Saturday, July 10, 2010

Piala Dunia 2010: Sotong “Paul” akan dibuat sambal.

Bolasepak Piala Dunia 2010 kali ini agak menarik dengan peranan penting sotong “Paul, the psychic Octopus” peramal pasukan German. “Paul” dilahirkan pada tahun 2006 di Weymouth dan sekarang bermastautin di Germany’s Oberhausen’s Sealife Aquarium.

German nampaknya terpaksa akur dengan ramalan sotong ‘Paul’ apabila mereka tewas di tangan Sepanyol 1 – 0. “Paul” telah berjaya menanam stigma “AKU KALAH” di dalam minda pasukan German sehingga permainan mereka dari awal hingga akhir ternyata tidak menjadi.

Sepanyol pulak mengatur permainan yang begitu rapi untuk membuktikan bahwa ramalan “Paul” adalah tepat dan benar.

Apa pun mereka yang berjudi memilih German sebagai pemenang telah mengalami kerugian jutaan ringgit malah billionan ringgit kerana tidak percaya dengan ramalan “Paul”. Ada yang rugi berbillion ringgit bersamaan dengan pendapatan negeri Perlis dan Negeri Sembilan apabila lesen judi ditarik balik.

Jangan pulak ada yang keciwa dan marah kerana kerugian berjudi akan memburu “Paul” untuk disembelih dan di buat sambal sotong atau “Fried Squid In Oyster Sauce”.

-http://mummyrokiah.blogspot.com

6 comments:
Write comments
  1. Janganlah marah pada seekor sotong. Macam ini pun mahu mengambil kira ke?

    ReplyDelete
  2. ramai yang rugi sebab kalah judi? jangan lah marah si paul..sapa suru main judi..janganlah salahkan sotong bila kalah..

    ReplyDelete
  3. Now..now..now...Paul is just doing his job. Don't blame him for being too honest. No one ask you to gamble in the first place. SO, serve u right!

    ReplyDelete
  4. jika pasukan kmu dah kalah, tak perlulah nak salahkan sotong 'paul' pla, sotong pla kmu nak jadikan mangsa.. isk2

    ReplyDelete
  5. kesian ini sotong. tapi memang sedap kalau di panggang ini sotong.

    ReplyDelete
  6. bleh masuk rancangan believe it or not ni, confirm famous macam artis.. anyway, salahkan diri sendiri kalau suda rugi..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.