Sunday, July 4, 2010

USAHAWAN GLOKAL MENERUSI INTERNET

MASYARAKAT luar bandar berpeluang memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas secara global menerusi capaian internet melalui slot e-kedai dalam portal Pusat Internet Desa (PID) terutamanya produk unik seperti alatan kraftangan, barangan makanan sejuk beku, ubat-ubatan tradisional, baja organik dan tepung kek.


Malah sehingga kini sebanyak 116 e-kedai telah tersedia dalam portal pid.net.my dan 137 produk telah dipasarkan menerusi talian, di mana satu-satunya usaha Kementerian memperkasakan usahawan khususnya luar bandar dalam mendayagunakan ICT.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Dato’ Joseph Salang berkata demikian ketika melancarkan Karnival Keusahawanan sosial PID Tenom pada Sabtu bertempat di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom.

Hadir sama di majlis itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh; Pegawai Daerah Siriman M.F. Basir; Ahli Parlimen Datuk Raimie Unggi, Datuk Rubin Balang, para pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan.

Salang berkata, karnival keusahawanan social PID 2010 merupakan karnival kali ke-3 sejak ia diperkenalkan pada tahun 2008 di mana ia merupakan aktiviti tahunan PID.

“Aktiviti ini pernah disenaraikan sebagai aktiviti Global Entrepreneuship Week (GEW) sepanjang berlangsungnya program ini, dan mendapat pelbagai sokongan dari sektor swasta dan kerajaan yang diterima PID setakat ini,” tegasnya.

“Saya difahamkan juga bahawa masyarakat luar bandar yang menyertai karnival ini telah diberi latihan yang secukupnya sebelum mereka memasuki pasaran alam maya. Mereka juga telah dilatihkan mengguna portal PID,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa Kementeriannya telah mengadakan beberapa pertandingan yang menawarkan hadiah yang menarik, di mana antara yang dipertandingkan ialah anugerah PID Dinamik, Anugerah Usahawan Tekno dan Anugerah E-Kedai Kreatif.

Sementara itu, semasa sesi sidang akhbar di Pejabat PID, apabila ditanya media berhubung gesaan Adun Melalap Datuk Radin Malleh yang mahu siaran dalam bahasa Murut khususnya semasa siaran subuh ditiadakan, sebaliknya siaran sejam itu ditambah kepada siaran waktu siang; beliau menjelaskan bahawa pihaknya akan mencari jalan untuk mengubah program itu supaya ia menepati kehendak rakyat khususnya masyarakat Murut.

Kepada soalan lain, beliau menegaskan bahawa pihak Kementeriannya sedang giat membangunkan infrastruktur komunikasi supaya dapat meliputi secara meluas dan dapat menampung kehendak luar bandar.

Selain itu, beliau juga turut menegaskan bahawa perkhidmatan Pos perlu dipertingkatkan khususnya kemudahan komuniti Pos (community box).

Oleh: MAIL MATHEW

9 comments:
Write comments
  1. Bagus sekali aktiviti ini, ia boleh membantu usahawan luar bandar meluaskan pasaran mereka menerusi internet. Diharapkan usahawan sekalian boleh menggunakan peluang ini untuk membesarkan perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  2. pasaran melalui internet amat sesuai dilaksanakan pada zaman serba moden ini. ia dpt menggalakkan para belia menjalankan peniagaan melalui jalur lebar yang lebih mudah dan cepat di samping melahirkan masyarakat yang celik ICT.

    ReplyDelete
  3. rakyat perlu manfaatkan sebaik-baiknya teknologi dan usaha kementerian yang giat membantu golongan usahawan khususnya di luar bandar dalam meningkatkan daya saing dan memperluaskan pasaran mereka.

    ReplyDelete
  4. rakyat perlu menggunakan kesempatan ini untuk menjalankan perniagaan melalui internet dan memperluaskan pasaran perniagaan hingga ke peringkat global.

    ReplyDelete
  5. ini adalah cara satu idea yang sangat sesua dan mudah. ini boleh memudahkan perniaga atau usahawan untuk mengiklankan barang dengan lebih senang dan mudah.

    ReplyDelete
  6. This is a good way for entrepreneurs to promote their business online.

    ReplyDelete
  7. Ini zaman ICT, kita seharusnya berubah mengikut budaya terkini.

    ReplyDelete
  8. Entrepreneurs should make use of the internet to promote their product. E-marketing could be one of the most affordable and effective way to expand your business as it is able to reach to the targeted audience easily unlike traditional marketing. Best part about E-marketing, it eliminates printing and postage costs. However, in order to be successful in the E-marketing stream, entrepreneurs should well plan their e-marketing plan.

    ReplyDelete
  9. E commerce mixing a little bit international? Well, that's sounds good.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.