatakan bahawa masalah itu sesuatu yang remeh dan tidak perlu didedahkan di dalam media.

Lantas ramai yang berpendapat jika masalah jambatan itu, perkara yang remeh sepatutnya Adun di kawasan berkenaan tidak perlu diperingatkan berulang kali termasuk menggunakan saluran media dan internet jika ia tersebut boleh diselesaikan dengan mudah. Ia seharusnya ditangani dengan secepat dan tidak perlu mendedahkan melalui media.

Namun ‘cakap memang tak serupa bikin’. Apabila ia terdedah maka tiada pilihan selain wakil rakyat yang terkena ‘batang hidung’ mahu tidak mahu terpaksa menggunakan ‘orang suruhan’ untuk membelanya dengan memberi alasan yang mungkin hanya boleh menyedapkan perasaan mereka.

Maka Japarilah, orang paling dekat dan juga boleh diperkudakan untuk menegak benang yang basah. Japari banyak terhutang budi kepada John Teo kerana atas kehendak beliaulah Japari yang sebelum ini sekadar disifatkan sebagai ‘kucacai’ alam parti UPKO di Kuala Penyu boleh secara tiba-tiba menjadi Ketua Pemuda Bahagian; menyaksikan Ketua Bahagian, Datuk Wences Anggang terpaksa menuruti kemahuan wakil rakyat yang akhirnya tidak lagi selari dengan agenda beliau itu.

Japari pula sejak mengetuai pergerakan itu tahun lalu, sebaik sahaja bahagian Kuala Penyu kembali menggunakan bahagian Parlimen Beaufort; bukan sahaja tidak mampu memimpinnya, sebagaimana yang diimpikan John Teo, malah kesemua ahli jawatankuasa termasuk timbalannya; sudah hilang keyakinan terhadap beliau dan mereka dipercayai masing-masing membawa haluan sendiri. Ia ibarat retak menunggu belah.

Ini disebabkan Japari tidak pernah mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda sehingga sekarang dan paling mengecewakan mereka, Ketua Pemuda itu dikatakan telah mempergunakan nama pergerakan itu mendapatkan projek peruntukan Adun daripada John Teo; tetapi hasilnya tidak diketahui ke mana.

Mereka mendakwa wang hasil projek tersebut telah dimanfaatkan oleh Japari sendiri dan tiada satu sen pun hasilnya dimasukkan dalam tabung pergerakan itu. Apatah lagi Pemuda UPKO bahagian memang tidak mempunyai akaun simpanan di bank.

Timbalannya, Fred Penggo sendiri dan semua AJK lain dikatakan bengang dengan sikap ketua mereka yang seolah-olah menggadai nama dan maruah pergerakan itu untuk kepentingan beliau sendiri.

"Japari dapat projek daripada peruntukan wakil rakyat atas nama Pemuda untuk diri sendiri tetapi yang hanya tinggal dalam pergerakan ini ‘bau tahi’,” celah seorang ahli yang tidak dapat menahan emosi.

Ramai kalangan ahli jawatankuasa Pemuda itu ketika ini dilihat mendiamkan diri dan terdapat andaian bahawa sesuatu bakal meletup yang mungkin mengundang risiko bahawa Ketua Pemuda itu akan tersingkir tanpa diduga.

Bagaimanapun, Japari tetap bersikap membisu seribu bahasa kerana baginya beliau mengetuai pergerakan itu bukan kerana ingin membantu menguatkan benteng UPKO atau wakil rakyat tetapi status itu boleh memberikannya keistimewaan untuk mengisi kocek. -Sabahkini

13 comments:
Write comments
  1. Sebagai wakil rakyat, perlulah sentiasa ingati tanggungjawab diri terhadap rakyat. Berkhidmat dengan ikhlas dan menunaikan janji.

    ReplyDelete
  2. tanggungjawab terhadap masyrakat perlulah dilaksanakan. setiap permasalahan penduduk perlu diatasi dengan segera.

    ReplyDelete
  3. laksanakan tugas sebagai wakil rakyat dgn baik.

    ReplyDelete
  4. maknanya mereka sedar yang masalah itu sesuatu yang remeh dan tidak perlu didedahkan kepada media. tapi kalau remeh kenapa tidak diselesaikan. memang patut tindakan pemimpin umno itu sebagai pengajaran bahawa tidak ada istilah remeh dalam setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  5. Seorang pemimpin yang proaktif tidak payah rakyat menyalak baru dengar. Sebelum rakyat panggil dia sudah datang. Tapi hari ini mereka lah yang menjadi salah satu penyebab kejatuhan sokongan rakyat kepada kerajaan pada masa akan datang.Ramai lagi orang muda yang berwawasan, berwibawa dan telus yang perlu diketengahkan.

    ReplyDelete
  6. Sebagai seorang pemimpin, nama baik tu harus dijaga... Jadi laksanakan tugas dengan baik supaya semua pihak puas hati.

    ReplyDelete
  7. Jika hal ni benar, saya harap2 pihak2 yang berkaiatan dapat menanggani hal sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  8. Diharapkan semua wakil rakyat dan pemimpin boleh berusaha meningkatkan kebolehan diri supaya dapat berkhidmat dengan baik.

    ReplyDelete
  9. Prestasi tidak menepati kehendak rakyat, singkirkanya di pilihan parti akan datang.

    ReplyDelete
  10. Tak perlulah cerita panjang, gugurkan pemimpin yang tidak mampu berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  11. Kita tidak perlu pemimpin yang mahir bercakap tetapi lemah bertindak dan bekerja.

    ReplyDelete
  12. Jambatan rosak tidak dibaiki? Susahlah penduduk yang perlu menggunakan jambatan tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.